Tuesday, April 21, 2015

AFZAN DI HATI

안녕하세요!!

Akhirnya hari yang memenatkan baru sahaja berlalu dua minggu lepas. Tak tergambar betapa lapangnya waktu malam aku selepas hampir dua bulan lebih dipenuhi dengan latihan teater dan FESENI. 

Ni aku nak cerita pasal FESENI yang aku join. Untuk FESENI aku join nasyid...ㅋㅋㅋ. Kau jangan nak menganjing aku sangat eh? Ni dikira sebagai perubahan dari watak menyetan aku dalam teater tau *nanti aku cerita pasal teater pulak*.

Aku join kumpulan nasyid kolej or AFZAN nama glamer dia ni tanpa dirancang. Aku dan kawan kawan sel cuma teman esma pi audition je...tapi in the end, hampeh. Terjoin sekali. Ni sebab Senior Afiq punya kerja.

Banyak yang aku belajar dari Afzan ni. Macam macam benda macam macam rasa...sampai satu masa aku fedap. Aku buat perangai ketum. Aku nak keluar dari Afzan atas reason yang paling ketum iaitu dah takde perasaan sayang dekat Afzan. Jujurnya, taim tu 8th stage lebih di hati...sebab aku dah lama lost bonding dgn Afzan sejak aku join 8th stage. *nantilaa guwa cerita pasal 8th stage ni..cuba sabo*

Tapi tapi, tawu tak Senior Afiq ni memang kerja dia mempengaruhi orang. Dia hantar mesej random kat grup Afzan, buat ayat ayat tacing pulak. Ayat yang paling aku ingat dalam mesej tu:

" Siapa yang rasa dia nak keluar sebab dah capai limit, terima kasih banyak banyak sbb ada dalam proses membentuk Afzan sehingga kini." 

Kau rasa, apa yang patut aku rasa? Haihh. Tawu tak betapa serba salahnya aku. Taim tu, aku dalam kelas dan aku menangis disebabkan mesej tu! Hebat betul hang ni, Afiq...

Disebabkan itulahh aku masih kekal dengan Afzan sehingga habis FESENI. Even kami takde placing dalam pertandingan tu, kami still happy sebab in the end, kami masih satu keluarga.

Dalam Afzan, aku jadi ahli teknikal yang acah acah master audio dan lighting, padahal sepatah haram pasal mic, audio, lighting  bagai tu aku tak tahu langsung. Tapi, Afzan masih sudi bagi aku tempat untuk rasa pengalaman tu walaupun itu adalah pengalaman pertama aku. Even dorang tahu aku ketum banyak sangat, lebih dari dorang dan Senior Afiq, ruang untuk aku masih ada dalam Afzan.

Banyak yang akan aku rindui dalam Afzan. Taim latihan, round table, taim menyalak sbb ketum pun ada. Dengan Afzanians nya sendiri memang ketum selalu, serius laa aku tak dapat move on lagi. Tapi tapi, biar aku simpan sendiri, cakap dengan dorang yang aku telah totally move on. Hahaha.


Terima kasih Kak Ecah, sebab jadi hakak paling function dalam Afzan.

Terima kasih Aina sebab bagi aku peluang belajar mengatasi emosi ketum aku.

Terima kasih Nad sebab sebelum ni kau krik krik dengan aku, rupanya sama ketum je.

Terima kasih Nisak sebab telah ambil title blur aku. Kiranya lepas ni aku boleh declare kat kawan kawan form6, ada orang lagi blur dari aku. Hahaha.

Terima kasih Esma sebab jadi penyebab aku join Afzan. Kalau tak, jadi penganggur aku ni...

Terima kasih Ateq sebab banyak bagi aku belajar untuk bersabar. Hahaha.

Terima kasih Amir sebab sama sama sayangkan Afzan dan bantu baiki sesama sendiri.

Terima kasih Fan sebab buat aku rasa kau ni macam adik aku masa dia kecik dulu. Seriusli, aku tak sangka masih ada orang macam kau dalam dunia sekarang.

Terima kasih Harith sebab kau buat Afzan menjadi perhatian terutamanya masa malam preview dan pertandingan, dengan suara emas kau.

Terima kasih Jamal sebab gigih teman kami lebih lebih lagi pada hari kejadian.

Terima kasih Faiz sebab brain storming nak baiki gaya Afzan even gaya awal tu amat laa hambar. Kau tau laa siapa yang buat kan...

Terima kasih Suji sebab bertahan dengan aku yang kadang kadang hambar kononnya aku lagi penat dari korang, dengar carutan aku. Hmmm.

Terima kasih Roze sebab banyak uruskan Afzan, dari awal hingga akhir. Afzan tak akan berada di tempat sekarang jika kami hilang kau dulu.

And truly thanks to my senior, Afiq Asnawi sebab banyak layan kerenah ketum aku yang selalu datang. Sabar dengan aku dan banyak ajar aku benda baru.

Muahhhh, aku sayang korang semua kerana ALLAH.
:: Once afzanian, always afzanian ::
:: Afzanian, kita satu keluarga ::


Oke. Syahdu pulak guwa rasa.
Babai.