Saturday, May 9, 2015

8th STAGE PRODUCTION (HIMPUNAN GAMBAR)

Ni poster preview kami di Kolej Kinabalu

Poster rasmi untuk Karviter

Sinopsis Dewan Persidangan
Ni poster rasmi Karviter yang menampilkan 10 buah produksi dengan karya masing-masing


Ni pulak foto kenangan kami:


Yang pakai baju hijau tu lahh Abang Nizam. *tabik*



Sebenarnya setiap kali lepas riadah, kami akan bergambar macam tak pernah jumpa kamera. Setiap hari tau.. bayangkan kami kat kolej selama 30 hari lebih, maknanya ada 30 keping gambar riadah rasmi kami..tak masuk gambar mengarut lagi. Hahaha.





 Ni pulak masa latihan atau smasa kami sedang membuang masa bersama sama. kehkeh. Abang Nizam tak tahu ni...



 Ni taim mencekik makan sama sama. Berpizza dan berkek kita malam tu nyah...sambut birthday PM.


Dari kiri: Sheera Sharon si tukang angkat sumpah, guwa, Mus JiA si isteri, Danny si suami, Am si syeikh, Khai si pembuat roti dan Hakim si Jawa




Ni masa nak photoshot untuk hiasan FOH 8th Stage. Dan kat bawah ni hasilnya:

PM gagah, Afiqah

SM manja, Darleen

Kawan baru aku, Titie

Ika

Mia, nama watak dia dalam Nyorok

Dyen, cinta hati Wani, rumet kem Kak Hanum, pelakon Nyorok Kak Izah

Yana, Syiqin, Leha, Titie, Izat, Nizam Palap

Oppa Syafiq dan SyuAi

Guwa

Joker a.k.a Khai a.k.a Sharnaz

Sheera Sharon

Amirul Ahmad

Danny dan isteri, Mus JiA

Amzar

Aini Petaini

So ni sikit malam pertandingan:










Terima kasih banyak banyak ungku sebab sudi datang. I lappp u!!
Kami terima respon respon yang membahagiakan daripada audiens. Rata-rata berpuas hati dengan karya arahan Abang Nizam ni sebab menyindir dalam lawak, penuh dengan kritikan. :)

Terima lahh gambo gambo penutup ini sebagai penghargaan kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi dalam Karviter tahun depan!







8TH STAGE PRODUCTION TERBAIK!

안녕하세요

Dah janji kan nak cerita pasal 8th stage? Maaf…tak sempat mengepost laa. Taip dah. Hahaha.

8th Stage Production adalah sebuah produksi teater dari Kolej Kediaman Kinabalu UM yang telah wujud entah berapa lama tah. Maaf, aku tak tahu. Hehehe. 8th Stage ni berfungsi besar masa musim Karviter. Karviter tu Karnival Teater UM. Maka, untuk Karviter 2015, 8th Stage mempersembahkan sebuah karya olahan semula oleh Nizam Yamin, Dewan Persidangan!

Oke. Aku join 8th Stage pun pasal nasib. Hmmm, nasib laa. Sebab masa tu ternampak tayangan Nyorok taim Minggu Pendaftaran Kokurikulum dan Sukan Kinabalu. Bila dah nampak, daftar laa sebagai ahli, pastu bermula lah ceritanya.

Aku ni pesen sem 1 homesick melampau lampau, maka memang tak lah aku nak join banyak aktiviti. Lagi lagi aktiviti yang menghalang aku balik rumah. Hahaha. Selepas beberapa perjumpaan, MT 8th Stage asyik sebut akan ada Kem Teater selama sebulan. Dan aku macam, “ Huh? What the….?!” Kekeke. Maaf PM! Dah pikir nak tarik diri dah, tapi mengenangkan nak duduk kolej tu. Hmmm, ku relakan jiwa laa walaupun tak rela.

Script reading 8th Stage adalah pada sebulan sebelum cuti panjang sem 1. Oke, aku tak ingat tarikhnya. Sebenarnya script reading tu laa audition kami. Well, En Nizam Yamin punya stail kan? Hahaha. Aku kan, kalau dah seronok membaca dan dah into story sangat kononnya, mulalah keluar gaya gaya sebenar. Aku dipilih untuk pegang watak utama. Seronok ahh, sebab utama kot! Hahaha. Aku tertekan sebenarnya…aku kompem kena hafal skrip paling banyak, paling banyak jual muka atas pentas nanti. Tertekan sebab homesick. Kau rasa nak tampo ke tak? 

Abang Nizam ni pengarah kami, seseorang yang sangat yakin akan pilihannya dan selalu mengatakan aku yang paling layak pegang watak tu. Dan aku sekali lagi, “ Huh? What the…?!” Orang lain percayakan aku tapi aku, hmmmm… nak balik rumah! Hahaha.

Dalam keterpaksaan, aku gigih lah sampai kolej pada 30 Januari. Orang lain tengah dok cuti sakan…aku mereput kat kolej. Bermulalah sesi pengenalan kami dan aktiviti-aktiviti bonding kami. Oh ye, sebulan pengarah bagi cuti tak bermakna aku akan hafal skrip. Ngehngeh. Maka, aku balik kolej dengan keadaan blur tak hafal skrip langsung! Berbalik kepada aktiviti-aktiviti bonding kami, memang buat sakit perut laa. Sebab gelak banyak sangat! 

Game "Saya Suka Awak" memang gila, lawak habis, sengal! Game "Mafia" baik yang versi kad atau versi "silent killer" memang menguji gaya lakonan. Game "Truth or Dare" memang membuatkan kau terpaksa pikir 600juta kali untuk pilih dan hadap. Game "Fokus Bola" gaya Khai memang cuak. "Captain Ball" memang febret aku sampai dorang semua takut kalau aku main. sebab aku pesen main ganas. "Dodge Ball" memenatkan, main baling selipar, "Tom and Jerry"..ahh! Rindu aku dengan momen-momen ni semua. Pastu, latih vocal secara fizikal...hmmmm. Melompat, menjerit, berlari sambil hafal skrip, kau rasa? Pfftttt....

Sebulan lebih waktu cuti tu, kami berlatih siang malam. Pagi tengahari petang malam. Oke, pagi tu macam menipu sebab pukul 10 baru aku turun, pastu pukul 1 rehat. Tapi aku masih aku. Masih membodoh dalam watak aku. Macam macam dah aku buat…tengok teater lain, cuba imitate perwatakan Tan Sri Rafidah Aziz yang lantang, Datuk Seri Shahrizat yang tegas malah meniru gaya Rowan Atkinson yang bodoh bodoh alang. Tapi, watak tu masih jadi Kina si kosong. Hmmmm, stress tau!

Watak aku sebagai Tuan Yang Tertinggi dari Amerika yang bijak putar belit fakta tapi catchy. Nama yang aku pilih adalah Lisa Danielle. Hmmm, sampai sekarang masih ada yang panggil aku Lisa walaupun aku tak cukup strong untuk watak tu.

Sehinggakan, waktu malam pertandingan tu aku macam, “ aku nak buat apa atas ni?” Abang Nizam memang gigih laa bagi aku semangat. PM SM dan krew krew semua memang gigih bagi sokongan kat aku. Teman teman lakonan memang terbaik menaikkan aku dalam celah celah mereka. Sampai si Hakim cakap kat aku, " Just enjoy the show!". Ahh, manusia tu banyak pengalamannya sama macam Abang Nizam.

Korang, aku merindui saat saat kita dalam 8th Stage. Mencekik Makan sama sama, tengok Running Man sama sama, tengok anime sama sama, men-supper sama sama, menonton teater kolej lain secara percuma sama sama. Sesungguhnya, aku rindu semua tu. Aku sayang korang...muahhh!

Oke.
Babai.