안녕하세요 !
|
Pemandangan yang mengalukan kepulangan aku. Kehkeh. |
Memandangkan aku mempunyai cuti yang tak lama mana, 3 minggu
je dari tarikh aku touch down Malaysia selepas balik dari berbulan madu di
Korea, aku kena menggunakan waktu ini untuk jumpa sesiapa yang harus aku jumpa
dan sesiapa yang patut aku taburkan cinta. Kahkah. Tu pasal tajuk entri pun meremang masa aku taip.
Untuk itu, aku dah peruntukan satu hari untuk aku melepak di
bilik guru Tingkatan 6AC di SEMESTI. Yang ni, kira agenda paling wajib aku selepas
melepak dengan keluarga. Kerana, tanpa doa dan restu mereka, aku seratus
peratus yakin yang aku tak kan mampu rasa apa yang telah aku lalui ini. Dengan
sokongan dan dorongan mereka lah, aku mampu tersedar dari tidur panjang aku
yang nyata nya mampu membunuh impian aku dulu.
|
This is one of my sumber doa. |
Bila jumpa cikgu cikgu ni, aku di-throwback-kan dengan perangai
aku dalam kelas dulu. Aku yang ngadap
Running Man tak sudah dalam kelas BM acah acah stuck gila tak mampu buat PBS BM,
siap ajak Cikgu Faridah tengok sekali. Aku yang bajet gangster tepi tingkap
yang ada supporter dari geng tepi tingkap, yang memang orang dalam kelas tak
kan berani bersuara kalau kitorang dah bersuara. Aku yang tertidur dalam kelas
ikut suka hati aku macam aku sorang je penat. Aku yang ada banyak nama
panggilan sebab karakter aku yang berbagai sampai cikgu pun tahu. Hahaha. Kalau difikirkan logik,
mustahil budak tu senang senang jadi orang melainkan dia mendapat restu dan doa
dari guru gurunya. Doa ibu bapanya memang tidak boleh dinafikan lah.
Sebab tu aku cakap, aku lebih sayangkan SEMESTI dari SESEGA
walaupun aku pernah berbangga jadi SESEGArian selama 5 tahun tanpa berbelah
bahagi. Dulu, aku tak pandang pun SEMESTI macam sekarang ni. Tapi kini, aku
dengan sepenuh hatinya rela bersusah payah untuk PraUniversiti SEMESTI – aku
nak junior junior aku nanti rasa apa yang aku nikmati ni. Mungkin bukan dari
mulut aku sendiri, dari tulisan aku ataupun dari senior senior lejen sekolah,
aku nak diorang tahu yang Tingkatan 6 ni banyak membuka jalan untuk manusia
macam aku. Pedulikan cakap orang, kita harung sendiri hidup kita ni. Ah,
syahdunya hidup!
Lepas tu, aku cuba luangkan masa untuk berjumpa dengan kawan
kawan rapat yang selalu ada dalam cerita hidup aku sepanjang Tingkatan 6 ni. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk
melakukannya. Sebelum balik ke Malaysia, aku dah kautim punya baik dengan
Acong, mintak dia belanja cendol. Tak kira! Sebab aku tengok salji haritu, aku
terus teringin nak makan cendol. Kahkah. Hari ketiga aku sampai
Malaysia, terus dia belanja sungguh aku makan cendol kat Batu Pahat sambil
ditemani Jemek. Semoga murah rezeki kau,
Acong.
|
Acong dan Jemek. Kawan sejak sogame (sekolah agama) |
Kemudian, plan nak melepak dengan Sunny and The Manager. Oh,
yang ni kira supporter paling kuat aku. Sebelum penjenamaan semula berlaku,
diorang ni (termasuk akulah, tanpa kehadiran Taufiq) dikenali dengan nama Geng
Tepi Tingkap hasil panggilan Cikgu Ann. Ni
lah gengnya yang mampu buat kelas tu macam kelas bapak sendiri. Habis zaman
sekolah, kitorang rekrut ahli baru yang mana Taufiq menjadi “Manager” kami.
Memang kadang kadang kami panggil Taufiq pun “Manager”. Hahaha.
|
Sunny and The Manager. Kahkah. Glamer nama! |
|
Birthday girl! |
|
Meraikan Manager, si bongsu dalam bulan yang paling tua. |
|
Turut meraikan eonni kami. Kak Ah. |
Sungguh, kerana aku di zaman sekolah adalah seorang pelajar
yang ada macam ragamnya terutamanya pada zaman hampir gelap aku di Tingkatan 6,
aku dikelilingi manusia manusia yang sentiasa menutup kelemahan aku, yang
tolong kambus segala kesilapan aku, yang tolong padamkan semua kesedihan aku
dan paling utama, selalu melengkapi setiap kekurangan aku. Aku sayangkan
manusia manusia ini. Aku kalau mampu dan diizinkan Tuhan, mahu hari tua aku
masih kekal bersama mereka seperti mana aku mahukan ibu ayah dan The SM aku ada
dengan aku setiap masa. Aku nak semua tahu, mereka inilah yang pernah
mewarnai hidup aku dengan warna yang pelbagai saiz dan corak. Haaa,
aku tacing laa camni! Tapi,
tacing tu sesuai digunakan kalau kita gaduh dengan kawan kan? Habis aku nak
cakap apa? Hahaha.
Untuk seminggu dua ini, aku rasa menyampah dengan diri
sendiri. Sebab demand yang Malaysia panas lah apa lah. Sampai terpaksa mandi
banyak kali sebab nak sejukkan badan. Tak reti bersyukur langsung! Kat Korea
haritu menyalak bebel cakap sejuk sangat, kat Malaysia pulak menyalak kata
panas nak mati. Kau kan sebenarnya nak apa eh manusia?
Oke.
Babai.
Aku masih belajar nak tahan cuaca panas kat tempat sendiri
secepatnya ni. Memang menyampah kau dengar. Aku lagi rasa nak tampar diri sendiri bila fikir.