Tuesday, January 3, 2017

Hanbing Korean Dessert Cafe

안녕하세요!

Wohooo, dah nampak kan hala tuju entri kali ini ke mana? Ke Korea laa kita! Yeayyyy! Ahhh, berpijak lah ke dunia nyata... kau sudah tidak berjodohan dengan negara sana. Yelah, Running Man bakal diberhentikan penyiarannya oleh SBS pada Februari nanti. Jadi, alasan apa yang aku ada untuk aku intai negara sana? Nasib baik 2Days 1Night tu travel ke seluruh pelosok Korea, dapat aku ubat rindu. Sobs!

Pedulikan isu tu sekejap, (aku dah boikot SBS, nasib aku takpi melawat SBS masa tu), kita kembali ke dunia nyata yang aku masih tersadai di tanah Malaysia, spesifiknya di bumi UM dan sedang menyesal belajar last minute. Maka, untuk ubat penyesalan itu, Tasha kata let's eat bingsu after Dr Bala's paper! Dan aku jadi nya; Call! ON!

Muka muka baru lepas hadap nonsense paper sem ni.
Dah banyak nampak orang post kat insta pasal Hanbing Korean Dessert. Kira insta-worthy laa dia punya dessert ni. So, aku teringin nak rasa lah jugak. Haa, nampak tak westernization nya tu? Bergigihan lepas habis exam tu, naik Grab Car ke cafe tuuu.
Nah! Alamat nya... senang je trace kat map. Cari Hanbing Korean Dessert.
Disebabkan datang berempat dan kami hanya nak bingsu sahaja, jadi kami tak pandang menu lain. Tapi, setelah dibelek-belek, ada set meal yang kira jimat jugak lah. Set Meal bermula 12pm-6pm, kira kombo antara main dish dan bingsu. Kami pilih set B (RM29.80).

Malas nak cerita banyak, nah belanja gambar #BestBingsuInTown katanya. High expectation beb!

Bibimbap Chicken, Bibimbap Beef, Mango Bingsu and Blueberry Bingsu in the house yow!
Nampak tak bingsu-bingsu yang halus tuuuuuuuuuuuuu ~
Kami sebenarnya tersalah amek set. Set B tu masih set individu. Dah namanya set individu untuk dikokak berdua, boleh bayang tak kami punya kelaparan tu camne? Dahlah waktu lunch, lepas jawab exam pulak tu... Hmmm, aku pasrah, pasrah itu berserah.

Dan set individu, bingsu dia tersangatlah halus di situ untuk kami. Kalau untuk set yang 2 pax and above, pekerja kata tu kata bingsu dia bersaiz normal. Nak buat macam mana nak oiii... Redha je lah! Kalau tak nak amek set ni, boleh je pilih ala carte bingsu dalam range RM22-RM26.

Bibimbap Beef.
Overall, this cafe just nice. Really insta-worthy. But but, untuk manusia yang mengharapkan sesuatu yang mengenyangkan dan mesra poket, ini bukan untuk aku. Makanan dia agak mahal kalau nak bandingkan dengan portion dia.

Mango bingsu dia sedap gila sebab rasa manis mangga tu jadi sebati dengan aiskrim vanila serta susu dan ais parut. Tapi untuk blueberry bingsu, aku kurang minat sebab tiba-tiba ehhhh, ada rasa kacang pulak. Kalau yang minatkan surprise boleh laa amek blueberry bingsu tu. Serius, aku rindu bingsu kat Korea yang worthy walau harga dia bersamaan RM28 masa tu... Bila boleh pi Korea lagi ni? T.T
The worthy of RM28/person of the real bingsu.
Bibimbap kat kafe ni pulak, since dah terbiasa (biasalah sangat) dengan portion yang melimpah ruah kat Korea, dia jadi normal dish. Takde kelainan. Cuma gochujang (pes cili Korea) tu tak rasa pelik cam selalu. Dah diubah selaras dengan rasa Malaysia kot. So far, bibimbap dia nice.

Makanan lain kami tak cuba sebab niat asal cuma nak makan bingsu. Jadi, dengan harga yang agak tak berapa elok untuk pelajar di hujung sem macam kami ini, eh! untuk pelajar macam aku ni, kami tak order hidangan lain. Kami dok bandingkan dengan Dubuyo yang lebih berbaloi untuk kami. Huhuuu... Mianhae!

Huwaa, susah tau nak cari makanan Korea kat sini yang sama rasa dengan negara asal. Tapi, kat Dubuyo ada makanan yang rasa asli macam kat sana iaitu ayam dia. Dengan ada satu lagi restoren Korea kat area UM ni, Oiso nama dia. Saiz makanan dengan harga kat situ kira okay.

Penyudahnya, kan kami balik makan bingsu tu belum kenyang, aku dan Tasha pi makan kat Boat Noddles kat Sogo. Alhamdulillah, kenyang dan terlalu sedap (sebab Tasha belanja). Kehkeh! Moga murah rezeki kau Shaa.

Ni memang terlalu bahagia tengok makanan.
Pelengkap kekenyangan hari ini
Dah.
Babaii.
Aku nak meratap nasib ngadap paper seterusnya.

Monday, January 2, 2017

Entri Pemula di Tahun 2017

안녕하세요!!
 
새해 복 많이 받으세요
(saehae bog manhi badeuseyo) [Happy New Year]

Semoga kalian semua dikurniakan tahun yang baik berbanding tahun lalu. Semoga tahun ini yang baik-baik sahaja berlaku kat kita semua.

Berbeza dengan tahun lalu, di saat tahun baru ni, aku tengah struggle dengan nota-nota untuk exam. Tipu! Hang dok layan 2Days 1Night, Desolasi, Diari Cinta Kita dengan Gag Concert, jangan cakap hang study eh!!  

Oke, aku tipu. Aku studyyyyy, tapi taklah struggle mana. Tahun lepas, bulan 12 aku dah boleh bersenang lenang kira butir salji di Korea yang tak kunjung tiba, mengukur jarak batu tempat-tempat kat sana sebab aku kaki jalan. Ahh, aku rindu saat itu!

Tapi takpe, tahun ni sekurang-kurangnya aku boleh meluangkan masa dengan famili aku lebih sikit masa study week, seminggu sebelum cuti New Year haritu. Masa kat Korea rituuu, aku berseorangan kan?
Bukti aku di penghujung Benua Asia
Nantilah aku review pasal Tanjung Piai, kawasan hujung dalam benua Asia, tempat yang aku pergi dengan famili aku ni. Sebab aku cuma nak ucap selamat tahun baru je untuk entri kali ini. Huhuuu .. acah-acah ada silent readers le tuuu~~

2016.
Tahun untuk aku kenang segala memori 2015 yang ternyata berbeza rencahnya dengan 2014, selepas berakhirnya 'Definitely-My-Year' 2013 yang muncul selepas 'hectic year' 2012.

Hidup kena move on! Fighting kina!!
 하지만 , 나는 작년을 더 좋아한다 😔 흠 , 괜찮아 킨아 야 ! 할수있다 💗😎

Dah.
Babai.
Aku ada paper Dr Bala esok, pukul 11.30. Wish me luck peeps!!