Haa, tak cukup dengan Bukchon, Namsangol Hanok Village sekali aku pergi. Sebenarnya lama dah aku pergi tempat ni. Tapi, disebabkan malas tu besar, takdenya aku nak menaip. Ni bila dah ada rajin, boleh lah aku cerita sikit. Aku pergi Namsangol Hanok Village ni masa Tashaa dengan kawan kawan dia yang automatik jadi kawan aku, datang ke Seoul untuk program pembangunan belia anjuran kerajaan Korea. Best woo univ si Tashaa ni, semua program ada. KMU? Hmmm... Hahaha.
Bersama pemandu pelancong yang hampeh. Hahaha. |
Tu dia map kawasan ni. Besar woo! |
Di Namsangol, masih ada lagi hanok dalam kawasan tu. Cuma, ia lebih kepada replika hanok pembesar-pembesar yang berjasa pada zaman dahulu. Nak feeling zaman lampau pun tak boleh lah, sebab takde orang yang duduk dalam tu. Sekadar pameran. Lebih kurang macam kawasan elit zaman sekarang ni lah. Hanok pun lebih besar, nampak lebih mewah. Ada taman yang sangat cantik, berhadapan dengan Namsan Tower.
Namsangol Hanok Village yang ditemani Namsan Tower |
Haa, taman dia yang cantik di musim luruh. |
Luas sungguh kawasan dia. |
Mencuba alatan tradisional kat situ |
Macam dapur buat kukus pau kat Nami tu. Huu, laparnya! *tetiba |
Menyelusuri antara rumah pembesar. |
Warna yang pelbagai di taman |
Warna musim luruh yang bakal dirindui. |
Oke.
Babai.
No comments:
Post a Comment