Monday, June 29, 2015

PENGAJIAN ANTARABANGSA DAN STRATEGIK

안녕하세요!
 
Wuhuuu. Guwa dah habis ekjem! Maka secara rasminya, guwa dah tamat tahun satu dengan gilang gemilangnya. Oke, tipu. Mana gemilangnya, kelaut je pointer aku sem lepas. Rasa macam nak hempuk kepala, nak maki diri sendiri sebab besarkan homesick je taim tu. 

Tapi, sem ni alhamdulillah, aku cuba optimis dengan usaha aku walaupun pengurusan masa aku masih jahanamm. Aku target perlahan-lahan untuk ke senarai dekan (insyaALLAH), sehingga habis final year. Kiranya, kalau ikut rancangan aku, final year laa baru merasa dekan -..-. Alaa, stail form6 dulu laa. Tapi, kalau takde rezeki nak merasa dekan pun aku tak kisah sebab aku belajar bukan untuk itu semata-mata. Itu bonus. Aku belajar untuk raih kemahiran dan pengetahuan. Lagipun, penat belajar semata nak buktikan pada orang. Tak berbaloi. Aku dah rasa.

" Belajar bukan setakat tak nak orang pandang rendah kat kita. Tapi, untuk jadikan kita orang berguna pada agama bangsa dan negara."
- Ni laa prinsip aku. So, chill -

Ni nak cerita pasal kos aku; Pengajian Antarabangsa dan Strategik (IR).

Asal orang tanya, kos aku ni pasal apa, aku mesti jawab, "kalau ada rezeki, insyaALLAH jadi PTD atau duta". Ahh, taram je laa. Sebab, aku tahu nak jadi duta bukannya senang. Tapi manusia kan, bila dengar DUTA, " Hebatnya!" takpun " Bagusnya!" tak kurang, " Kau ingat, nak jadi duta tu senang ke? Dengan keadaan ekonomi macam ni, lebih baik jadi cikgu." Lol makcik. Karang masuk tv pasal "Seorang guru mencekik anak muridnya sebab lambat jawab soalan", makcik nak tanggung?

Realitinya kos aku ni
Kos aku secara keseluruhannya boleh dianggap sebagai salah satu cabang sains politik. Sebab, belajar pasal hubungan antarabangsa antara negara, TNC, MNC, NGO dan sebagainya serta kaitan-kaitan antara satu sama lain, bukan setakat politik, malah ekonomi dan sosial. Kadang-kadang kelas boleh jadi 'makmal analisis politik', bincang pasal politik Malaysia terutamanya. Well, kelas adalah 'safe room' untuk masa perbincangan, jadi kami bebas keluarkan pendapat tanpa prejudis. Hmmm, 'tanpa' tu macam menipu. Hahaha.

Jadi, kalau ada yang bebel kat aku pasal politik tak seharusnya jadi keutamaan untuk aku dalam u, aku terpaksa jawab, " aku masuk u memang untuk belajar politik pun. Kos politik kan?" Tak, sebenarnya aku sindir dorang. Apa yang kau faham tentang politik tak sama dengan politik yang aku ketengahkan dalam penulisan ringkas picisan aku. Sedangkan pengertian 'tidur' pun banyak penjelasannya, inikan pula maksud 'politik'.

Tahun satu aku, dipenuhi dengan 5 subjek major IR. Dua subjek di Sem 1, dan tiga subjek di Sem 2. Sem 1, AUEA 1101: Pengantar Hubungan Antarabangsa dan AUEA 1104: Evolusi Masyarakat Antarabangsa. Sem 2 pulak, AUEA 1102: Pengenalan Politik, AUEA 1103: Politik Ekonomi Hubungan Antarabangsa dan AUEA 1105: Metodologi Penyelidikan Hubungan Antarabangsa.

AUEA 1101: Pengantar Hubungan Antarabangsa
Topik dalam subjek ni lebih kepada pengenalan kepada IR. Best woo... Belajar pasal propagandalah, hubungan ketenteraanlah, pasal globalisasi pun ada tau. Sepatutnya aku boleh skor baik dalam paper ni. Tapi, taim ni pesen homesick menggila, maka hmmmm...hampeh laa jawabnya. Subjek ni diajar oleh one of pensyarah febret aku, Prof Dr Jastwan Singh atau batch aku panggil, Dr J. Kau search kat gugel, mesti ada. Kalau kau tengok youtube pasal Forum Komuniti Asean II (2014), pesen tu laa beliau mengajar dalam kelas. Memang ohsem!
 
AUEA 1104: Evolusi Masyarakat Antarabangsa 
Subjek ni memang kelaut sangat. Pasal sejarah bak angg! Kalau form6 tu dulu aku bolehlah berharap pada nasib, yang ni memang tak lah. Macam mana proses pembentukan masyarakat antarabangsa sekarang ni berlaku. Kira terobek laa ke zaman sebelum masihi, zaman yunani lah, Perjanjian Westphalia, pastu bergerak ke era perang dunia I & II, belum perang dingin lagi. Wooo, memang sumbat lahh untuk aku yang jenis rajin membuta ni. Subjek ni diajar oleh Pn Wan Sharina Ramlah. Sebab subjek ni bukan subjek febret, jadi efek laa pada pensyarah. Kehkeh! 

AUEA 1102: Pengenalan Politik 
Ini subjek febret aku untuk sem 2. Walaupun aku tak berapa menyerlah dalam kelas ni, yang penting aku dapat ilmunya. Dr Balakrishnan/ Dr Bala, sama macam Dr J ajar. Bagi keypoint je pastu pandai pandai kau laa nak fikir macam mana. Beliau suka kalau kami berbincang dalam kelas. Katanya, kami ni penganalisis politik, jadi biarkan kami jalankan 'eksperimen politik' ikut cara kami. Kalau nak berdemo, kalau tu boleh buka mata, teruskan. Subjek ni menekankan tajuk-tajuk asas kepada politik; kedaulatan, kuasa, demokrasi, nasionalisme, fasisme dan sebagainya. Memang terbuka laa mata aku untuk seketika dalam kelas ni. Sebab, macam-macam pandangan ada. Thorbaik! 

AUEA 1103: Politik Ekonomi Hubungan Antarabangsa
Patutnya ni subjek febret aku sebab ada ekonomi. Tapi, rupanya bukan ekonomi yang mengira. Huwaaa, rasa macam apa aku belajar ni! Subjek ni belajar pasal pandangan pemikir Merkantilis, Struktulis dan Liberalis terhadap ekonomi politik, peranan badan badan WTO, Pembangunan Mampan, Pemuliharaan Alam Sekitar dan sebagainya. Selagi aku merasakan minyak dan air tak boleh bercampur, macam tu laa aku rasa politik dan ekonomi tak boleh jadi geng. Hahaha. Pn Wan jugak yang ajar...kesian betul Pn Wan dapat student macam aku yang bias sangat.  

AUEA 1105: Metodologi Penyelidikan Hubungan Antarabangsa
Subjek ni pasal pengenalan untuk kau buat tesis masa tahun akhir nanti. Taim kau da dapat title super senior tu. Hehehe. Sepatutnya senang je subjek ni, tapi..hmmmm. Mengkonpiuskan otak aku aku dengan pesen pesen penyelidikan yang pelbagai. Tapi, alhamdulillah bila aku belajar subjek ni, aku dah ada beberapa idea untuk buat tesis nanti. InsyaALLAH, boleh diteruskan masa aku dah jadi super senior nanti. Smile. Dr Helena ajar subjek ni dengan tabah. Sebab, taim subjek ni, ramai kosmet aku buat parti tidur dalam kelas. Hahaha.

Alhamdulillah, tahun satu aku dah tamat. Sedang tunggu keputusan untuk sem 2. Moga membahagiakan. Apa yang aku yakin, hasilnya nanti setimpal dengan usaha aku. Memang IRian susah nak dapat dean list, tapi tak mustahil pun. Semoga ketidakmustahilan itu menjadi semangat buat aku.

Semangat untuk aku bergelar Diplomat Kina.
Oke.
Babai.

Oh sebelum tu.. kalau nak baca pengalaman aku masa pergi interbiu kos ni, boleh tengok di Terobek Masa Interbiu

Nak review subjek Tahun 2 boleh usha kat sini laa ye. 

Update baru: Mulai sesi pengambilan 2015/2016, sudah tiada lagi temuduga untuk kemasukan ke pengajian ini. Tapi, kami para senior percaya yang anda, bakal para junior kami, akan dinilai dengan lebih ketat lagi berbanding kami. Muahahahaha! Semoga kita berjumpa di jabatan nanti.

Another update: Alhamdulillah, syakinah lulus interview PTD. Wish me luck peeps! Sudi-sudilah baca perjalanan berkenaan kat sini

Thursday, June 25, 2015

RINDU




(dedikasi khas untuk IRians)

Aku budak baru,
Susah nak adaptasi keadaan,
Korang yang aku tak tahu,
Memang aku tak layan.

Satu sem telah pun berlalu,
Tapi aku masih kaku,
Payah rasa bergurau senda dengan kamu,
Lebih baik aku duduk membisu.

Aku benci dengar JM wajib untuk kita,
Aku homesick nak balik rumah setiap masa,
Rupanya itu permulaan untuk aku dapat keluarga,
Yang takde ikatan melainkan ukhwah semata.

Kini kita bakal jadi senior,
Terasa sayang dengan kalian semua,
Jangan kau buli si junior-junior,
Biarkan mereka lalui apa yang kita rasa.

Dalam hati ini sudah ada ruang untukmu,
Yang kalau gaduh pun tak jadi dendam,
Mungkin akan bertambah rindu,
Yang boleh terbawa dalam mimpi-mimpi malam.

Aku dah mula rindu "kita". :)

:: kclyanasm. 20:47 - 25/6 ::

JM itu punca,

Untuk kita mencipta bahagia,

Kerana kau dan aku mungkin sama,

Yang mulanya sukar menyemai rasa,

Tapi akhirnya kini menggila bersama.

Rindu.
Jangan lupa aku.
Babai.

Saturday, June 20, 2015

RINDU ITU MENYAKITKAN

안녕하세요!!

Selamat berpuasa untuk diri aku. Selamat menghadapi dugaan perasaan berpuasa di perantauan untuk pertama kalinya. Selamat menahan kerinduan bila nampak kawan kawan post gambo berbuka puasa dengan keluarga, berbuka dengan makanan melambak kat insta, fb dan wechat. Selamat untuk aku atas segala-galanya!

18 Jun 2015.
Selesai satu kertas major yang membunuh. Kertas AUEA 1102: Pengantar Politik, Dr Bala. Mampu jawab dua soalan je yang sepatutnya dijawab tiga. Ahh, punah harapan skor A- dalam subjek ni. Nampaknya B dah melambai manja kat aku. Damn! Tapi, aku masih mengharapkan yang segalanya akan dipermudahkan walaupun aku menggoreng hangus jawapan jawapan tu. Peliss Dr.

Hari pertama puasa. Rasa sebak. Sedih. Pertama kali tak dapat sambut puasa kat rumah sedangkan adik-adik ibu ayah ada kat rumah. Tak dapat rasa air tangan ibu untuk dua minggu puasa. Huwaaa...

" Akak tak nak mohon UTHM dulu, kalau tak hari-hari boleh buka puasa kat rumah."

Oke. Ayat ibu win. Sob sob T..T Tapi alhamdulillah, since Biela ajak aku berbuka puasa rumah sepupu dia kira terjamin laa buka puasa aku untuk hari pertama puasa. Memang bertambah laa rasa di perantauan tu. Macam macam makanan ada; sup ekor, kuew tiaw goreng, roti john, badak berendam, paru goreng sambal, ikan masak stim, air asam, air teh-o, air mata kucing, tembikai merah dan tembikai susu serta kuih-muih tempatan. Fuhhh! Kenyang perut sampai sahur wa cakap lu.

Banyak gila makanan yang Kak Tien masak.



20 Jun 2015.
Setelah penat merepek dalam dewan periksa tu selama 2 jam, otak rasa penat. Tapi kan, sesungguhnya aku tidak mengulangkaji langsung subjek AZEA 2307: Gender dan Kewarganegaraan tu. Hanya sempat jeling nota dalam fon, tiga jam sebelum peperiksaan bermula. Maaf Dr. Alhamdulillah, masih dapat menjawab soalan walaupun aku rasa repekan jawapan aku terkena sipi sipi soalan je.


Ni kosmet gender beserta pensyarah yang sangat ohsem.

Ohh! Saya akan merindui oppa saya lepas ni. Mana satu oppa saya? Hewhew.
Dalam kumpulan aku, terbahagi kepada dua kumpulan kecik lagi. Dalam kumpulan kecik ni, aku bertiga dengan 2 jejaka. Oppa dan Kuchai. Oppa memang sentiasa ambik berat pasal aku sebab aku paling junior even dalam kumpulan besar ni. Sentiasa pastikan aku tak rasa malu malu katak dalam kumpulan. Well, aku ni nampak je separuh sado...tapi kalau aku tak rapat dengan orang tu, amatlah payah untuk dengar suara aku. Kekeke. Maka, oppa aku memang terbaik. Kuchai pulak memang rajin sangat wujud dalam kumpulan kecik tu, tapi sekali wujud...pehh! Wa salute sama lu, bro! Tapi biasalah, dia ni pesen pesen mintak penampo hari hari. Tapi, masih terbaik jugak.

Ni laa kumpulan aku, G&C a.k.a Nonsense Group
Hmmm hmmm, aku masih nak balik rumah. Aku tak sabar nak habiskan 3 lagi subjek, 2 kertas major tahap membunuh atasan dan 1 subjek gender yang mengancam nyawa. Ahhh, aku cemburu dengan Yaya si rumet yang dah habis periksa dan akan balik esok! Mohon kuatkan hati aku Tuhan. Sebab, rindu tu menyakitkan untuk aku menghadapi minggu yang mendatang.

Berikanlah Kina kejayaan yang cemerlang.
Sob sob.
Babai.

Saturday, June 13, 2015

HANYA AKU

안녕하세요!!

Cis, tajuk tak leh tahan. Kehkeh.
Lama rupanya aku tak menjengah menatang ni. Busy nokk. Hahaha. Sekarang ni aku tengah study week, yang aku anggap "weak". Lemah tahu tak tulang belulang aku ni bila mengadap buku. Dah tu, taim cenggini laa idea nak buat cerpen, nak buat puisi malah nak buat drama pun boleh keluar. Menduga betul. 

Rupanya, dah nak habis setahun aku mereput dalam kos aku ni. Baru tersedar...title junior pun dah nak tamat luput. Bulan 9 nanti dapat junior pulak. Huhu.

Rasa macam baru bulan lepas aku menangis tanpa lagu sebab first taim dok asrama, terpisah daripada ibu, kena belajar hidup sendiri. Rasa macam baru bulan lepas aku belajar berulang alik ke TBS dua minggu sekali sebab gigih nak balik rumah. Rasa macam baru bulan lepas aku kena bebel dengan penasihat akademik aku sebab homesick yang terlampau, 
"homesick pulak. Kalau awak kahwin nanti macam mana?" 
oke datuk. saya dah tak homesick lagi tau sekarang.

Saat entri ini ditulis, tinggal lebih kurang 48 jam sebelum kertas pertama aku bermula. Tapi, sampai sekarang, aku masih tak percaya yang aku sudah hampir tamat tahun satu aku tanpa pencapaian yang membanggakan. Ahhh, susahnya nak survive!

Kadang-kadang aku masih terpikir, kenapa aku boleh tergerak hati mohon kos ni. Letak di pilihan pertama pulak tu. Sedangkan aku minat ekonomi, tak pun pengajian alam sekitar.
Adakah sebab pengaruh daripada cikgu yang asyik cakap, senior-senior sekolah aku dah pi Korea? Hmmm, mungkin jugak. Hahaha. Sebut pasal dorang ni, dorang dah nak habis, tinggal satu sem je..dan sekarang ni, dorang tengah menunggu nak buat intern kat kawasan tanah tumpahnya darah. Kampung halaman! Kehkeh.

Tapi, bila aku ingat balik apa ibu cakap, aku sedar diri balik lah. Aku dapat apa yang aku mintak, maknanya aku mampu hadap apa yang bakal berlaku. Ye ke? Entahlah...cuma laa ni aku rasa aku sekadar follow the beat, dance with the music. Aku masih lagi tak percaya yang aku berada dalam u ni, dapat kos ni dengan usaha aku sendiri. Aku dapat semua ni sebab nasib, sebab tempias doa-doa orang sekeliling aku.

Jadi orang dewasa ni, payah kan? Kau kena fight dengan sekeliling kau semata-mata untuk buktikan kau the best. Sedangkan bagi aku, semua orang the best ikut kemampuan sendiri. Aku tak mampu nak jadik the best dalam akademik aku, tapi aku buat the best dalam benda lain..tapi orang tak pandang macam orang pandang akademik. Sob sob... semua ni dunia! HAHAHA. Lek ahh, tak yah ahh sedih sedih. Hidup tetap kena teruskan.

Dah lah.
Babai.

Guwa nak study..kononnya.   

KERANA KAU YANG AKU RINDU

(Dedikasi khas untuk #TujuhSekawanyangDigeruni)

Kau yang aku rindu,
Kapan waktunya kita bisa bertemu,
Menyambung cerita seperti dalam buku,
Yang tak akan tamat seperti cerita hantu.

Kau yang aku rindu,
Teringat sewaktu kita hendak pilih u,
Semua simpan angan ke obesi menuntut ilmu,
Tapi sampai masanya, tercampak di KL pun boleh menangis tanpa lagu.
( Dan aku tahu, itu cuma aku)

Kau yang aku rindu,
Andai orang lain yang kata macam tu,
Akan aku bagi peluk cium untuk itu,
Tapi kerana kau yang aku rindu, carutan-carutan manja aku simpan untukmu.

Kau yang aku rindu,
Aku mahu kau tahu,
Dalam hati ini ada tempat untukmu,
Yang tak akan terhapus ditiup angin lalu.

Kau yang aku rindu,
Terpisah jarak beribu batu,
Tapi ada satu yang perlu kau tahu,
Aku masih, terus dan tetap sayang sama kamu.

- KC –
- 12/6, 20:15 –