Hari ini seperti hari raya buat semua kadet. Hari ini pintu-pintu bilik terbuka luas seawal jam 6 pagi. Papan-papan seterika dah macam kaunter pertanyaan, berderet orang tunggu nak guna. Suara riuh rendah di ruang koridor benar-benar menyentuh hati sebab semua orang sepakat bergembira sekali hari ni. Malah ada yang dah lengkap berpakaian jam 6 pagi lagi.
Hari ini hari penamat penantian. Hari ini hari penentuan. Hari ini hari perpisahan. Malah, hari ini hari permulaan. Macam-macam rasa ada. Tak sabar, gembira, teruja, takut dan sedih masing-masing berlumba nak penuhi hati. Tu yang hari ni aku rasa aku pang-alang. Sekejap gembira, sekejap lagi rasa sayu. Parah!
Nak menunggu angka ni jadi 0, ya Allah, lamanya! |
Tapi sungguh weyy, rasa macam pagi raya. Dia punya vibe tu lain maciam. Penantian 307 hari akhirnya menemui noktah. Kalau diimbau saat 19 Januari 2020, hari pertama tu lagi aku dah mulakan countdown tracker aku. Masuk minggu kedua, aku dah rasa tak tentu hala. Sedangkan masa tu, perjalanan baru je nak mula. Dasar syakinah! Tapi lama-lama kita dah pandai adjust masa, kita chill jugak. Maka, bila tibanya hari ini, rasa syahdu memang merata-rata.
Syahdu sebab manusia yang sering kata nak menghentikan langkah ini telah habiskan tempoh persediaan yang ditetapkan. Syahdu sebab manusia yang asyik tak yakin dengan diri sendiri ini telah menamatkan perjalanan yang diperlukan. Syahdu sebab tak dapat tidur, makan dan membebel dengan teman seperjuangan lagi. Ahh sungguh, rasa ini mengharukan!
Nampak kan drama nya aku dalam hidup? |
Selamat bertugas Lasykarians. "82 masuk, 82 keluar." Semoga 82 sampai pencen. |
Berdebar tau dapat email dari bos besar. |
Salam kina. Tahniahhhhh.. selamat bertugas. Boleh saya mintak email awak?.
ReplyDeleteWasalam :) terima kasih.
Deleteni email saya syakinahmahfoz@gmail.com
Congrats! Selamat bertugas!
ReplyDeleteYeayyy! Terima kasih, Nadia. <3
DeleteSemoga segala urusan awak dipermudahkan.
Ameen. Keep on sharing ya!
Delete- pembaca setia
Salam cik.nk tny umur paling tua boleh minta ptd? Dan ada tak daripada yg dpt kadet seorg suri rumah yg xda pengalamn kerja?
ReplyDeleteWasalam. Paling tua, berusia 35 tahun pada tahun semasa. Tapi, perlu semak SPA8i masa mohon tu jugak, sebab ada jugak berubah.
DeleteAda suri rumah yang mohon. Asal layak, mohon je jangan malu :)
sekarang dah guna sistem spa9
DeleteYa benar, En Apek. Terima kasih banyak update info. :)
DeleteCongratulations
ReplyDeleteSelamat bertugas
Yeayyy, terima kasih atas ucapan dan kesudian baca blog ini! :)
DeleteCongrats dan selamat bertugas. Saya suka baca blog ni.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan cik Syakina :).
Terima kasih atas ucapannya. Moga doa yg baik-baik kembali kepada awak juga :)
DeleteSalam cik syakina, saya mahu tanya sekarang cik bertugas di mana? Sebagai apa?
ReplyDeleteHi there! Wasalam.
DeleteSekarang saya bertugas di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai pegawai tadbir dan diplomatik :)
Bestnyaa. Tolong doakan saya dapat jadi ptd jugak Amin.
ReplyDeleteMudah-mudahan ada rezeki awak untuk menjadi PTD ya. All the best.
DeleteYg penting, jangan lupa mohon tau ;)
Tahniah Syakinah dan terima kasih berkongsi. Cuma nak tanya, ada tak antara kadet yang mempunyai masalah kesihatan yang membataskan buat aktiviti fizikal?
ReplyDeleteApapun, selamat berjaya dan all the best in ur future endeavour
Hai Mustaqim, terima kasih atas ucapan dan kesudian baca blog saya.
DeleteMasa batch saya, tiada. Cuma ada je yg tak berapa fit tu, macam saya. tp tiadalah masalah kesihatan yg menghalang buat aktiviti.
All the best untuk awak jugak ya!
Assalamualailum cik syaakina. Suka baca blog awak. Sangat memberi banyak info. Boleh saya berhubung dgn awak untuk tahu lebih lanjut pengalaman jadi otd?
ReplyDelete