Sunday, January 14, 2018

ANNYEONG UM!

안녕하세요!

Setelah 7 sem atau secara spesifiknya 3 tahun di UM dan setengah tahun di Kookmin University, tepat 12 Jan 2018 10.27am, akhirnya aku akan meninggalkan UM sebagai seorang alumni. InsyaAllah sekiranya diizinkanNya untuk tamatkan pengajian pada sem ni tanpa sebarang sangkut. Aku akan kembali ke UM pada Oktober nanti untuk bergraduasi. Kali ni, aku tak mampu nak yakin sangat macam dulu-dulu masa STPM. Punya konfiden dapat naik pentas untuk ambil hadiah pelajar terbaik STPM masa tuuu, sampai mintak cuti dengan bos! Padahal keputusan belum keluar. HAHAHA.

Meja 123 menyaksikan betapa aku stress dengan paper ni, aku all out selepas aku rasa aku did worst kat 'adik dia' iaitu Politics of Developing Country.
And, i want this paper remain as my last IR paper forever. Because I will never ever choose IR again in my next life. Yah, maybe....


Sepanjang 7 sem yang berlalu, banyak pengalaman yang mengajar kau untuk memilih kekal gagah atau berhenti sedaya kau, memilih untuk teruskan melangkah atau menoleh ke belakang, memilih untuk looking forward for the future atau mengharapkan kesudahan serta-merta. Sesungguhnya kekuatan mental yang diperlukan adalah lebih besar daripada kegagahan fizikal sebab what you mind believes the body can achieve. Kata-kata Dr Sheikh Muszaphar yang aku pegang semenjak aku tingkatan 1. Fuhhh tak sangka sejak dulu aku ni bermotivasi orangnya. HAHAHA.

Aku memegang keinginan untuk meneruskan kehidupan aku dengan memasuki dunia pekerjaan walaupun 99% dalam diri aku adalah ketakutan, kerisauan dan tekanan untuk mencari pekerjaan yang boleh buat ibu ayah aku banggakan aku. Aku tak memilih kerja tapi aku mengharapkan sesuatu dari pekerjaan tu nanti. Tapi tu lah, aku masih menyandang title penanam anggur junior pada saat ini. Junior sebab masih baru. Lepas seminggu upgrade jadi junior amatur, lepas seminggu lagi jadi amatur, kemudian senior dan professional. 

12 Jan 18, subjek akhir aku untuk ijazah sarjana muda.
Buat aku terfikir, kalau susah sangat nak cari kerja, apa kata sambung belajar terus? HAHAHA. Entah. Belum ada keputusan muktamad. Belum rasa boleh pilih nak tentukan apa selepas apa.
Ternyata entri kali ni sekadar random post selepas aku rasa kecewa.
Kecewa dengan banyak benda.
Tapi aku sedar, bukan aku sahaja yang punya kecewa.


Cuaca yang sejuk dan nyaman pada saat dan ketika ini pulak buat aku semakin syahdu. Rindu.

Dah.
Babai.
Aku nak pergi cari kerja.