Thursday, September 7, 2017

Coretan Bakal Pelajar Sem Akhir

안녕하세요!

Sedar tak sedar, tinggal plus minus 4 bulan untuk aku menikmati zaman degree aku. Selepas ni aku tak tahu, jalan cerita macam mana yang ditulis untuk aku. Cuma yang aku boleh impikan, semoga plot cerita aku hanyalah yang positif dan bersesuaian dengan diri aku.

6 sem + 1 short sem telah aku lalui dengan rencahnya yang pelbagai. Dan sem yang paling aku suka adalah sem 3 dan sem 6, sem yang aku rasa banyak beri aku pengalaman berbanding sem-sem yang lain. Sem 3, sem di mana aku diberi peluang meneroka Seoul selama 6 bulan (bukan secara percuma sebab aku bukan pandai sangat untuk diberi biasiswa) dan sem 6 yang memberi aku kelegaan selepas berjaya selesaikan tesis dalam kesibukan aku bekerja part time. Sem lain aku kira menjadi pelengkap warna dalam kanvas hidup aku di peringkat degree.

Sebut pasal part time, aku kira ni pengalaman pertama aku bekerja semasa dalam tempoh waktu kuliah sedang berjalan. Selalu aku bekerja semasa cuti sem. Pengalaman pertama ini aku lakukan secara curi-curi (ibu ayah aku tak bagi aku kerja sebab mahu aku fokus pada pembelajaran sepenuhnya). Tapi, aku degil. Aku taknak ketinggalan sesuatu yang aku namakan dia pengalaman.
Kelas aku yang takde laa pack sangat masa sem 6, buat aku fikir nak ber-part time.
Aku fikir, resume aku hambar tanpa maklumat baru. Jadi aku perlu tambah sesuatu, paling-paling satu maklumat. Memang ada aktiviti kokurikulum yang aku tambah dalam resume tu, cuma tu laa, aku tak puas hati bahagian 'working experiences' aku lapuk dengan pengalaman kerja setakat bulan Januari/2017 je. I want more! Gituuuu...

Dan, memandangkan aku dengar banyak majikan dan syarikat yang mahukan pekerja-fresh-graduate-tapi-berpengalaman-12-tahun-kerja, buatkan aku kuat hati untuk kerja part time. Hari-hari biasa selepas waktu kelas dan Khamis aku peruntukkan untuk siapkan tugasan dan tesis. Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari bekerja aku. Dan, kat sini serius aku kata, seperti mana cliche nya huraian dalam esei, aku telah belajar urus waktu dengan baik. Walaupun tak sebaik mana, aku tetap berusaha yang segala tugasan aku diselesaikan mengikut deadlines tanpa aku ponteng kerja.

Slip cek gaji yang pertama aku terima sepanjang aku pernah bekerja selama ni. So, little bit jakun laa.
Pengalaman bekerja part time sambil belajar ni adalah priceless bagi aku. Berkorban waktu tu paling nyatalah. Apa yang aku belajar sepanjang aku bekerja part time ni adalah berkaitan dengan pengurusan waktu yang baik, penjagaan diri yang teratur dan mindset yang jelas. Ikutkan, aku bekerja part time ni bukanlah untuk dapat gaji semata, tapi aku nak cari pengalaman, aku nak update 'working experiences' resume aku dan paling utama, aku nak buktikan kat diri aku yang sebenarnya aku ni taklah lembik sangat. Fuhhhhh, rasa macam dah dewasa sangat je diri ni!

Tempat kerja yang dirindui
Tempat kerja yang menarik ni antara faktor penting untuk dapatkan mood gembira bekerja tau.
Jadi, memandangkan aku insyaAllah bakal menamatkan pengajian sebaik habisnya sem 7, aku perlu well prepared untuk memulakan langkahan baru. Risau jangan cakaplah, sampai aku gigih update SPA, buat LinkedIn, baca tips senang dapat kerja entah apa lagi, semata untuk secured tempat aku dalam dunia pekerjaan.

Dah hampir 7 sem aku bergaduh dengan sistem UM. Phewwww, pengalaman jugak ni!
4 bulan tak lama. Pejam celik pejam celik, ehh dah tersarung jubah konvo kat badan aku. At least, matlamat aku dengan tersarungnya jubah aku nanti, aku dah ada satu kerja yang boleh bagi senyuman kat parents aku. Amin. Haa, cepat amin kan. Semoga kina grad on time dengan cemerlang dan dapat kerja yang baik-baik lepas habis sem 7. Amin ya rabbal alamin.

Saja nak tepek muka aku kat sini. Hewhew.
Anyway, 11hb Sept nanti kelas pertama IR aku sem ni akan bermula. Kelas Dr Bala. Semoga aku tidak menghadapi sebarang bala bencana sepanjang sem ni. Semoga bersemangat waja hingga ke akhir sem dan silalah teruskan ber-part time curi-curi tu. Harapnya tidak kantoi terlalu awal.

Oh! Mana mana junior yang dapat masuk IR, double tahniah daripada aku. Marilah join IRSoc, dan jangan lupa join program hari Interaksi IR atau IR-I Day nanti. Boleh kita berkenalan dengan lebih rapat. Tak kenal maka tak cinta. Gituuuu

Dah.
Babai.
Lafyuuuuuu

Monday, September 4, 2017

Practical: A Big Appreciation Post

안녕하세요!

Entri yang ni khas untuk aku sebutkan sorang-sorang insan yang sama-sama mewarnakan tempoh 2 bulan praktikal aku selepas entri pengalaman praktikal aku.


Every single person in the Customs Division deserved a big thanks appreciation from the smallest me.
  • Tn Al Hafiz, penyelia aku yang secara senyap-senyap beliau menilai aku dan beri markah baik pada aku. Beliau kata aku pemalu dan less confident sedangkan aku sebenarnya first-first shy shy cat before becoming shy shy shytonnnnn! Buktinya beliau geleng kepala lepas Prof J datang buat lawatan ke aku. Kah!
Say hi to my lovely Prof J. Nampakkan sopannya seorang kina di situ?
Dan, nampak tak kegilaan aku lepas Prof J datang yang akhirnya Tn Al Hafiz sedar aku bukanlah seperti yang difikirkan? Mesti taubat laa tuan lepas tu... Hahaha. Kelakar betul aku ni dikatakan pemalu dan less confident.
  • Pn Napsiah, yang banyak beri nasihat kat aku dan buat aku teringat kat maklong sampai ada ketikanya aku terasa nak peluk puan secara random macam selalu aku buat kat maklong. Selalu ingatkan aku itu ini tentang kehidupan dan beliau adalah satu-satunya pegawai yang pernah hantar aku balik rumah! HAHAHA terima kasih puan.
Pn Nap yang sangat humble.
  • Kakwa, yang banyak layan kepala gila aku ajar Kakwa bukak laman movie, tengok short video ngeri-ngeri. Paling banyak dengar aku bebel bila kena buat kira-kira dua tiga fail setiap hari. Paling banyak dengar lawak gonjol aku yang tak berapa nak kelakar tapi Kakwa tetap ketawa. Dan sekarang, aku paling rindu Kakwa T..T
Kakwa happening yang layan aku sampai dia sendiri pening

  • Kak Diba, yang kiut dan banyak beri pendedahan ke aku mengenai dunia pekerjaan yang sebenar secara tidak langsung. Mostly, Kak Diba ajar aku untuk give and take. Serious: give and take! Moga kina dapat jadi macam Kak Diba.
  • Kak Fikah, akak yang gila-gila jugak layan perangai aku.
  • Chief Azahari, yang selalu boost up hari aku dengan cerita-cerita semasa setiap pagi sebelum chief pergi jeti. Isu cerita tu kalau tak yang kelakar, yang buat fikiran jadi logik. Dah macam aku masuk kelas IR pulak, bezanya aku disuap dengan segala isu. Kalau dalam kelas IR, nak tunggu kena suap, sampai mampusssss aku dok ternganga nak cari jawapan.
  • Kak Liza, yang paling banyak nasihatkan aku, berbual dengan aku pasal kehidupan. Sebab Kak Liza ni paling senior di Perkastaman. Jadi, memang banyak yang Kak Liza bicarakan untuk aku dengar dan hadamkan dengan sebaiknya.
  • Kak Di, yang pemurah dan selalu penuhkan perut aku dengan kek, kuih dan makanan yang sedap-sedap. Almost everyday! Hahaha. Memang chef paling power Kak Di ni sampai semua orang tertunggu-tunggu air tangan Kak Di. Mungkin yang paling menunggu tu aku lah! Hewhew
  • Chief Razmi, ni pun sama macam Chief Azahari. Bezanya, sembang dengan Chief Azahari belah pagi, dengan Chief Razmi turn tengahari dan petang. Memang tak pernah habis kalau sembang dengan Chief Razmi.
  • Tuan Z, yang banyak curahkan ilmu kat aku sama ada untuk digunakan pada sem akhir nanti atau untuk masa-masa bekerja akan datang. Tuan Z ni aku katakan sebagai penyelia tumpangan aku dan memandangkan Tuan Z adalah alumni Fakulti Sains, UM, jadi banyak benda tuan sudi ajar aku sebagai persediaan sebelum aku keluar ke dunia pekerjaan. Dari sekecil body language sampai sebesar resume dan 'like real' mock interview beliau ajar aku, memang beruntung lah aku dapat menumpang manfaat penyelia orang lain. (Tapi aku tak pujilah tuan depan-depan. Nanti aku kena bahan. Hahaha) Bagus lah untuk aku dapatkan pendedahan sebegitu, sekurang-kurangnya aku tak lemas dalam persaingan nanti.
  • Puan Su, yang aku kira tugasnya paling rumit, bermain dengan angka tapi masih mampu tersenyum bergurau senda dengan pegawai-pegawai di Perkastaman. Apatah lagi dengan keadaannya yang sarat mengandung, pasti kadangkala emosi tak menentu tapi beliau masih menten bertenaga dan berhemah. Semoga Pn Su selamat melahirkan bayi yang dijangka perempuan (dan semoga baby comel macam saya). Hikhik *ketawa malu*
  • Kak Ita, yang banyak berkongsi cerita dan resepi dengan aku walaupun Kak Ita tahu aku pemalas namateyyyy tang memasak ni dan aku lebih suka makan. Ahh sesungguhnya memasak itu ruwetttt! Aku hanya masak untuk memenuhkan perut aku sahaja.
  • Semua pegawai-pegawai lain: Chief Saadon, Chief Wandi, En Fendi, En Mahfuz, En Azihan, Kak Faizul dan Chief Din yang masing-masing memberi peluang kepada aku untuk aku menjalani latihan industri dengan jayanya. 
Terima kasih untuk 2 bulan saya praktikal di sini. Segala nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan dari anda semua amat saya hargai. Setiap apa yang saya pelajari sepanjang tempoh ini adalah satu pendedahan dan pengalaman yang akan saya kenang sebagai salah satu momen terindah dalam hidup saya.
고마워. 너무 사랑해 💖 *sambil disertakan mini love guna jari*

Pastinya, aku tokleh lupa juga pada #InternBuddyKina iaitu Arif dan Thenna sebelum berkenalan pula dengan Fatin, Mira dan Asraf. Tasha tu takyah cakap laa. Haahaha. Terima kasih korang untuk 2 bulan tempoh perkenalan ini. Ceria hidup aku kat ofis sepanjang 2 bulan ni. Haa, semoga plan #InternBuddyVacation kita tak ke laut, ya...

Semoga plan ittew serancak plan makan-makan kita... hahaha
Tapi, tolonglah jangan ke laut plan vacay kita, geng
Yeayyyyyy! kina dapat hadiah eksklusif tauuu.

Biskut coklat yang lazat pemberian Tn Al Hafiz
Taknak kalah, Tuan Z kata dia dah pun bagi hadiah semenjak minggu-minggu akhir aku praktikal. Hadiah yang tahan lama, boleh aku gunakan untuk mulakan waktu perjalanan selepas habis belajar nanti.   Hmmm... 내, 상사님. 진짜 알았어. 고마워.

Dan, aku telahpun merindui insan-insan penghuni cawangan ini.
Haa, baru lah rasa puas hati aku ni lepas menulis.
Dah.
Babai.

Praktikal: Pengalaman di sebalik realiti

안녕하세요!

[Nampaknya aku terlepas beberapa komen yang bertanyakan aku mengenai IR UM. Aku minta maaf banyak-banyak atas ketiadaan aku untuk membantu kalian yang bertanyakan aku mengenai kos pembelajaran aku ini. Harapnya, kalian yang bertanya sudah menemui penjelasan mengenai pertanyaan kalian itu daripada entri-entri berkaitan di blog aku dan juga mereka yang lebih berpengalaman.]

Minta maaf jugak, entri kali ini super panjang aku rasa.

Untuk 2 bulan bercuti semester ini, aku telah selamat menjalani Latihan Industri bagi tujuan pengijazahan aku bulan 10 tahun depan. InsyaAllah, moga-moga kina dapat grad on time dengan cemerlang. Amin. 

Tak jauh pun tempat praktikal aku. Kat kampung halaman je - jauh dari pengharapan pensyarah penyelia aku yang mahukan setiap pelajarnya praktikal di kawasan sekitar Lembah Klang. Kah! Ingat semua student dia orang berebut-rebut nak amek ke? 

Maka, berpandukan semangat aci redah, aku dengan shy shy cat nya cuba bertanyakan kekosongan tempat praktikal di Jabatan Kastam Batu Pahat. Itupun selepas aku fikir-fikir Kastam ni valid dengan apa yang aku belajar. Dan, Kastam adalah tempat ke-10 aku hantar permohonan, lepas aku lali kena rejek untuk permohonan tempat praktikal ni...


See! Berderet hantar permohonan, cuma berapa je yang respon.
Apa bidang tugas Kastam? Nanti kena kejar PATI ke acaner? Oh guys! Nope. Tolonglah bezakan tugas Kastam dengan Imigresen dengan jelasnya. Kalau Kastam kejar PATI, apa guna ada kaunter Imigresen kat lapangan terbang dan terminal feri? 

Aku bila dikata orang bila aku dapat Kastam; "Cubalah cari tempat praktikal lain. Nanti awak kena jaga Bangla." Kadang nak je aku jawab; " Elok laa kena jaga Bangla. Dari awak tu kena jaga mulut jaga hati. Lagi susah!" Tapi nasib aku cool, aku senyum je laa sambil flip meja. Pheww!

Oh! Panjang aku merapu... baru mukadimah je ni. Okay. Nak tahu lebih lanjut pasal Kastam, pergilah laman web dia yang selama ni aku tak pernah rujuk pun. Tekan lah sini ---> (JKDM)

Tuan yang sudi jawab call aku masa aku call nak apply praktikal dan sudi luluskan permohonan aku 2 hari berikutnya. Tuan Saiful. Terima kasih, tuan!
Secara kronologinya, Kastam adalah respon positif kedua yang aku terima pasal permohonan aku praktikal. Yang pertama, RTM. Yup! RTM guys... Sasaran pertama aku since aku adalah seorang yang gila glamer nak tahu belakang tabir kat studio tu macam mana, proses penyiaran macam mana. HAHAHA. Tapi, tu lah atas sebab-sebab yang tak dapat aku elak, aku terpaksa terima kenyataan RTM bukan jodoh praktikal aku. HE plans something better for me.  

Tapi tu lahhh, ...berapa banyak tapi daa... nak terima hakikat tu bukan senang. Syaitonnnn tu kerjanya menghasut je, aku tak berapa nak redha masa nak tetapkan hati untuk tolak RTM dan terima Kastam. Kebetulan pula lepas itu, aku dapt panggilan interview untuk Wisma Putra. Hey, WP mostly IR students' goal kot! Again, aku kuatkan hati untuk tolak.

At least surat ni akan ku simpan sebagai kenangan. Miss Datuk Arymau je yang steady pergi intern situ.

Dalam berat-berat hati tu, aku settle kan tesis dan habiskan exam sambil letak tepi soal ke mana aku nak praktikal. Aku mula belajar redha untuk terima apa yang akan berlaku. Ceritanya macam rumit sangat kan? Padahal nak praktikal je pun... Aku tak tahulah tapi aku sejenis yang kisah aku akan praktikal kat mana sebab nak tengok ianya sesuai ke tak dengan minat aku. 

Sebab tu kalau nak tahu, aku lebih banyak mohon ke arah bidang kewartawanan atau media macam RTM, Bernama, TV Alhijrah, Media Prima, Astro dan HotFM (walaupun cuma RTM, Bernama dan TV Alhijrah yang respon even both places other than RTM rejected me, aku tetap berbangga sebab usaha aku nak praktikal di bahagian yang aku minat telah aku tunjukkan). Sedangkan kalau ikut bidang belajar aku, lebih sesuai kalau aku masuk kementerian, think tank dan sebagainya. Tapi aku kurang minat dan aku kurang menyerlah untuk ke arah itu.

Belajar bagi aku, mana-mana tempat adalah medan pembelajaran yang baik, tidak berkaitan dengan apa yang kau belajar di kelas, mungkin berkaitan dengan kehidupan. Apa yang penting, kau belajar untuk melihat setiap perkara sebagai proses pembelajaran kau.

Jadinya, apa yang aku belajar sepanjang 2 bulan kat Kastam, suprisingly, adalah semi-related dengan IR. Alhamdulillah, aku ditempatkan di Unit Import Eksport dan Kawalan Sempadan atau IE, Cawangan Perkastaman, JKDM Batu Pahat. Dalam unit ni aku dapat kaitkan pengetahuan aku yang berbekalkan B+ untuk subjek Undang-undang Antarabangsa (Kahkah) dengan prosedur kerja dan permohonan khusus yang berkaitan di bawah unit ini.  

I don't know how and why, but I really love my life during my internship period. Bukan angkat bakul, tapi aku terlihat jadi manusia berdikari kat sini yang disebabkan oleh kerahsiaan setiap dokumen. Aku kena "mengemis" tugasan-tugasan untuk aku lakukan setiap hari sambil aku ajar pegawai-pegawai senior untuk tengok movie kat mana sebagai stok di waktu senggang. Aku rasa aku tak ajar bos je kot... HAHAHAHA. 
Ni ai tolong hias tau....
Lepas tu, aku disuap makan yang sangat mewah setiap hari masa bulan raya sebab aku mula praktikal 3 hari raya, jadi aku ada 27 Syawal untuk dilalui dengan jamuan di cawangan terbuka, rumah terbuka dan lain-lain. Menu utamanya adalah kambing! Fuhhh! Hasilnya berat aku naik namkilo koooo... Mana tak aku jadi enjoy dan happy buat praktikal kat sini. HAHAHA.

Ni kambing golek yang tergolek
Antara makanan yang menarik minat aku
Sebab tu, aku gunakan tajuk Pengalaman Di sebalik Realiti untuk entri kali ini. Secara realitinya, aku masuk ofis punch card pukul 7.30am, keluar ofis punch card pukul 5.04pm di salah satu badan kerajaan yang orang tengok senang. Tapi pengalaman yang aku dapat setiap hari di JKDM ni adalah tak ternilai dan tak boleh diterjemahkan di atas laporan untuk dinilai oleh penyelia IR. Pengalaman yang aku dapat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada aku mengenai hubungan sesama manusia yang bagaimana untuk aku lakukan, pendekatan yang seperti apa patut aku laksanakan terhadap masalah yang aku hadapi. Dengan nasihat dan kata-kata semangat dari pegawai-pegawai seofis ni, serius aku kata, aku bersyukur aku pilih Kastam.
Dan paling aku sedar, aku sebenarnya perlu buka hati selapangnya untuk memulakan satu langkahan. Dua bulan yang aku lalui seakan berlaku dalam tempoh sekelip mata dek kerana keseronokan aku melewati hari-hari praktikal aku (dan membuatkan aku mengemaskini profil SPA aku serta meletakkan jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 dalam permohonan aku memandangkan aku belum layak mohon Penguasa Kastam WK41. HAHAHA) 


Okay. Terima kasih untuk yang membaca sampai habis.
Dah.
Babai.
Aku nak sambung entri penghargaan pulak. Kah! 

Update: Mana yang bingung tak tahu nak mohon mana, aku tolong korang sediakan kerangka untuk dapatkan solusi. Usha laa sini