Thursday, July 30, 2020

DPA - Tak Kenal Maka Tak Cinta

안녕하세요!


Aku berniat haritu. Andai aku lulus paper core aku, aku nak buat entri pasal DPA. Nampak macam apo niat gitu, lulus paper je kot, buat entri je pun. Hewhew. I don’t care, i nak cerita jugak hahaha. Jadinya, entri ni, akan ada banyak part sambungan. Sebab aku nak cerita lebih dalam lagi apa yang dilalui dalam DPA ni memandangkan permohonan PTD M41 telah ditutup 27 Julai 2020 haritu. Biar yang memohon ni dapat bayangan apa yang bakal dilalui. Jom mula!


(Mungkin nak baca perjalanan dari online exam sampai ke IV, boleh ke sini)


Lepas lulus IV nanti, kita akan ditawarkan untuk mengikuti Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) selama 10 bulan di INTAN Bukit Kiara/Jalan Elmu. Tak boleh pilih kampus mana pun, ikut je apa diorang tetapkan senang takyah serabut.


Ni first time pakai court shoes begini, semestinya kaki aku terkejut dengan pemaksaan ini.

Orang tanya aku, aku buat apa sekarang. Aku pulak jenis tak reti nak bagi jawapan mudah. Jadinya, kesudah aku jawab aku tengah belajar. Sebab ikut logik aku, aku bukan kerja cuma waktu je ikut waktu kerja. Nak cakap latihan, nanti jadi lagi panjang perbualan tu sebab ada pulak ingat aku rekrut polis atau askar. I rasa diperli nok, badan gebeh-gebeh gini kok rekrut askar. Kah!



Kenangan masa nak pergi GI. Terus guna nama glamer. Kah!

Passport untuk minggu suai kenal.

Sebenarnya DPA ni, macam satu platform latihan untuk persediaan bekerja dan latihan ni berfokus untuk mempersiapkan kau menjadi seorang PTD. Untuk senang faham, kita ambil contoh rekrut askar ya. Askar kena masuk training 6 bulan kan, dalam tu belajar laa segala berkaitan. Habis kursus 6 bulan, taraaa kau keluar sebagai seorang askar.


Haa, sama lah dengan DPA ni. 10 bulan belajar itu ini untuk bentuk kau jadi PTD. Tapi, orang awam jarang dengar pasal DPA. Yang orang tahu, tahu-tahu dah jadi PTD. Tu DPA ni macam rare sikit pada pendengaran orang.


Secara amnya, dalam DPA ada 2 jenis modul: modul akademik dan modul bukan akademik. Tempoh masa setiap modul ni 2 minggu. So dalam 2 minggu setiap modul akademik tu, ada tugasan individu, tugasan berkumpulan termasuklah pembentangan dan paling utama, ada exam. Nampak sama macam zaman univ kan? Haa sama la tu.


Okay, siapa tahu 8 bidang tugas PTD? Ehem, meh sini noona kabo.

  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi;

  2. Pengurusan Kewangan;

  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara;

  4. Pengurusan Teknologi Maklumat;

  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur

  6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/ Perbandaran/ Tanah/ Daerah/ Tempatan

  7. Pengurusan Ekonomi; dan

  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.


Maka, dalam DPA, 8 bidang tugas ni akan kita pelajari dalam modul akademik berkaitan untuk jadikan kita ni PTD serba tahu. Sebab skop kerja PTD kan luas, jadi eloklah kalau banyak ilmu. Kemudian, ada lah tambahan modul-modul lain. Tempoh 10 bulan yang dilalui ni memang penuh dengan proses serap ilmu je. Memang rasa berguna je masa-masa yang ada. Gitu.


Modul bukan akademik ni laa yang boleh dianggap highlight of the program. Ke aku je yang terlebih teruja ni? Dalam modul bukan akademik ni, ada modul bomba, askar, polis dan Outbound School. Seronok kan? Bila lagi nak rasa semua benda ni. At least dah rasa sekali seumur hidup. Wehuu.


Jadi, masing-masing dah nampak gambaran ya, apa itu DPA. DPA ni panjang tau perjalanannya. Secara jujurnya, sangat memenatkan. Tapi, bila ada sokongan orang sekeliling, taklah rasa penat sangat. Entri berikutnya, aku akan cerita pasal ‘support system’ dalam DPA ni okay.


Ada nak tanya apa-apa? Tinggalkan soalan di komen ya atau boleh je PM di fb messenger, nanti aku respon.


Okay.

Babai.


Do good, be good, stay good.

Patuhi SOP tau!