Monday, September 4, 2017

Praktikal: Pengalaman di sebalik realiti

안녕하세요!

[Nampaknya aku terlepas beberapa komen yang bertanyakan aku mengenai IR UM. Aku minta maaf banyak-banyak atas ketiadaan aku untuk membantu kalian yang bertanyakan aku mengenai kos pembelajaran aku ini. Harapnya, kalian yang bertanya sudah menemui penjelasan mengenai pertanyaan kalian itu daripada entri-entri berkaitan di blog aku dan juga mereka yang lebih berpengalaman.]

Minta maaf jugak, entri kali ini super panjang aku rasa.

Untuk 2 bulan bercuti semester ini, aku telah selamat menjalani Latihan Industri bagi tujuan pengijazahan aku bulan 10 tahun depan. InsyaAllah, moga-moga kina dapat grad on time dengan cemerlang. Amin. 

Tak jauh pun tempat praktikal aku. Kat kampung halaman je - jauh dari pengharapan pensyarah penyelia aku yang mahukan setiap pelajarnya praktikal di kawasan sekitar Lembah Klang. Kah! Ingat semua student dia orang berebut-rebut nak amek ke? 

Maka, berpandukan semangat aci redah, aku dengan shy shy cat nya cuba bertanyakan kekosongan tempat praktikal di Jabatan Kastam Batu Pahat. Itupun selepas aku fikir-fikir Kastam ni valid dengan apa yang aku belajar. Dan, Kastam adalah tempat ke-10 aku hantar permohonan, lepas aku lali kena rejek untuk permohonan tempat praktikal ni...


See! Berderet hantar permohonan, cuma berapa je yang respon.
Apa bidang tugas Kastam? Nanti kena kejar PATI ke acaner? Oh guys! Nope. Tolonglah bezakan tugas Kastam dengan Imigresen dengan jelasnya. Kalau Kastam kejar PATI, apa guna ada kaunter Imigresen kat lapangan terbang dan terminal feri? 

Aku bila dikata orang bila aku dapat Kastam; "Cubalah cari tempat praktikal lain. Nanti awak kena jaga Bangla." Kadang nak je aku jawab; " Elok laa kena jaga Bangla. Dari awak tu kena jaga mulut jaga hati. Lagi susah!" Tapi nasib aku cool, aku senyum je laa sambil flip meja. Pheww!

Oh! Panjang aku merapu... baru mukadimah je ni. Okay. Nak tahu lebih lanjut pasal Kastam, pergilah laman web dia yang selama ni aku tak pernah rujuk pun. Tekan lah sini ---> (JKDM)

Tuan yang sudi jawab call aku masa aku call nak apply praktikal dan sudi luluskan permohonan aku 2 hari berikutnya. Tuan Saiful. Terima kasih, tuan!
Secara kronologinya, Kastam adalah respon positif kedua yang aku terima pasal permohonan aku praktikal. Yang pertama, RTM. Yup! RTM guys... Sasaran pertama aku since aku adalah seorang yang gila glamer nak tahu belakang tabir kat studio tu macam mana, proses penyiaran macam mana. HAHAHA. Tapi, tu lah atas sebab-sebab yang tak dapat aku elak, aku terpaksa terima kenyataan RTM bukan jodoh praktikal aku. HE plans something better for me.  

Tapi tu lahhh, ...berapa banyak tapi daa... nak terima hakikat tu bukan senang. Syaitonnnn tu kerjanya menghasut je, aku tak berapa nak redha masa nak tetapkan hati untuk tolak RTM dan terima Kastam. Kebetulan pula lepas itu, aku dapt panggilan interview untuk Wisma Putra. Hey, WP mostly IR students' goal kot! Again, aku kuatkan hati untuk tolak.

At least surat ni akan ku simpan sebagai kenangan. Miss Datuk Arymau je yang steady pergi intern situ.

Dalam berat-berat hati tu, aku settle kan tesis dan habiskan exam sambil letak tepi soal ke mana aku nak praktikal. Aku mula belajar redha untuk terima apa yang akan berlaku. Ceritanya macam rumit sangat kan? Padahal nak praktikal je pun... Aku tak tahulah tapi aku sejenis yang kisah aku akan praktikal kat mana sebab nak tengok ianya sesuai ke tak dengan minat aku. 

Sebab tu kalau nak tahu, aku lebih banyak mohon ke arah bidang kewartawanan atau media macam RTM, Bernama, TV Alhijrah, Media Prima, Astro dan HotFM (walaupun cuma RTM, Bernama dan TV Alhijrah yang respon even both places other than RTM rejected me, aku tetap berbangga sebab usaha aku nak praktikal di bahagian yang aku minat telah aku tunjukkan). Sedangkan kalau ikut bidang belajar aku, lebih sesuai kalau aku masuk kementerian, think tank dan sebagainya. Tapi aku kurang minat dan aku kurang menyerlah untuk ke arah itu.

Belajar bagi aku, mana-mana tempat adalah medan pembelajaran yang baik, tidak berkaitan dengan apa yang kau belajar di kelas, mungkin berkaitan dengan kehidupan. Apa yang penting, kau belajar untuk melihat setiap perkara sebagai proses pembelajaran kau.

Jadinya, apa yang aku belajar sepanjang 2 bulan kat Kastam, suprisingly, adalah semi-related dengan IR. Alhamdulillah, aku ditempatkan di Unit Import Eksport dan Kawalan Sempadan atau IE, Cawangan Perkastaman, JKDM Batu Pahat. Dalam unit ni aku dapat kaitkan pengetahuan aku yang berbekalkan B+ untuk subjek Undang-undang Antarabangsa (Kahkah) dengan prosedur kerja dan permohonan khusus yang berkaitan di bawah unit ini.  

I don't know how and why, but I really love my life during my internship period. Bukan angkat bakul, tapi aku terlihat jadi manusia berdikari kat sini yang disebabkan oleh kerahsiaan setiap dokumen. Aku kena "mengemis" tugasan-tugasan untuk aku lakukan setiap hari sambil aku ajar pegawai-pegawai senior untuk tengok movie kat mana sebagai stok di waktu senggang. Aku rasa aku tak ajar bos je kot... HAHAHAHA. 
Ni ai tolong hias tau....
Lepas tu, aku disuap makan yang sangat mewah setiap hari masa bulan raya sebab aku mula praktikal 3 hari raya, jadi aku ada 27 Syawal untuk dilalui dengan jamuan di cawangan terbuka, rumah terbuka dan lain-lain. Menu utamanya adalah kambing! Fuhhh! Hasilnya berat aku naik namkilo koooo... Mana tak aku jadi enjoy dan happy buat praktikal kat sini. HAHAHA.

Ni kambing golek yang tergolek
Antara makanan yang menarik minat aku
Sebab tu, aku gunakan tajuk Pengalaman Di sebalik Realiti untuk entri kali ini. Secara realitinya, aku masuk ofis punch card pukul 7.30am, keluar ofis punch card pukul 5.04pm di salah satu badan kerajaan yang orang tengok senang. Tapi pengalaman yang aku dapat setiap hari di JKDM ni adalah tak ternilai dan tak boleh diterjemahkan di atas laporan untuk dinilai oleh penyelia IR. Pengalaman yang aku dapat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada aku mengenai hubungan sesama manusia yang bagaimana untuk aku lakukan, pendekatan yang seperti apa patut aku laksanakan terhadap masalah yang aku hadapi. Dengan nasihat dan kata-kata semangat dari pegawai-pegawai seofis ni, serius aku kata, aku bersyukur aku pilih Kastam.
Dan paling aku sedar, aku sebenarnya perlu buka hati selapangnya untuk memulakan satu langkahan. Dua bulan yang aku lalui seakan berlaku dalam tempoh sekelip mata dek kerana keseronokan aku melewati hari-hari praktikal aku (dan membuatkan aku mengemaskini profil SPA aku serta meletakkan jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 dalam permohonan aku memandangkan aku belum layak mohon Penguasa Kastam WK41. HAHAHA) 


Okay. Terima kasih untuk yang membaca sampai habis.
Dah.
Babai.
Aku nak sambung entri penghargaan pulak. Kah! 

Update: Mana yang bingung tak tahu nak mohon mana, aku tolong korang sediakan kerangka untuk dapatkan solusi. Usha laa sini

37 comments:

  1. Hai nak tanya awak hantar resume semua mcm mana ye? Melalui email ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai!

      Maaf saya terlepas pandang komen ini. Ya, saya hantar resume melalui email.

      Delete
    2. email address yang mana ye? boleh bgi tak email address nya

      Delete
  2. Macam mana nk buat resume yang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya pun confuse. pergi bengkel ini, diajar cara gini. pergi bengkel itu, diajar cara gitu.

      tp, apa yang saya buat, saya ada 2 jenis resume: 1 ringkas 1 padat. maknanya saya guna dua dua pecahan ilmu tentang resume yang saya dapat.

      resume ringkas saya tetap included semua maklumat, working experience, education background etc tp dalam poin ringkas. resume ni saya buat colorful dan saya guna untuk drop masa career fair.

      resume padat seperti namanya ada huraian pasal setiap poin. isi masih sama. resume ni saya hantar masa saya pergi iv atau ketika mohon direct ke company. Resume ini formal, hitam putih.

      Mengikut kadar semasa saya, resume ringkas colorful tu berjaya naikkan percentage saya dipanggil iv sebab saya suka pergi career fair. Panggil je iv, rezeki kerja belum dapat lagi. Doakan saya okayyyy.

      Delete
    2. hantar emel ke alamat mana ye?

      Delete
    3. ke email company yang awak nak.

      Delete
  3. Assalamualaikum.. Akk, saya nak tnya. Student yg ambik kos IR ni dekat mana lagi boleh apply intern ya.. Saya pun ambik kos ir.. Banyak company yg reject sbb ckp kos ir ni tak related dgn company diaorng.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Kebanyakan company selalu cakap macam tu. Awak boleh mintak masuk bahagian admin / HR diorang.

      TNB Research kalau awak nak cuba.

      Delete
    2. Salam. Nak tanya. Tnb research ada elaun x ye?

      Delete
  4. Hai,saya nak tanya ada elaun ke kalau intern kat kastam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Takde. Sektor awam tidak menyediakan elaun untuk pelajar praktikal. Kalau dapat wang ihsan, memang sampai tahap kena bersyukur.

      Delete
  5. Hi. Boleh saya tahu mcm mana awak contact dkt JKDM ni? Thru putrajaya atau awak terus call ke tempat yg awak nak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there!

      Call je terus tempat yang saya nak. Kan kat wesite JKDM mesti ada no telefon cawangan kan? So call je terus no kat situ.

      Hope its helps. Sorry for the late respon. :) All the best.

      Delete
  6. Hye awak.. boleh saya tahu awak dapat dari mana email HR Kastam ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak dah 3 bulan soalan ni! Maaf maaf.

      Saya call Kastam yang saya nak intern tu, pastu mintak email terus masa call tu.

      Delete
  7. hii, just nak tanya betul ke kalau praktikal bahagian kerajaan tak ada kerja ? goyang kaki je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, tu depends pada diri sendiri dik. Saya ada masa busy gila main kira-kira gst masa tu. Ada masa join aktiviti anjuran Kastam, ikut dorang turun site.

      Dan tak nafi, ada waktu yang sangat taf iaitu bila saya tak diberi kerja sebab rahsia negara banyak sangat. Tapi takdelah sampai goyang kaki, sebab saya tinggi. Jadi kaki tak tergantung. kehkeh!

      Delete
  8. Hi awak. Boleh tahu no telefon awak call untuk intern kat jabatan kastam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya call terus ke kastam yang saya nak intern.

      boleh search sini kot no pejabat nya http://www.customs.gov.my/en/cu/Pages/cu_lm.aspx

      Delete
  9. hi, nak tanya apa syarat praktikal jabatan kastam ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi there!

      Tak tahu laa ekk apa syaratnya. Saya call tanya ada ambil student intern tak, bila kata ada saya terus hantar email. Saya tak sempat tanya apa syarat terus dapat jawapan positif.

      Delete
    2. hai awak. kalau saya nak email address nya boleh?

      Delete
    3. Hai awak. Maaf ya, saya dah tiada emel nya. Boleh semak dalam laman web JKDM ya.

      Delete
  10. Hi there! Can I know how did you contacted RTM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Sorry for the late reply.

      Tbh, I cant exactly remember how I did that. But, what i can confirmed is I emailed them. I'm so sorry I cant help you much.

      Delete
  11. Hi, nak tanya macam you apply intern di kastam. Saya pelajar university malaya and course accounting. So boleh bagitahu alamat email yg you send for apply intern at kastam

    ReplyDelete
  12. Hi wak, nk tnya selain kstam, smua tmpt krja bwh krjaan punya mmg tk de elaun eh utk praktikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai di sana!

      Ya, benar. Tiada elaun praktikal di semua tempat bawah kerajaan melainkan atas ihsan semata-mata.

      Delete
    2. Maaf, cuma nak betulkan fakta ni. Sekarang ni untuk intern di agensi kerajaan dah ada elaun sebab ada akta tentang tu. Rm40/hari maksimum 3 bulan ☺

      Delete
    3. Yeayyyy! Thanks a lot for the info. Nampak nau saya tak alert. Huhu.

      Okay semua, zaman dah berubah. Dah ada elaun tauuuu.

      Delete
  13. Hai!!! Nak tnya la kn sepanjang awk dkt batu pahat tu awk stay mn? Adakah ada hostel yg disediakan utk pelajar intern?

    ReplyDelete
  14. hai awak maaf nak bertnya bila nk intern apa je ye document yg perlu diserahkan di email

    ReplyDelete
  15. salam, saya dpt juga internship dkt kastam. tapi boleh saya tau, mmg pc disediakan atau kita bawa laptop sendiri?

    ReplyDelete