Friday, November 20, 2020

DPA: It's a Wrap!

Hari ini seperti hari raya buat semua kadet. Hari ini pintu-pintu bilik terbuka luas seawal jam 6 pagi. Papan-papan seterika dah macam kaunter pertanyaan, berderet orang tunggu nak guna. Suara riuh rendah di ruang koridor benar-benar menyentuh hati sebab semua orang sepakat bergembira sekali hari ni. Malah ada yang dah lengkap berpakaian jam 6 pagi lagi.

Hari ini hari penamat penantian. Hari ini hari penentuan. Hari ini hari perpisahan. Malah, hari ini hari permulaan. Macam-macam rasa ada. Tak sabar, gembira, teruja, takut dan sedih masing-masing berlumba nak penuhi hati. Tu yang hari ni aku rasa aku pang-alang. Sekejap gembira, sekejap lagi rasa sayu. Parah!

Nak menunggu angka ni jadi 0, ya Allah, lamanya!

Tapi sungguh weyy, rasa macam pagi raya. Dia punya vibe tu lain maciam. Penantian 307 hari akhirnya menemui noktah. Kalau diimbau saat 19 Januari 2020, hari pertama tu lagi aku dah mulakan countdown tracker aku. Masuk minggu kedua, aku dah rasa tak tentu hala. Sedangkan masa tu, perjalanan baru je nak mula. Dasar syakinah! Tapi lama-lama kita dah pandai adjust masa, kita chill jugak. Maka, bila tibanya hari ini, rasa syahdu memang merata-rata. 

Syahdu sebab manusia yang sering kata nak menghentikan langkah ini telah habiskan tempoh persediaan yang ditetapkan. Syahdu sebab manusia yang asyik tak yakin dengan diri sendiri ini telah menamatkan perjalanan yang diperlukan. Syahdu sebab tak dapat tidur, makan dan membebel dengan teman seperjuangan lagi. Ahh sungguh, rasa ini mengharukan!

Nampak kan drama nya aku dalam hidup?
Terma '82 masuk, 82 keluar' adalah satu terma keramat untuk dikenang buat semua Lasykarians. Satu-satunya sidang yang menang pertempuran di medan perang DPA: menjadi sidang yang ahlinya masih cukup kekuatan sampai akhir. Sidang yang dikenali kerana namanya <Lasykar> yang bermaksud mereka yang dilatih untuk menghadapi peperangan. Love-hate betul perjalanan dengan mereka ini. Mesti diorang rasa gitu jugak dengan aku. Kah!
Selamat bertugas Lasykarians. "82 masuk, 82 keluar." Semoga 82 sampai pencen.
Alhamdulillah perjalanan DPA aku sudah tamat. Aku kini secara sah boleh dikenali sebagai batch Bitarawangsa atau Tan Sri Adib kata tadi, "Batch Covid". Perjalanan sebenar aku sudah bermula. Aku ingat aku dapat MOTAC atau KKMM. Tapi secara bercandanya aku katakan pada Pn Ell, penyelia tumpangan aku masa SPP di MOTAC haritu; "KSU taknak kami nampaknya ni...". Keh!

Berdebar tau dapat email dari bos besar.
Aku dapat Jabatan Perdana Menteri. Tiada rasa kecewa atau apa. Cuma berdebar nak uruskan urusan lapor diri, nak angkut barang pindah rumah. Sedih jugak sebab crush tak tahu aku crush kat dia. Pffttt!

So yeah, Alhamdulillah syakinah sudah dilucutkan jawatan kadet DPA 2020! Akhirnya weyyyy... 20 November tarikh penamat perjalanan DPA aku. 23 November 2020 permulaannya servis aku. Terima kasih kalian yang setia membaca perjalanan simple aku dalam DPA ni. Terima kasih juga sebab sudi membaca apa yang aku coretkan dalam blog ini.

Aku mohon doa kalian untuk terus doakan aku agar dapat berkhidmat dengan cemerlang dan penuh integriti. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan Tuhan.

Dah.
Babai.

Do good, be good, stay good. 

Tuesday, November 17, 2020

DPA: Lambaian Garisan Penamat

안녕하세요!

Aku sedang menghitung hari. Dengan perasaan yang bercampur-baur: gembira, teruja dan takut nak mulakan cerita baru dalam hidup. Sampai tak sempat aku nak update entri pasal modul Outrec dan modul Bomba aku. Dahlah aku tak pergi Lumut dan Kuala Kubu Bharu pun. sob sob. Ni hari-hari terakhir ni, aktiviti tak henti dari jam 8.00 pagi sampai 10.30 malam, setiap hari. Orang di luar ingat aku buat-buat hilangkan diri lah apa lah, padahal dah tunggang-langgang hidup aku ni nak tune kan dengan masa yang ditetapkan.

Antara bukti pernah LLB di minggu sintesis.

Ni jelas sedikit. Menjadi moderator untuk sesi bersama TS Arpah. Debo tauuu!

Perjalanan 10 bulan aku bakal berakhir dalam masa beberapa hari lagi. Perjalanan yang dilihat mustahil dan sangat menduga ini bakal tamat sebelum ia menghamparkan cabaran sebenar perjalanan yang super panjang. 10 bulan yang berlalu ini sangat meletihkan emosi dan mental tapi dalam masa yang sama, menyeronokkan. Tak tahu untuk digambarkan bagaimana, cuma boleh aku simpulkan yang ini adalah sebuah momen pahit-manis atau love-hate relationship lah senang kata.

Fasa 10 bulan ini fasa yang mencabar bukan sahaja untuk yang melaluinya malah, di pihak yang menyokong terutamanya bagi mereka yang berkeluarga. Tinggal anak, isteri dan suami bukanlah satu perkara mudah. Perlukan pertimbangan rapi dan persefahaman dari kedua-dua belah pihak. Yang tinggalkan ibu bapa di kampung juga perlukan hati yang kuat dan tabah. Kerana terpaksa 'lari' dari tanggungjawab melayani ibu bapa secara nyata. Fasa ini adalah fasa yang memerlukan persefahaman dan kepercayaan yang tinggi di samping sokongan padu masing-masing.

Aku tak mahu bakal kadet masuk dalam DPA ni jangkakan benda yang indah dan glamour. No such thing! Jika ada yang mahu merasakan sedemikian, fikirlah balik. DPA bukan tempatnya. DPA adalah medan untuk kau dilunyai secara fizikal apabila modul luar tiba, dihempas emosi yang bergelora dengan pelbagai momen tak indah, dilambung rasa gembira bila berjaya mencipta memori bersama. Sekali lagi aku ingatkan, DPA bukan tempat meraih glamour kerana bakal bergelar PTD. Masuk DPA jangan sesekali dambakan kebahagiaan berterusan. Jangkakanlah weekend kena beku, STS datang menjengah. Kah!

Tapi, dalam DPA ni lah kau dapat asah bakat kau, keluarkan kemahiran kau. Kalau kau mahir atau minat multimedia, kau jadilah sekreteriat multimedia. Kau minat sukan, join sekreteriat sukan. Boleh buat event sukan. Macam aku suka jadi MC, aku kawtim dengan pengarah event-event berkaitan. DPA ini macam yang aku pernah kata, medan pembelajaran sebelum masuk kerja secara rasmi. 

Tak memasal jadi atlet Lasykar. Seumur hidup, pertama kali main bola tampar dan menang gangsa. Hewhew!

Bukti gangsa saya. Yeayyy!
-

Kepada yang bakal ke sesi temuduga pengambilan kadet 2021, buat yang terbaik. Bersedia sepenuhnya dengan pengetahuan, mental dan ketenangan yang tinggi. Enjoy the moments you have masa temuduga tu. Jangan gelabah sangat okay? Be yourself but don't over confident.

Enjoy the journey too. Nak masuk DPA pun panjang waktu menunggunya, apatah lagi dalam DPA tu sendiri. Maka, layan je lah momen-momen yang mendatang tu ya.

-

Semoga syakinah berjaya menghabiskan baki-baki hari dalam DPA dengan jayanya walaupun sudah beberapa kali badan yang tua ini menghantar signal untuk mengalah.

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Semoga entri-entri dalam blog ini bermanfaat buat yang memerlukan.

Do good, be good, stay good.

Dah.

Babai.