Wednesday, January 27, 2016

Annyeong, Korea!

안녕하세요!
Burger Rice Hashbrown yang dirindui.
Alhamdulillah, aku akhirnya berjaya mengharungi 150 hari di Korea dengan selamat dan bermacam pengalaman yang menguji tahap survival aku sepanjang aku di sini. Pengalaman yang pelbagai ini membantu aku memberikan idea untuk mencipta dunia imaginasi aku yang lebih realistik. Gituu... Hahaha. 

Untuk 150 hari yang telah berlalu, aku dedikasikan ucapan terima kasih kepada setiap manusia yang terlibat dalam memberikan rasa dalam tempoh itu. Ibu ayah, The SM dan Dek Mok serta Epall memang memainkan peranan yang besar dalam menyumbang semangat aku di sini. Tapi sayang, Dek Mok dan Epall lebih disayangi oleh penciptanya. Aku terpaksa menunggu entah bila waktunya untuk jumpa adik-adik berbulu ini.

Waktu malam yang dingin di Korea bakal dirindui juga.
Teammates yang sentiasa terpaksa mengadap kerenah aku yang bukan bukan sepanjang 150 hari lengkap ini. Terima kasih banyak banyak gaiss. Baini, yang melayan perangai aku yang tak pernahnya matang dan berubah. Titie, yang sentiasa ada melayan idea gila aku lebih lebih lagi tang berjalan ke hulu ke hilir menghabiskan duit. John, yang selalunya cari gaduh dengan aku tapi tanpa John, banyak urusan aku di KMU tergendala. Aku akan sentiasa ingat saat saat kita menjadi alien di bumi asing ini. Sungguh, banyak kenangan antara kita yang perlu dicoretkan.

-14 in the season yoww!
Haa, sebut pasal kenangan ... Ni memang kenangan lah untuk aku daripada Korea. Kira kenangan last sekali lah ni. Wohooo, imigresen di Incheon buat gila sama guwa! Adoiii. Nak tahu tak, beberapa kali aku sangkut masa buat baggage drop dengan check in diri sebab kakitangan di ICN sangatlah details dan teliti dengan tugas masing-masing. Bila buat baggage drop, Alhamdulillah setel masalah pasal overweighed. Tapi, bagasi utama aku sangkut bila di-scanned. Rupanya, dia detect aku bawak spray dalam beg padahal spray tu aku dah balut cantik dalam gulungan baju. Aku simpan spray untuk tudung dan kasut. Aku pun tak tahu sebenarnya tak boleh bawak spray tu, satgi bila dah drop bagasi baru perasan dan terpaksa memunggah barang kembali. Berhuhu kejap lah aku sebab isi spray tu banyak lagi! Akhirnya, rela dalam terpaksa melihat ending of the spray yang masuk ke dalam tong sampah. Hahaha.
ICN yang sibuk walaupun baru pukul 7 pagi.
D7 507 yang bakal menemukan aku dengan cinta hati.
Kemudian, masa check in diri dan hand carry. Yang ni tragis. Aku bawak hand carry yang serupa beg shopping dari Siam tu dengan isi kandungan yang memang padu dan aku sendiri struggle gila nak masukkan barang-barang dalam beg tu. Satgi, taim check, boleh pulak barang guwa dalam beg tu dipunggah dan menemukan losyen botol besar yang dah tinggal sikit isinya. Tu aku tak kisah. Yang aku kisahnya barang aku dalam beg tu dah tak kemas dan tak muat lepas check tu. Hok alohh, guana ni? Selepas check tu semua, aku struggle lagi bawak menatang tu ke hulu ke hilir sebab kondisi barang yang dah tak betul. Haa, sebelum lupa tu aku punya kotak pensil yang berlambak-lambak dengan pen pun di-check sama. Dia pun terkejut agaknya tengok pen aku macam nak buat sedekah satu batch IR. Tapi, Alhamdulillah takde apa-apa. Semua berjalan lancar sampai naik flight.

Kapten kapal yang boleh diusha depan mata. Kahkah.
Seat 29G - seat di mana pilot kapal tidak menjaga aku dengan baik kononnya.

Last selcam selepas bangun tido dan mekap. Kohkoh.
Nak dijadikan cerita flight delay due to the bad weather. Ada storm kecik melanda. Risau jugak ni, takut ibu ayah risau. Dan memang pun, mereka risau lebih lebih lagi ayah. Tak senang duduk kata ibu. Flight landing lewat 30 minit dan pendaratan pulak tak berapa clear dengan gegaran yang membuatkan semua penumpang terkejut kejap. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah semua oke sahaja. 
 
Sampai sampai sahaja di klia2, ibu ayah dan The SM telah menunggu di balai berlepas. Aku disajikan dengan ayam goreng KFC, nasi goreng cili padi dan mee rebus. Fulamakk, memang syahdu lah makan makanan Malaysia! Hahaha. 
 
Menaip dalam flight D7 507, AirAsia X (ICN-KUL), 25 Januari 2016. 
Edit sedikit dan post dari rumah menggunakan internet burung hantu, Magic Sim. Kahkah. 
 
Oke.
Babai.

Thursday, January 21, 2016

Mini University Tour 2016

안녕하세요!!

Fuhh, cuaca sejuk yang amat sedang melanda minggu akhir guwa di Korea. Hari Selasa haritu, suhu -15 sampai aku rasa demam kura-kura tak larat bangun. Sampai terpaksa aku batalkan plan nak menyemak dalam plan orang lain akibat seharian meredah kesejukan -5 beserta angin kencang pada hari Isnin di Myeongdong. Tapi nampaknya dah rezeki aku nak menyemak dalam plan orang lain, aku dapat juga lakukannya pada hari ini. Yeay!

Walaupun suhu masih tahap -15 harini, ia nampak elok sikit berbanding kelmarin sebab dah bersiap sedia awal dengan baju tebal beberapa lapis, dengan sarung tangan, dengan kasut semua lengkap. Siap bawak lip balm ke mana mana.
 
Kan aku pernah mintak Afiq plan untuk ke mana je pun dan kami akan ikut. Entah macam mana, tak pernahnya lahaii termakbul. Tapi, di hari terakhir Afiq di Korea ni, dia plan nak buat University Tour. Apalagi, aku ikut lah. Jadi inilah hasil tour kami berpandukan lead dari Afiq sepenuhnya. Oh ye! Patutnya University Tour, tapi memandangkan kerana ketidakdayaan kami nak melawan kesejukan yang menggigit, kami hanya sempat melawat 3 universiti sahaja. Maka, jadilah ia Mini University Tour 2016. Mungkin akan datang ada University Tour lain yang lebih besar, siapa tahu kan?

Kyung Hee University (경희대학교)

Kyung Hee University was established in 1949 in Hoegi-dong, Dongdaemun-gu, Seoul. With well-groomed gardens and Gothic-style buildings, its campus is one of the most beautiful university campuses in Seoul. It is also a popular tourist site as well as a favorite picnic destination for elementary and middle school students. Moreover, a wide variety of events are regularly held on campus at the famous Hall of Peace.

Bangunan utama dia. Aku rasa bangunan ni berperanan seperti DTC. Aku rasa lah ...
Peh, rasa macam ada dalam dunia magis.
Hogwart katanya.
Bukti guwa di Hogwart kata ko!
Alumni universiti ni kencang beb! Ramai artis, ramai ahli sukan dan beberapa orang ahli politik. Artis yang merupakan alumni univ. ni bukan calang-calang. Nama besar - GDragon, Daesung, Han Ga In, Changmin, Lee Hyori, Lizzy, Rain, Shin Bora, Yoon Eun-hye dan ramai lagi. Tak hairanlah bila 30th Golden Disk Award dijalankan di univ ni. Sampai kami tak boleh nak masuk dalam kawasan Grand Peace Palace dia yang serupa Hogwart tu. Taim ni, memang banyak kereta artis lalu-lalang tapi, bukannya kami tahu pun ada apa. Nampaklah banner di sekeliling tu. Rupanya, haa amek kau! Kim Jong Kook antara pengacara majlis anugerah ni.

Memang rasa magis di mana mana. Sebab sering terpukau dengan kecantikan sekeliling dia.
Belanja selcam guna fish eye Afiq

Korea University (고려대학교)

Cantiknya tempat ni memang tak tipu!
It was established in 1905, making it one of the nation's oldest institutions of higher education. The student body consists of over 20,000 undergraduate students and over 10,000 graduate students. The university’s academic breadth is extensive with its 81 departments in 19 colleges and divisions, and 18 graduate schools and it has over 1,500 full-time faculty members with over 95% of them holding Ph.D. or equivalent qualification in their field. The Korea University Alumni Association consists of more than 280,000 university graduates. For 2015-16, the university was ranked 104th in the world and 20th in Asia by QS World University Rankings.

Alumni univ ni yang paling gempak adalah Lee Myung Bak, Presiden Republic Of Korea yang ke-17. Kim Yuna pun alumni universiti ni.

Berapa banyak Hogwart kat sini pun tak tahu laa.
Bukti lagi!
Macam berhantu.
Main building rasanya ni...
Lebih cantik tengok depan mata
Selcam lagi guna fish eye dan monopod Afiq serta fon John.
Berbakat betul model model ni untuk mempromosikan universiti

Yonsei University (연세대학교)
Yonsei University is a private research university in Seoul, South Korea. It is one of Korea's three "SKY" universities, considered the most prestigious in the country, with the other members being Seoul National University and Korea University.

Motto dia yang diuar-uarkan setiap masa
Luhan dengan JYP je lah alumni univ ni yang aku kenal. Lain lain semua, tak kenal pun.

Memang konsep universiti kat Korea ni untuk menarik pelancong agaknya
Damai sungguh
Dah lah sejuk, tambah cantik tempat ni
Cantik lah cantik!
Winter pun cantik, musim lain macam mana lah kan?
Bagi aku, plan kali ni seronok. Sebab dapat tengok universiti orang. Ingatkan KMU dah cukup besar, sekali Sejong Universiti lagi besar. Ingat Sejong dah besar dah, rupanya ada lagi yang lebih besar. Memang tak terlawan laa dengan reka bentuk dia semua tu. Dah lah universiti dia terbuka untuk dikunjungi sesiapa pun, siap ada landmark masing-masing. UM ada apa? Bolehlah berbangga ada DTC. Hahaha.

Memandangkan Afiq dah nak balik Malaysia esok, aku berterima kasih lah pada dia sebab sudi plan benda ni. Luangkan masa bersama kami dan paling penting, tak sesat! Hahaha. Oke, pecahkan rekod aku! Fine! Terima kasih jugak pada Titie dan John yang sama-sama gigih lawan sejuk beku tahap nak mati untuk join sekali.

Jumpa lagi gais sem depan di Malaysia. Di UM secara spesifiknya. Dalam cuaca panas yang menjadi trademark Malaysia. Dah takde feeling -15 lagi dah.

Oke.
Babai.

Muka penat dah semua tu.

Thursday, January 14, 2016

Cerita 13 Januari

안녕하세요!!
 
Haa, tajuk dah macam Tragedi Oktober. Cerita dia macam ni. Aku ni dah lama dah nak pergi main ice skating semenjak balik dari City Hall haritu. Tapi, tetap tak kesampaian. Takde sape nak teman aku pergi. Ye lah, kalau main ice skating ni seronok pergi ramai ramai. Sebab, kalau kau jatuh tengah laman tu takde lah kau malu sangat. Kau tahu kan kawan kawan kau pun tak pernah main ice skating sepanjang hidup dorang, sama macam kau. Jadi, probabiliti nak jatuh berjemaah tu tinggi dan secara rawaknya, malu kalau jatuh tu tak tinggi sangat! Hahaha.
 
Maka, puas aku pujuk geng KMU untuk main ice skating dengan aku. Nampaknya, hanya Titie dan John yang berjaya aku pengaruhi untuk teman aku. Takpe, dah okeh laa tu dorang nak ikut main. Bergigihan lah kami ke Ice Skating Rink, Seoul Plaza di City Hall. Woo, aku pergi main ice skating ni.
 
Hari Rabu pun ramai.
Hoi laa nyah, nak nampak yang aku tak pandai main ice skating ni, hamek kau masuk masuk dalam rink tu aku jatuh terlentang depan pintu! Hahaha. Aduhaii. Nasib baik aku pakai baju berlapis sampai 4 lapis. Tak rasa pun jatuh. Masa kat luar rink rileks je aku berjalan katak, siap lompat bagai. Masuk dalam rink, haree jadinya. Jatuh 4-5 kali jugak laa aku dalam rink tu. Aku jeles dengan Johnnie, dia main ice skating tu macam main lamprit. Rileks je dah beberapa round. Tak jatuh pulak tu. Aku? Pftttt....

Buktilah aku main ice skating ni
Jangka masa setiap sesi main ice skating ni satu jam. Sewa kasut skating ni 1 000 won, dalam RM 4 ikut currency semasa. Ahh, asal fikir pasal currency je aku rasa nak maki. Hmmm... Setengah jam aku nak habiskan satu pusingan rink tu sambil menapak di tepi tepi pemegang. Pengalaman sungguh. Walaupun jatuh, walaupun kena gelak dengan budak kecik kat situ. Apa ada hal. Yang penting aku dah main, kat Malaysia takdenya aku nak main woo. Tak sempat.

Padahal kaki menggigil nak jatuh, selcam tetap perlu!
Rupanya setiap kali habis sesi, rink ini akan dicuci.
Sambil kami gigih main ni, turunlah salji rintik-rintik. Ya Allah, terharunya aku hanya DIA yang tahu. Selama ni aku punyalah berdoa agar turun salji dekat Seoul macam di KMU dulu. Aku nak main salji. Aku nak buat olaf. Aku nak buat abc. Hahaha. Bila salji turun, makin lama makin lebat...sungguh, rasa nak menangis aku sambil melompat. Best kot! Salji ketiga dalam hidup aku.

Cuaca pun macam nak hujan. Rupanya nak salji.
Memandangkan aku tak nak pisang berbuah dua kali, turun je salji kali ni, aku selcam puas puas. Aku amek video puas puas. Aku sentuh puas puas. Aku makan puas puas. Puas hati aku! Hahaha. Nak buat aku puas hati lagi, aku send video salji kat orang-orang yang dengki dengan aku - diorang doa supaya salji tak turun selagi aku ada kat Korea. Tak guna! Hahaha. Tapi, alhamdulillah diberi peluang untuk merasa lagi salji sebelum balik.

Nampak kan betapa jakunnya manusia ini ?
Salji kali ni lebat, tapi masih tak dapat lawan salji di KMU. Apa apa pun, dia masih salji yang aku tunggu selama ni.

Great memory
Walaupun aku dah main ice skating, dah fefeling main salji puas-puas, aku tak lupa.
 
Oke.
Babai.
Aku dah sakit badan dah ni.

Monday, January 11, 2016

Pengajian Antarabangsa dan Strategik (Terobek Masa Interbiu)

안녕하세요!!

Musim peperiksaan di home university aku sudah sampai ke penghujungnya. Aku harapkan semua kosmet aku yang masih tinggal dapat survive ekjem mereka dengan baik. Aku alhamdulillah, disebabkan join exchange programme ni, sudah habis ekjem seawal 18hb Disember haritu, malah keputusan pun dah keluar seminggu selepas tu. Keputusan ekjem aku pun alhamdulillah setimpal dengan apa yang aku usahakan. Malu ahh nak sebut sebab nampak no tak cerdiknya aku. Hoho.

Aku takde kerja nak buat sejak menganggur, maka harini tergerak pulak nak terobek kos aku ni, Pengajian Antarabangsa dan Strategik (JPAS) atau bahasa budak FSSS panggil, IR. Yes, IR. Macam engineer gitu kan. IR boleh diklasifikasikan sebagai kos yang taf dalam Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Taf sebab subjek-subjek dalam kos tu dan juga taf sebab kau tak kan rasa kasih sayang pensyarah-pensyarah JPAS bila mereka menanda kertas jawapan peperiksaan kau melainkan kau memang menjawab soalan dan memenuhi kriteria jawapan yang diperlukan. Fuhh, aku yang tulis pun aku dah rasa taf! Sebab tu, bila mu sebut mu budak IR, budak jabatan lain akan "wooo" sambil menganjing kau. Aku terkecuali. Sebab, muka aku memang nampak sangat bukan budak IR tu. Aku menumpang kasih je dekat jabatan aku.

Laman web rasmi IR
Kenapa aku boleh mohon IR?
Padu bhaii soalan ni. Aku sejujurnya tak tahu kenapa aku dengan yakinnya meletakkan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya ni di pilihan pertama. Malah aku dengan yakinnya juga, pergi temuduga pada 25 April 2014 di Johor Bahru untuk kos ini. Sedangkan aku masa tu sejujurnya tak tahu pun IR ni pasal apa. Eh silap, aku sebenarnya tak tahu pun yang nama lain bagi pengajian antarabangsa adalah IR! Aku tahu nama IR ni pun beberapa minggu selepas MHS. I just know the basic - kos ni melibatkan hubungan antarabangsa antara negara. Aku punya yakin (baca: bengap) tu sampai aku tak terfikir nak cari subjek-subjek yang bakal aku belajar kalau aku dapat kos IR. 

Untuk persediaan interbiu, aku hanya baca buku PA dan berita-berita semasa sama ada dalam atau luar negara tanpa asas-asas lain yang boleh dijadikan bukti aku bakal pelajar IR. Taim tu, memang tengah hot dengan MH370. Memang aku follow dari awal sampai habis cerita tu. Rupanya, bila aku tanya kosmet aku sekarang ni apa yang diorang tahu pasal IR sebelum dapat tawaran, fulamakk memang diorang prepare untuk masuk IR. Memang diorang dah tahu nak buat apa dan macam mana kalau namanya IR ni. Malunya aku nyahh oii...

Masa interbiu aku buat apa?
Kalau aku cerita masa interbiu aku macam mana, mesti ada yang tak percaya. Aku dengan muka yakin kononnya, (padahal dalam hati risau jugak cuma masa tu langsung tak terfikir apa-apa pasal IR jadi tak rasa sangat) masuk bilik interbiu tu bertiga. Entah kenapa, sampai je turn aku nak interbiu, penemuduga tu suruh masuk berkumpulan. Mereka yang saing-saing aku tu budak sejarah dengan budak geografi. Hok aloh, diorang punya nak conquer interbiu tu, sampai aku pun terkujat-kujat tengok diorang bercakap. Tak bagi can langsung kat aku yang comel dan naif masa tu! Tapi, aku masih bagi tumpuan dan senyum bila mereka bercakap.

Bila dua orang penemuduga (Ketua Jabatan Ansos UM dan Dekan Akademi Pengajian Melayu, UM) mula bertanya kenapa aku pilih IR, aku jawab aku nak jadi PTD sambil menambah kalau ada rezeki, aku nak jadi Diplomat. Sebab, buat masa sekarang, jujur aku cakap aku hanya nampak kos ini sebagai platform untuk aku capai benda tu. Mungkin bila aku belajar nanti, peluang ke arah lain akan nampak lebih jelas. Sungguh, aku jawab macam tu!

Lepas tu, Dekan APM tanya aku soalan dalam bahasa inggeris. Aku jawab semampunya aku berspeaking berbekalkan MUET Band 3 aku. Habis je jawab, aku cepat-cepat mintak maaf dekat dekan tu sebab speaking aku teruk. Dekan tu gelak. Ketua Jabatan Ansos pulak kata yang aku bagus je masa jawab soalan tadi. Mungkin nak jaga hati aku. Ececeh. Cuma dia kata, yang aku perlu yakin masa nak speaking seperti mana aku yakin masa bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Lagi nak buat cerita ni nampak tipu, penemuduga aku takde tanya apa-apa pun tentang IR. Takde sentuh apa-apa pun yang berkaitan dengan IR. Takde tanya pasal subjek yang bakal aku pelajari, takde sentuh pun pasal MH370. Tapi, budak geografi dan sejarah tu ditanya banyak soalan oleh Ketua Jabatan Ansos. See, nasib kan untuk aku? Tempias doa ibu ayah dan cikgu-cikgu aku banyak tolong aku masa permulaan untuk aku melangkah.

Pukul 7.30 pagi, aku dan ayah sampai tempat temuduga tu. Pukul 11 pagi, ayah aku dah tidur kat rumah. Masa interbiu tu, memang boleh aku katakan aku bernasib baik. Sangat bernasib baik. Malah, aku dengan yakinnya cakap dengan ibu ayah, jangan risau. Aku memang akan ke UM. (Sebab, aku tak mohon USM. Aku tak lepas ujian MEdSI. Aku tak dapat interbiu dari UKM dan UPM pun, apatah lagi UPSI) Aku siap beraya sakan lagi.

IRians batch 14/15
Menyesal tak ambil IR?
Hahaha. Soalan apakah ini? Siapa kita nak menyesal dengan apa yang Tuhan bagi sedangkan itulah yang kau usahakan walaupun tidak sepenuhnya faham? Aku bersyukur sebab dapat kos IR sebab paling koman, dapat bukak mata aku bahawa nak berjaya bukan mudah. Bukan pakai nasib macam zaman Form 6 dulu. Sungguh, untuk orang yang kurang rajin macam aku ni, nak cecah senarai dekan bukan mudah. Ditambah dengan pensyarah-pensyarah yang strict, kosmet-s yang memang mem-pulun habis. Memang rasa tekanan tu tinggi. Tapi aku percaya pada satu benda. Selagi aku dah usaha sehabis baik, apa-apa keputusan yang aku dapat adalah keputusan terbaik. Sebab tu aku tak kisah untuk ucap double tahniah untuk kawan-kawan yang hebat keputusannya daripada aku.

Sepanjang aku bergelar pelajar IR ni lah, aku belajar lebih banyak benda terutamanya untuk survive dan untuk bertoleransi. Kata IR berhadapan dengan manusia, maka toleransi itu penting. Sebab aku ada dalam IR ni lah aku dapat ke Korea.

IRians yang sentiasa happening!
Haa, aku tahu akan ada yang google cari persediaan untuk interbiu UM. Apa yang aku boleh katakan mengikut cerita-cerita kosmet-s aku, paling paling pun, kena tahu asas subjek yang ada dalam IR, nama ketua jabatan IR dan berita-berita semasa. Untuk tahu lebih lanjut pasal IR, adalah lebih baik engkorang tengok laman web rasmi IR yang baru diperbaharui ni. Tang subjek dalam IR pulak, boleh tengok Proforma IR ni. 

Paling aku nak kata, jangan ikut macam aku buat! Hahaha.

Oke.
Babai.


Update: Sudi-sudikanlah follow Road to PTD kina kat sini. Semoga dengan berkat doa kalian, aku dapat grad dengan jayanya.

Sunday, January 10, 2016

Azam 2016 Katanya

안녕하세요!!

Memandangkan aku kebosanan tak tahu nak buat apa tersadai di negara orang sehingga boleh mengundang jeles di hati orang lain kerajinan aku melimpah ruah dan idea mencurah curah untuk menulis, aku terasa nak menulis pasal azam aku untuk tahun ni. Azam...apa yang aku faham tentang azam ni, kira matlamat aku lah kan. Sama ada jangka panjang atau jangka pendek. Aku punya sukalah nak definisikan macam mana azam tu.

Azam jangka panjang pertama yang perlu aku capai dalam tempoh masa hingga 31 Disember 2016 adalah KURUS dengan berat 5+kg! Hahaha. Azam penting tu. Kau ingat senang ke nak hadap manusia yang kata;  "Eh! Dalam gambar aku tengok kau ni macam dah kurus sikit." Sedangkan dia sebenarnya nak cakap; "Hok aloh, ni tong gas bergerak ke apa?" Tercabar naluri kejantanan mak oiii mendengarnya. Maka, untuk kurus itu, aku menyediakan beberapa langkah. Tapi, macam takde je langkah tu. Haa kalau macam tu..takpe, kita KIV dulu langkah untuk kuruskan badan ni. Kohkoh. 

Azam jangka panjang kedua aku untuk tahun ni sampai aku mati adalah untuk membahagiakan ibu ayah aku. Aku belum kerja dan masih lagi mengais duit ptptn, aku belum mampu nak sediakan kemahuan duniawi mereka. Yang aku mampu adalah berbuat baik kepada mereka secara lebih telus, mendoakan mereka dan jadi lebih baik untuk mereka berbanding tahun tahun sebelumnya. Ya, baik tu subjektif. Jadi, aku akan cuba penuhi setiap perkara baik yang boleh memenuhi bahagian-bahagian subjektif tu. InsyaAllah.

Azam jangka panjang ketiga aku sampai 31 Disember 2016 jugak adalah nak kumpul duit untuk cucuk bintang tahun depan nya. Yeay! Tahun depan, kalau ikut perancangan dan dimudahkan rancangan itu, aku akan siap buat mini tesis atau latihan ilmiah untuk pastikan aku layak grad sebelum buat intern. Maka, selepas siap je mini tesis aku tu, aku nak pi bercuti. Tak kira. Kalau takde orang nak teman, aku nak pergi sorang. Tapi, rasanya macam tahu je aku nak angkut siapa. Hahaha. Aku terpedaya nak pergi Lombok. Cantik woii pantai dan pulau dia. Pedulikan kisah anak dara kena bawak lari kat situ. Yang nyata, ciptaan Tuhan kat situ memang cantik!

Pulau di Lombok - tenang je nampak.

Lepas tu, aku nak pergi jugak tempat cliche yang aku memang dah plan lama. Tapi asyik failed je rancangan tu. Krabi. Aku nak pergi Krabi. Cliche pun cliche laa. Aku tetap nak ke sini. Roze, jom?

Krabi yang memang cantik!
Semua ni akan berlaku lepas aku siap mini tesis. Maka, aku perlu kumpul duit. Doakan aku supaya tak terpedaya dengan barang-barang mangga (baca: epal). Kalau tak, plan ni akan ke laut lagi! Hahaha.

Azam jangka pendek aku senang je. Aku nak skor sem depan. Dah tiga sem aku ke laut woii. Rasa macam tak guna jugak masuk universiti yang hebat (orang kata lah, sedangkan aku rasa ... pfft!), kalau sekadar cukup makan. Walaupun kos aku boleh dikatakan taf, orang bukan tahu pun. Tak kan nak pi interbiu kerja nanti, aku nak kena cakap; "Tuan, kos saya ni paling susah dalam fakulti. Pensyarah saya strict sangat. Dia kata A untuk Tuhan, B untuk pensyarah, C untuk pelajar. Lepas tu, pensyarah saya kata ... bla bla bla... Sebab tu saya tak boleh skor dengan baik." Tak kan lah kan? Paling paling pun aku nak jugak lah transkrip aku nampak kacak. Hahaha. Kacak untuk aku pun dah cukup.

Siapalah si idiot yang malang tu.
Untuk bab ni, hahaha aku bersyukur yang makcik pakcik aku masih rasakan aku ni budak kecik lagi. Takdenya diorang bertanya soalan soalan merepek. Ibu ayah aku lagilah tahu anak dia yang sorang ni perangai macam apa. Memang jauh panggang dari api lah nak menyebut pasal ni. Bagusnya lahaiii...aman hidup aku. Lagipun, untuk plan hidup jangka panjang aku, memang aku seorang je mastermind untuk plan tu. Takde berdua ke bersepuluh ke, takde! Aku pun tak mahu fikir pasal ni sebab complicated laa. Hahaha. Bila tengok ada kawan kawan sekolah yang dah kahwin, dah tunang, nasib baik aku takde feeling nak buat benda sama tau. Mungkin kalau kawan sekelas ada yang kahwin dah, mungkin aku akan rasa dah tua kot. Hmmm

Tengok. Cerita pasal azam je. Tapi melalut entah ke mana. Kan nampak sangat tak matangnya tu. Keseluruhannya, aku berazam untuk menjadi lebih baik dari dulu dalam segala segi. Amin!

Oke.
Babai.
Aku nak senaraikan langkah untuk kurus.

Saturday, January 9, 2016

NAMSANGOL HANOK VILLAGE

안녕하세요!!

Haa, tak cukup dengan Bukchon, Namsangol Hanok Village sekali aku pergi. Sebenarnya lama dah aku pergi tempat ni. Tapi, disebabkan malas tu besar, takdenya aku nak menaip. Ni bila dah ada rajin, boleh lah aku cerita sikit. Aku pergi Namsangol Hanok Village ni masa Tashaa dengan kawan kawan dia yang automatik jadi kawan aku, datang ke Seoul untuk program pembangunan belia anjuran kerajaan Korea. Best woo univ si Tashaa ni, semua program ada. KMU? Hmmm... Hahaha.


Bersama pemandu pelancong yang hampeh. Hahaha.
Maka, alang-alang sampai Seoul ni, diorang nak jugak jalan kan. Aku berbesar hati untuk jadi mereka punya tourist guide. Tapi, memandangkan aku tak bertauliah, plan banyak yang hampehh. Kedai tutup. Sampai Namsangol Hanok Village ni boleh pulak taim waktu rehat. Aigooo. Memang tak dan laa mereka nak pakai hanbok semua tu.

Tu dia map kawasan ni. Besar woo!
Kalau nak suruh aku bandingkan Bukchon dengan Namsangol eh, aku pilih dua-dua. Sebab, dua-dua ada keistimewaan sendiri. Kalau ada masa, baik pergi dua-dua. Bukchon lebih kepada perkampungan yang masih hidup dengan penduduk yang masih menetap dalam hanok tu. Memang real lah rasa macam berada pada zaman dahulu kala dengan persekitaran dan reka bentuk hanok tu sendiri. Bezanya, aktiviti ekonomi di situ dah moden. Takde bela kambing ke lembu kat situ. Penduduk pun dah bawak kereta mewah.

Di Namsangol, masih ada lagi hanok dalam kawasan tu. Cuma, ia lebih kepada replika hanok pembesar-pembesar yang berjasa pada zaman dahulu. Nak feeling zaman lampau pun tak boleh lah, sebab takde orang yang duduk dalam tu. Sekadar pameran. Lebih kurang macam kawasan elit zaman sekarang ni lah. Hanok pun lebih besar, nampak lebih mewah. Ada taman yang sangat cantik, berhadapan dengan Namsan Tower. 

Namsangol Hanok Village yang ditemani Namsan Tower
Memandangkan kami datang sini pada waktu rehat, kira macam Tourist Centre dia pun tutup. Sedangkan kat centre tu laa banyak aktiviti ada. Nak pakai hanbok, nak buat sapu tangan, kipas atau nak buat kaligrafi Hangul pun kat situ ada. Dah tutup kan, kita jalan kat taman dia je lah. Ada jugak zon permainan rakyat kat situ yang boleh kita cuba. Alaa, percuma je. Cubalah sebanyak mana pun. Tapi, aku fedap, permainan dia susah. Hahaha.


Haa, taman dia yang cantik di musim luruh.
Luas sungguh kawasan dia.
Mencuba alatan tradisional kat situ
Macam dapur buat kukus pau kat Nami tu. Huu, laparnya! *tetiba
Menyelusuri antara rumah pembesar.
Warna yang pelbagai di taman
Warna musim luruh yang bakal dirindui.
Apa-apa pun, Namsangol Hanok Village ni berbaloi lah untuk dilawati. Memandangkan masuk pun percuma, tak rugi pun pergi. Aku jeles jugaklah bila orang datang sini, jumpa kapsul apa entah kat situ. Aku? Nama pun tak bertauliah, hujan pulak tu...memang tak jumpa lah. Hmmm.

Oke.
Babai.