Monday, May 30, 2016

Again. Random.

안녕하세요~

Malam ni aku rabak. After a long conversation with one of my lovely through phone, i got immersed in my deep feeling. Uhhuu... How bad I am when I did something that I feel nothing to care about others. I think i have rights to expose my feelings, my words or whatsoever, anytime anywhere. I totally forgot about a reminder; hablu minnan nas. Interaction with human beings, other living things. Hubungan sesama makhluk.

No no, this is just a random post.

Just to remind myself. And you, maybe... Alhamdulillah, kalau ada yang ambil peringatan ini sebagai peringatan untuk diri sendiri. Moga sama-sama mendapat keredhaan.

Janji di dunia ni, setiap yang dilakukan akan mendapat balasan. Sebab, hidup kita ni umpama roda. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Bila ada kat atas, jangan sesekali pandang kecil dengan orang di bawah kerana orang di bawah juga nampak awak kecil je kat atas tu. 

Kita hidup ni kena pandai tolak ansur. Kena ada give and take. Supaya kalau nanti diuji kita jatuh, kita tak jatuh tersungkur dengan hapraknya, dengan sorakan orang lain. Paling-paling pun kalau kita pandai bertoleransi, kalau diuji kita jatuh, akan ada tangan-tangan yang cuba mengenggam kita daripada terlungkup hebeh...

For those yang terluka disebabkan perangai aku, neomu mianhanda! Really really sorry! Selalu aku ucap maaf tanpa kesedaran. Aku masih belum mampu nak hadap kalian dan mengakui semua kesilapan aku. Yang aku mampu, say sorry randomly for specific person.

Hablu minnan nas
(Berbuat baik sesama makhluk)

Semoga ini sentiasa menjadi peringatan dan guideline untuk diri aku.
I really really miss my family - omma appa , dongsaeng wa Diyo. Semoga doa mereka bersama aku, doa aku tetap untuk mereka.

Study week just around the corner. Tapi exam lama lagi. Kohkoh.
Dah.
Babai.

Tuesday, May 24, 2016

Yang Namanya ...

Kahkah. Tajuk agak win. Sebab laa ni aku sedang mengalami transformasi otak. Mungkin sebab sel-sel otak aku kembali berhubung, tu yang macam nak marah orang tak tentu pasal.

Entah, rasa dikhianati itu tinggi buat masa sekarang. Aku perlukan masa untuk hadam situasi sekarang ni sepenuhnya. Aku perlukan ruang untuk aku kembali berperasaan dan berperwatakan normal. Am I too dumb to understand this? Am I so called naive or innocent to realize anything? Wahh! Ku tabur cinta, tahi kau bagi. Gitu.

I love you and i guess you will love me back. But, nope! Aku dipermainkan hidup-hidup. I believe and hope yang our friendship will last forever, like my other friendship with my other friends. Tapi tulah... Orang tua pesan; suka suka lama lama dapat duka. Kan dah merana. Nasib laa aku jenis tak berduka lara. Lantak kau lah! Tapi, tetap terfikir jugak...

Fahami lah yang persahabatan sebenar itu tidak perlukan jaminan harta benda tetapi cukup mengeratkan hati-hati yang dimaksudkan. Persahabatan yang jujur juga tidak perlukan skema pemarkahan khusus untuk diberi gred A oleh hati-hati yang merasainya. Persahabatan itu wujud kerana di situlah letaknya kegembiraan sebagai pengganti keluarga yang jauh di mata dekat di hati. Persahabatan itu seharusnya murni bukan untuk kepentingan diri.

Kawan bagi. Say hi to Shiro!
Maybe i just too rely on somebody yang aku anggap kawan, then Tuhan cuba jauhkan aku dengan dia. Maybe jugak aku ada buat orang terasa hati dengan aku pasal aku lebihkan kawan ni, Tuhan balas balik kat aku. Hahahaha...dunia ni adil dengan caranya.

Yang namanya kawan tu, memang susah nak dicari ketika susah. 
Yang namanya kawan tu, bukan semata bergembira berparti cucuk bulan. 
Yang namanya kawan tu, saling menyokong walau betapa rabaknya kau di mata orang lain.
Yang namanya kawan tu, susah... susah nak diterangkan.
Kerana hanya yang merasai betapa murninya persahabatan itu sahaja akan dapat menikmati manisnya berkawan.

You know who you are.
Terima kasih kawan untuk ada di setiap sisi hidup aku.
Terima kasih kawan untuk terima diri ini dalam hidup kau.
Terima kasih kawan kerana mengaku kawan di saat aku susah.
Maaf untuk segala sikap aku yang berlawanan daripada definisi kawan yang aku sendiri gariskan.

Selamat sejahtera geng.
Semoga esok lebih indah dengan ukiran cerita sendiri.
I am too bad to sad. Hmmm...

Saturday, May 7, 2016

Family Day Second Year IR [part 2]

안녕하세요!!

Rasa tak lengkap pulak kalau aku tak share gambar IRians pi PD haritu. Rasa tak cukup pulak aku nak share kegembiraan aku dengan engkorang. Mana-mana yang bakal jadi junior jabatan aku nanti, boleh ambil ni sebagai inspirasi untuk create bonding antara kalian ye. Ececeh. Gambar-gambar ni dari kamera Alvin. Enjoy yaa! Kahkah.

29 & 30 APRIL 2016 || PORT DICKSON
IRians Second Year Family Day.

Every great picture have a scene before it.
Untuk dapatkan gambar seperti ini.
Ataupun gambar seperti ini.
Bekerjasama untuk ber-bbq malam nanti
Saja nak tunjuk aku rajin ^^
Diorang pun rajin jugak walaupun Amir katanya first time masuk dapur. Kahkah!
Padahal nak buat makan-makan 13 orang, kecoh macam nak buat kenduri setaman. Tp takpe, aku suka ^^
Antara bakal bakal senior engkorang. (Untuk bakal junior jabatan)

Tasha (Presiden Jabatan) dan Baini (ahli GNC-Fakulti)
Ketua-ketua geng gosip aku.
Tu yang acah-acah ketawa beso tuu Lokman. Abang suksis yang sekali dia tembak kau dengan soalan taim presentation, habis kelas kau rasa nak pi terajang dia. Alaa, gurau je Man!
oke laa, Man ni bapak segala geng gosip. Kahkah!
Michael/ Mike. Budak kecik dalam batch.
Mak Ngah Lysa dan Pak Ngah Kamarul.
Ni laa yang nak dok London katanya. Ehem ehem...
Uri eonni, Park Do Ah. Gwiyowo !!
(kiri) : Amir yang dah sado dan lawak dia sekarang dah tak hambar lagi.
Alvin yang senget sampai rasa nak tendang dia banyak kali.
Fairuz, abang special batch kami. Budak sukan SEA ni! Jangan main-main.
Yang bertudung merah tu, Inne.
Yang selalu kena kacau dengan aku masa sem 1. Sekarang dia dah aman, sebab takde kelas yang sama. Hahaha
Ni pulak Amirul, co-chef yang bagi kitorang tak kebulur tengahari semata nak kosongkan perut untuk malam.
Welcome to the beach, bij gaiss !!

Biar gambar berbicara. Gituu...
Seperti pantai ini kami je yang ada.
Main ligan air pun syok taim ni.
Ligan air...hmmmm rindu orang lain pulak dah!
Aku memang berbakat jadi buaya (baca: boya)
Brader-brader yang acah-acah sado bersedia memulakan bbq untuk isi perut anak-anak buaya yang kelaparan lepas main air. Paling penting, gambo lu! Buat bukti.
Hmmm, kenapa aku nampak bara lagi banyak dari ayam?
Mereka je yang sudi dok luar sementelah yang lain mencekik makan di dalam.
Ni laa ketua tang mengokak makanan!
Mana tak nya, banyak makanan ni...
Punya aku sedap mengokak ayam dan steamboat tanpa peduli orang kiri kanan, aku nampak Lokman terlentok atas meja. Dia kata dia sakit kepala. Mungkin sebab mandi pantai dalam hujan atau penat drive. Aku tak bawak panadol sambil dalam hati kata; "Lain kali kena bawak panadol walaupun berjalan sekejap."

Baini beria concern pasal Lokman. Tak lama lepas tu, Lokman jatuh masa amek air kat dapur. Elok je dia tergolek kat tengah laman. Kelam kabut le semua orang. Bawak dia masuk bilik, sebelum Tasha simbah air kat muka Lokman..

Taraa!
Galak betul si Baini gelak. Dia kata tu balasan kami berdua kenakan dia masa birthday dia kat Korea. Kata dia, kami kenakan dia lagi teruk. Tapi aku rasa biasa je. Ala gurau gurau manja pagi raya! Hahaha. Terima kasih kalian untuk plan yang memang hampeh punya aku boleh tak perasan... Padahal diorang dok berbincang depan aku haritu.

Selepas Tasha puas mendebik Lokman dan Amir
Jinjaa gomawo for this memory gaiss!
Kek istimewa oren vanila yang seberat 1.5kg
(sebab kononnya I dengan Tasha tak makan coklat, padahal kami kekah je)

Seronok dapat luang masa macam ni.
Aku bersyukur kenal engkorang sepanjang aku ada kat UM. Aku mintak maaf le sebab aku acah acah malu katak masa awal awal sem. Hahaha. Terima kasih sebab sudi approve aku sebagai salah seorang IRians batch ni. Huhu. 

Muah cikedddd !
Oke.
Babai.
Nak fokus dengan kes guaman perolehan wilayah Isnin nanti. Ishhh diorang ni, bergaduh tu tak yah libatkan aku! Buat pening aku je nak hadap law.

Monday, May 2, 2016

Family Day Second Year IR

안녕하세요!

Setelah 3 sem aku menjadi warga IR tanpa cinta pengesahan yang nyata, akhirnya sem 4 baru aku sedar yang aku sebenarnya sayangkan diorang ni sama macam aku sayangkan Keluarga 6AC aku. Ternyata, aku susah nak bukak hati dan fikiran untuk terima orang baru dalam hidup. 6 bulan pertama aku bersama IRians, aku dalam dunia aku sendiri, terkontang-kanting nak faham apa yang aku belajar. 6 bulan kedua, sebab ada JM aku cuba runtuhkan tembok yang aku cipta untuk bersama mereka. Itu pun aku rasa tembok tu tak runtuh sepenuhnya, masih kekok nak berbual dengan sesetengah kosmet. 6 bulan ketiga, belum sempat aku eratkan hubungan dengan semua kosmet, aku terbang ke Korea. Beruntungnya di Korea aku semakin rapat dengan kawan-kawan IR di sana. Tapi, bila balik sini untuk sem 4, aku struggle nak try rapat dengan kosmet asal semula.

Kalau semua second year ada di Malaysia.
Maka, bila Tasha usulkan nak buat Family Day IR untuk batch second year, aku memang tak teragak-agak nak bagi confirmation yang aku nak join. Aku perlukan ni untuk pecahkan jurang yang aku ada dengan mereka. Plan punya plan, tudiaa... 29 dan 30 April 2016, Kita Kompem Ke PD! Tu nama group whatsapp kami. Bila dah balik ni, nama group dah bertukar jadi Kita Dah Balik Dari PD. Kahkah.

Kita dah sampai PD!
Banyak game yang dibuat untuk pecahkan ice antara kami. Thanks to Kamarul yang buat game gila-gila. Hahaha. Bayangkan game Betul ke Bohong boleh bertukar jadi Mahathir vs Najib. Oh, tak lawak eh? Oke. Aku memang mudah terhibur.

Aku terharu masa main banana boat. Bila semua dah tercampak dalam air, ingat senang ke nak bawak badan gajah ni naik balik atas boat tu? Susah weh, dah lah dalam air, badan aku pulak memang besar dengan air. Taim ni laa, teamwork antara kami muncul. Saling menyokong, saling mengalakkan satu sama lain. Sumpah! Aku nangis sikit dalam air. Sebab telinga aku tersangkut pemegang boat tu. Badan aku yang berat ni boleh diorang tarik untuk naik boat tu. Hmmmm, sayang aku dah mula melimpah untuk diorang.

Ni pun berapa kali Man sebut ajak naik banana boat. Siap umpan dengan esaimen.
Second thing, benda paling aku tacing gila bila diorang buat birthday prank untuk aku dengan Tasha. We both are April Babies. Aku tak sangka diorang sanggup bersusah payah plan sampai ke malam kejadian. Siap gigih cari special cake sebab kengkononnya kami berdua tak suka coklat. Siap lagi best bila Amir request kek 1.5kg, takut tak cukup. Weh, sumpah kali ni aku nagis betul-betul sebab aku sayangkan diorang! 

Ni masa kami celebrate birthday Afiq dan Lysa
Mungkin selama ni, aku acah-acah introvert sampai aku lupa yang aku ada kawan kawan sekelas yang baik, hebat, bertanggungjawab. Aku lupa yang aku ada sistem sokongan yang padu di kelas, yang macam keluarga. Bergaduh tu biasa, tapi mesti baik semula. Aku lupa yang dunia aku sekarang bersama mereka.

Ingat diorang ni biasa-biasa ke? Kemon aa...
Tinggal 3 sem lagi sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Dah tak lama daa tu... tapi, bila belajar, fuhhh bila lahaiii nak habis. Aku harap kita dapat siapkan tesis sama-sama, dapat grad sama-sama, dapat tunjukkan anak masing-masing. Mana nak duduk London tu, jangan harap dapat duduk sana dengan aman. Hahaha.

Aku sayang korang!
Dari kiri : Kam, Shaa, Bai, Do Ah, Inne, Fairus, Amir, Lysa
Lelaki 5 orang 4 orang belakang tu Amir, Mike, Mirul dan Alvin (serta guwa yang seperti seketul hama terselit di situ)
.
cc: Man si photographer gambar ni. Tapi sekarang dia upgrade diri sendiri jadi pengurus Fairus.
Tak kenal Man? Kejap! 
Yang tepi sekali yang posing acah acah dia tengah shoot foto dia sorang, tulaa Man.
Padahal orang lain sedar yang ni shoot foto berkumpulan.
Hi Man! #AkuDahMentionKau

Terima kasih sebab sudi wujud dalam cerita hidup aku dua tahun kebelakangan ni. Sejauh mana aku sayang korang? Hmmm, belum cukup jauh sebab masih cuba meluaskan limpahan sayang tu. Ecewah! Muntah.
 
Oke.
Babai.
Budak second year yang baca ni, jangan nganjing aku eh. Aku terajang satgi.