Tuesday, October 30, 2018

KC's POST-GRADUATE APPRECIATION POST

안녕하세요!

Haa stop cerita pasal Krabi yang entah bila nak jumpa hujung tu, hokhok, mohlah kome dengar cerita aku yang baru grad ni. HAHAHA. Cepat tepuk tangan untuk aku, puihhhhh.

23 Oktober 2018, aku secara rasminya telah tamat belajar IR setelah 10 bulan yang lepas aku ambil final exam. Tak tahu nak rasa happy ke tak, sebab bagi aku bila aku join majlis konvo ni, maka, aku 'officially in debt'. Kah! Wah, pt guwa dah start counting! Berbahagialah dia memburu aku. HAHAHA.
Guwa dah habis belajar gais. Guwa malas nak kerja tapinya!
Maka entri kali ini adalah appreciation post khas untuk tulang belakang aku yang sentiasa ada menyokong aku. Aku jenis tak reti nak cakap depan, aku malu bhai. HAHAHA tapi, kalau tulis macam ni, aku tak kisah orang baca asalkan diorang tak cakap balik dekat aku. Huhu.
_

Untuk ibu ayah dan adik-adik yang memang ada dengan aku saat susah senang aku sepanjang hidup ini, yang terima aku tanpa syarat walaupun tahu betapa setan nya perangai aku, segulung skrol dan sekeping ijazah ini adalah untuk kalian. Kalian yang berada dalam hati aku sepanjang tempoh belajar aku, yang menasihatkan aku, yang menguatkan aku untuk menghabiskan apa yang aku mulakan. Kalian yang banyak melihat jatuhnya aku rabaknya aku dengan perangai manusia lain, dengan masalah yang aku buat sendiri tapi masih tak jemu untuk yakin dengan aku. Sesungguhnya, apa yang aku dapat ini adalah hasil kalian, bukan aku sahaja. 

Aku cuma berbesar hati dapat membuatkan kalian bangga dan gembira melihat aku yang berada di atas pentas besar itu, di saat nama aku dipanggil naik untuk terima skrol, yang bertepuk tangan untuk aku saat orang lain mungkin tak sedar pun kewujudan aku dalam UM, yang mengalirkan air mata melihat akhirnya aku secara literally habis belajar. Aku hadiahkan segala kegembiraan sepanjang majlis itu untuk kalian, kalian yang lebih layak menikmatinya.

(Dan disebabkan itulah, aku tak teragak-agak untuk melambai-lambai ke arah ibu ayah aku sedari atas pentas lepas skrol berada di tangan aku sampailah aku duduk kembali. Sebab, mereka yang sepatutnya menerima skrol itu atas segala bakti mereka pada aku. Aku bangga bagi audiens nampak insan-insan hebat itu.)


Korang tengoklah sendiri betapa eksitednya aku berjalan laju dan melambai-lambai dalam dewan tu. Dan, aku sorang je yg buat macam tu. Yeayyyy!
_

Untuk kawan-kawan yang banyak bantu aku sepanjang aku di UM, terima kasih untuk jasa baik korang. Aku tahu tanpa korang, aku mungkin tak dapat grad on time. Sebab yahhh, they knew me well, huhu. Terima kasih untuk pengalaman dan memori manis yang korang berikan pada aku. Diorang tahu betapa berjasanya diorang pada aku, sebab aku wassap dah dorang tp still, aku nak jugak tepek sini.

Tasha, Baini and me.
These girls are my wings. They always help me to fly high tp biasalah aku gemok. Jadinya, ended up sangkut kat pokok. HAHA. sedihnya, takde gambar berjubah sama-sama langsung.
Roze.
This girl pulak my partner yg doing crazy thing together. Very lovely and kind. Selalu utamakan aku dan lebihkan aku sampai aku jadi manja.
Ariey, me and Doah eonni.
Ariey nie twin aku kat IR. cuma bezanya dia lagi sempoi dari aku. Dahlah cantik, baik pulak tu. Alah senang kata, tak rugilah siapa dapat dia. [cc: ariey, i'm done promoting you, please treat me samyang burger.]
Doah pulak eonni aku. Hey memang dasar aku mengada-ngada, Doah selalu belikan aku coklat dan air bila kelas petang sebab dia selalu nampak aku sebagai kanak-kanak yang kelaparan. Heh!

Ini namanya Gerak Lu Pape Roger dan trademark kami adalah makanan.
Asal nak jumpa, asal jumpa, mesti sembang pasal makanan. ahh! Yok pi murni.
_

Untuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh pembelajaran aku - mokde pokde Kak Fara, my all Yusoff Legacy crews, kawan IR sekelas, Dr Helena Prof J dan lecturer IR, Kak Hayyan & WakJo, kawan sefakulti, geng #TujuhSekawanYgDigeruni, Yaya Nad dan kawan-kawan lain, terima kasih banyak kerana sering memberikan inspirasi dan semangat kepada aku.

Yang datang masa aku konvo, untuk meraikan aku tempoh hari, terima kasih banyak terutamanya kat Rayyan, dok berjanji nak jumpa tp at last aku hilang camtu je di tengah keramaian orang, macehhh weyyyy. Haihhhh, cepatlah babe habis belajar pastu belanja aku. Hahaha. Mintak maaf untuk mereka yang mesej nak jumpa tp aku tak reply sebab line kelaut. Tak sempat nak catch up after ceremony, sebab aku spend cuma 5 minit je lepas keluar dewan untuk kawan-kawan pasalnya aku memang nak raikan skrol itu bersama family aku sahaja.
_

For my forever SI; Whenever I unlocked something, I feel like I'm step closer to you. Please be my forever SI, keep inspired me even tho we're not meet each other anymore.

Yass, 4 tahun diperlukan untuk sekeping gambar gaya ini.

Kc noona dah grad, gais!
Doakan guwa dapat kerja bagus, dapat sambung belajar lagi, supaya guwa dapat tolong orang lain pulak.
Love as always.

Babai.