Monday, November 24, 2014

TAHNIAH UNTUK AKU (part 2)

HAHA. Lama gilakan nak tungu sambungan dia tu.
Sorry ,banyak beno halangan dia tu.

Oke. Kita benti kat mana? OH! Kat JB. HAHA. Lame wei... 
Bila aku kerja , aku sampai rasa aku takde life. Benda yang sama aku buat sampai aku dah ta larat na pergi meronda paso ke mall ke. Sampai aku jumpa pesen baru , takde keja baik membongkang. Maka, setelah kengkonon banyak duit, aku resign laa. Bitau bos aku ada hal lain, padahal takdak pun melainkan tolong ibu amek adik-adik sekolah. Sifat terpuji tu..

Jadi, lepas resign barulah aku rasa tenang. sebab tak yah pergi kerja. HAHA. Heaven gila dok rumah, makan tido makan tido. Nasib badan aku tak naik melampau tapi dia tetap naik lah. HEHE. Korang nak tahu tak, dalam pada aku kerja dulu, aku pernah mintak cuti sehari semata-mata sebab aku yakin aku akan dapat anugerah pelajar cemerlang masa PIBG. HAHAHA. Ibu aku sendiri tak terkata apa tengok aku buat perangai cenggitu, siap aku pesan kat ibu supaya datang masa PIBG nanti. Nampak kan betapa overconfident aku? Dibuatnya satu anugerah apa pun aku tak dapat, aku dok je laa kat rumah diam diam.

Alhamdulillah, hasil doa ibu ayah, nenek, pakcik makcik, adik-adik, guru-guru, kawan-kawan dan kucing-kucing, aku berjaya jugak merembat dua anugerah utama dalam majlis PIBG tu. Bersyukur sangat sebab aku sedar kalau tanpa dorang semua ni, silalah percaya yang aku akan jatuh ke longkang yang sama 60 kali. Usaha aku ciput, tapi penganugerahan tu cukup besar untuk aku. Jadi, aku dedicated kan anugerah tu untuk mereka yang menjadi tulang belakang aku selama ni.

Dengan keputusan akhir STPM tu, aku dapat merasai pengalaman memilih kos yang aku suka dan minat kononnya, yang aku tak dapat buat masa SPM dulu. Maka, akibat semangat nak pergi ke Pulau Nami, Korea Selatan yang begitu berkobar-kobar, aku meletakkan kos Pengajian Antarabangsa dan Strategik, UM sebagai pilihan utama. Sebab kos ini menawarkan program yang kitorang gelar outbound atau ala-ala belajar di luar negara dengan mudah dan banyak. So, target aku nak pergi Korea akan tercapai! KEKEKE

Lepas tu kena pergi interbiu dia, bukan aku sorang je dapat, kira ada empat orang kawan aku yang kalau rezeki tu ada, akan jadi kawan-kawan sejabatan dan sefakulti dengan aku. Malangnya rezeki tu takde, kami berpecah ikut takdir yang menentukan. Sebelum keputusan interbiu keluar, aku beraya sakan. Makcik aku dah bercerita itu ini kalau aku dapat UM. Aku senyum je sebab aku yakin aku memang akan ke UM kalau ikut prestasi aku masa interbiu dulu.

Bila keputusan UPU keluar, adik aku yang menangis. Teruja agaknya nak tengok kakak dia pergi jauh. Teruja agaknya tengok kakak dia yang perangai macam apa ni dapat UM. Alhamdulillah, aku dapat apa yang aku mohon. So, 1 September 2014 adalah hari pertama aku menjejak kaki di bumi UM di Kolej Kediaman Kinabalu. Dan selepas itu, bermulalah kisah epik dalam hidup aku sebagai anak perantau. HAHA.

Jadi, ucapan tahniah ini aku ucapkan kepada aku sebab aku telah mengembirakan ibu ayah aku. HAHA. Perasan. Oke.

Dah.
Selamat Tinggal.