Friday, January 10, 2020

PTD: DIPLOMA PENGURUSAN AWAM

안녕하세요!

Okay gaiss, aku nak sambung mengarut lagi. Janji ni last untuk tarikh 10hb ni.

Lepas habis 4 peringkat perjalanan dalam roadmaps jawatan PTD M41 ni, jangan anda terus ingat anda dah boleh bersemangat untuk berkhidmat kepada negara tercinta ini. Belum lagi yam, belum. Perjalanan masih jauh.
Ni lah dia roadmaps bagi PTD M41. Panjang kan? Harap sentiasa bersemangat! (Sumber: Portal SPA)
Lulus temuduga terakhir tu adalah untuk melayakkan kau mengikuti program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama 10 bulan. INTAN yang terlibat untuk DPA ni ada 2 tempat iaitu INTAN Bukit Kiara dan INTAN Jalan Elmu. Aku harap aku dapat Jalan Elmu. Sebab belakang UM. 

Dalam INTAN ni kira ikut kursus lah untuk menjadi PTD, sebab tu calon yang berjaya ditawarkan DPA ni dipanggil kadet. Dalam tempoh 10 bulan ni, kadet akan menjalani pelbagai modul akademik dan latihan fizikal yang mencabar tapi menyeronokkan bak kata senior. Memang tidak dilupakan lah kenangan-kenangannya.
Trademark Bukit Kiara. First time jejak kaki di sini pada 07 Dis untuk sesi taklimat pertama.
Untuk modul fizikal atau Modul Integrasi Nasional nama sebenarnya ni, kadet berpeluang merasai pengalaman menjalani latihan Polis, Bomba dan Askar. Ni pengalaman paling mahal dan aku harap aku bertahan sampai ke penghujungnya memandangkan aku tak pernah terlibat dalam badan beruniform sebegini kerana zaman sekolah aku, aku hanyalah ahli Puteri Islam sejatehh dan Pengakap Kelana celup. Hingga adik-adik aku si ahli PKBM  tegar cukup-cukup risau dengan aku, hari-hari bagi poin; "Kak, tangan kena kuat, kak. Kak, buat je walau rasa tak boleh buat".

Jadi untuk kadet awam macam aku, modul fizikal ni buat aku super nervous. Ni kalau aku sembang dengan pak soljar pasal modul ni, memang kena gelak je. Setakat celah gigi. Tapi aku memang letak dalam mindset, aku pergi kursus askar supaya mental aku letak expectation selayaknya kursus askar tu macam mana. Biar mental aku bersedia dan fizikal aku tak terkejut.

Sepanjang 10 bulan itu kau akan dinilai dan kau perlu juga prepare kem mana yang kau nak join nanti. Sebab ada temuduga terakhir untuk penempatan kem yang akan kita berkhidmat - kem yang femes mesti banyak persaingan dan temuduga nya slightly taf banding kem lain. Tapi, kem mana-mana pun sama je, tetap beri peluang debut terbaik untuk menjadi PTD.

Setakat 10hb ini, aku belum lagi mendaftar masuk INTAN dan masih lagi melengkapkan segala dokumen apa yang perlu aku lengkapkan. Perasaan tu macam biasa, semua berlumba-lumba ajak geng nak lepak dalam kepala aku. Maka dengan itu, entri thread PTD aku akan berakhir di entri ini. Tapi aku tetap berminat nak kongsikan modul-modul sepanjang bergelar kadet. Oleh yang demikian, aku mengharapkan agar korang dapat turut mendoakan aku menghabiskan perjalanan sebagai seorang kadet dengan jayanya.

Punya waktu, punya kesempatan pasti aku akan kongsikan segalanya di sini. Jika tidak di entri baru, aku akan monitor mana-mana yang memerlukan bantuan aku di blog ini. Terima kasih banyak kalian yang sudi bersama aku semenjak dulu dan bertahan baca entri merapu mahupun yang sedikit berilmiah dari aku. Semoga setiap dari kita bermanfaat kepada orang lain.

Be good, do good, stay good ya.
Keep moving and be happy.

Babai.

6 comments:

  1. Salam. Nak tanya, berapa lama tempoh masa antara waktu terima emel keputusan temu duga dengan hari untuk lapor diri di INTAN dengan?

    ReplyDelete
  2. Salam mcm mne nak apply yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Pengambilan Kadet PTD akan dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan semua online kat SPA9. Intake 2024/2025 tengah open ni, tutup 14 November 2023 nanti. Mohon cepat tau!

      Delete
  3. KOS UNTUK program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama 10 bulan NI KENA TANGGUNG SENDIRI KE?

    ReplyDelete
  4. Sya nak tanya, selama 10 bulan di Intan tu.. adakah stay di intan? sya agak tertnya bgaimana dgn kadet yg telah berumh tga.. jd perlu tahu utk persediaan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Saya klik satu persatu link untuk menghayati setiap pengalaman yang perlu ditempuh sebelum dilantik jadi PTD. Saya pula yang berdebar-debar dan berpeluh terutama perkongsian mengenai PAC tu 😂

    Kalau tak keberatan, boleh ke puan jawab beberapa persoalan saya ini?

    1. Selama 10 bulan di INTAN, adakah kita dibenarkan pulang ke rumah? Ada hari cuti/outing? Atau boleh berulang alik tanpa perlu menginap di sana?

    2. Saya seorang staf kerajaan tetapi gred 29. Jadi sekiranya ada rezeki dipanggil masuk di INTAN, adakah perlu meletakkan jawatan sedia ada atau boleh mohon pengecualian? Adakah gaji akan digantung sepanjang tempoh di INTAN?

    3. Ada ke yang gagal dilantik sebagai PTD setelah mengharungi 10 bulan di INTAN?

    4. Boleh puan kongsikan pengalaman setelah dilantik sebagai PTD? Worth it atau bagaimana?

    Terima kasih jika sudi menjawab persoalan saya. Terima kasih ☺️

    ReplyDelete