Monday, March 13, 2017

Saya Sudah di Sem 6 !! T..T

안녕하세요!

Sem 6 sudah mula menyapa aku dengan meriahnya, siap dihadiahkan peringatan tentang tesis aku yang sudah hilang menjadi jerebu merentas sempadan. Dibisikkan juga tentang Latihan Industri yang belum aku fikirkan hala tujunya nanti... cuma ada lah sesekali aku usha syarikat SME. Waduhhh! Gawat kok kalau gini *fefeling sinetron sebab baru lepas menonton Surga Yang Tidak Dirindukan 2 lah katanya* 

Tinggal satu sem lagi weh aku nak habiskan masa nak hadap penat lelah belajar dan cabaran alam universiti. Lepas ni, medan pembelajaran aku di luar universiti. Dan semestinya lebih mencabar. Papehal, aku kena bersedia untuk itu. Sudah minggu 5, tesis aku masih di pengenalan bab 3 dan Alhamdulillah, pembentangan aku 3 subjek sudah berlalu. Tinggal lagi 3.

Untuk sem 6 ni, aku rasa aku kena kuatkan hati untuk buat keputusan. Aku perlu lebih rasional dan bertindak bijak dalam apa juga perkara. Aku mahu lebih berfokus kepada diri sendiri, keluarga dan mana-mana manusia yang mahukan fokus aku itu. Aku akan berusaha ke arah itu untuk membina hati yang lebih sado.

Sebenarnya, aku baru lepas busy nak uruskan permohonan LI aku. Baru lepas isi borang itu, borang ini. Taip sana, taip sini. Saje je nak menunjuk yang aku busy. Kah! Bila dah isi borang tu semua kan, pehhhhh! Baru sedar yang diri ni memang dah tua. Dah nak mula LI, dah nak kena siap kan tesis betul-betul, hmmmm memang dah nak habis belajarlah maknanya.

Tapi apa pencapaian aku?

Hmmmm... Tak larat aku nak menjawab.
Dah lah.
Babai.