Monday, May 13, 2019

CERITA SI PENCARI REZEKI

안녕하세요!

Selamat berpuasa gais, selamat menghitung hari nak raya dan selamat menghitung hari nak habis kontrak. Kah! Yas, akulah. Kontrak SL1M aku dah nak habis, tinggal lagi 11 hari dengan tiada kenyataan dari bos yang bos nak sambung aku. Hmmmm tapi tidak mengapa. Kerna saya perlukan angin baharu untuk meneruskan langkah yang seterusnya. 

Disebabkan itu, aku terima tawaran bekerja di kampung halaman. Semoga aku tidak semakin gemuk duduk di kampung nanti. HAHA.

Untuk pelatih-pelatih Protege, aku sarankan korang mula job hunting seawal bulan kedua program. Walaupun nak ke bulan keenam tu nampak macam lama lagi, tapi percayalah sebenarnya itu semua ilusi. Kau dengan separa terkejutnya akan tidak percaya betapa sekarang ni masa berlalu sangat cepat. Tak salah kau buat job hunting dan dalam masa yang sama kau perform elok dalam Protege. Macam aku, memandangkan awal-awal gitu sudah dimaklumkan tiada penyerapan pekerja berlaku, aku jadikan SL1M sebagai tempat belajar dan aku berusaha mencari kerja lain. Tak mudah guys tak mudah. Rejection itu normal bagi aku. HAHAHA
____________________

1) Medium cari kerja

Aku guna banyak platform. MauKerja, indeed, Jobstreets, LinkedIn tapi aku betul-betul tak suka platform LinkedIn. Dia mendedahkan aku dengan ejen jualan langsung hmmmm. Malah, aku rajin hantar email terus ke syarikat-syarikat serta respon kepada iklan-iklan dalam sebaran mesej Whatsapp serta ig story. Aku jugak suka pergi karnival kerjaya - suka drop resume dan collect business card orang. HAHA. Bila dapat kad bisnes orang, hantar permohonan kerja kat email dalam kad tu. Keh!
 
2) Resume

Aku ada 2 jenis resume, yang funky catchy dengan yang formal professional. Selalunya yang funky catchy tu untuk aku guna masa pesta kerjaya. Percayalah, resume formal kalau korang bagi masa pesta kerjaya besar kemungkinan tidak dipandang. Aku adalah living testimoni untuk itu. Pada pandangan aku lah kan, mungkin dah ramai sangat yang drop resume, so mana-mana resume yang tak menyerlah tu tak sempat pun diaorang tengok.

Ni resume funky catchy aku. Poin dalamnya pun sekadar nak beritahu je.
Menggunakan resume jenis ini di pesta kerjaya, sudah beberapa interview yang dapat aku pergi berbanding guna resume jenis formal. Interview je sana sini, tapi tak dapat offer kerja pun. Hmmmm. Takpelah, pengalaman jugak tu.

Permohonan melalui direct email dan laman-laman web cari kerja, aku memang gunakan resume formal beserta dengan cover email. Aku tak buat cover letter sebab cover email aku adalah cover letter permohonan aku. Alhamdulillah ada juga dapat beberapa iv. Tawaran kerja yang aku dapat pun bermula dengan penghantaran resume jenis ini malah ada lagi satu result iv yang belum dapat, bulan 8 nanti dia umumkan, turut menggunakan resume jenis ini.
Ini yang formal dan lebih details.
Untuk yang macam tak faham amenda aku cakap, macam ni. Setiap kali ke iv, aku akan bawa dan tunjuk resume jenis formal. Yang jenis funky catchy tu hanya sesuai digunakan ketika pesta kerjaya sahaja. Dan tak jadi masalah pun kalau masa pesta kerjaya tu nak bagi resume formal macam ni. Ikut mana yang senang kau nak buat.

3) Kabel

Kau beruntung kalau kau dah ada kabel optik dasar laut. Takyah risau dah. Untuk mereka yang macam aku yang takde langsung cable tie apatah lagi kabel TNB, kita ada kabel paling padu guys. DOA. Kita mintak tolong mak ayah keluarga makcik pakcik kucing jiran doakan kita supaya dapat kerja yang terbaik untuk kita. Macam aku, kalau aku pi iv, seluruh keluarga besar aku tahu. HAHAHA dia punya kepoh pi iv tu, bukan sikit-sikit. 

Tapi, lama-lama fedap jugak. Asyik pi iv je, keputusan tak positif pun. Sampai satu tahap, aku pernah rasa aku pi iv, sekadar nak memenuhi jemputan company. Takde harap apa-apa. Jadi, kat sini perlunya doa dari orang lain. Doa supaya kita sentiasa bersemangat untuk berusaha dan mendapatkan apa yang kita nak.
________________________

Aku start kerja baru nanti 26 Mei. Tak cuti raya panjanglah agaknya. HAHA tapi alhamdulillah sekangkang kera je dari rumah, takdelah rasa dendang perantau sangat walau kena kerja petang raya. Doakan aku guys semoga tidak culas dengan tanggungjawab. Aku harap di bulan mulia ini, kita diberikan rezeki yang terbaik untuk kita meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.

Semoga yang sedang belajar terus istiqamah untuk menghabiskan study, sampai grad.
Semoga yang sedang mencari first job terus bergerak untuk mencari dan mendapat apa yang diimpikan.
Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.

Kejarlah akhirat, untuk kau dapatkan dunia dan akhirat. Itu yang paling baik.
Dah.
Babai.