Sunday, December 2, 2018

SL1M TNB FASA 5

안녕하세요!

Hi guys! Apa khabar semua? *guwa tahu guwa ramai silent reader kehkeh!

Harini genap seminggu aku meninggalkan kampung halaman untuk memulakan hidup baru. Puihhhh! Aku buat status gini, ada yang ingat aku nak kahwin. HAHAHA.

Aku join Skim Latihan 1Malaysia atau nama glamournya SL1M walaupun aku tak berapa slim di bawah TNB. Terkejut aku bila check email masa 29 Oktober, aku ditawarkan program ni, padahal masa tu nak tidur maghrib dah (aku rehat kerja 6pm-7pm), terus tak boleh tidur sedangkan mengantuk gila-gila. Eksited kau! 

Ye lah aku ingatkan aku langsung tidak layak langsung nak dapat kerja baru even SL1M yang banyak company aku pergi masa Karnival SL1M kat MAEPS Serdang bulan 3 haritu. Sekadar menyebut nama: CIMB, Maybank, TH, Malaysia Airport Berhad, Kidzania dan pastinya TNB, hampir kesemua booth aku pergi tinjau dan drop resume. Alhamdulillah dapat TNB.

Maka, 26 Nov 2018, jadilah aku secara rasmi pelatih SL1M TNB Fasa 5 Kumpulan 1. 03 Disember 2018, aku akan melapor diri di TNB Research Sdn. Bhd. Selama seminggu aku menjalani latihan di TNB ILSAS Bangi. Tapi, aku bawak barang macam orang dah taknak balik rumah. HAHAHA.

So selama seminggu tu, memang diajar macam macam skill untuk upgrade diri sendiri. Cuma sediakan mental dan fizikal je tapi serius kau bukan pergi kursus PASKAL PASKAU Komando tu semua. Benda simple je cerita dia tapi memandangkan aku dah tinggalkan zaman stay up stail burn the midnight oil tu hampir setahun, maka susah jugaklah nak memotivasikan diri sendiri tu.

Task paling mencabar yang dilalui, dapat tajuk pukul 2.30 petang, pukul 8.00 pagi keesokkan harinya kau kena bentang depan panel korporat dalam interview presentation. Hahahaha, kau cakap senang nok? Kau ingat dia bagi tajuk sekolah rendah ke? Dengan dalam tempoh yang diberikan tu, kau wajib attend kelas macam biasa dan panel yang dengar kau punya presentation tu adalah company yang mencari calon untuk di-hire. Tak ke seriau nok? Cuma untungnya buat berkumpulan so tak terasa sangat lah dia punya berat tu.

Kemudian, after a week passed, then your time to lapor diri coming lah. Aku takut jugak lah nak menunggu esok, nak melapor diri semua tu. Dengan tempat tinggal yang rushing cari pastu tak familiar lagi. Alahaiiii, mencabar tau tak! Lebih mencabar dari kau pergi jalan Thailand tu. HAHAHA

So untuk yang macam ragu ragu sayang, janganlah ragu sangat. Benda semua boleh settle. Kau nak apply SL1M tapi kawan-kawan kau taknak apply, ehh kau apply je laa. Macam aku ni haa, sorang je nok. When I said alone, I mean ALONE. Dekat tempat baru tu karang, kau carilah kawan baru. Kan senang tuuu.. Koh!

Kawan bilik aku kat ILSAS, orang Kedah. Jodoh aku kuatlah dengan orang Kedah. I love Kedahan, eh tiber! Sani Ekpress nama dia. Lagi sorang, Anis, si Honeypeanut, orang Perak. Teammates presentation aku, Syira orang Semenyih, Syila, Syu & Mun yang aku tak ingat diorang orang mana, tapi yang penting datang dari negeri berbeza dengan aku. Elok je aku berkawan dengan orang-orang baru ni, lagilah bila kawan baru tu berada di dalam situasi dan keadaan yang hampir sama dengan kau tu, lagilah sekufu. Gituuuu.

Tapi terpulang pada diri, aku tak kisah pergi mana, walaupun realitinya aku mula-mula hujan lebat bila dapat tahu aku dapat Kajang, while sebenarnya aku nak Bangsar atau PJ. Aku nak upgrade diri. Mudah-mudahan ada rezeki dapatlah aku jadi staff permanent. Amin.
_

Mungkin akan ada Kumpulan 2, Kumpulan 3, Kumpulan 4 Fasa 5 atau Fasa 6 ke 7 SL1M TNB yang mencari-cari keperluan masa latihan kat ILSAS nanti, ni aku senaraikan apa yang perlu dibawa ya.

  1. Baju formal (baju kurung, kameja &suit/blazer) yang mencukupi. 5 helai untuk latihan kat ILSAS + ekstra helai lagi untuk on job training kat stesen-stesen TNB nanti. Macam aku tak balik pun lepas latihan, aku bawak terus 10 helai baju untuk OJT.
  2. Kasut formal & tak formal. Malam tak rigid sangat, aku tibai kasut tak formal belah malamnya.
  3. Baju tidur/ Baju riadah tapi aku punya batch ni padat waktunya so tiada riadah.
  4. Hanger & iron. Silalah bawak iron untuk elak kau berebut dengan manusia satu blok sebab ILSAS takde sediakan iron.
  5. Tuala, sabun mandi, pencuci muka, berus gigi semua tu.
  6. Laptop & extensionnya. Ini nyawa nok NYAWA! Takde benda ni boleh kemurungan kau tau.
  7. Fail sijil dan buku nota serta pen untuk kau mengarut time bosan dalam kelas.

Nampaknya ini sahaja yang aku bawak untuk hadapi hidup baru. Takpe, tak cukup nanti nanti boleh tambah kan?
_

Okay guys.
Babai dulu.
Aku nak qada' tidur yang berlalu haritu.
Wish me luck untuk OJT & kina dapat jadi staff permanent TNB. Amin.

Update: Check it out kalau nak tahu macam mana kina dapat tempat tinggal untuk OJT sebab korang tahu kan kina ni mengada!

55 comments:

  1. Good luck awak. Kite admirer awak dari jauh ❤

    ReplyDelete
  2. Hi admirer!

    (tak sangka memang benar i punya admirer. Kehkeh!)

    Terima kasih atas ucapannya. Semoga yg baik berbalik pada awak jugak.

    ReplyDelete
  3. Task apa kena present tu? Story la sikit. Btw saya dapat yg fasa 2 punya. Wish me all the best sis. Mak takot nak hadap working life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh silap, bukan fasa 2. Fasa 5 kumpulan 2.

      Delete
    2. thru email ke dia bgtau ?

      Delete
    3. i ada mohon, tapi takda dapat pun :( takda rezeki

      Delete
    4. Anonymous 1: Wah, tahniah! batch awak betul-betul bawah saya ni. Task masa saya adalah presentation untuk satu topik tp please bear in mind, don't be too plain nor too over imagine masa prepare task. Topik nampak mudah, tp yass bang bang bang kena tembak depan penemuduga, boleh patah hati woo.

      Anonymous 2: mungkin rezeki awak lebih baik nanti. keep fighting dan jangan mengalah!

      Delete
    5. dapat melalui call ke email?sy ada dapat call tawaran slim kump 2 juga

      Delete
    6. hi unknown!

      should getting an email, i guess. cuba dapatkan surat tawaran melalui email. apa-apahal senang nak refer.

      Delete
    7. Ehh sama la. Sy pon sorg2 je. Member reject xnk pegi plak.

      Delete
  4. hi there! nak tanya, masa kat ILSAS tu ke baru TNB bitau kita OJT kat mana? and before training kat ILSAS tu TNB ada call for interview dulu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! Yup, in my case, hari pertama, sesi petang kita dimaklumkan tempat OJT. Then after that prepare lah, nak cari rumah ke cari geng semuanya lah. ada masa seminggu sebelum lapor diri.

      takde. sebab tnb dah buat iv before pilih trainee. but, masa dalam ilsas, ada mock iv yang like the real iv. so prepare with your docs and cert.

      Delete
  5. Hi, kalau dapat tempat OTJ tapi lepas dah tahu tmpat nk OTJ tu. Boleh reject tak tawaran sl1m tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there!

      kenapa awak nak reject sl1m hanya sebab tempat OJT awak bukan seperti yang awak mahu? Sayangnya .. awak kena lah try option lain dulu iaitu rayuan & perbincangan, atau why not to try out?

      hmmmm oh btw, kena bayar ganti rugi kalau awak keluar sl1m tanpa sebab. jumlah ganti rugi hampir setara dengan hutang ptptn saya. Harapnya menjawab persoalan awak.

      Delete
    2. Oo iye, terima kasih awak for information 😊

      Delete
  6. Salam. Lepas training dekat ilsas seminggu. Memang terus kena lapor diri ojt ke? Or ada jarak 2/3 hari lepas training baru pegi lapor diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. hi there!

      Latihan habis hari jumaat & lapor diri OJT hari Isnin (untuk negeri yg kerja hari Isnin lah), so ada jangka waktu sabtu ahad.

      Delete
  7. salam..untuk sl1m ilsas ni memang dapat emel ya?semalam sy ada dapat call.katanya dari sl1m tnb..lepas tu berurusan melalui whatsapp je untuk confirmation.ragu2 nak percaya ke tak.sebab xde sbrg emel dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Dapat emel. Macam pelik je kalau wasep. Dia akan bagi emel untuk pra tawaran. Lepas kita setuju baru dia emel tawaran.

      Delete
    2. Wasalam. Hi there!

      Seperti mana menurut anonymous di atas, memang akan dapat emel pra-tawaran. Cuba awak mintak orang yang whatsapp tu emel segala mak nenek dokumen tu. Apa apahal lagi senang nak refer emel.

      ILSAS is Integrated Learning Solution Center. So SL1M TNB untuk seminggu (atau lebih)dijalankan di ILSAS.

      Delete
  8. Salam, di ILSAS nnti adakah kena bawa bantal sendiri atau disediakan?
    Pastu bagaimana pula dengan cadar?
    Terima kasih.

    PS: Saya nk jadi peminat setia awak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sorry. Baru habis cuti niii.. hewhew

      di ILSAS, bantal selimut dan cadar semua disediakan. Tinggal bawak barang peribadi yang lain je. Dalam bilik di ILSAS dah ada sinki, so senang nak cuci muka gosok gigi semua.

      [ps: bisa aja awaknya. pm tepi eh. Kah!]

      Delete
    2. Ok, Terima kasih atas jawapannya.

      [ps:pm tengah pun bole ;) haha]

      Delete
  9. Salam sis, saya ada berapa benda nk tnya berikutan dgn training 1mggu dekat ilsas:
    1. berkaitan dgn sis bgtau pasal mock iv tu kan, mock iv tu depa cuma nk tgk kita ja ka? ada apa2 ujian tak time mock iv tu?
    2. semua yg dpt sl1m under tnb ni mmg dh confirm dpt training 6bulan dgn depa ka? atau dr mock iv tu sapa2 yg tak lepas ujian apa2 kena balik. sy cuma nk tahu kepastian saja.
    3. Batch sis punya kumpulan 5 fasa 1 kan , berapa intake yg masuk? range dlm 100 org keatas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. Hi there!

      1) takde ujian. tp mock iv tu diadili oleh company yang betul-betul tengah cari orang untuk di-hire. and actually, kita akan dapat tengok keputusan iv tu camne 2 minggu lepas mock iv.

      2) macam batch saya, confirm. Sebab kitorang melalui penantian yang lama selepas direct iv dengan tnb. kalau batch anda, saya tidak tahu.

      3) Ya, saya batch K5F1. 2++ total semua. awak punya batch dengar cerita 350 orang.

      Thank you for asking! :)

      Delete
  10. Hai sis. Boleh tak nak tahu sis lapor diri dulu pakai baju apa? Thank u sis. Banyak betul membantu. Hehee ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yow there! Hahahah

      Sis pakai baju biru, seluar kelabu, kasut maroon .. pakailah apapun sis asalkan nampak formal atau sesuai untuk dibawa masuk pejabat.

      Alhamdulillah, terasa bermanfaat akhirnya hewhew. Terima kasih sudi baca. Selamat maju jaya ahad nanti!

      Delete
  11. Salam sis, malam kena pakai baju formal jugak ke? Thank you sis for the info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Hi there!

      Batch saya dapat kelonggaran. Malam smart casual. Lelaki pakai baju kolar, perempuan ikut kesesuaian, boleh pakai sandal bukan selipar jamban.

      Delete
  12. sis, saya dapat email kata "Bersama tawaran ini, tuan/puan akan menjalani latihan OJT untuk tempoh 6 bulan bermula 27 Januari 2019 tuan/puan dikehendaki melaporkan diri di TNB Integrated Learning Solution – ILSAS pada 27 Januari 2019, jam 8.00 pagi.", 27 hb tu hari ahad, maksudnye program tu start hari tersebut ataupun tu untuk daftar penginapan dan 28 hb baru start program betul betul? email pun ada bgtau 28hb baru pakai baju putih, tudung biru gelap, seluar gelap, kasut tutup. saya keliru , harap sis sempat reply before 27hb

    ReplyDelete
  13. Hai saya nak tanya.. Saya ada dpt email tawaran and dia ada bg tempoh utk reply email and bg dokumen2 thru email.. Sy dah settle kan semua and saya ada try call utk dpt kepastian tp takde yg angkat.. Mcm mana nak tahu kita betul2 diterima or tak. Sbb call banyak kali takde org jawab �� satu lg nak tanya tentang pakaian mmg kena bawak blazer ke utk latihan di ilsas nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there! Kalau ikut pengalaman saya, bila hantar ikut tempoh masa, consider on lah. Kalau ada isu berbangkit baru dia email kita. Harapnya awak takde apa apa isu berbangkit lah.

      Bawaklah, nampak smart. Tak bawak pun takpe. Tapi, kalau dah ada bawak je lah. Saya sampai sekarang menyesal tak bawak blazer sebab ada mock iv dulu. Hahahaha.

      Delete
  14. Hi! Nak tanya the first day pergi tu kena pergi daftar dekat mana ye? Dorang bagi daftar bilik dulu ke? Esoknya baru start kelas ya? And malam pun ada kelas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there!

      Tempat daftar anda adalah berdasarkan surat tawaran. Lihat pada bahagian venue.

      Daftar dulu, dengar short briefing lebih kurang 20 minit, baru daftar bilik. Kelas start after lunch hari yg sama dan malam juga ada kelas.

      Delete
  15. Assalamualaikum. Just found your page about Sl1M TnB. Saya nak tnya berkenaan email yg saya terima. Disitu, ada menyatakan faedah penyertaan tuntutan perjalanan: RM400(hanya bagi program/latihan ditawarkan oleh pihak TNB) ape ye maksud dia disitu? .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Awak boleh claim duit minyak duit tol sehingga RM400 dengan syarat, perjalanan yang dilakukan adalah untuk program dan latihan yang dianjurkan oleh TNB HQ. Perjalanan outstation untuk apa-apa urusan kerja tidak tertakluk di bawah faedah ini.

      Delete
  16. Assalamualaikum hi there, nak tanya kenapa ye saya tak dapat apa apa emel selain emel yang dorang dah terima document kita and suruh bawak semua dokumen masa hari pendaftaran? surat tawaran pon takde.

    and satu lagi, kasut bertutup selain warna hitam boleh kan? Thanks in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Hi!

      Surat tawaran diberikan ketika pengumuman tempat OJT. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang email, maknanya anda tidak memiliki sebarang masalah untuk menyertai program ini. So, be prepared with all the stuffs for the training at ILSAS nanti.

      Sebenarnya mereka suruh pakai kasut hitam, tp saya ni sejenis kaki susah nak cari kasut yang tahan lasak, saya sarung je kasut brownish maroon yg saya ada. Saya consider boleh. [pstttt jangan beritahu orang lain yg kita langgar peraturan.] Keh!

      Delete
  17. sekarang masih ada lagi ke slim TNB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, cuma tak bukak untuk umum lagi. haritu permohonan untuk F5K2 ramai, jadi K3 & K4 dipilih dari permohonan situ je. Tunggu F6 laa.

      Oh btw sekarang tukar nama dah, jadi PROTEGE.

      Delete
    2. Assalamualaikum..nak tanya, sy baru dpt email utk sertai protege ni tapi cuma 11 hari

      Delete
    3. wasalam. saya rasa 11 hari tu orientasi. lepas 11 hari tu nanti baru dapat OJT placement. Tapi saya tak sure sangat tau.

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Hi saya nak tanya tentang slim tnb tu. Boleh tak kalau saya nk email awak? Atau awak email saya? Thankss

    ReplyDelete
  20. Salam, saya nak tanya.. selepas dari program 6 bulan ni.. ade comfirmation tak terus dpt keje? atau kene tunggu ade kekosongan atau mcm mane?

    ReplyDelete
  21. Haii, saya nk tanya. Kalau dpt tawaran kerja lain semasa ojt, ade kena tindakan pape ke?? Boleh terus berhenti ojt ke?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum hi.

    nak tanya, andai kata semasa tengah ojt protege tu dapat tawaran kerja di syarikat lain boleh ke berhenti ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam haiii.

      boleh sis. takde masalah. tp pastikan guna saluran yang betul, jangan cabut pulak. hehehe

      Delete
    2. baikk terima kasih ye.

      Delete
    3. Assalamualaikum, nak juga tahu pasal ni, kalau dah 1 bulan or 2 bulan dalam program protege slim ni, tetiba dapat offer kerja lain kene bayar balik ke duit allowance yang kita dapat tu?

      Delete
  23. Assalamualaikum.

    Saya baru saja dapat email drpd pihak TNB utk saringan pra kelayakan protege. Jadi setelah submit form yg disertakan, adakah saya perlu menghadiri sebarang temuduga atau saya diserap terus sebagai protege tnb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Hi there!

      Sekarang punya sistem saya tak pasti. Dulu saya, dapat je emel confirm terus jadi protege TNB dan dah boleh ready nak masuk ILSAS. Dalam emel tu ada lah 2-3 soalan dia tanya tp takdelah sampai temuduga. So batch baru-baru ni tak pasti lah prosesnya macam mana.

      Sorry, tak membantu sangat jawapannya ni.

      Delete