Tuesday, July 28, 2015

PERJALANAN MEREALISASIKAN WISHLIST

안녕하세요!!

Selamat Hari Raya yuolls! Lama dah iolls tak update entry kan? Iolls bizi buat kuih raya *muntah* HAHAHA. Tak. Kat rumah wifi limited, tak macam kat kolej. Kau nak buat maraton Running Man dari pukul 8 pagi ke 8 malam pun tak kisah. Kalau kat rumah, nak kena balun dengan bapak aku? Tu yang tak dapat melempiaskan perasaan ni.

Sekarang aku ada kat 12th, buat menyemak sikit sikit. HAHAHA. Boleh lah nak qada Running Man dan Gag Concert sekejap lagi. Pasal apa aku kat kolej awal awal? Ni aku nak habaq mai. Aku akan fly ke Korea 26hb 8 ni! Yeayy!! So nak kasi setel visa laa ni, yang dah bertangguh berapa lama. Haihhh.

Gila tak ingat, tarikh bermakna buat aku. 15 April 2015. Kira hadiah ulangtahun paling ohsem pernah aku dapat. Aku dapat call dari pejabat dekan fakulti yang mengatakan aku terpilih untuk Program Pertukaran Pelajar (SEP, Fall 2015). Kompem laa aku nangis gila gila. Dah lah taim tu kat kem PM. Tapi aku peduli apa. Seronok, rasa macam tak percaya. Terus call ibu ayah sambil nangis. HAHAHA.

Tapi, rupanya perjalanan aku tak mudah. Sebab aku 'terlalu pandai', jadi universiti kebangsaan kat sana tak terima aku. Sob sob. Puas aku tunggu, kosmet kosmet yang sama sama SEP ni dah dapat call yang menyatakan mereka akan ke uni mana. Ohh kemon laa, tak boleh jadi...

Setelah beberapa kali menghadap muka encik yang incharge SEP iaitu Encik Hilmi, akhirnya...
Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat aku.
Maka, sekarang ni fasa persediaan akhir memandangkan aku akan pergi ke sana masa musim luruh dan sejuk. ( Dan, impian aku untuk bermain salji akan tercapai!) Baju sejuk, jaket, seluar jeans memang wajib ada. Tapi atas nasihat senior-senior, bawak makanan banyak banyak. Setelah dihitung, plus minus makanan aku adalah seberat 20kg! Ohemgi!! Nak kena rombak balik beg aku sebelum pergi nanti...hmmm. Mana aku nak letak baju nyahh oii...

Setakat ni, tu je laa yang aku nak cerita. Belum boleh cerita sangat pun patutnya.
Sebab sebenarnya aku nak cerita hal lain, tapi dah terlupa. HAHAHA.

Oke.
Babai.