안녕하세요
Dah janji kan nak cerita pasal 8
th stage? Maaf…tak
sempat mengepost laa. Taip dah.
Hahaha.
8th Stage Production adalah sebuah produksi teater
dari Kolej Kediaman Kinabalu UM yang telah wujud entah berapa lama tah. Maaf,
aku tak tahu. Hehehe. 8th Stage ni berfungsi besar masa musim
Karviter. Karviter tu Karnival Teater UM. Maka, untuk Karviter 2015, 8th Stage mempersembahkan sebuah karya olahan semula oleh Nizam Yamin, Dewan Persidangan!
Oke. Aku join 8th Stage pun pasal nasib. Hmmm,
nasib laa. Sebab masa tu ternampak tayangan Nyorok taim Minggu Pendaftaran
Kokurikulum dan Sukan Kinabalu. Bila dah nampak, daftar laa sebagai ahli, pastu
bermula lah ceritanya.
Aku ni pesen sem 1 homesick melampau lampau, maka memang tak
lah aku nak join banyak aktiviti. Lagi lagi aktiviti yang menghalang aku balik
rumah. Hahaha. Selepas beberapa perjumpaan, MT 8th Stage
asyik sebut akan ada Kem Teater selama sebulan. Dan aku macam, “ Huh? What the….?!”
Kekeke.
Maaf PM! Dah pikir nak tarik diri dah, tapi mengenangkan nak duduk
kolej tu. Hmmm, ku relakan jiwa laa walaupun tak rela.
Script reading 8th Stage adalah pada sebulan
sebelum cuti panjang sem 1. Oke, aku tak ingat tarikhnya. Sebenarnya script
reading tu laa audition kami. Well, En Nizam Yamin punya stail kan? Hahaha.
Aku kan, kalau dah seronok membaca dan dah into story sangat kononnya,
mulalah keluar gaya gaya sebenar. Aku dipilih untuk pegang watak utama. Seronok
ahh, sebab utama kot! Hahaha. Aku tertekan sebenarnya…aku
kompem kena hafal skrip paling banyak, paling banyak jual muka atas pentas nanti. Tertekan sebab homesick. Kau rasa nak tampo
ke tak?
Abang Nizam ni pengarah kami, seseorang yang sangat yakin
akan pilihannya dan selalu mengatakan aku yang paling layak pegang watak tu.
Dan aku sekali lagi, “ Huh? What the…?!” Orang lain percayakan aku tapi aku,
hmmmm… nak balik rumah! Hahaha.
Dalam keterpaksaan, aku gigih lah sampai kolej pada 30
Januari. Orang lain tengah dok cuti sakan…aku mereput kat kolej. Bermulalah
sesi pengenalan kami dan aktiviti-aktiviti bonding kami. Oh ye, sebulan
pengarah bagi cuti tak bermakna aku akan hafal skrip. Ngehngeh. Maka, aku balik
kolej dengan keadaan blur tak hafal skrip langsung! Berbalik kepada aktiviti-aktiviti bonding kami, memang buat sakit perut laa. Sebab gelak banyak sangat!
Game "Saya Suka Awak" memang gila, lawak habis, sengal! Game "Mafia" baik yang versi kad atau versi "silent killer" memang menguji gaya lakonan. Game "Truth or Dare" memang membuatkan kau terpaksa pikir 600juta kali untuk pilih dan hadap. Game "Fokus Bola" gaya Khai memang cuak. "Captain Ball" memang febret aku sampai dorang semua takut kalau aku main. sebab aku pesen main ganas. "Dodge Ball" memenatkan, main baling selipar, "Tom and Jerry"..ahh! Rindu aku dengan momen-momen ni semua. Pastu, latih vocal secara fizikal...hmmmm. Melompat, menjerit, berlari sambil hafal skrip, kau rasa? Pfftttt....
Sebulan lebih waktu cuti tu, kami berlatih siang malam. Pagi
tengahari petang malam. Oke, pagi tu macam menipu sebab pukul 10 baru aku
turun, pastu pukul 1 rehat. Tapi aku masih aku. Masih membodoh dalam watak aku.
Macam macam dah aku buat…tengok teater lain, cuba imitate perwatakan Tan Sri Rafidah Aziz yang lantang, Datuk Seri
Shahrizat yang tegas malah meniru gaya Rowan Atkinson yang bodoh bodoh alang.
Tapi, watak tu masih jadi Kina si kosong. Hmmmm, stress tau!
Watak aku sebagai Tuan Yang Tertinggi dari
Amerika yang bijak putar belit fakta tapi catchy.
Nama yang aku pilih adalah Lisa Danielle. Hmmm, sampai sekarang masih ada yang
panggil aku Lisa walaupun aku tak cukup strong
untuk watak tu.
Sehinggakan, waktu
malam pertandingan tu aku macam, “ aku nak buat apa atas ni?” Abang Nizam
memang gigih laa bagi aku semangat. PM SM dan krew krew semua memang gigih bagi
sokongan kat aku. Teman teman lakonan memang terbaik menaikkan aku dalam celah
celah mereka. Sampai si Hakim cakap kat aku, " Just enjoy the show!". Ahh, manusia tu banyak pengalamannya sama macam Abang Nizam.
Korang, aku merindui saat saat kita dalam 8th Stage. Mencekik Makan sama sama, tengok Running Man sama sama, tengok anime sama sama, men-supper sama sama, menonton teater kolej lain secara percuma sama sama. Sesungguhnya, aku rindu semua tu. Aku sayang korang...muahhh!
Oke.
Babai.