Tuesday, February 27, 2018

Sekilas IR

안녕하세요!

Yuhuuu everybody! jumping and jumping and jumping, everybody! Jangan nak merapu melalak nyanyi lagu Bar Bar Bar - Crayon Pop. Hmmm...

Entri kali ini nampaknya penghabisan untuk label IR UM. Memandangkan aku sudah tamat exam 13 Jan 2018, malah keputusan jugak sudah keluar pada 31 Jan 2018, aku secara tak rasminya sudah menamatkan tempoh belajar. Tempoh 3.5 tahun sudah berlalu dengan pelbagai warna. Dan sekarang, aku sedang menunggu surat tawaran untuk bergraduasi. Yeayyy!

Habis belajar nak buat apa? Ada kawan aku yang masih sedang berehat, ada yang sedang mencari kerja, ada yang buat bisnes, ada yang sedang makan minum ditanggung saja dan macam-macam lagi. Aku? Aku sedang kerja part time sambil usha-usha peluang kerja atau SL1M. Aku taknak dok membongkang kat rumah, sebab aku dah cukup membebankan famili aku selama ni. Paling tidak, kalau aku kerja walaupun kecik, duit makan aku dengan duit ptptn boleh aku bayar.

Haa! Berbalik pada motif utama entri ni ditulis, ada yang PM aku di fb tanya pelbagai persoalan mereka mengenai IR. Alhamdulillah aku masih mampu menjawab pertanyaan mereka walaupun sekadar dari pengalaman aku. Tapi aku tegaskan jugak pada mereka, sistem sudah berubah. Aku kira aku batch akhir yang menggunakan sistem terdahulu sebelum sitem berubah lagi. Yah, change for good.

IR ni satu bidang pembelajaran yang umum dan kebanyakan subjeknya memaksa pelajar untuk menganalisis sesuatu perkara dengan bernas. Bukan sekadar omong kosong tanpa fakta. Aku mengaku, susah sangat tang ni. Sebab tu, aku bukan top achiever di jabatan IR, aku sekadar pelajar pertengahan yang kadangnya galak analisis sesuatu isu tu mengikut kehendak hati. Susah weyyy! Aku pernah menangis fikir kenapa aku amek IR. Tapi nak buat macam mana aku dah jatuh cinta dengan IR, walaupun aku rasa aku dah taknak amek IR lagi, aku tetap berminat nak teruskan master dalam IR. Hahahha tinggi cita-cita awak tu kina. Dan aku nak fokus kepada alam sekitar. Aku nak menebus title Pakar Biolagi Alam Sekitar yang pernah aku angankan dulu. Hewhew.

So yeahhh, konklusi yang aku cuba hamparkan di sini adalah tak kenal maka tak cinta. Ada yang PM aku tu kata dia jadi takut nak amek IR sebab ada entri aku kata IR ni susah. Susah kalau kau tak belajar macam aku. Kah! Susah diknon sebab kadangkala analisis yang kita cuba utarakan nampak logik dan valid di fikiran kita, tapi bila kena tembak dengan views dan side lain, nampak kita punya analisis tu paling loko laa. Tang lecturer taf ke apa, tu cerita lain walaupun nampak tak adil ke kan, tapi, siapa suruh kau pentingkan adil ke tak. Hahaha. Hidup ni nampak tak adil ikut mata kita.
Aku masih terbuka untuk sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai IR dan FSSS, UM. Tapi, jawapan aku terbatas kepada pengalaman aku. Juga masa membalas mungkin terlewat sebab aku bekerja shif 8 jam tak menentu. Sebarang persoalan boleh PM aku di Facebook.

Dah.
Babai.

Sekarang aku menaip di Kolej 9th di bilik Datuk Arymau yang merupakan kawan baik-gaduh aku di UM. Do visit her blog for the best Ramen Samyang price in town. (Ariey, kalau kau terbaca, mohon bagi aku Samyang free siap free postage)