Wednesday, January 16, 2019

SL1M TNB: Tempat tinggal

안녕하세요!

Apa khabar kalian semua, wahai silent reader chek? Harapnya semua sihat sejahtera. Gituuu acah acah dah femes kan. Kah!

Beberapa ketika ini, aku perhatikan blog aku mula mendapat pageview yang sedikit tinggi dan diperhatikan topik SL1M TNB menjadi tumpuan. Baru aku teringat yang Kumpulan 2 Fasa 5 akan memulakan program mereka hujung bulan Jan nanti. Dah nak dekat tu... Memandangkan aku ada letak sedikit maklumat mengenai program di ILSAS, harap boleh jadi rujukan kepada yang berkenaan.

Di ILSAS nanti dalam masa seminggu, tolak hari pertama program sebab petang baru dapat tahu tempat OJT maka tinggal lagi 6 hari, korang kena settle tempat tinggal, pengangkutan dan geng untuk urusan OJT korang. Penginapan di ILSAS hanya disediakan sampai hari terakhir program dan tambahan sehingga 5 hari sebelum korang dihalau, eh dihalau macam keras sangat, dipaksa keluar dari ILSAS. Malah 5 hari ekstra stay tu korang kena bayar RM 100 kalau tak silap dan tertakluk kepada kekosongan. Hanya yang dapat OJT di ILSAS sahaja dibenarkan stay di ILSAS, yang tempat OJT tak sampai seribu langkah dari ILSAS (macam aku) apatah lagi yang 100km dari ILSAS, semua kena cari tempat stay lain.

Oleh yang demikian, aku nak promote satu servis baek punya iaitu agen hartanah, agen yang bersedia membantu korang mencari rumah/bilik sewa dalam masa singkat. Agen ni nama Dieya. Ya Allah, punyalah bagus aku tak payah risau kalut cari bilik sebab dahlah masa suntuk pack dengan program, aku tak biasa dengan tempat tu, plus aku takde transport sendiri kalau cari tempat tinggal jauhhhhhh dari tempat OJT.

Aku usha Mudah.com, ibilik semua, tapi aku selagi tak dapat tengok rumahnya depan mata, aku trauma. Sekarang banyak tipu kan? Di tambah pula dengan aku sejenis yang manja (baca: malas).

Aku mengadu dengan makcik aku, pastu makcik aku sembang dengan sepupu aku, kemudian sepupu aku suruh Dieya carikan tempat tinggal aku. Haa macam tu laa sejarah perhubungan aku dengan Dieya. Kah!

InsyaAllah, Dieya akan tolong carikan rumah secepatnya berdasarkan kehendak korang plus, Dieya perempuan, jadi dia lebih consider banyak benda untuk keselamatan customer dia. Urusan dengan Dieya senang, berurusan dalam WhatsApp dan in case kau macam takut Dieya terlupa ke apa, kau keep je mesej, tapi jangan over. Dieya pun manusia hokeh! Nak lagi best, kau boleh je pergi tengok rumah/bilik tu sama dengan Dieya. Tak jadi masalah.

So anda anda yang dapat SL1M TNB luar ILSAS, ni nombor [DIEYA +601133398328] untuk korang hubungi sekiranya korang memerlukan khidmat Dieya. Tanya saje sebanyaknya kat Dieya untuk elak sebarang salah faham ketika berurusan. Apa yang boleh aku katakan, servis Dieya sangat bagus, cepat dan mesra pelanggan serta paling penting, mesra poket. HAHAHA. Okay Dhia, akak done promote Dhia! Hewhew.

Okay.
Babai.
All the best semua. Keep fighting and never give up!

4 comments:

  1. Assalammualaikum,
    Saya nak tnya....
    Saya sbnrnye mintk prog ni skdr mncuba n isi last minit.....tpi tdi Saya dpt email Saya dpt prog protege-tnb FASA 5 kump 4....

    Saya tngh tunggu graduate bulan November ni....urm
    1) x pe ke x pernah kerja n masih belum officially graduate lgi?

    2) klu OK , nti bleh ke mintk cuti untuk majlis konvo n preconvo pnya prog....?

    3)Saya ade lesen tpi....x pernah bawak....mcmna klu tmpt kerja x de public transport?

    4) nti kita akan diletakn beramai2 ke bwh satu tmpt kerja?

    Maaf sbb bnyk tnya....SBB risau Saya akan susahkn pihak lain pulak bila sya join....

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum,
    Post awak sangat membantu sye , trima kasih sangat...

    Saya ade beberapa soalan berkaitan pakaian...

    1)saya cuma ade baju kurung je as baju formal.... Klu pakai seluar n baju muslimah bleh ....or kena kemeja?

    2)post yg b4 this sye perasan ade yg kta email diorg ade sruh pkai kemeja putih n Tudung biru gelap...itu dress code smsa OJT ke?
    3)saya ade satu kebimbangan...urm sye dri jurusan seni bina.... Dia ade kekangan ke dri segi jurusan pembelajaran kira msa di universiti?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, saya nak tanya saya dapat Email slim TNB F6 Teknikal dan kena ke Ilsas selama 11hari, boleh saya tahu ini adakah sama dgn saudari punya

    ReplyDelete
  4. dan dia suruh lapor diri Ahad ini 12Januari 2020
    saya dapat Teknikal Pencawang

    ReplyDelete