Friday, July 6, 2018

Percutian Bajet: Krabi (I)

안녕하세요!

Apa khabar hampa semua? Harap sihat saje, maklumlah sekarang musim hujan, jadi badan mungkin belum dapat catch up dengan keadaan semasa kan. So yeah, entri kali ini adalah mengenai percutian bajet ke Krabi. Jadi entri agak panjang. Confirm!

Sebagai ganjaran untuk diri sendiri, guwa booking tiket pi Krabi. Sorang. Tahun depan. Hahaha
-08 Jun 2017- selepas aku selesai jilid tesis kat flat ikan.

Bukan senang nak melaksanakan angan setahun lepas bila dah kerja ni tapi tu laa, takkan nak di-burn saje kos yang telah diperuntukkan. Maka, dengan harapan besar diisi borang cuti selama SEMINGGU. Yasss! Hahaha. Nasib baik lulus, kalau tak, nangis je laa tepi jamban ofis tu.

Percutian ini bermula apabila aku book tiket AirAsia masa Member Free Seats Day 2017 sebelum Public Free Seats dia. Usha sekadar usha membuatkan aku ternampak tawaran KUL-KBV return hanyalah RM90 dan aku book sahaja tiket tanpa tengok hari dan perancangan jangka panjang walaupun aku tahu Julai 2018 aku dah habis belajar dan mungkin sedang bekerja. Tapi aku memegang kata-kata sepupu aku; "Book je tiket, pastu apply cuti. Bos mesti bagi sebab book tiket dah lama." Kah! Setakat ni berhasil teknik tu.

05/06/2018, aku mula usha hotel lepas cuti aku diluluskan. Aku pilih hotel yang ada free cancelation guna Booking.com . Ini kira pertama kali aku buat segala-galanya untuk bercuti dan paling mencabarnya, bercuti di luar negara. Tapi setelah difikir, cuti dalam negara sebenarnya lagi mencabar dari ke luar negara. Fuhhh!

Book hotel guna Booking.com ni senang je aku rasa. Aku takyah risau cukai apa semua sebab harga yang dia letak di website dia tu semua termasuk dengan cukai. Jadi harga yang dipaparkan adalah harga sebenar yang perlu dibayar. Malah, kalau jadi member kat Booking.com ni, siap dapat genius perks iaitu 10% potongan. Aku lebih suka faedah membership yang on the spot sebab nak kumpul-kumpul mata bagai ni entah bila aku nak guna. Guna credit card boleh, debit card yang ada Visa pun okay. Malah, hotel yang aku pilih ni rileks je terima pay on arrival tau! Yang ni kena tanya hotel betul-betul. Kang dah seronok nak bercuti, ada kes tak terjangka, kan dah spoil mood. Dah, takyah risau cara nak bayar hotel okayyy?

Aku memang jadi rajin ber-email dengan pihak hotel lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh nya. Tanya je pape yang korang nak tahu kat pihak hotel. Hotel yang baik akan menjawab pertanyaan anda dengan baik kerana tu semua markah untuk dia.

Gigih usha hotel yang mesra poket sebab sejak jadi pekerja ni duit makin tak nampak bayang. Pelik betul!
Setelah puas usha hotel kat Trivago (sebab susah sikit dapat hotel yang murah kalau pi berjalan dalam nombor ganjil - better pergi dengan bilangan genap 2/4/6 orang etc) dapatlah offer baekkk kat Little Home Aonang. Lepas timbang tara semua kos dan kedudukan hotel dari pantai bagai, aku on dengan hotel ni. Tapi tapi, aku tetap on kan mode free cancellation, mana lah tahu jumpa hotel lagi best ke apa, bolehlah aku abaikan hotel ni kelak.

Harga hotel yang aku dapat. Dan lagi best, masa 2 hari sebelum aku sampai Krabi, aku dapat email kata harga hotel jadi RM214 saje. Sonok laa aku. Keh!
Sampailah tamat tempoh free cancellation tu, nampaknya memang ternyata lagi jelas aku akan menginap di hotel ni. Aku okay je tapi memandangkan aku pergi Krabi ni dengan mak dan makcik aku (mak aku tak bagi aku pergi sorang, jadi decide ikut, lepas tu call kembarnya dan tiba-tiba eh dah ada 2 tiket tambahan dalam list booking Air Asia aku), aku tengok hotel ni jauh dari pantai Ao Nang tapi dekat dengan pantai Noppharat Thara. Aku cuak jugak sebab dua dua hantu laut pantang jumpa pantai, jadi boleh ke dorang berbasahan on the way dari pantai Noppharat tu ke hotel dengan jarak 10 minit jalan tu? Apa-apapun aku on je dengan hotel ni saje sebab dorang kata dorang ikut je aku.

Setempat Little Home Ao Nang tu memang berlambak hotel sepesen. So terpulanglah nak book hotel yang bersesuaian dengan bajet korang camne.
Sesampai je kat KBV tu, driver dah sedia menunggu. Little Home Aonang ada sediakan khidmat airport shuttle dan aku bayar 600B untuk servis berkenaan. Yelah, aku bertiga orang dengan 2 bagasi, tak sesuai pulak nak naik bas walaupun murah. Nak cari sendiri teksi atau pengangkutan lain dari airport ke hotel kang makan masa pulak. Badan dah penat nanti, habuk pun takdak karang, baik aku setel siap siap. Lagipun setelah aku usha beberapa blog, harga 600B tu reasonable untuk perjalanan 45 minit dari airport ke hotel. Kalau hampa book airport shuttle ni sesiap, hampa akan rasa VIP tau sebab udah le ada orang jemput siap sign name korang, beg semua dibawakkan. Hahaha. Punya excited tuuu, gambar nak rakam momen tu pun lupa nak ambil.

Puk pak puk pak, pukul 9.30 pagi waktu tempatan sampai Little Home Ao Nang siap bayar deposit dan dapat kunci bilik, kitorang tidur kepenatan sampai 11.30 pagi. Penat engko bertapa kat KLIA sejak pukul 3 pagi... Bangun tidur baru dan selak langsir tengok view dari dalam bilik. Kah! Pastu siap siap keluar nak cari makan.
Cantik laa jugak.
Deretan kedai makanan halal kat belakang hotel. Dah takyah risau nak makan camne ekkk.
Tarikan terbaru. Pasar malam belakang saje. Shopping la pepuas.
Nak berjimba pun sonang lahaiii.
Setakat ni, memang puas hati dengan servis dari Little Home Aonang. Dahlah staf baik dan sangat membantu, harga hotel pun tak mahal sangat. Makanan halal senang dapat dan dah macam kat Malaysia sebab staf hotel ada yang boleh berbahasa Melayu. Lokasi hotel pun senang nak diakses guna tut tut atau jalan kaki. Apalagi yang aku nak kan?

Baik punya review aku bagi.
Maka, entri kali ni tamat di sini. Hahaha.
Perbelanjaan sehingga waktu makan tengahari 02 Julai 2018 (dengan kadar tukaran 1B = RM0.12)
  1. Bayaran hotel: plus minus RM214 (1754B)
  2. Deposit hotel: plus minus RM61 (500B)
  3. Airport Shuttle: plus minus RM74 (600B)
  4. Menu Nasi Goreng Halia Ayam : plus minus RM13.50 (110B)
  5. Menu Nasi Ayam : plus minus RM8.60 (70B)
  6. Menu Nasi Telur & Teh O Panas : plus minus RM13.50 (110B)
Jumlah keseluruhan dibahagi 3 orang: 1048B (RM128)

Dah.
Babai.

Nanti sambung lagi. Nantiiiiii ...