Sunday, December 2, 2018

SL1M TNB FASA 5

안녕하세요!

Hi guys! Apa khabar semua? *guwa tahu guwa ramai silent reader kehkeh!

Harini genap seminggu aku meninggalkan kampung halaman untuk memulakan hidup baru. Puihhhh! Aku buat status gini, ada yang ingat aku nak kahwin. HAHAHA.

Aku join Skim Latihan 1Malaysia atau nama glamournya SL1M walaupun aku tak berapa slim di bawah TNB. Terkejut aku bila check email masa 29 Oktober, aku ditawarkan program ni, padahal masa tu nak tidur maghrib dah (aku rehat kerja 6pm-7pm), terus tak boleh tidur sedangkan mengantuk gila-gila. Eksited kau! 

Ye lah aku ingatkan aku langsung tidak layak langsung nak dapat kerja baru even SL1M yang banyak company aku pergi masa Karnival SL1M kat MAEPS Serdang bulan 3 haritu. Sekadar menyebut nama: CIMB, Maybank, TH, Malaysia Airport Berhad, Kidzania dan pastinya TNB, hampir kesemua booth aku pergi tinjau dan drop resume. Alhamdulillah dapat TNB.

Maka, 26 Nov 2018, jadilah aku secara rasmi pelatih SL1M TNB Fasa 5 Kumpulan 1. 03 Disember 2018, aku akan melapor diri di TNB Research Sdn. Bhd. Selama seminggu aku menjalani latihan di TNB ILSAS Bangi. Tapi, aku bawak barang macam orang dah taknak balik rumah. HAHAHA.

So selama seminggu tu, memang diajar macam macam skill untuk upgrade diri sendiri. Cuma sediakan mental dan fizikal je tapi serius kau bukan pergi kursus PASKAL PASKAU Komando tu semua. Benda simple je cerita dia tapi memandangkan aku dah tinggalkan zaman stay up stail burn the midnight oil tu hampir setahun, maka susah jugaklah nak memotivasikan diri sendiri tu.

Task paling mencabar yang dilalui, dapat tajuk pukul 2.30 petang, pukul 8.00 pagi keesokkan harinya kau kena bentang depan panel korporat dalam interview presentation. Hahahaha, kau cakap senang nok? Kau ingat dia bagi tajuk sekolah rendah ke? Dengan dalam tempoh yang diberikan tu, kau wajib attend kelas macam biasa dan panel yang dengar kau punya presentation tu adalah company yang mencari calon untuk di-hire. Tak ke seriau nok? Cuma untungnya buat berkumpulan so tak terasa sangat lah dia punya berat tu.

Kemudian, after a week passed, then your time to lapor diri coming lah. Aku takut jugak lah nak menunggu esok, nak melapor diri semua tu. Dengan tempat tinggal yang rushing cari pastu tak familiar lagi. Alahaiiii, mencabar tau tak! Lebih mencabar dari kau pergi jalan Thailand tu. HAHAHA

So untuk yang macam ragu ragu sayang, janganlah ragu sangat. Benda semua boleh settle. Kau nak apply SL1M tapi kawan-kawan kau taknak apply, ehh kau apply je laa. Macam aku ni haa, sorang je nok. When I said alone, I mean ALONE. Dekat tempat baru tu karang, kau carilah kawan baru. Kan senang tuuu.. Koh!

Kawan bilik aku kat ILSAS, orang Kedah. Jodoh aku kuatlah dengan orang Kedah. I love Kedahan, eh tiber! Sani Ekpress nama dia. Lagi sorang, Anis, si Honeypeanut, orang Perak. Teammates presentation aku, Syira orang Semenyih, Syila, Syu & Mun yang aku tak ingat diorang orang mana, tapi yang penting datang dari negeri berbeza dengan aku. Elok je aku berkawan dengan orang-orang baru ni, lagilah bila kawan baru tu berada di dalam situasi dan keadaan yang hampir sama dengan kau tu, lagilah sekufu. Gituuuu.

Tapi terpulang pada diri, aku tak kisah pergi mana, walaupun realitinya aku mula-mula hujan lebat bila dapat tahu aku dapat Kajang, while sebenarnya aku nak Bangsar atau PJ. Aku nak upgrade diri. Mudah-mudahan ada rezeki dapatlah aku jadi staff permanent. Amin.
_

Mungkin akan ada Kumpulan 2, Kumpulan 3, Kumpulan 4 Fasa 5 atau Fasa 6 ke 7 SL1M TNB yang mencari-cari keperluan masa latihan kat ILSAS nanti, ni aku senaraikan apa yang perlu dibawa ya.

  1. Baju formal (baju kurung, kameja &suit/blazer) yang mencukupi. 5 helai untuk latihan kat ILSAS + ekstra helai lagi untuk on job training kat stesen-stesen TNB nanti. Macam aku tak balik pun lepas latihan, aku bawak terus 10 helai baju untuk OJT.
  2. Kasut formal & tak formal. Malam tak rigid sangat, aku tibai kasut tak formal belah malamnya.
  3. Baju tidur/ Baju riadah tapi aku punya batch ni padat waktunya so tiada riadah.
  4. Hanger & iron. Silalah bawak iron untuk elak kau berebut dengan manusia satu blok sebab ILSAS takde sediakan iron.
  5. Tuala, sabun mandi, pencuci muka, berus gigi semua tu.
  6. Laptop & extensionnya. Ini nyawa nok NYAWA! Takde benda ni boleh kemurungan kau tau.
  7. Fail sijil dan buku nota serta pen untuk kau mengarut time bosan dalam kelas.

Nampaknya ini sahaja yang aku bawak untuk hadapi hidup baru. Takpe, tak cukup nanti nanti boleh tambah kan?
_

Okay guys.
Babai dulu.
Aku nak qada' tidur yang berlalu haritu.
Wish me luck untuk OJT & kina dapat jadi staff permanent TNB. Amin.

Update: Check it out kalau nak tahu macam mana kina dapat tempat tinggal untuk OJT sebab korang tahu kan kina ni mengada!