Monday, June 29, 2015

PENGAJIAN ANTARABANGSA DAN STRATEGIK

안녕하세요!
 
Wuhuuu. Guwa dah habis ekjem! Maka secara rasminya, guwa dah tamat tahun satu dengan gilang gemilangnya. Oke, tipu. Mana gemilangnya, kelaut je pointer aku sem lepas. Rasa macam nak hempuk kepala, nak maki diri sendiri sebab besarkan homesick je taim tu. 

Tapi, sem ni alhamdulillah, aku cuba optimis dengan usaha aku walaupun pengurusan masa aku masih jahanamm. Aku target perlahan-lahan untuk ke senarai dekan (insyaALLAH), sehingga habis final year. Kiranya, kalau ikut rancangan aku, final year laa baru merasa dekan -..-. Alaa, stail form6 dulu laa. Tapi, kalau takde rezeki nak merasa dekan pun aku tak kisah sebab aku belajar bukan untuk itu semata-mata. Itu bonus. Aku belajar untuk raih kemahiran dan pengetahuan. Lagipun, penat belajar semata nak buktikan pada orang. Tak berbaloi. Aku dah rasa.

" Belajar bukan setakat tak nak orang pandang rendah kat kita. Tapi, untuk jadikan kita orang berguna pada agama bangsa dan negara."
- Ni laa prinsip aku. So, chill -

Ni nak cerita pasal kos aku; Pengajian Antarabangsa dan Strategik (IR).

Asal orang tanya, kos aku ni pasal apa, aku mesti jawab, "kalau ada rezeki, insyaALLAH jadi PTD atau duta". Ahh, taram je laa. Sebab, aku tahu nak jadi duta bukannya senang. Tapi manusia kan, bila dengar DUTA, " Hebatnya!" takpun " Bagusnya!" tak kurang, " Kau ingat, nak jadi duta tu senang ke? Dengan keadaan ekonomi macam ni, lebih baik jadi cikgu." Lol makcik. Karang masuk tv pasal "Seorang guru mencekik anak muridnya sebab lambat jawab soalan", makcik nak tanggung?

Realitinya kos aku ni
Kos aku secara keseluruhannya boleh dianggap sebagai salah satu cabang sains politik. Sebab, belajar pasal hubungan antarabangsa antara negara, TNC, MNC, NGO dan sebagainya serta kaitan-kaitan antara satu sama lain, bukan setakat politik, malah ekonomi dan sosial. Kadang-kadang kelas boleh jadi 'makmal analisis politik', bincang pasal politik Malaysia terutamanya. Well, kelas adalah 'safe room' untuk masa perbincangan, jadi kami bebas keluarkan pendapat tanpa prejudis. Hmmm, 'tanpa' tu macam menipu. Hahaha.

Jadi, kalau ada yang bebel kat aku pasal politik tak seharusnya jadi keutamaan untuk aku dalam u, aku terpaksa jawab, " aku masuk u memang untuk belajar politik pun. Kos politik kan?" Tak, sebenarnya aku sindir dorang. Apa yang kau faham tentang politik tak sama dengan politik yang aku ketengahkan dalam penulisan ringkas picisan aku. Sedangkan pengertian 'tidur' pun banyak penjelasannya, inikan pula maksud 'politik'.

Tahun satu aku, dipenuhi dengan 5 subjek major IR. Dua subjek di Sem 1, dan tiga subjek di Sem 2. Sem 1, AUEA 1101: Pengantar Hubungan Antarabangsa dan AUEA 1104: Evolusi Masyarakat Antarabangsa. Sem 2 pulak, AUEA 1102: Pengenalan Politik, AUEA 1103: Politik Ekonomi Hubungan Antarabangsa dan AUEA 1105: Metodologi Penyelidikan Hubungan Antarabangsa.

AUEA 1101: Pengantar Hubungan Antarabangsa
Topik dalam subjek ni lebih kepada pengenalan kepada IR. Best woo... Belajar pasal propagandalah, hubungan ketenteraanlah, pasal globalisasi pun ada tau. Sepatutnya aku boleh skor baik dalam paper ni. Tapi, taim ni pesen homesick menggila, maka hmmmm...hampeh laa jawabnya. Subjek ni diajar oleh one of pensyarah febret aku, Prof Dr Jastwan Singh atau batch aku panggil, Dr J. Kau search kat gugel, mesti ada. Kalau kau tengok youtube pasal Forum Komuniti Asean II (2014), pesen tu laa beliau mengajar dalam kelas. Memang ohsem!
 
AUEA 1104: Evolusi Masyarakat Antarabangsa 
Subjek ni memang kelaut sangat. Pasal sejarah bak angg! Kalau form6 tu dulu aku bolehlah berharap pada nasib, yang ni memang tak lah. Macam mana proses pembentukan masyarakat antarabangsa sekarang ni berlaku. Kira terobek laa ke zaman sebelum masihi, zaman yunani lah, Perjanjian Westphalia, pastu bergerak ke era perang dunia I & II, belum perang dingin lagi. Wooo, memang sumbat lahh untuk aku yang jenis rajin membuta ni. Subjek ni diajar oleh Pn Wan Sharina Ramlah. Sebab subjek ni bukan subjek febret, jadi efek laa pada pensyarah. Kehkeh! 

AUEA 1102: Pengenalan Politik 
Ini subjek febret aku untuk sem 2. Walaupun aku tak berapa menyerlah dalam kelas ni, yang penting aku dapat ilmunya. Dr Balakrishnan/ Dr Bala, sama macam Dr J ajar. Bagi keypoint je pastu pandai pandai kau laa nak fikir macam mana. Beliau suka kalau kami berbincang dalam kelas. Katanya, kami ni penganalisis politik, jadi biarkan kami jalankan 'eksperimen politik' ikut cara kami. Kalau nak berdemo, kalau tu boleh buka mata, teruskan. Subjek ni menekankan tajuk-tajuk asas kepada politik; kedaulatan, kuasa, demokrasi, nasionalisme, fasisme dan sebagainya. Memang terbuka laa mata aku untuk seketika dalam kelas ni. Sebab, macam-macam pandangan ada. Thorbaik! 

AUEA 1103: Politik Ekonomi Hubungan Antarabangsa
Patutnya ni subjek febret aku sebab ada ekonomi. Tapi, rupanya bukan ekonomi yang mengira. Huwaaa, rasa macam apa aku belajar ni! Subjek ni belajar pasal pandangan pemikir Merkantilis, Struktulis dan Liberalis terhadap ekonomi politik, peranan badan badan WTO, Pembangunan Mampan, Pemuliharaan Alam Sekitar dan sebagainya. Selagi aku merasakan minyak dan air tak boleh bercampur, macam tu laa aku rasa politik dan ekonomi tak boleh jadi geng. Hahaha. Pn Wan jugak yang ajar...kesian betul Pn Wan dapat student macam aku yang bias sangat.  

AUEA 1105: Metodologi Penyelidikan Hubungan Antarabangsa
Subjek ni pasal pengenalan untuk kau buat tesis masa tahun akhir nanti. Taim kau da dapat title super senior tu. Hehehe. Sepatutnya senang je subjek ni, tapi..hmmmm. Mengkonpiuskan otak aku aku dengan pesen pesen penyelidikan yang pelbagai. Tapi, alhamdulillah bila aku belajar subjek ni, aku dah ada beberapa idea untuk buat tesis nanti. InsyaALLAH, boleh diteruskan masa aku dah jadi super senior nanti. Smile. Dr Helena ajar subjek ni dengan tabah. Sebab, taim subjek ni, ramai kosmet aku buat parti tidur dalam kelas. Hahaha.

Alhamdulillah, tahun satu aku dah tamat. Sedang tunggu keputusan untuk sem 2. Moga membahagiakan. Apa yang aku yakin, hasilnya nanti setimpal dengan usaha aku. Memang IRian susah nak dapat dean list, tapi tak mustahil pun. Semoga ketidakmustahilan itu menjadi semangat buat aku.

Semangat untuk aku bergelar Diplomat Kina.
Oke.
Babai.

Oh sebelum tu.. kalau nak baca pengalaman aku masa pergi interbiu kos ni, boleh tengok di Terobek Masa Interbiu

Nak review subjek Tahun 2 boleh usha kat sini laa ye. 

Update baru: Mulai sesi pengambilan 2015/2016, sudah tiada lagi temuduga untuk kemasukan ke pengajian ini. Tapi, kami para senior percaya yang anda, bakal para junior kami, akan dinilai dengan lebih ketat lagi berbanding kami. Muahahahaha! Semoga kita berjumpa di jabatan nanti.

Another update: Alhamdulillah, syakinah lulus interview PTD. Wish me luck peeps! Sudi-sudilah baca perjalanan berkenaan kat sini

104 comments:

  1. assalammualaikum. hihi, nice to read your storylife in U! saya pon from 6 student jugak. cikgu sejarah saya asyik suggest course nie jer. nampak macam menarik hehe. moga berjaya dapat dean list insyaALLAH. doakan saya cemerlang stpm 2015. cuak sangat nak hadap final exam nih. heeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. hai! terima kasih sebab sudi singgah baca karangan yang tak seberapa ni. hehehe. insyaAllah. awak mesti boleh skor untuk stpm awak. keep fighting!

      Delete
  2. Semua subjek ni belajar dlm bi ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dwibahasa. tp bahasa pengantar utama adalah bahasa melayu

      Delete
  3. course ni ada interview tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula pengambilan 2015/2016, kos ini sudah tiada iv

      Delete
  4. kos ni memang ada iv ke? sbb sy semak xda tanda # ni.. btw.. sy harap sgt dpt kos ni.. sy minat sgt belajar bab2 politik ni..

    ReplyDelete
  5. kos ni memang ada iv ke? sbb sy semak xda tanda # ni.. btw.. sy harap sgt dpt kos ni.. sy minat sgt belajar bab2 politik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sarah .
      Bermula pengambilan 2015/2016, sudah tiada iv lagi .

      Delete
  6. hai sarah .. U mana?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Asslmualaikum kak, sy dpt kos ir sama mcm akak, sy pilih sbb sy minat bidang sejarah. Patut ker sy pilih ir? Ir belajar brkenaan politik dn sejarah kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Tahniah ya dapat IR!! Selalunya orang pilih IR sebab minat PA. hihiii tp insyaALLAH, sejarah juga membantu dalam IR.

      Secara kasarnya, IR belajar mengenai hubungan antarabangsa antara negara yang dihubungkan oleh isu semasa, undang-undang malah isu masa lalu juga.

      Selamat datang ke JPAS. Do follow our fb department group and kindly ask anything :)
      ( https://www.facebook.com/IRSocUM )

      Delete
  9. kak. can i know, apa dia punya kelayakan utk ambik course ni? hanya perform pada subjek PA sahaja ke atau mcm mana? saya student form 6 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii nisa .

      Basically , PA jadi teras asas untuk kos IR . PA luas bidang ilmunya . Begitu juga IR , IR tak terhad kepada politik sahaja . Boleh jadi juga ekonomi , geografi , sejarah etc ...

      Untuk kelayakan , akak tak pasti macam mana intake yang terbaru dilakukan . Masa akak dulu bila lulus iv , sahlah jadi pelajar IR .

      Anyway , good luck in your study . Form 6 is too easy than IR ;) You can do it !!

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. ambik IR kat unisza ke?

    ReplyDelete
  12. Kak. Dulu akak ambik aliran ape ehh form4? Sebab sya mmg berminat nk ambik IR

    ReplyDelete
  13. Kak. Dulu akak ambik aliran ape ehh form4? Sebab sya mmg berminat nk ambik IR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Haz!

      Akak dulu sains tulen masa form 4. Form 6 akak dapat aliran sains jugak, tp lepas tu tukar ke aliran kemanusiaan (dalam bahasa biasanya, aliran sastera).

      Amat dialu-alukan untuk ambil IR. :) Tp IR di UM hanya terbuka untuk lepasan stpm, diploma, asasi dan matrik. Kalau Haz berminat ambil IR, boleh plan awal sama ada nak masuk mana lepas form 4

      Delete
    2. ASslm and hai kak!!

      Saya student IR batch 20/21. Before this saya student sains matric. takut juga sebanarnya but mmg cita ii nak jadi ptd dari dulu lagi. Can u give me some kata kata semangat!!

      Delete
    3. Wasalam! Hai Syah, tahniah untuk kejayaan anda terpilih menjadi pelajar IR.

      InsyaAllah, tekadkan hati, fokus kepada misi, awak akan berjaya. Tak tipu, memang akan ada halangan untuk kita hadap, tp jangan sesekali mengalah.

      You color your own canvas, so make sure to make it colorful. Keep moving tau! All the best, syah!

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. salam , kak skop kerja dia meluas ke ? tapi saya ingat nak jadi lecturer tapi takut tak passionate dengan bidang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam , selamat tengahari cikgu . hee ~

      hmmm , skop kerja untuk IR ni luas , insyaAllah. Akak nak cakap lebih pun akak belum masuk dunia pekerjaan lagi. Cumanya akak boleh bg contoh, senior-senior IR ni ada yang masuk bidang aviation, bekerja dengan NGO, bekerja dengan Petronas, kerja dalam sektor kerajaan pun ada.

      InsyaAllah kalau ada rezeki apa-apa pun boleh jadi. Oh ye, one of my lecturer adalah seorang pelajar IR UM jugak :)

      Delete
    2. Dah kerja sekarang? Sy second year course ni, tapi macam course susah dapat kerja kan

      Delete
    3. belum lagi. currently, still in my last semester. :)

      macam kos lain jugak, IR tak pernah menjanjikan peluang tetap untuk senang dapat kerja. dan IR masih sama dengan kos lain; pemenang dalam persaingan di bidang pekerjaan akan dapat kerja dengan mudah.

      InsyaAllah kalau ada rezeki apa-apa pun boleh jadi. hwaiting fatehah!

      Delete
  17. Kos nie prlukn math ngn addmath tak???klau kls aliran akaun bleh ke mohon kos nie???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there !

      IR tak perlukan add math . Takde pengiraan terlibat dalam kursus ni :)

      Delete
  18. Kalau saya lepasan matrikulasi dengan pointer 3.5 lebih je boleh tk saya dapat bidang ni sbb saya mmg minat politik

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak. Boleh saye nk ckp ngan akak sket psal IR ni. klau akak sudi sbb saye mmg minat kos ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam . Hi mark ! Maaf lambat respon .

      Ada pertanyaan ke apa apa pasal IR ? Mana mana yang boleh akak jawab , akak akan tolong :)

      PM kat fb ya (www.facebook.com/kc.lyanasm)

      Delete
  20. Asalamualaikum kak.. kos ni time lecture mngajar guna bi ke???

    ReplyDelete
  21. Kalau crita psl bi memang sy lemah tahap dewa..

    ReplyDelete
  22. Prospek kerjaya dia memang kearah ptd la ni?

    ReplyDelete
  23. salam akak. between IR dan East Asian Studies di UM, mana satu yg lagi susah? senang cite, mana satu yg paling di recommend kan utk bachelor studies since sy pun lepasan stpm

    ReplyDelete
  24. kak memang bahasa melayu/english je ke available?bahasa lain tak ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mark.

      Setakat ni BM dan BI sahaja yang digunakan dalam IR.

      Kalau maksud pertanyaan Mark ni lebih kepada ada ke bahasa lain kat fakulti ni, jawapannya ada tapi di jabatan lain. Cth bahasa korea, bahasa jepun di Peng. Asia Timur. Peng Tionghua bahasa utama adalah Bahasa Cina. Manakala, bahasa Filipina, bahasa Burma dsb ada di Peng. Asia Tenggara. Bahasa Tamil digunakan di dalam kelas-kelas utama di Peng. India.

      Delete
  25. Assalamualaikum, akak, saya student stpm f6, say berminat untuk menceburi course ini, prospek kerja untuk course ni meluas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam , hai iskandar . Terima kasih sudi baca blog akak .

      Untuk menjawab persoalan tersebut, prospek kerja sangat luas . boleh baca di sini http://fass.um.edu.my/academics/udergraduate/arts-and-social-sciences/international-and-strategic-studies tp apa yang boleh dikatakan , bergantung kepada rezeki jugak .

      Delete
  26. Salam, saya nak tanya requirement muet dan spm bi berapa nak sambung ir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam . hi there !

      harap ini membantu:

      Memiliki kelayakan GCE A Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran, dan Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 MUET.

      Delete
  27. Assalamualaikum akak, sy nk tnye yg kos IR ni memang akan bg benefit pd org yg ambik stpm saje ke? kalu dlm bidang diploma law nak ke degree IR mcm mane ye? adkh akn jd disadvantage pd sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam .. hi there! Terima kasih sudi baca entri akak.

      Semua boleh join IR, lagi-lagi lah budak laws. Sebab ada 2/3 subjek yang memang pure laws macam Undang2 Antarabangsa, Undang2 Laut Antarabangsa etc plus beberapa sub subjek yang menyentuh terms undang2. Selagi awak rajin , everything gonna give you advantages :) dont worry okay ? Silalah mohon IR dengan aman dan bahagia.

      Delete
  28. hye . nak tnya,silibus course ni sama ke untuk semua u?

    ReplyDelete
  29. IR tu stand for International Reading ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sorry for very late reply.

      IR stand for International Relation yakni Hubungan Antarabangsa.

      Delete
  30. Hai there. Saya nak tanya, Course IR ni require apa ya? If muet, perlu band berapa? Btw, saya nak apply utk kemasukan 2019 nanti. Oh ya sis study di u mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. IR di UM memerlukan sekurang-kurangnya 3.00 STPM. Untuk diploma, matrik atau asasi, tak berapa pasti, tapi hampir sama. MUET band 3 kalau tak silap. Lain univ lain kelayakan masuknya.

      Selamat memohon.

      Delete
  31. Holla! Saya student pure science matriks, considering to take this course. Is it applicable for me as I know mostly aim for this particular course are stpm. Especially sastera students. Please clear this out, thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there!

      This course are open to all diploma, STPM and matriks student who are interested. Most of sastera STPM leavers aim for IR because we cant choose to join science and technical course.

      So if you are interested to take IR, why not give a try? My junior batch even have a guy who change from engineering to IR just because he love IR and found about IR late than engineering course. So chill and apply for IR, okay? :)

      Delete
  32. Hi sis. Saya baru je tamat diploma Pentadbiran Awam UiTM dan berminat untuk ambil IR. Ada tak peluang untuk lepasan diploma untuk ambil kos ini? Sebab saya ada terdengar yg lepasan diploma susah nak dapat tawaran :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bradah. Tahniah untuk diploma awak.

      Ehh boleh je mohon, peluang terbuka untuk semua lepasan stpm, matrik dan dip selagi mana awak memenuhi syarat yang ditetapkan. Jangan dengar khabar angin. Cuba dulu. Batch junior sis ramai jugak dari dip.

      Mohon okay? Mana tahu ada rezeki.

      Delete
  33. Assalam.. Kebanyakkan yg amik course ni laki ke perempuan

    ReplyDelete
  34. Hai akak. Nak tanya, saya baru ja tamat stpm. Dan saya letak course IR/ International Relationship strategic studies ni sebagai pilihan pertama. Mcm akak kata, ia dwibahasa. Jadi pensyarah ajar mostly in bm or bi? Then, buku2 nya Mmg beli sendiri luar ka? Dan mesti dwibahasa? Dan satu lagi exam nya jawab dalam bm or bi? Or both also can?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there!

      Nowadays, lecturers give their lecture in English with limited Malay. Buku mostly ada je kat lib tapi kena berebutlah sebab ada sejenis manusia yang akan extend extend tempoh pinjam buku dan semestinya buku tersebut dalam BI.

      About exam, it depends on lecturers. Some of them banned BM already. But mostly, based on the instruction written in the exam paper, either use BM or BI only, not both.

      Delete
  35. Assalamualaikum akak, saya membaca blog akak pasal IR ni buat saya minat untuk masuk..tetapi macam akak beritahu tadi, kebanyakanny perempuan yg amik course ni?? Memang tidak ada lelaki pun yg amik?? Saya bukan assabiah cuma..agak susah nk adapte nk bljr klau berada dlm situasi mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Hi there!

      Hmmmm, if you can't cope with this kind of situation, then how you will face the real situation in working world?

      Akak takde cakap takde lelaki. Nisbah perempuan:lelaki adalah 60:40/ 55:45/ 70:30. Kadang-kadang nisbah tu terbalik jadi lelaki:perempuan, ikut nasib. tp sekarang trend perempuan lagi ramai dari lelaki di mana-mana.

      Delete
  36. Hai akk... Saya ni baru habis stpm 2018.. Skrg tuk course ni pekerjaan ape yg boleh apply?? Akk sekarang bekerja sbg ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there!

      Tahniah untuk stp awak. Memandangkan kursus ni umum, boleh apply apa-apa kerja yang bersesuaian. Untuk akak list kan potential jobs tu macam tak valid dah zaman sekarang huhu. Hmmmm, akak tak kerja, jaga rumah je.

      Delete
  37. hi akak, terima kasih sudi berkongsi.. saya berminat dengan kos ni tapi tak berapa mahir dalam PA.. boleh ke saya survive di IR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi natasha! Terima kasih juga sudi baca.

      Kos ini amat memerlukan kerajinan. Jadi, kalau anda rajin, semuanya akan jadi mudah. Akak separa rajin separa malas, sebab tu kadang kadang rasa nak give up. Hahahaa. Tp serius, selagi awak rajin dan kuat semangat, IR ni simple je rasa. Good luck tau!!

      Delete
  38. Assalamualaikum Kak. Nak tanya, lepasan Asasi Sains boleh ambil IR tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Aqriel.

      Boleh boleh. Semua orang yang melepasi syarat minimum boleh mohon dan ambil IR.

      Delete
  39. Assalammualaikum Kak.. Saya dpt tawaran kos hubungan antarabangsa di UMS.. Agak risau sbb saya langsung tak minat Sejarah dan Pengajian Am.. Tak susah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Hi there! :)

      Tahniah atas tawaran tu.

      Hmmm to be honest, IR is a tough yet exciting course to explore. Sejarah dengan Pengajian Am bukan core IR. Banyak gabungan IR ni. Tp as long as awak ada kemahuan, insyaAllah semua mudah sahaja. :)

      Delete
  40. Salam kak, Boleh share email tak? Saya ada bbrp soalan nak tanya😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam :)

      Akak rasa ada baiknya kalau awak drop soalan kat messenger akak. Risau pulak kalau email tak terbalas nanti.

      PM kat fb ya (www.facebook.com/kc.lyanasm)

      Delete
  41. hi sis im interested in IR may i know what is the different between IR and political Science ? and if take this course i UM will be teaching in BI or BM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there!

      IR ni cabang sains politik and much more wider dia punya skop pembelajaran. Tp akak tak pasti perbezaan sebenarnya.

      Nowadays, IR will be teach in BI. No more in BM like before.

      Delete
  42. assalam akak. saya student lepasan dip sains biologi, boleh jugak ke masuk IR? saya macam minat untuk smbung degree IR. lastly boleh saya tahu fee for the whole semester utk IR course berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, hai.

      alamak, akak tak pasti kalau dip journey dia macam mana. boleh refer website IR UM (https://umcms.um.edu.my/sites/department-of-international-and-strategic-studies/)

      Delete
  43. asssalam kak.saya pelajar stpm tahun terakhir, saya berminat sangat nak belajar IR di UM.Berapa pointer dan Muet yg perlu untuk saya masuk ke UM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam hi there! do your best in your stpm tau. First thing first, kena apply IR UM lah nanti dalam upu tau.

      untuk pointer dan muet, masa tahun akak 3.0 dan band 3 dah boleh apply. yang terbaru, akak tak pasti intake nya macam mana. maaf tak banyak membantu.

      Delete
  44. Assalamualaikum kak..maaf tumpang tanya..saya graduated degree in teaching tesl in ipg..and currently working as teacher in SK type school..saya ada beberapa soalan..

    1 )if saya interested nak ambil Master in IR, boleh lepas ka?

    2) boleh ka kalau ambil mode full research if x ada basic degree IR?

    3) which public universities offer MASTER in IR (except Borneo area)

    4) IR mmg kena study full time or boleh part time?

    5) ada recommendation reading materials ka untuk IR?

    Maaf sebab soalan banyak kak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam cikgu, sorry sangat saya lambat reply.

      1 & 2) pasal master tu saya mintak maaf. saya tak pasti sangat. i'm not into master in IR so saya tak berapa aware bahagian tu.

      3) UM, UNISZA, UUM, UKM but with different course name and requirements.

      4) IR undergraduate memang full time rasanya. Untuk postgraduate, di UM ada part time. Univ lain saya tak pasti.

      5) Untuk yg takde asas, boleh fahamkan teori dulu. Saya selalu cadangkan ( https://www.e-ir.info/2017/11/30/beginners-textbook-international-relations-theory/ ) sebagai permulaan. Lepas tu, mula cari mana-mana bacaan lain.

      The Globalization of World Politics by John Baylis & Steve Smith pun agak membantu fahaman awal.

      Terima kasih sudi baca blog saya. Stay safe.

      Delete
  45. good sharing nice entry blog ..bgus ade org explain psl bidg ni.. :)..btw nak share aje..incase adea yg minat utk tau psl program PAKK..under UPSI.. bole wsp akak bg info 011-16930576.coz ade intake nov 2020 ni..

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum akak, mohon bertanya. Adakah lepasan asasi sains boleh mohon course IR untuk degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. hi there.

      boleh. yang penting jangan lupa mohon hehehe.

      Delete
  47. Hi kak assalamualaikum....saya nak tanya,sekarang ni saya adalah student diploma pengurusan maklumat dari uitm..kalau utk degree saya nak mohon course IR ni rasanya dpt tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hafiz.

      Alamakk, saya tak dapat sahkan 'dapat' atau 'tak dapat' tu. Luar bidang tugas saya.

      Tp, apa kata awak mohon je IR untuk tengok awak dapat ke tak? Asalkan penuhi syarat minimum yang diperlukan, anda layak untuk mohon IR :)

      Delete
  48. assalamualaikum,
    saya anis.saya nak minta awak share notes IR subjects tu boleh ke?
    sebabnya..saya nak buat pembacaan utk prepare diri masa ambil subjek ni nanti.Terima kasih ya.entri awak ni sgt membantu buka mata saya tentang IR.Moga Allah beri pahala berganda pada awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni emel saya jika awak sudi share notes.
      mencarnation83@gmail.com

      Delete
    2. Hai Anis.

      Saya mintak maaf sangat sebab saya dah tak simpan nota-nota tu dah. Dulu takde kesedaran pun nak simpan dalam GDrive or Dropbox. Memang sepenuhnya guna pendrive dan memori laptop je, dan sekarang dua-dua tu dah takde.

      I'm so sorry ya Anis.

      Delete
  49. Hi kak, sya merupakan pelajar STPM tahun 2019/2020, bolehkah saya tahu CGPA STPM kak? Sya berminat untuk memohon kursus tersebut di UM tetapi kurang yakin terhadap keputusan sendiri... Pada pendapat kak, 3.5 GPA ada peluang untuk masuk kah?
    Terima kasih kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there!

      Bagi saya, selagi awak lepas kelayakan minimum yg ditetapkan, awak layak je mohon. Jangan risau. Mohon je tau. Ada rezeki awak, boleh dapat.

      Delete
  50. Assalamualaikum kak, saya student stpm 2020, masih belum habis satu sem dan perlu isi upu dalam tempoh terdekat. Saya memang dah lama baca blog akak sejak spm lagi sebab memang dah bercita-cita nak ambil ir tapi saya takut merit saya tak tinggi sangat walaupun pointer saya okay,persaingan tu paling saya takut. Soalan saya :

    1) Kita perlu beli buku text atau tak ? sebab saya ada baca sesetengah lecturer memang wajibkan beli buku baru instead of senior punya atau guna e-book

    2) di UM, lecturer masih boleh pilih atau telah ditetapkan lecturer untuk kita ? Sorry saya tak ada abang atau kakak untuk tanya dan macam berminat nak belajar dengan lecturer akak

    3) Kita akan ada subjek minor juga ke ? Boleh akak cerita antara contohnya apa

    4) silibus ir ni tak semestinya sama dengan kos sains politik di universiti lain kan sebab saya berminat untuk tahu hal antarabangsa berbanding dengan politik Malaysia

    5) Selain daripada ir, saya ada juga senaraikan kos sastera pengajian asia tenggara dan asia timur. Bagi kos ni, kita akan belajar sejarah kan sebab ada terbaca tentang satu soalan berkaitan kos ni dan akak cakap pasal penggunaan bahasa setiap negara tersebut. saya jadikan ni back up plan saya andai saya tak dapat sambung ir

    5) Mungkin akak boleh ceritakan antara perkara yang perlu kita elakkan sebagai student ir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam dik. Terima kasih sudi baca blog ini :) Alaa, kenapa takut? Kalau layak, mohon je. Kursus ini terbuka untuk semua.

      Akak jawab soalan awak satu per satu ya. Tp ni semua terhad pd zaman akak. Akak tak pasti sekarang macam mana:


      1) Kita perlu beli buku text atau tak ? sebab saya ada baca sesetengah lecturer memang wajibkan beli buku baru instead of senior punya atau guna e-book

      [J] Sejujurnya masa zaman akak, akak takde beli buku pun. Kami gunakan sepenuhnya sumber perpustakaan. E-book pun kami pakai. Pensyarah akak takde lah rigid sangat pasal buku-buku ni. Mana-mana yang bermanfaat dan mudah untuk sesi pembelajaran semua boleh pakai. Tapi tak tahu lah zaman sekarang macam mana, sebab ada pensyarah-pensyarah baru kan.


      2) di UM, lecturer masih boleh pilih atau telah ditetapkan lecturer untuk kita ? Sorry saya tak ada abang atau kakak untuk tanya dan macam berminat nak belajar dengan lecturer akak

      [J] Sebenarnya tiadalah kita pilih pensyarah. Yg kita boleh pilih tu cuma subjek. Tp IR UM masa zaman akak, kebanyakan subjek memang wajib ambil jd nak taknak kena hadap jugak. Kita boleh susun waktu nak ambil subjek tu bila. insyaAllah, semua pensyarah sama layak dan bagus. Kalau tak, takkan dapat jd pensyarah kan? Kita yg kena terus buka hati untuk belajar.


      3) Kita akan ada subjek minor juga ke ? Boleh akak cerita antara contohnya apa

      [J] Masa zaman akak tiada minor. Minor ni adalah subjek yang jam kredit nya kurang sedikit dari subjek major kita. Subjek major ni pengkhususan belajar kita. Contoh: kos kejuruteraan (mekanikal), major dia mekanikal tp minor dia mungkin kimia dsb. Tp zaman akak memang tiada minor.


      4) silibus ir ni tak semestinya sama dengan kos sains politik di universiti lain kan sebab saya berminat untuk tahu hal antarabangsa berbanding dengan politik Malaysia

      [J] Akak tak berapa pasti, tp yg boleh akak katakan, ada yg sama dan ada yg tidak. Masa zaman akak di UM dan kawan akak di UNIMAS, subjek kami ada yg sama walaupun ada sikit lain. Tp dengan kawan di UUM, subjek kami yg asas je sama. Akak tak dapat pastikan secara tepat sekarang sama atau tidak.


      5) Selain daripada ir, saya ada juga senaraikan kos sastera pengajian asia tenggara dan asia timur. Bagi kos ni, kita akan belajar sejarah kan sebab ada terbaca tentang satu soalan berkaitan kos ni dan akak cakap pasal penggunaan bahasa setiap negara tersebut. saya jadikan ni back up plan saya andai saya tak dapat sambung ir

      [J] Bagus jugak tu plan awak. Betul, ada belajar sejarah, kira pengenalan kita kepada subjek tu. Lepas tu terus masuk kepada subjek yg berkaitan.


      5) Mungkin akak boleh ceritakan antara perkara yang perlu kita elakkan sebagai student ir

      [J] Hahahah alamak! Apa yaa? Akak takde pantang larang. Hahaha mungkin yg akak boleh katakan secara umum, jangan letakkan had pd diri sendiri. Buat je apa-apa yg boleh bantu kita tingkatkan kemahiran kita. Zaman belajar ni zaman kita belajar dari kesilapan. Kalau masuk kerja buat silap memang mendapat. hehehe.

      -
      Harap membantu awak ya Nadhirah. Akak mintak maaf tak dapat bg respon yg tepat. Sebab akak dah lama lost touch dengan IR, dah tua-tua ni kan haahaha.

      Anyway, all the best tau. Ada apa-apa soalan lain boleh emel akak :)

      Delete
    2. Terima kasih akak !!! Saya pun tengah menunggu result upu ogos ni. Saya isi ir um no. 1 dan ir uum no.4. Saya still ikut back up plan saya isi pengajian asia timur dengan asia tenggara hehehehe. insha'Allah kalau ada rezeki saya, dapatlah merasa belajar di um. Akak doakan saya tau, saya ada iv isnin ni!!! Saya ada juga mesej alumni um yang lain, mereka banyak juga membantu saya. Terima kasih sekali lagi akak menjawab soalan saya yang sangat banyak :)

      Delete
    3. Yeayyyy! All the best tau Nadhirah. Work smart okay? Akak tahu Nadhirah mesti boleh stay strong sampai habis.

      Moga dipermudahkan segala urusan Nadhirah. Take care girl! <3

      Delete
  51. Assalamualaikum kak :)
    Tahun ni saya SPM (bukan F5 2020) dan saya berminat nak ambil IR. Memang kena ambil STPM dulu ke kalau nak ambil IR? Boleh ke kalau pelajar bukan sains tulen ambil IR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Hai Zakirah! Terima kasih sudi baca blog akak.

      Sebab IR yg ditawarkan di kebanyakan univ adalah di peringkat degree, jd memang kena ambil STPM/Asasi/matriks/diploma terlebih dahulu. Kalau Zakirah ada terjumpa IR yg ditawarkan di peringkat diploma, lepasan SPM boleh mohon.

      Pelajar bukan sains tulen boleh ambil IR. Sastera/Kemanusiaan lagi digalakkan.

      So kalau Zakirah dah memenuhi semua kelayakan yg diperlukan, mohon je tau. Jangan takut-takut okay?

      Delete
  52. Hi kak! Saya pelajar lepasan diploma dan berminat nak belajar IR di UM. Dlm course degree IR ni, boleh ke ambil third language (Mandarin, Spanish etc) as part of the syllabus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Emma! Maaf sebab lambat sangat respon.

      Dalam silibus kos IR UM setahu akak, tiada ketetapan untuk mengambil bahasa ketiga. Tapi, dulu masa akak, boleh ambil juga subjek elektif di jabatan lain di FSSS. Sekarang tidak pasti.

      Delete
  53. Hi akak , saya dah apply IR sebagai first choice xpi saya adalah lepasan diploma (sains ) di UPM. Batch zaman akak ade budak dip x? dan berapa orang dlm satu kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai di sana. Tahniah kerana berani mencuba. Moga dipermudahkan segala urusan awak.

      Batch akak, takde lepasan dip. Sebab 20 orang je intake. Batch junior akak, dah ada banyak budak dip sebab dah mula intake besar-besaran: lebih dari 100.

      Maka, menjawab persoalan berapa orang satu kelas tu... bergantung pada intake tahun berkenaan.

      Delete
    2. Omg! Akak masih aktif dalam blog lagi.
      Terima kasih akak ��
      Stay safe ��

      Delete
    3. HAHAHAHA siapakah gerangan di sana?

      InsyaAllah, masih ada. Tapi akan lambat respon sebab dah terikat dengan kerja hakiki.

      You tooo take care okay and stay safe. Stay strong tooo.

      Delete
  54. Hi! Saya nak tanya! Esok kami dah boleh kemaskini utk upu bagi lepasan stpm. Boleh saya tahu requirement utk kos ni? Saya dapat 3.34 haritu. Boleh ke apply UM? Dan UM kena letak pilihan pertama ya?

    ReplyDelete
  55. Hi sis! Sy nak tanya, course IR ni ada kat luar negara tak? Sbb sy plan nak ambik A-level and sambung study in Europe and I'm quite interested in this course. And kalau ada, if I take this course outside Malaysia, will i be able to work in malaysia? Like, I want to study in abroad in this course but i wish to work in this industry in Malaysia

    ReplyDelete