Monday, January 6, 2020

PTD: PAC

안녕하세요!

Peringkat 3 dalam temuduga PTD dah mula menjengah. Alhamdulillah, berkat doa orang lain pada aku, aku lulus ke PAC. Program Assesment Centre (PAC) ni aku gelarkan macam MUET Part Writing and Speaking. Ya, dalam PAC ni ada 3 bahagian yang bakal dinilai iaitu penulisan esei, pengucapan awam dan latihan dalam kumpulan. Aku tak sempat buat persediaan rapi apa pun sebab aku masa tu di puncak kesibukan ketara dengan tugasan kerja.
Di peringkat ini, dalam email dah start guna 'Kadet'. Nak beri gambaran rasanya, yang jauh lagi perjalanan nak jadi PTD ni.
2 hari sebelum ke PAC baru aku dapat curi baca sana sini untuk dapatkan idea. Nampak macam aku main-main dan tak serius kan? Hakikatnya aku cuba yang terbaik nak balance kan tugasan kerja aku dengan persediaan ke PAC. Dua-dua penting bagi aku. Jadi aku harap, aku dapat yang baik-baik untuk perkara baik yang mungkin aku ada buat. Hmmm.
Datang awal gais. Nanti dapat nombor cantik lagi. Tak percaya?
Untuk PAC ni, bahagian penulisan dan pengucapan awam, kita calon kadet ni diuji dalam 2 bahasa. Kau ada penguasaan 5 bahasa sekalipun, hanya BM dan BI sahaja yang akan diuji. 

Waktu bahagian ni, kita pakai baju formal ya korang. Aku pakai what-to-be-look-as lounge suit (blazer dan seluar) beserta kasut hitam bertumit 2 inci. Pakaian formal yang lain adalah baju kurung yang tidak berfesyen melampau. Tapi aku ada masalah nak menterjemahkan tips berbaju kurung dari orang lain, yang katanya baju kurung hendaklah tidak terlalu berbunga, bla bla bla. Maka sebab itu, aku pilih lounge suit. Senang!

Masuk dewan untuk bahagian penulisan, aku tengok calon lain buat persediaan nyata gais. Nyata maksudnya mereka ada buku tulis budak sekolah yang dalam tu tulis semua isi untuk topik yang mungkin keluar. Tak buku tulis, kertas timbun-timbun dalam pegangan mereka. Aku? Hanya pen hitam dan idea dalam kepala otak yang memang dah bercampur. Dah dapat dah tu poin nak nangis. Hahahaha.

Untuk penulisan esei BM, soalan haritu adalah 'nyatakan kebaikan kitar semula bahan kepada alam sekitar dan kehidupan manusia'. This is so PA STPM. So alhamdulillah, tak jadi nangis aku masa tu. Aku bagi 3 poin, pastu hurai ikut idea dalam kepala.
  • Melindungi sumber flora
  • Menambahkan pendapatan
  • Mengalakkan minda kreatif dalam kalangan rakyat
Untuk penulisan esei BI, soalan adalah berkenaan dengan merokok di restoran telah diban. Setuju atau tidak, bincangkan. Hmmmm, esei BI yang aku buat sangatlah individual oriented iaitu berdasarkan pada pandangan aku semata. Tiada fakta. Tiada huraian kukuh. Siap penutup akhir tu aku ada tulis; "In a nut shell, bla bla bla. This essay is based on my personal view without concrete facts. However, I strongly support when Malaysia has started to ban smoking in restaurant." Sebab aku tak prepare apa. So korang, please do your preparation well. Please please.
Haa, nah bukti! Buat semangat nak datang awal.
Habis jawab dua-dua esei, kita perlu gerak cepat ke kaunter pendaftaran untuk semak kumpulan kita bagi sesi pengucapan awam individu. Memandangkan aku berangka giliran no 1, semestinya aku kumpulan 1. Masa aku, 1 kumpulan 12 orang. Semua orang pakai nombor kan, jadi tak susah nak cari kumpulan. Siap semua ahli kumpul, kita cabut undi tajuk pengucapan awam BM dan BI. Untung yang nombor awal macam 001 ni, dapat cabut undi sebelum orang lain. Orang yang 012 misalnya, harus terima apa yang tinggal.

BM aku dapat tajuk peranan belia masa kini. BI pulak soalannya "Would you ever try online dating?". Awal-awal lagi dalam kepala aku letak idea - gila kau taknak cuba. Sambil nak gerak ke bilik yang ditetapkan, sempat kita nak Google idea. Sampai je bilik pengucapan awam, ketuk pintu dan masuklah bersama kumpulan. Dalam bilik tu ada 2 pegawai. Jangan risau sangat, senyum macam biasa. Nanti pegawai tu terangkan rules semua dan akan bagi masa 10 minit untuk kita buat persediaan.

Tips untuk pengucapan awam individu ni, tolong bawak bertenang. Bila bertenang, kita akan teratur susun ayat. Jadi nampak seolah-olahnya kita bersedia, yakin dan berstruktur dalam pengucapan kita. Laju-laju nak pi mana? Tak tahulah apa penilaian yang ditengok, tapi kalau dah laju sangat cakap, nampak kelam-kabut, kita logiklah, takkan kita dapat markah tinggi kan? Lepas tu, tambahlah dengan kreativiti sendiri nak tarik hati pegawai penilai tu. Bilik sebelah siap nyanyi lagu Hijau untuk tajuk 'sikap membuang sampah ke dalam longkang atau sungai.' Tapi, jangan terlebih masa. 5 minit je yang kita ada.

Walau kau tak berapa yakin nak cakap dalam BI, untuk PAC ni, cakap je lah. Broken English pun broken lah. Nak bagi bahasa pasar pun bagilah. Asalkan kau mencuba. Pegawai nak tengok kau yakin ke tidak, boleh bercakap atau tak. Takdenya di-check grammar kau. Member satu team tu pun takdenya nak gelakkan kau sebab masing-masing sedang dinilai keperibadiannya. So buat je.

Tips untuk perbincangan berkumpulan, tolong jangan jadi dominan. Tolonglah. Sama-sama bantu kawan sekumpulan sebab ini perbincangan berkumpulan. Kalau beria kau saja nak bercakap, ketahuilah bahawa kau dinilai berdasarkan poin yang kau utarakan serta attitude dalam perbincangan. Kematangan dan bernas adalah terbaik. Aku ni bukti nyata yang aku dapat bercakap hanya sekali untuk seminit dalam perbincangan berkumpulan BM sebab ada yang cuba jadi dominan. Satu minit untuk tempoh hampir 1 jam. Kau rasa? Aku pasrah bila sampai ke sudah aku takde peluang nak bercakap dah. Tapi percayalah, semangat aku jatuh.

Habis perbincangan BM terus rehat 2 jam, makan tengahari disediakan dan masa ni lah kita tukar pakaian sukan. Waktu ni kita perlu berbaju tshirt lengan panjang warna gelap dan track suit warna gelap. Berkasut sukan. Aku pakai tudung yang sama je sebab tudung aku warna merah hati - aku anggap gelap. Naik rehat, sambung perbincangan berkumpulan dalam BI.

Untuk BI, aku memang ada masalah nak bercakap depan orang. Walau selalu aku bebel dalam BI, tang nak kena bercakap depan orang, aku kalah. Lagi lepas tragedi dalam BM tadi, semangat aku dah tiada. Tapi aku bersyukur, seorang teammate aku ni, dia Indian, dia jadi moderator yang cemerlang untuk perbincangan kumpulan BI ni. Semua orang dia bagi peluang bercakap. Masih ada yang cuba jadi dominan tapi dia pandai kawal. Aku sangat hargai usaha dia. Semoga kebaikan sentiasa untuk dia.

Keluar je bilik lepas perbincangan BI nak ke sesi LDK, aku menangis gila-gila dalam hati. Yang kalau orang tegur, confirm pecah tubir air mata tu. Hmmmm. Sampai yang dengar, cuma sedu je. Aku WhatsApp family mintak sokongan, pasal aku koyak. Diorang mintak aku stay fokus last untuk LDK. So LDK ni dia nak tengok tahap kerjasama kita dengan kumpulan macam mana, kepekaan kita macam mana. 

Tapi sumpah aku koyak teruk, aku sampai sekarang aku tak faham function aku masa LDK haritu. Jurulatih akan bagi arahan, so kita follow arahan dia sebutir-sebutir. Dia mintak buat jambatan dalam  bulatan yang berdiameter 2 meter, setinggi 30 cm sepanjang 1 meter guna surat khabar. Tiada pembaris disediakan, hanya tali berukuran 1 meter diberikan sebelum dipulangkan beberapa minit kemudian. Lepas tu, aku tak tahu aku buat apa.

PAC ni habis pukul 4pm camtu. Dengan hati yang patah, aku tunggu Affin, member SL1M dan bekas partner badminton aku. Sebab kami dah janji nak lepak sama. Dia nampak bertapa down nya pada muka aku. Aku tak boleh sorok. Aku tak boleh simpan. Acik dengan Lin bagi support.

Muka koyak yang Affin bawak makan so dah okay. Pastu lepak sejam dengan Lin dan Acik sebab nak kejar bas balik BP. Thanks korang!
-

Terima kasih pada sorang member Sweatfitt yang mesej aku hal kerja pada hari kejadian. Tapi sebab hal kerja tu aku jadi okay sikit dan buat aku sedar aku ada tugasan yang menunggu. Sebab aku dah bulat hati tolak tawaran kerja tour guide tu. Nasib aku tak meroyan kat dia sekali. Huhu.

-
So korang, PAC ni dia nak nilai kita banyak perkara. Aku tak tahu secara detailnya apa tapi kematangan dan attitude paling utama dinilai. Ni yang senior cakap lah. Buat yang terbaik untuk diri sendiri tapi jangan tutup peluang orang lain. Sama-sama bertenang kan bagus.

Be good, do good, stay good yah?

Babai.


Next entri pasal PTD Level 4. Nah, usha sini // Previous entri pasal PTD Level 2. Nah, usha sini.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Saudari maaf bertanya. saya nak tanya berkenaan SLIM TNB. saya ada terima emel pra tawaran untuk protege TNB F6 K1 di bawah pencawang.

    dan Ahad ini kena lapor diri 12.01.2020
    selama 11 hari di Ilsas.

    adakah program ini sama mcm saudari join?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam saudara/i,

      Dari kenyataan anda, ya sama.

      All the best yah!

      Delete
    2. terima kasih. tapi dia memang hanya untuk 11 hari je ke?
      macam saya dapat Pencawang maksud nya saya hanya akan belajar mengenai pencawang je ke? savr,protection, ppb dia tak akan belajar ke?

      Delete
    3. alamak tu saya tak pasti pulak macam mana. sebab gayanya, awak aliran teknikal ni. saya non-teknikal. saya tak pasti macam mana. sorry yah tak membantu.

      Delete
  2. Assalamu alaykum and hello there :)

    Nice sharing and I love how you described everything in details and provided us important information too. Yours is one of the blogs that I made as guidelines in order to prepare for the PAC which I've just went two days ago. And man, really, it's a really great experience!

    It's true as you stated that we really need to do preparation as much as we can. Although, I'm not really sure how did I do, but one thing for sure is that: everyone is great. And, I remember someone advised me just one day before my PAC session, "don't ever feel down even if you think that everyone is great." And I couldn't agree with her more, it's the truth.

    As for now, I don't know what shall I expect, since I believe that I took home a lot from the PAC experience; the lessons and the improvements that I have to make in myself, especially in delivering my opinions. But, I believe that I did my best and I fought quite hard too, therefore I leave everything to ALLAH. Praying and hoping for the best. InsyaAllah. Wish me luck :)

    Thank you again for this great sharing. You are amazing.

    --Nadi (Septermber 25, 2020)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nadi! Well done girl and congratulation for your PAC.

      Saya percaya anda telah melakukan yg terbaik masa tu. InsyaAllah, rezeki yg terbaik buat Nadi.

      Anggaplah PAC ini satu pengalaman baru yang membuka mata sebab kita berpeluang bertemu orang hebat di situ. Mungkin masa zaman univ, kita aktif, jadi kita rasa kita dah cukup perform. tp masa PAC ni, kita rasa kita kerdil je rupanya ramai lagi perform dari kita.

      Takpe rasa gitu. Yg penting, kita ambil pengalaman PAC itu sebaiknya. Mungkin untuk yg kali pertama ke PAC akan rasa macam apa yg saya pernah rasa dulu, sebab terkejut, tp lama-lama kita akan sedar banyak benda kita belajar rupanya masa PAC.

      Apa-apa pun, terima kasih sudi baca entri ni. Harapnya entri saya dapat membantu Nadi dan yang lain apabila memerlukan.

      All the best Nadi. Semoga ada rezeki kita bertemu nanti.

      Delete