안녕하세요!
Alhamdulillah 19 Jan 20 haritu, aku secara rasminya bergelar peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) INTAN 2020 atau nama glamer bagi kami adalah kadet. Sesi pendaftaran tiada masalah selagi kau sediakan segala apa yang diminta dengan lengkap. Dan aku dapat INTAN Bukit Kiara gaiss!
20 Jan 20, modul Group Intergration (GI) bermula bagi kadet 2020. Puas INTAN rahsiakan lokasi modul, sekali tu pihak kem lokasi tu yang pecah lubang. Hahaha. So, pagi-pagi buta kami bergerak ke Melaka untuk memulakan GI kami.
Aku dah sediakan barang ke GI ni awal-awal sebab I orang jauh okayyy. Tapi haritu taknak kongsi dulu, sebab aku nak bagi gambaran sebenar barang apa yang diperlukan dan korang bolehlah agak barang yang korang perlu bawak untuk GI ni.
Untuk 3 hari 2 malam di Kem Lambaian Danau, Melaka, aku sediakan satu beg yang tak sampai 30L pun. Sebab menurut keyakinan aku, kem ini mesti pack, bawak baju banyak pun macam tak function. Malah, INTAN pun ada bagi senarai semak yang boleh dijadikan panduan. Jadi memang kecik je beg aku berbanding orang lain. Hewhew.
- 2 tshirt hitam microfiber lengan panjang (RM14.90/helai kat Shopee)
- 2 tshirt navy microfiber lengan panjang (RM14.00/helai kat Shopee)
- 1 tshirt warna bebas microfiber lengan panjang
- 4 tracksuit hitam (yg cepat kering, bukan sweat pants, bukan jogger pants) (2 helai RM40, lagi 2 helai memang dah ada)
- 3 tudung 'perang' warna hitam. Okay, tudung sarung sebenarnya. (RM10/helai)
- 3 helai stokin hitam (RM2.10/3 helai kat Ninso)
- 1 kasut sukan (RM10 kat AeonBig)
- 1 water shoes tapi aku bawak je rubber shoes yang aku beli kat Mr Diy (RM9)
- 1 tuala microfiber sebab nak cepat kering (RM11.90 kat Mr DIY)
- 1 kain basahan
- Sunblock
- Toiletries
Dalam kem, keluar masuk air tu perkara biasalah. Kem ni dikelilingi tasik jadi memang aktiviti air lah banyak buat kat situ. Aku kena tolak dan paksa terjun dari tebing masuk air, terjun 15 kaki lepas tu. Huhu, timbul je kat air aku bersyukur aku hidup lagi. Dan aku sedar yang aku memang gayat rupanya. Aku ingat sekadar takut naik roller coaster je. Pernah nampak orang taf menggeletar tepi tebing dan platform tinggi? Haa, taim tu aku tayang dah. Kah!
Terjun tiruk gini gais! Baik tak terkejut lemak aku. |
Ni gambar lepas aku berjaya cecah tebing. Bangga sikit sebab aku berjaya overcome ketakutan aku. |
Tapi aktiviti merakit, berenang menyamar jadi ikan tu semua aku tiada masalah. Sebenarnya, atas bantuan Tasha jugaklah masa kat Tioman bulan 3 tahun lepas, dia ajar aku guna life jacket dengan betul. Masa tu, untuk aktiviti snorkelling. Jadinya untuk aktiviti macam ni, aku takde lah terlalu takut tapi takde pulak terlalu yakin. Dan hasilnya, muscle lengan aku dah naik. Aku tinggal train untuk tinju orang dengan lebih baik je lah sekarang ni. Hahaha.
Penat memang penat sampai masa terapung tu aku sempat terlelap. Sebab tu burn lebih. Kehkeh! Ni semua pengalaman aku untuk bukak hati aku terima teammates baru dengan lebih cepat dan in tough way.
Sampai pencen lah kang kita mencari sesama kita ni nanti ye monyet sekalian. |
Macam kasar pulak aku panggil diorang monyet gitu. Tapi kitorang memang group monyet dan batch kali ni, untuk GI ia bertemakan animal kingdom. Kehkeh! Cuma lepas rename, monyet tu jadi Chimp Champ lah. Begitulah kisah GI aku dan seminggu telah pun berlalu.
Another 43 weeks to go. Siapa yang janji dengan aku sampai tempoh grad aku, be ready hah. I'm on the way to claim everything promised tau.
Dah.
Babai.
Babai.
Be good, do good, stay good! Take care.
tahniah and alll the best dgn karier sekarang..eh dlm gambar tu ternampak kenalan time matrik dulu
ReplyDelete