Monday, October 19, 2015

IRians DI HATI

안녕하세요!!

Kan aku dah cakap, asal nak exam lah idea nak tulis skrip drama, teater semua keluar. Taim tu jugak lah semangat nak basuh baju, nak masak tu membuak buak wujud. Aishh, seton sungguh! 

Esok exam midterm aku. Paper kedua tapi yang pertama bertulis, Special Topic on Politics II. Paper Global Economy and Japanese Economy, open book test dan online je. Yang STOP ni tak tahu laa aku nak carut apa. Hmmm… 

Terasa nak menulis, sebab rindu mungkin. Tak mampu nak luahkan depan depan. Rasa segan. Hak tuihhh…hahaha. Orang kata kalau dah jauh tu baru rasa kehilangan kan? Haa, ni belum tahap kehilangan laa. Cuma rasa rindu nak lepak je dengan mereka. Nak gelak…ye lah, baru rasa bonding dengan mereka mula sem 2 haritu. Itupun sebab adanya JM. Terima kasih UM sebab wajibkan JM untuk freshie macam kami walaupun mula mula tu rasa macam haree laa benda ni semua. In the end, who knows…

Rindu awak semua.
Masing masing ada perangai. Tapi kita dah besar ikut cara kita. Pandai pandai kita laa nak selaraskan perangai tu ikut kesesuaian tempat dan masa. Kadang kadang IR kena kecam, kita dok rilek maki diorang balik dalam kelas walaupun tak pasti siapa yang buat kecaman tu.

Orang jeles tengok kita semua ni femes kan?
Dalam kelas, kita tak semuanya sekepala. Ada pendirian masing masing, ada pandangan masing masing. Kadang kadang berbalah manja jugak kita atas satu isu tu. Lawak kan? Sedangkan sebelum tu, mana nya kita semua nak bercakap sesama sendiri. Mana yang kenal, tu je laa yang kita hadap, kita sembang. Tak pernah tahu pun kewujudan individu lain dalam kelompok IR, malah buat buat tak tahu.

JM hebat. Menyatukan sungguh.
Sungguh, aku rasa lain lepas habis JM. Kita lebih bergelak ketawa, lebih senang berkongsi. Dan, sungguh jugak, aku lebih sayangkan kalian bermula lepas JM.

Bahagia taim ni :)
Saat ni, ramai yang takde kat UM. Separuh dari kita join SEP ke Korea. Itu pun kita dikecam. Orang cakap kita anak emas. Hahaha, lawak nya lahaiii. Mana terfikir macam tu pun tak tahu laa...

Aigoo, rindu.
Rindu lagi.
Hmmm, memang rindu laa.
Lagi 5 orang mana tah...
Semoga aku balik bulan Januari nanti, kauorang sihat belaka. Kita bina bonding lebih eh? Kita ikut cara senior kita lepak sama sama. Hahaha. Semoga kita dapat siapkan tesis sama sama. Semoga kita dapat grad sama sama. Semoga kita dapat kenalkan anak anak kita sama sama. Ah, sungguh rindu korang! *mata berhabuk*


Till we meet again.
Dah.
Babai.

Sunday, October 11, 2015

SEOUL LAND: TEMPAT KEGILAAN

안녕하세요!!

Ohhoooii, guwa masih trauma lagi ni. Sakit sakit badan. Sebab sebab...guwa seronok semalam menggila bersama partners in crime kat Seoul Land, one of the popular theme park in Seoul. Hoyeahhh!


Bila Khamis, Lokman bertanya ke mana hala tuju kami hujung minggu ni, aku dengan bangganya menyebut; " Jom Seoul Land. Line 4." HAHAHA. Aku kan... suka buang masa macam tu. Dan diorang sudi meneman aku membuang masa di situ.

Tapi tapi, pagi pagi hujan. Risau dah. Risau plan terpaksa dibatalkan. Aku menyakinkan diorang yang hujan akan berhenti jugak. Tapi, percayalah yang Kookmin-sayang ni lambat pun sebab hujan (baca terlambat) sebab rupanya tempat ni jauh dari Gireum Station, walaupun Line 4 jugak. Kira kira 40 minit dari situ. Huhu.. Kesian Lokman dan Afiq yang datang dari jauh, tunggu hampir dua jam kat Seoul Grand Park Station (SGP Stn).

Nasib mereka cool, walaupun mereka menganjing secara berjemaah. Takpelah, salah kitorang memangnya. Dari SGP Stn, ingatkan terus jumpa pintu masuk Seoul Land. Rupanya, menapak lagi 1 km. Kau rasa? Nasib le, hari tak panas. Sejuk, suhu 13 darjah celcius. Cuaca pulak kejap hujan, kejap teduh. Menduga badan betul. Dek kerana nak berjimat kononnya, tak nak naik Elephant Ride yang tiketnya cuma berharga 1000 won sehala. Gigih menapak sampai depan kaunter tiket. Rasa teruja meningkat ke level 100! Yeahaa!

Ada kupon diskaun untuk tiket, bolehlah cerita kami pergi Seoul Land.
Cantik sungguh pemandangan depan depan pintu masuk ni.
Nak declare perasaan kat seseorang di sini pun sesuai jugak. Hehehe.
Kookmin-sayangs bak kata Lokman.
Lokman dan Afiq yang menganjing kami secara berjemaah.
Theme park, tak sah laa kalau tak naik roller coaster dan haiwan seangkatan dengannya. Apalagi, kami berenam (baca berlima) mencuba lah segalanya. Bila naik haiwan haiwan ni semua, barulah aku sedar yang aku takut tinggi. Kohkoh. Serius selama ni aku tak tahu pun. Diorang dok menjerit jerit masa bersiar siar di udara setiap kali kitorang naik haiwan haiwan gila ni selama 3 minit. Aku? Pejam mata atas tu pikir aku tengah tidur ada angin kuat. Jadi aku takde laa jerit sangat. Hahaha.

Semua haiwan yang aku naik, semua aku buat benda yang sama. Pejam mata. Mengucap banyak banyak. Genggam palang besi kuat kuat. Kalau tiba tiba rasa nak jerit, jerit la. Diorang berlima gelak kat aku pun, tak kesah lah. Suruh aku bukak mata pun, aku buat tak kesah jugak. Yang penting, aku boleh cakap kat orang yang aku dah naik semua benda tu. Hahaha. Tapi aku enjoy setiap momen, setiap saat kitorang bersama menggila. Gelak kuat kuat kat orang sebab takde orang faham apa yang kitorang cakap.

Setiap kali aku naik haiwan haiwan ni, situasi selepas nya adalah sama. Aku akan senyap, sebab trauma. Beberapa minit lepas tu baru boleh bercakap. Hahaha.

Gambar atas (sebelum)
Gambar bawah (sebelum)
.
Keadaan semasa kami menggila bersama.

Tapi, aku enjoy setiap momen di sini. Entah. Kat sini rasa kami lebih rapat. Lebih senang bergurau senda. Mungkin aku je yang rasa. Aku akan rindu kenangan kami di sini.

Sebelum balik kami sempat pergi makan di kawasan Konkuk University, Exit 5. Ni Pong Na Pong Restaurant. Lokman kata sedap. Kompem puas hati. Dan, hasilnya, memang superb. Sedap bak anggg...

24 000 won untuk 4 orang makan. Sedap sungguh. Tak tipu!

Lepas makan, Lokman dan Afiq bawak kami ke satu kedai jual biskut. Murah gila. Paling best, aku jumpa biskut dari Malaysia yang ada tanda halal Jakim. Huwaa, syahdu guwa rasa. Aku borong sampai 10 000 won sambil menyesal bila teringat aku dah beli biskut 6 peket kecil dengan harga 10 000 won jugak kat kedai bawah dorm. Huh.


Kedai jual biskut tu.
Lepas borong, Lokman dan Afiq hantar kami sampai stesen subway terdekat. Uni Afiq terletak di seberang jalan je. Malam tu, Lokman tumpang tidur Sejong Univ. di bilik Afiq. Dan, berakhirlah cerita kami haritu sambil menyeru Afiq untuk merancang plan seterusnya.


Alliance kita bermula pada 5 September 2015. Plan pertama ke Itaewon dan Namsan Tower.
Lepas tu, mana kita nak pergi kita pergi.
Semoga alliance ini tak akan terputus.
Sumpah, aku sayang korang!
Dah.
Babai.
Guwa nak rewind balik saat kita bersiar siar di udara.

Monday, October 5, 2015

OLYMPIC PARK

안녕하세요!!

Memandangkan aku kaki jalan, tak boleh duduk diam dalam bilik bila hujung minggu, tambah pulak kawan kawan aku tak berapa rajin nak teman aku minggu ni... Fine! Iolls gigih pi cari tempat jalan sorang. Iolls pilih Olympic Park, Seoul sebab Lokman dah pergi tempat ni. Jadi, aku nak pi check jugak park ni. Lagipun, masa nak pi dengan Tasha tu pun tak sempat.

Sejarahnya Olympic Park ni kat Korea adalah untuk 1988 Seoul Olympic. Dah namanya untuk olimpik, dapat tak gambaran betapa besarnya park ni. Ada Olympic Indoor Swimming Pool, Velodrome, Olympic Gymnastic Arena, Olympic Weight Lifting Arena dan sebagainya. Sungguh besar venue tu dan setiap satunya bersaiz olimpik. Pehh! Nak tunjuk yang park ni lagi besar, venue venue kejohanan tidak terletak setempat. Bersepah sepah hoiii... 

Walaupun park ni tempat rasmi Olympic Games, rakyat Korea dan pelancong macam aku ni bebas menikmati keindahan alam dan tempat menarik di park ini. Kalau ikut laman web Korea Tourism, nak habiskan melawat setiap tempat ni paling koman pun 3 jam, itu pun kalau tak sesat. Hahaha. Memandangkan aku ada banyak masa, maka aku tak kesah pun kalau sesat. Kehkeh, cakap besar. Bila godek godek laman web tu, ternampaklah satu cadangan kalau kita ke Olympic Park.

Gu-gyung Stamp Tour yang merangkumi 9 tempat menarik di situ. Cap kan setiap stamp dalam kawasan tu, dan jika penuh akan dapat poskad menarik!

Maknanya, aku ada sudah misi sendiri. Yeay!  Gigih aku teruja sengsorang tau...

Aku masuk dari pintu Olympic Park Station, Exit 5. Maka, akan jumpa benda ni.
Ada 2 routes untuk selesaikan misi Gu-gyung Stamp Tour. Jadi aku pilih untuk mula dan selesaikan misi aku kat tempat yang paling dekat dengan pintu masuk Olympic Park Station ni. 

1) Roze Plaza: The perfect spot to propose in Seoul.


Roze Plaza ada 12 jenis bunga mawar yang dinamakan sempena nama 12 Olympus gods. Tapi aku kisah apa. Sebab bunga bunga tu sendiri dah cantik, terlampau memukau perasaan aku. Jadi, nama nama tu tak masuk dalam kepala dah. Tiba tiba jugak hati aku berbunga bunga sambil berangan nak ajak someone datang sini. Hahaha. Tapi, kalau aku tunjuk gambar ni kat ibu, mesti ibu kata kat rumah mak nya'ie pun ada. Ye lah, kampung aku tu pun halaman dia dah macam kebun bunga. Dan bunga bunga ni memang ada pun kat dalam kebung tu. Hahaha.






A Virtual Sphere. Sekeliling dia ni lah yang ada 12 mawar yang diletakkan nama tuhan Olympus ni. Tapi, sebab kamera guwa tak berapa cantik, guwa simpan pemandangan tu dalam memori ja.
 2) Deulggod Maru (Flower Garden): A garden in the middle of a city.


Masih bunga lagi. Tapi cantik jugak kat sini. Bunga bunga dia ni berbeza ikut musim. Sebab aku datang bulan Oktober kan, jadi bunga dia masa ni adalah the spiny spiderflower, sunflower dan yellow cosmos. Aku rasa bunga bunga ni dipilih sebab tahan angin kot... agaknya lah. malas nak research. Huhu.

Gigih nak ambek gambar macam scene kat atas tu.
#Me at Yellow Cosmos Field
Yellow Cosmos.
The Spiny Spiderflower.
Seronoklah jalan jalan cuci mata tengok ciptaan Tuhan. Kat Malaysia aku takde masa nak buat macam ni. Aktiviti kolej, aktiviti persatuan hampir setiap malam dan hujung minggu.


3)  Lake 88: A romantic spot.


Pelangi dalam biasan air.
Tasik ni cantik walupun tasik buatan. Kat tasik ini, selalunya ada orang buat persembahan setiap Selasa hingga Jumaat dan Sabtu terakhir setiap bulan.

Tasik ni adalah tempat terakhir yang aku tuju sebab berdekatan dengan pintu Olympic Park Station. Jadi, untuk memudahkan aku dan menjimatkan masa, tempat ni diletakkan dalam senarai terakhir tempat harus tuju. Tu yang tak mampu nak carut lebih, sebab dah penat. Dan, aku cuma nampak air pancut tu je yang lebih cantik.

4) A Lone Tree: Blue Skies, extensive fields a resting space in my heart.


A Lone Tree.
Takde pokok lain yang berdekatan dengan dia ni. Memang saje diorang letak pokok ni sengsorang. Sebab, masa persediaan untuk 86 Asian Games dan 88 Olympic Games, pokok pokok yang tak cantik dan pendek semua ditebang. Jadi, pokok ni kira cantik dan tinggi lah masa tu. Kesian dia sengsorang kat situ...

Pokok ni jadi tempat femes untuk orang shoot wedding photos or pre-wedding photos. Banyak je taim aku pi ni diorang buat shooting. Ni menguatkan lagi keinginan aku nak ajak someone tu datang sini. Hahaha.

5) Mongchontoseong Trail: A dreamlike paths.



Mongchontoseong Trail adalah kawasan sejarah yang diwartakan pada 22 Julai 1982. Kawasan ni dibina oleh masyarakat Baekje yang merangkumi kawasan istana dan kawasan Sungnae Stream yang terletaknya Lake 88. Besar, tinggi atas bukit, jauh.
Pemandangan Peace Plaza dari trail ni


Kat kawasan ini ada Seoul Bakjae Museum yang menceritakan sejarah Mongchontoseong Trail. Daripada masyarakat dia, pemerintahan dia, hinggalah artifak, jenis kayu yang ada masa zaman Bakjae people ni semua dia cerita. Tak rugi pun masuk sebab percuma je. Huhu.

6) Communication: Only way "you and I" become "us"


Sejarahnya tugu ni adalah pasal kembar yang asyik bergaduh setiap hari sampai jadi benci. Diorang benci bercakap sesama sendiri dan tuhan amek penglihatan mereka.

Communication
Sebagai lambang kepada Olympic Games, tugu ni merujuk kepada pentingnya komunikasi kepada setiap manusia di dunia walaupun berbeza bahasa, keadaan, tempat dan sebagainya.

7) Mongchon Moat Music Fountain


Ini pun masih dalam kawasan pada zaman Bakjae jugak. Kawasan ni adalah kawasan pertahanan diorang dari ancaman musuh. Kawasan ni terletak di sebalik dinding istana. 
 


8) A Thumb.


Hanya ada 7 ibu jari besar di dunia ni dan salah satunya adalah di Olympic Park, Seoul, Korea.
Korea's Thumb.
9) The World Peace Gate


Kawasan yang paling terkenal berbanding kawasan lain dalam Olympic Park ni. Running Man pun pernah buat pengambaran kat sini untuk scene pembukaan Episod Running Olympic 1 kalau tak silap. (Bukan Running Olympic yang sukan ais tu). 

Ni dia gate tu.
Flame of Peace.
Tugu ni dibina sebagai simbolik kepada keinginan dan kemahuan rakyat Korea bersempena dengan 88 Olympic Games.


Olympic Movement Monument.
Malaysia.
Flag Plaza


Penerangan mengenai Flag Plaza
Typical Malaysian yang akan gigih mencari bendera Malaysia dalam kalangan bendera tu.
Maka, Stamp Tour aku telah berjaya diselasaikan dengan jayanya. Sendirian. Seronok betul jalan cuci mata. Aku rasa dah macam buat misi Running Man pulak. Kalau lahh aku ada GoPro ke Yi Cam ke, mesti lengkap sungguh fefeling Song Ji Hyo masa tu. Hahaha. Jadi, sebagai penghargaan, aku belanja diri aku makan.
Nasi Tuna Mayonis
Odeng! Forever love.
Sebelum balik, sempat lah singgah Seoul Olympic Museum. Kat sini dia ceritalah pasal sejarah penglibatan Korea dalam olimpik. Siapa penyumbang pingat cam tu laa... Banyak sangat muzium kat dalam ni, sampai aku tak terlayan nak masuk.


Yonggo, gendang tradisi yang digunakan masa perasmian 88' Olympic Games.
Selcam with Hodori, Seoul Olympic Mascot.


Rasa puas hati berjalan sendiri. Senang. Walaupun banyak tempat tak dapat tuju dalam park ni sebab aku rasa macam sama je semua, aku suka.

Cari tong ni kalau nak dapat hadiah
Poskad hadiah!
Muka beria sebab dah selesai misi.
 Seperti mana kau habiskan misi harini sorang sorang,
habiskan jugak misi hidup kau sorang sorang.

Aku nak plan ke tempat lain pulak.
Dah.
Babai