Sunday, April 11, 2021

Hari Istiadat Penganugerahan DPA

안녕하세요!!

Selamat menyambut puasa pada 13 April nanti. Semoga tahun ini, kita diberi kesempatan mengejar pahala dan keberkatan Ramadan sampai ke penghujung.

Alhamdulillah, selepas 140 hari masuk kerja, aku telah selamat berkonvo. Wuhuuu! Rasa seronok lain maciam sebab aku tahu setakat hari ni, aku belum ada lagi minat nak menyambung pelajaran. Maka, ini mungkin konvo yang terakhir dalam hidup aku. Jadi teruja tu mestilah lebih kan hikss.

Tapi, ternyata bukan aku seorang sahaja yang teruja.

Kelakarnya, masa konvo tu sepanjang masa ya perlu berpelitup muka, tapi aku telah menghabiskan duit dan masa untuk hire MUA dan buat full makeup. Kah! Konvo jam 2 petang, jam 11.30 pagi aku dah bersedia tadah muka.

Sepanjang masa dalam majlis tu nampak gini je. Patut buat part mata je kan?

Antara sebab aku semangat nak pergi konvo adalah sebab aku nak pakai No 1 Dress aku. Aku kan memang adore dengan orang yang pakai No 1 Dress ni (merujuk kepada askar lah sebenarnya), nampak smart, tegap dan kacak. Bila aku berpeluang nak pakai, mestilah aku semangat. Tapi tu laa, tak semuanya indah. 

Baju aku tu aku fitting lepas balik ATD, jadi mesti lah aku tengah fit, boleh melompat setinggi bintang dan paling utama, pinggang kecik. Ishhh! Baju tu berukuran pinggang 33 ya. Sedangkan sebelum habis DPA lagi pinggang aku dah kembali ke 35. 

Jadinya, beria aku workout nak bagi muat baju. Tak kan aku nak tayang lemak aku dalam persalinan yang kacak tu kan? Setiap petang sampai je rumah dari ofis, aku HIIT 10 minit tambah dengan how to remove fat belly in 7 minutes. HAHAHAH

Nampak tak gigihnya aku buat peringatan kat screen lock aku?

Kalau boleh setiap minggu aku nak trace tahap muat baju aku ni. Keh!

Dan aku sangat gembira, pada hari kejadian tu, aku kelihatan sangat kacak dan selesa dalam persalinan No 1 Dress seperti yang aku bayangkan. Uishhh, struggle dari 35 nak ke 31 dalam masa sebulan tu real gila hokeh! Walaupun aim 30, dapat 31 pun dah kira menang dah rasa. Aku taknak buat lagi. Tapi aku rasa kena jugak, sebab aku plan nak buat photoshot dekat kampung pula. 

Sebab lain teruja nak pi konvo adalah nak pi usha crush nak jumpa kawan-kawan yang pernah bersama-sama mengharungi jerih payah kantoi paper, masuk lumpur, kena sidai dalam hujan, kayak dalam kolam renang eh banyak lagilah kalau nak kabo. Selepas semua orang masuk kerja, tiada kesempatan langsung nak bersua muka, lebih-lebih lagi aku lah. Aku sorang jaa yang tercampak masuk dalam 'tangki air' mereka bilang tapi tak sampai ke Sabah kira okay laa kan?

Maka, inilah peluang kami nak bercakap depan-depan selepas beria dalam group Whatsapp. Ada yang dah dapat baby (macam kelahiran my lovely Damian), yang tengah bawak perut, yang tiba-tiba bercinta satu kelas eh! pun ada. Tengok tu, kalau dalam Whatsapp tak best tau nak share benda-benda gini.

My Catalysm Soars 8 yang pernah membuat perjanjian darah untuk tempoh 10 bulan. Semoga anak-anak kita tak menurun kelicikan kita ni.. Kalau menurun jugak, dah tahu dah siapa punca.

Good game Lasykar! Happy surviving with workloads and add-ons job desc ;)

Cuma tu lah, aku terkilan sedikit sebab Hari Istiadat Penganugerah DPA ni tidak seperti yang aku rencanakan. Aku harapkan yang ibu ayah serta adik-adik aku ada di dalam dewan bersama-sama meraikan aku. Ya, walaupun aku tahu aku tak bisa melambai gembira seperti mana aku buat dalam majlis konvo degree tempoh hari, sekurang-kurangnya mereka dapat merasai kemeriahan majlis itu. Tapi rupanya tidak, mereka aku paksa untuk tengok fb live sahaja. Sedih weyyy...beberapa kali laa meleleh-leleh air mata ni bila teringat. Nasib baik mekap tu kalis air laa jugak dan tahan lama tau. 

Tak sanggup dah nak simpan angan nak jadi Diplomat. Cukuplah sampai di sini sahaja.
-

Sempena dengan Istiadat Penganugerahan DPA ni, aku ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua yang menjadi tulang belakang aku selama ini terutamanya semasa tempoh DPA.

Ibu ayah, SM Squad, Tasha Baini dan YL Clan yang sentiasa menyokong aku dan tidak pernah meninggalkan aku serta semua orang yang sudi menyumbang doa untuk aku. Terima kasih kerana tidak pernah meninggalkan aku, sentiasa ada meminjamkan telinga dengar aku nangis, dengar cerita mengarut aku dan paling penting, selalu paksa aku jalan terus. Anda tahu siapa anda.

Rakan-rakan DPA (terutamanya heavenmate-Ellina, Sofea, Kak Long Atieqah, Tety, Jiha, Miwa, Kaknaz, Hawa dan Ecah) serta CS8 (Balong Emir, Bangah Adhwa, Habid, Yassin (serta Ilyas), Kakngah Najwa dan Adrina, Kak Linda, Tima, Sher dan Adda), terima kasih sebab tak jemu mencipta memori dengan noona. Imej yang noona bawak kan introvert, sentiasa dingin dan aneh tapi mereka tetaplah ada bersama dengan noona sampai ke akhirnya. Kepada Lasykar dan Bitarawangsa, terima kasih kerana memberikan warna dalam hidup noona.

Kepada PL dan PLK bagi Kohort 2020 terutamanya En Azmil, En Iezzat, Cik Wani dan En Rizali, serta pensyarah dan mentor saya antaranya Dr Nora dan Pn Haizan (dan Prof J), terima kasih banyak atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan. Semoga saya tidak menghampakan semua.

Kepada yang mengenali dan membaca blog ini, terima kasih kerana sudi membaca dan bertanya (ada juga yang bertegur 4 mata dengan saya) dan sudi mendoakan saya. Moga doa yang baik-baik kembali kepada yang mendoakan. Semoga urusan semua orang dipermudahkan.

Semoga punya kesempatan lain untuk menyarung No 1 Dress ini. Keh!

Terima kasih juga kepada yang sudi memberikan hadiah kepada saya, moga terus dimurahkan rezeki dan diberikan kegembiraan yang berpanjangan.

Salah satu hadiah 'from nowhere'. Mengambil inspirasi dari kertas tembak ketika dipaksa 'menyamar' sebagai rekrut polis di Maktab Polis Cheras.

Dan ayuh kita tutup entri kali ini dengan gambar guwe berkaki ayam di depan bangunan kubah hijau. Mohon jangan sesiapa pertikaikan lagi kenapa guwe tidak pernah berkasut tumit tinggi selama ni. Kaki guwe ini memang tidak sesuai dengan stail ayu begini.

Okay ni betul last. Bukti first posting aku adalah di JPM.

Okay. Babai.