Wednesday, March 23, 2016

Kenangan Itu Satu Keindahan

안녕하세요 !

Diam tak diam, dah nak habis minggu 5 dah sem ni. Lagi 2 minggu kita ber-midsem pulak. Yeay! Patut ke kita yeay sedangkan 5 esaimen menunggu untuk disiapkan pada waktu tersebut? Ommo... Dengan jadual kelas yang membunuh macam apa. Sebab Selasa takde kelas, maka kelas pada hari lain boleh buat aku tercirit sebab makanan tak dapat hadam dengan sempurna. Bayangkan lah hari Isnin dan Khamis, nak makan tengahari pun terpaksa curi-curi, kadang kadang terpaksa mengalah dengan mata aku yang selalu je mengantuk. Kahkah.

Maka, harini berkesempatan membuang masa berbincang masalah dunia dengan partners in crime aku, Tashaa dengan Baini sambil makan tosei bawang yang Allahu! Sedap nauzubillah. Mungkin sebab aku lapo lebih, tu pasal rasa sedap lebih. Kitorang ni berbual boleh melempasi sempadan negara, sekejap tadi cerita pasal mamat jatuh longkang depan fac, kejap lagi dah boleh sampai Dongdaemun cerita pasal Jjambong. Tu contoh je, bukan betul pun. Haa maka, kami berbual punya bual, boleh pulak terimbau zaman Form 6 masing-masing. Memandangkan aku dengan Tasha berada dalam satu daerah yang sama, kitorang dah dipertemukan awal sebenarnya. Kami terlibat dalam Pertandingan Pengucapan Awam peringkat daerah dan dia menang. Aku? Kompem tengok je. Hahaha.

Tak. Bukan itu isunya. Isunya adalah sampai sekarang ni aku masih teringat dengan soalan Tasha tadi. How was your hardest part in your Form 6? Hahahaha. Lawak kan soalan ni? Tu pasal tajuk entri pun macam apa. Tapi, aku tetap nak jawab. Sebab zaman Form 6 aku terrible weh. Banyak part pulak tu! Hahaha.

Nampak kan terrible nya sekolah tu bila ada student macam aku?
Aku jatuh tahap gila bila masuk Form 6. Sebab aku expect aku akan dapat IPG dengan mudah. Tapi, tak rupanya. Dengan tawaran Diploma Kejuruteraan Metalurgi, Unimap yang aku tolak kaw-kaw (sebab aku main isi je kos ni sebab dah takde pilihan lain, tapi tak sangka dapat), aku takde pilihan lain. Jujur aku kata, Form 6 bukan sasaran aku. Dan, aku tak pernah terfikir nak masuk Form 6 bila kawan-kawan rapat aku sambung matrik dan diploma. Aku bersendirian dalam tu!

Sambil aku masih berharap IPG datang bagi tawaran untuk permohonan rayuan aku, aku buat istikharah. Dengan petunjuk tu, aku pilih untuk kekal dalam Form 6 dengan syarat aku buat sendiri, aku nak aliran sastera. Hebat mana pun aliran sains macam Cikgu Kimia dan Math T aku cakap, aku nekad tukar aliran. Alang-alang aku masuk Form 6, biar aku sehabisnya buktikan cakap-cakap orang.

Hahaha. Rupanya hidup ni tak mudah. Aku jadi makin tertekan sangat dengan pandangan masyarakat yang kata Form 6 takde hala tujuan, Form 6 untuk budak budak yang tak dapat UPU. Hishh! Kalau aku jumpa balik orang-orang yang cakap tu, aku ganyang mulut dia tau! Mulut takde insurans... Nasib dok kata dekat aku, aku boleh bangun. Dok kata kat orang lain, pastu orang tu surrender, macam mana? 

Budak-budak ni dulu mana pernah aku sayang. Langsung tak pernah!
Tapi, nak bangun balik tu bukan senang sayang oiii. Aku pernah terfikir nak berhenti sekolah, kerja dan MIA dalam hidup semua orang. Mungkin orang pun tak ingat dah aku kat mana, buat apa, jadi apa. Kalau tak kenangkan aku ada cita-cita nak join Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan di UPSI dan jadi cikgu PA, mungkin aku akan berhenti betul-betul masa tu. Banyak lagi benda yang buat aku jadi terlampau tertekan. Lebih-lebih lagi, bila aku jadi antara 3 orang cucu Yusoff Legacy yang ambil Form 6 sedangkan yang lain hebat-hebat masuk matrik dan diploma. TakdirNya, 2 sepupu yang ambil Form 6 tu jalannya ke degree agak berliku, mungkin makcik pakcik aku takmo aku hadap liku-liku tu jugak. Sebab diorang lagi tahu betapa hampehnya aku nak hadap liku-liku macam tu. Dan takdirNya jugak, alhamdulillah aku berjaya tempuhi walaupun tersedar agak lewat. Hahaha.

Sepanjang aku di Form 6, aku tak pernah aim kos Pengajian Antarabangsa dan Strategik, malah tak pernah aim pun Universiti Malaya dan paling utama, tak pernah berangan nak main salji kat Korea. Semuanya berbeza dengan sasaran aku dulu. Aku nak Pengajian Malaysia dengan Pendidikan di UPSI, cuma bermimpi nak main salji di Australia sejak Tingkatan 4.

Berkat doa dan sokongan ibu ayah, guru-guru aku (yang memang tak henti-henti marah aku bila aku leka, tegur aku bila aku putus fius, bagi dorongan kat aku untuk bangun dari masa lalu), Geng Tepi Tingkap yang layan aku punya ngokngek dengan tabah (sebab kadang-kadang aku boleh menangis, marah, annoying tanpa alasan kukuh) dan jugak kawan-kawan 6AC yang sudi bagi aku ruang untuk hidup dalam lingkungan mereka. 

Antara yang sudi bagi ruang kat aku.
Tengok, aku memang suka tang throwback ni. Kan dah kata kalau aku throwback, muntah lah nak hadap. Sebab wujudnya unsur pengulangan di situ. Hahaha. Maka konklusinya, zaman Form 6 aku adalah hardest pada mulanya tapi jadi semakin baik bila timbulnya kesedaran untuk capai cita-cita kita. Mungkin tak dapat capai sepenuhnya, tapi menjadi asbab untuk kita capai sesuatu yang seumpamanya.

Sampai sekarang masih rindu
Semoga menjadi punca persahabatan yang kekal harmoni
Dah.

Babai.
Patutnya aku nak siapkan esaimen Dr Bala, tapi pffttt ...

Sunday, March 13, 2016

KELANA PRODUCTION dan AFZAN 2.0

안녕하세요 ! 

Setelah satu semester aku tinggalkan 8th Stage Production, aku diberi peluang untuk menyertai Kelana Production pulak sem ni. Masih produksi dari Kelab Lakon Kinabalu, Kelana Production menjadi babak pembaharuan bagi teater kolej. Tampil dengan Teater Qasidah Terakhir pada KARVITER 16, Kelana Production melahirkan dua pengarah berbakat, Khai dan Danny, yang dibantu oleh jurulatih hebat berpengalaman, Abang Roydy Rokidy.

Menurut Khai setelah aku jack dia haritu (huhu), skrip Qasidah Terakhir ni memang Abang Roy tulis untuk dipertandingkan oleh 8th dan sebab itulah Khai menangguhkan hasrat dia untuk join exchange sem ni. Khai akan join exchange sem depan. Hmmm, siaplah aku kirim kau produk Missha nanti. Hahaha.
Biasalah lepas show, muka memang macam ni. Super lega!
Qasidah Terakhir, Kun FayaKun, mengisahkan mengenai seorang anak muda yang menjadi harapan di Kampung Pasir, Bukhari ditangkap berkhalwat dengan Jannah, gadis yang dicintainya dan dalam masa yang sama, dituduh memperkosa anak Hj Ibrahim, Aishah, gadis pujaan adiknya sendiri, Hamzah. Selepas 7 tahun, Bukhari yang disangka telah mati pulang ke kampung tersebut dan menimbulkan rasa tidak senang dalam hati penduduk kampung terutamanya Samad sementelah Samad telah bersusah payah bersama Hamzah menjalankan projek Bukhari yang tergendala selepas kehilangannya. Mei, gadis Cina yang menjadi perintis kepada projek itu begitu gembira dengan kepulangan Bukhari tetapi telah menasihati Bukhari agar segera keluar dari kampung. Hamzah turut menasihati abangnya agar tidak pulang lagi ke kampung itu demi menjaga nama baik Musalmah, ibu mereka yang tidak siuman selepas kejadian 7 tahun lalu. Sambil berqasidah, Bukhari menenangkan dirinya setelah hatinya remuk apabila mengetahui Jannah telah berkahwin dengan Hamzah. Melalui Hakim, adik Jannah kebenaran 7 tahun lalu berjaya disingkap dan Bukhari nekad untuk membersihkan namanya.  

Dalam Kelana Production kali ni, sangat ramai ahlinya dan aku bersyukur diserap masuk dalam produksi ini pada saat-saat akhir Qasidah Terakhir akan dipersembahkan. Aku diletakkan dalam bahagian busana dan kadang kala menyemak di bahagian prop. Dalam produksi kali ini, aku belajar menguruskan bahagian-bahagian aku secara teratur yang benar-benar bekerja seperti sebuah produksi normal. Walaupun secara mata kasarnya, aku goyang kaki sebab diorang semua dah setel bahagian tu awal-awal.
The heading of FOH
FOH of Qasidah Terakhir
Scene di hari kejadian ketika mendirikan masjid. Kehkeh.
Membina jeti nelayan
Memori berharga

Komen penonton.
Review dari penonton.
Lepas habis Karviter ‘16, aku masuk nasyid untuk FESENI ’16. Kohkoh. Jangan gelak. Aku pun tak tahu kenapa gigih pulak aku masuk nasyid lagi kali ni. Kali ini, nasyid tanpa Senior Afiq yang ajar. Serius kali ni, tense dalam team AFZAN tu terasa sangat. Aku masuk dua minggu pun terasa bahangnya tu. Tapi aku redha je laa hadap. Last ni masuk acara FESENI. Takmo dah join lagi...

Dah 6 bulan aku bebas tanpa sebarang komitmen program atau sebarang latihan di malam hari, aku jadi rindu dengan waktu malam yang lapang sentiasa. Aku takde semangat dah nak join program aktiviti kolej, tapi aku perlu membina kembali semangat itu untuk terus jadi Kinabaluian 3 sem lagi.
 
Oke.
Babai.
Nak reset minda kembali supaya jadi rajin.