안녕하세요!
Wuhuuu. Guwa dah habis ekjem! Maka secara rasminya, guwa dah tamat tahun satu dengan gilang gemilangnya. Oke, tipu. Mana gemilangnya, kelaut je pointer aku sem lepas. Rasa macam nak hempuk kepala, nak maki diri sendiri sebab besarkan homesick je taim tu.
Tapi, sem ni alhamdulillah, aku cuba optimis dengan usaha aku walaupun pengurusan masa aku masih jahanamm. Aku target perlahan-lahan untuk ke senarai dekan (insyaALLAH), sehingga habis final year. Kiranya, kalau ikut rancangan aku, final year laa baru merasa dekan -..-. Alaa, stail form6 dulu laa. Tapi, kalau takde rezeki nak merasa dekan pun aku tak kisah sebab aku belajar bukan untuk itu semata-mata. Itu bonus. Aku belajar untuk raih kemahiran dan pengetahuan. Lagipun, penat belajar semata nak buktikan pada orang. Tak berbaloi. Aku dah rasa.
" Belajar bukan setakat tak nak orang pandang rendah kat kita. Tapi, untuk jadikan kita orang berguna pada agama bangsa dan negara."
- Ni laa prinsip aku. So, chill -
Ni nak cerita pasal kos aku; Pengajian Antarabangsa dan Strategik (IR).
Asal orang tanya, kos aku ni pasal apa, aku mesti jawab, "kalau ada rezeki, insyaALLAH jadi PTD atau duta". Ahh, taram je laa. Sebab, aku tahu nak jadi duta bukannya senang. Tapi manusia kan, bila dengar DUTA, " Hebatnya!" takpun " Bagusnya!" tak kurang, " Kau ingat, nak jadi duta tu senang ke? Dengan keadaan ekonomi macam ni, lebih baik jadi cikgu." Lol makcik. Karang masuk tv pasal "Seorang guru mencekik anak muridnya sebab lambat jawab soalan", makcik nak tanggung?
Realitinya kos aku ni |
Kos aku secara keseluruhannya boleh dianggap sebagai salah satu cabang sains politik. Sebab, belajar pasal hubungan antarabangsa antara negara, TNC, MNC, NGO dan sebagainya serta kaitan-kaitan antara satu sama lain, bukan setakat politik, malah ekonomi dan sosial. Kadang-kadang kelas boleh jadi 'makmal analisis politik', bincang pasal politik Malaysia terutamanya. Well, kelas adalah 'safe room' untuk masa perbincangan, jadi kami bebas keluarkan pendapat tanpa prejudis. Hmmm, 'tanpa' tu macam menipu. Hahaha.
Jadi, kalau ada yang bebel kat aku pasal politik tak seharusnya jadi keutamaan untuk aku dalam u, aku terpaksa jawab, " aku masuk u memang untuk belajar politik pun. Kos politik kan?" Tak, sebenarnya aku sindir dorang. Apa yang kau faham tentang politik tak sama dengan politik yang aku ketengahkan dalam penulisan ringkas picisan aku. Sedangkan pengertian 'tidur' pun banyak penjelasannya, inikan pula maksud 'politik'.
Tahun satu aku, dipenuhi dengan 5 subjek major IR. Dua subjek di Sem 1, dan tiga subjek di Sem 2. Sem 1, AUEA 1101: Pengantar Hubungan Antarabangsa dan AUEA 1104: Evolusi Masyarakat Antarabangsa. Sem 2 pulak, AUEA 1102: Pengenalan Politik, AUEA 1103: Politik Ekonomi Hubungan Antarabangsa dan AUEA 1105: Metodologi Penyelidikan Hubungan Antarabangsa.
AUEA
1101: Pengantar Hubungan Antarabangsa
Topik dalam subjek ni lebih kepada pengenalan kepada IR. Best woo... Belajar pasal propagandalah, hubungan ketenteraanlah, pasal globalisasi pun ada tau. Sepatutnya aku boleh skor baik dalam paper ni. Tapi, taim ni pesen homesick menggila, maka hmmmm...hampeh laa jawabnya. Subjek ni diajar oleh one of pensyarah febret aku, Prof Dr Jastwan Singh atau batch aku panggil, Dr J. Kau search kat gugel, mesti ada. Kalau kau tengok youtube pasal Forum Komuniti Asean II (2014), pesen tu laa beliau mengajar dalam kelas. Memang ohsem!
AUEA 1104: Evolusi Masyarakat
Antarabangsa
Subjek ni memang kelaut sangat. Pasal sejarah bak angg! Kalau form6 tu dulu aku bolehlah berharap pada nasib, yang ni memang tak lah. Macam mana proses pembentukan masyarakat antarabangsa sekarang ni berlaku. Kira terobek laa ke zaman sebelum masihi, zaman yunani lah, Perjanjian Westphalia, pastu bergerak ke era perang dunia I & II, belum perang dingin lagi. Wooo, memang sumbat lahh untuk aku yang jenis rajin membuta ni. Subjek ni diajar oleh Pn Wan Sharina Ramlah. Sebab subjek ni bukan subjek febret, jadi efek laa pada pensyarah. Kehkeh!
AUEA 1102: Pengenalan Politik
AUEA 1102: Pengenalan Politik
Ini subjek febret aku untuk sem 2. Walaupun aku tak berapa menyerlah dalam kelas ni, yang penting aku dapat ilmunya. Dr Balakrishnan/ Dr Bala, sama macam Dr J ajar. Bagi keypoint je pastu pandai pandai kau laa nak fikir macam mana. Beliau suka kalau kami berbincang dalam kelas. Katanya, kami ni penganalisis politik, jadi biarkan kami jalankan 'eksperimen politik' ikut cara kami. Kalau nak berdemo, kalau tu boleh buka mata, teruskan. Subjek ni menekankan tajuk-tajuk asas kepada politik; kedaulatan, kuasa, demokrasi, nasionalisme, fasisme dan sebagainya. Memang terbuka laa mata aku untuk seketika dalam kelas ni. Sebab, macam-macam pandangan ada. Thorbaik!
AUEA 1103: Politik Ekonomi Hubungan Antarabangsa
AUEA 1103: Politik Ekonomi Hubungan Antarabangsa
Patutnya ni subjek febret aku sebab ada ekonomi. Tapi, rupanya bukan ekonomi yang mengira. Huwaaa, rasa macam apa aku belajar ni! Subjek ni belajar pasal pandangan pemikir Merkantilis, Struktulis dan Liberalis terhadap ekonomi politik, peranan badan badan WTO, Pembangunan Mampan, Pemuliharaan Alam Sekitar dan sebagainya. Selagi aku merasakan minyak dan air tak boleh bercampur, macam tu laa aku rasa politik dan ekonomi tak boleh jadi geng. Hahaha. Pn Wan jugak yang ajar...kesian betul Pn Wan dapat student macam aku yang bias sangat.
AUEA 1105: Metodologi Penyelidikan Hubungan Antarabangsa
AUEA 1105: Metodologi Penyelidikan Hubungan Antarabangsa
Subjek ni pasal pengenalan untuk kau buat tesis masa tahun akhir nanti. Taim kau da dapat title super senior tu. Hehehe. Sepatutnya senang je subjek ni, tapi..hmmmm. Mengkonpiuskan otak aku aku dengan pesen pesen penyelidikan yang pelbagai. Tapi, alhamdulillah bila aku belajar subjek ni, aku dah ada beberapa idea untuk buat tesis nanti. InsyaALLAH, boleh diteruskan masa aku dah jadi super senior nanti. Smile. Dr Helena ajar subjek ni dengan tabah. Sebab, taim subjek ni, ramai kosmet aku buat parti tidur dalam kelas. Hahaha.
Alhamdulillah, tahun satu aku dah tamat. Sedang tunggu keputusan untuk sem 2. Moga membahagiakan. Apa yang aku yakin, hasilnya nanti setimpal dengan usaha aku. Memang IRian susah nak dapat dean list, tapi tak mustahil pun. Semoga ketidakmustahilan itu menjadi semangat buat aku.
Semangat untuk aku bergelar Diplomat Kina.
Oke.
Babai.
Oh sebelum tu.. kalau nak baca pengalaman aku masa pergi interbiu kos ni, boleh tengok di Terobek Masa Interbiu
Nak review subjek Tahun 2 boleh usha kat sini laa ye.
Nak review subjek Tahun 2 boleh usha kat sini laa ye.
Update baru: Mulai sesi pengambilan 2015/2016, sudah tiada lagi temuduga untuk kemasukan ke pengajian ini. Tapi, kami para senior percaya yang anda, bakal para junior kami, akan dinilai dengan lebih ketat lagi berbanding kami. Muahahahaha! Semoga kita berjumpa di jabatan nanti.
Another update: Alhamdulillah, syakinah lulus interview PTD. Wish me luck peeps! Sudi-sudilah baca perjalanan berkenaan kat sini
Another update: Alhamdulillah, syakinah lulus interview PTD. Wish me luck peeps! Sudi-sudilah baca perjalanan berkenaan kat sini