Monday, October 27, 2014

TAHNIAH UNTUK AKU!

안녕하세요!!

Puahaha...tajuk macam apa.
Hai chenta hati, dah berabad lamanya aku mati menyepi daripada kau kan. Kau rindu aku tak? Aku..? Mestilah takdenya nak rindu kau sebab aku kan dah ada oppa-terpaling-chenta eh! maksud aku Iary...tapi tapi kan, Iary pun dah lama aku tak dating. Sibuk kononnya... hmmm korang marah kat aku ek?
Ala, aku peduli apa...korang kan milik aku. HAHA *ketawa mengilai macam pon pon*

Aku tetap nak melompat-lompat gembira macam beruk jumpa monyet, nak ucap tahniah kat diri sendiri sebab akhirnya i can make it! Ececeh, speaking konon. Takdelah, aku rasa terharulah akhirnya aku dapat jugak menaip cerita merapu aku balik kat sini. Kau ingat tak bangga ke?

Setelah hampir setahun aku menelan ditelan masa yang penuh dengan aktiviti, pengalaman bagai, aku sudah berada di dunia baru. Kau tak tahu kan? Sebab aku belum beritahu kau lagi lah... Sebelum aku menceritakan keadaan sekarang, ada baiknya kita singkap cerita lalu. Siapa kata di masa lalu, menentukan kita di masa ini. Ehh??

After final sem of my STPM, tak yah nak speaking sangat, aku bersemangat nak cari kerja. Aku habis pekse dalam akhir yang tak akhir, tengah yang tak tengah bulan Disember tu, jadi rezeki aku lah dapat kerja sebagai juruwang a.k.a cashier kat supermarket. Porahh, juruwang pun tak tahu. Kerja best, gaji best, kawan-kawan pun best. Tapi aku ada krisis diri pulak. Aku terpikir apa hukum aku pegang arak dan oink-oink walaupun benda tu dalam bekas. Sebab aku kena tag in harga menatang tu jugak memandangkan kat situ takde kaunter non-halal. Maka, selepas hampir dua bulan setengah aku berperang dengan kepala hotak ni, aku resign. Rupanya, menurut sumber yang aku percayai, ada pandangan yang mengatakan dibolehkan urusan itu sebab sebahagian daripada komersial dalam perniagaan tu. Aku tak pasti nak terangkan dalam ayat macam mana, tapi yang penting...aku faham. Takpelah, rezeki aku kat situ kejap je.

Lepas tu, alhamdulillah dapat pulak aku kerja balik dengan syarikat oil and gas yang aku pernah berkhidmat selepas aku habis SPM dulu. Aku berkhidmat sebagai pam atendan. HAHA. Oil and gas lahh sangat , gilaa. Even gaji ciput, aku cuba gagahkan diri. Aku gigih nak cari duit nak sambung study. Aku tak nak bebankan ibu ayah. Jadi, kekuatan tu membuatkan aku mampu bertahan sehingga bulan Jun. Boleh lah buat berfoya-foya tokok-tokok belanja nak masuk u.

So, kau tengok mana sempat aku nak jengah kau. Macam takde, ehh bukan macam tapi memang takde life langsung bila aku kerja. Pi kerja shift petang balik malam, then balik kerja mandi-mandi lepas tu tidur sampai pagi. Bangun tidur, hantar adik pi sekolah, amek adik balik, masak cincai-entah-rasa-apa lepas tu dah nak pi kerja balik. Hari-hari ulang rutin macam tu. Hishh!

Bersambung...