Sunday, December 29, 2019

Puzzle 1; Perjalanan Membuka Cerita

안녕하세요!

Aku benar-benar memohon maaf atas kehilangan aku di saat kalian bertanya itu ini pada aku. Ya, nak dekat 5 bulan aku tak jengah langsung blog ini. Aku sedikit busy catch up dengan pace hidup sendiri. Keh!

Aku harap semua yang bertanya baik-baik sahaja dan sentiasa dipermudah Tuhan segala urusannya.

---

Entri kali ini, aku nak cerita pasal satu kepingan kecil pizza puzzle yang berlaku dalam hidup aku. It's about rejecting the dream that I had worked for. Cerita dia begini...

Aku dapat offer kerja jadi tour guide bulan 8 haritu. Dari syarikat Muslim Malaysia yang based in Korea. Rasa macam amazed kejap betul ke angan-angan aku nak stay Korea akan tercapai. Sebab kalau aku terima, aku akan bermastautin di sana dan akan berkahwin dengan oppa Korea. Okay, yang berkahwin dengan oppa Korea tu aku tipu, takde langsung masuk dalam verbal offer. Gaji yang ditawarkan lagi berganda besar dari gaji sekarang, penginapan pun sedang elok untuk single soul macam aku. Tapi, aku tolak gaiss.

Walhal, 3 tahun kebelakangan ni, aku betul-betul cari peluang untuk bekerja as a tour guide, secara spesifiknya untuk menetap di Korea. Tahun ni dan tahun lepas, aku bersungguh mohon biasiswa ke Korea. Tapi, gagal. Patah hati aku bukan main-main. Sebab aku betul-betul berusaha nak ke Korea sampai satu masa aku ada sedikit meroyan mengenangkan saat-saat kat sana. Konon fedap dengan Malaysia. Puih perangai! Padahal acah nak bawak diri. Hmmmm. Kalau ikutnya, bulan 9 haritu aku start kursus dan terbang ke sana.

Aku tolak. Sebab aku dah rasa sayang kerja dengan tempat sekarang. Mungkin sebab aku mula percaya dengan leader aku? Yang macam Bos Fahmi selalu bilang tu. Aku tak tahu yang mana satu. Cuma yang yakinnya aku tolak offer aku dapat tu, sebab aku ada rasa yang aku perlu sama sama berusaha untuk bangunkan syarikat tu walaupun aku slow macam syiput. Aku nak tengok aku lakukan penambahbaikan untuk job scope aku dan task aku.

Aku tahu reason aku tak kuat. Tapi aku paling rindu ni!
Paling koman, aku ada laa benda yang boleh dibanggakan secara peribadi nanti. Plus, aku tak berminat sudah untuk mulakan lembaran baru. Susah hokeh! Aku nak buka hati sepenuhnya kat tempat sekarang ni pun ambil masa sebulan penuh. Pastu baru rasa dis is mai destinehhhh. 

Aku tak tahu apa rentetan yang akan aku dapat hasil keputusan aku.
Cuma aku yakin, takdir aku tidak tulis Korea sebagai latar tempat untuk aku.
Cerita aku berlandaskan Malaysia bersama malaikat-malaikat dunia aku.
Dan aku tahu, aku tak perlukan valid reason untuk percaya dengan apa yang dah ditakdirkan untuk aku.

-

Kalian, 

Aku tahu dalam keghairahan semua untuk capai matlamat sendiri,
Kita terbelah antara diri dan hati,
Terperangkap dalam ekspektasi dan takdir diri,
Di celah perbandingan yang dikhabarkan realiti,
Walau kita sedar yang dilihat bukan semudah menganyam mimpi,
Buat kita persoal Tuhan begitu begini,
Sedang aturan sebenar telah DIA coretkan mula lagi,
Jauh lebih baik jauh lebih teliti,
Dari plan kita yang hanya berpaksikan tuntutan duniawi.

Selamat percaya kalian.
Aturan Tuhan berganda lebih berbaloi dari kemahuan.

Thursday, July 18, 2019

Entri Untuk Diri

안녕하세요!

Hi everybody! Lama gila tak menulis kannnn? {acah-acah ada pengikut setia yang rajin membaca blog ni. Kah! Siap tajuk pun acah namati.

Dah nak dekat raya haji. Maknanya dah nak 3 bulan guwa masuk kerja baru. So, dah nampak kan hala tuju entri nak pergi ke mana? Hahaha. Ya, aku nak gebang perasaan aku di tempat baru. Tak berapa menarik, dan memang tak menarik. A cliche story but...

Totally a fresh experience for myself. 

Susah. Susah aku nak describe apa aku rasa. 

It was a hectic first month - to catch up with the company pace, to blend in with the feeling, to win the inner battle. Sumpah! Hahaha. Masuk bulan kedua aku mula belajar suaikan masa aku, aku cuba nak minimumkan kesilapan - walaupun nampaknya, harini ada 3 kesilapan besar aku dah lakukan. hmmm. Tapi sekurangnya aku nampak, aku sebenarnya boleh je buat even sangat lambat nak improve. 

Penambahbaikan; sedikit itu memadai dari tiada. Uli sajangnim selalu cakap macam tu. Dan, aku sangatlah annoyed dan heart broken bila aku tak dapat penuhi ekspektasi beliau. Aku pulak dah adore, amaze dan impress gila kat uli sajangnim and his chingu deul. Kalau nak dibandingkan dengan aku yang sangat lah nubis ini, aku memand ada perasaan yang macam perbezaan langit dan bumi. Jauh gila weyy levelnya! So dia tambah beban pada perasaan aku.

Tapi, sajangnim selalu bilang; "Jangan takut, CP, yakin pada diri. Yakin pada proses." But, i was like... what process I should believe in? What if I failed? What if I look fool? And the list goes on.

Sebulan pertama, takde benda positif dalam kepala otak aku selain dari bebelan aku kepada diri sendiri, makian aku kepada diri sendiri. Aku tak enjoy proses aku. 

Kemudian, bos bilang lagi; Kebodohan adalah kekuatan yang kita ada. Aku sudah terbiasa dengan sistem kerja yang ikut arahan orang, run apa yang dah ada. Jadinya, aku betul-betul 'bodoh' bila lompat masuk dalam suasana kerja yang imej-syarikat-kau-bergantung-pada-apa-yang-kau-buat-untuk-syarikat sebab ianya berbeza dari kebiasaan aku. Tapi, disebabkan aku 'bodoh' tang tulah, aku berusaha nak belajar. Itulah yang jadi kekuatan kita - usaha.

Masuk bulan kedua, it start to be an enjoyable process for myself. I learn to laugh harder, think wiser and have results for my action. Lambat. Memang lambat. Selama ni, aku sangat yakin yang aku fast adapter, rupanya tidak. Itu hanya ilusi aku. I'm a fast adapter in following others, not in creating mine. Betapa Tasha dan Baini sangat-sangatlah faham dengan perangai gedik aku nak mintak penampo bila aku cerita pasal kerja aku, sebulan lepas dan sebulan kini. Serta bakalan jadi seumur hidup nanti.

Di tempat baru ini, aku belajar untuk suka dengan apa yang aku buat. Aku paksa diri untuk hadap apa yang aku dah pilih. This is my path by the way. So I should start to believe in myself in order to believe in my process, kan?

Di syarikat ternama, semuanya dah ada. Tinggal ikut sahaja. Bila kau cuba buat perubahan, kau dilabel rebel. Sedangkan di syarikat yang sedang berkembang, kau perlu create the system untuk kau bawa perubahan. Sungguh, ia bukan proses mudah bagi aku. I'm not born to be that kind of creative person. But yeah, uli sajangnim and uli tim had did their best to wake me up. 

So here I am. Still in beginning to improve and improvise everything. Andai nanti lah aku tewas dalam perjalanan ini atau aku memilih untuk belok di simpang lain, aku tahu yang aku tak rugi teruk berbanding kerugian yang uli sajangnim alami untuk hire the nubis me ni. Keh! Terima kasih kat uli sajangnim sebab terima aku, kat uli tim yang banyak bantu aku. Countless.

Masih jauh perjalanan yang aku pilih. Mungkin kadangnya aku akan selalu cari tempat rehat, cuma aku harap yang enjin aku masih berfungsi untuk meneruskan perjalanan.

Begitu juga korang. Jangan berhenti percaya pada diri. Kita tetap kena tempuh pelbagai cabang di setiap cabang jalan hidup yang kita telah pilih, Kita tidak putus memilih selagi kita masih hidup. Kita hidup atas aturan Allah, dan aturanNya paling baik berbanding yang lainnya. Penting untuk kita percaya, aturanNya itu relevan untuk diri kita. Ya, memenatkan. Sangat memenatkan untuk adapt dengan proses tu. Tapi rileks lah, kita ada Allah. Allah tak pernah hampakan hambaNya. 


Keep strong!

Have a faith.

Everything gonna be fine.
By time - little by little.

Don't worry much.


Dah.
Babai.
Aku nak qada' tidur aku yang dah terganggu teruk sebab dah lama aku tak sempat take a nap.

Monday, May 13, 2019

CERITA SI PENCARI REZEKI

안녕하세요!

Selamat berpuasa gais, selamat menghitung hari nak raya dan selamat menghitung hari nak habis kontrak. Kah! Yas, akulah. Kontrak SL1M aku dah nak habis, tinggal lagi 11 hari dengan tiada kenyataan dari bos yang bos nak sambung aku. Hmmmm tapi tidak mengapa. Kerna saya perlukan angin baharu untuk meneruskan langkah yang seterusnya. 

Disebabkan itu, aku terima tawaran bekerja di kampung halaman. Semoga aku tidak semakin gemuk duduk di kampung nanti. HAHA.

Untuk pelatih-pelatih Protege, aku sarankan korang mula job hunting seawal bulan kedua program. Walaupun nak ke bulan keenam tu nampak macam lama lagi, tapi percayalah sebenarnya itu semua ilusi. Kau dengan separa terkejutnya akan tidak percaya betapa sekarang ni masa berlalu sangat cepat. Tak salah kau buat job hunting dan dalam masa yang sama kau perform elok dalam Protege. Macam aku, memandangkan awal-awal gitu sudah dimaklumkan tiada penyerapan pekerja berlaku, aku jadikan SL1M sebagai tempat belajar dan aku berusaha mencari kerja lain. Tak mudah guys tak mudah. Rejection itu normal bagi aku. HAHAHA
____________________

1) Medium cari kerja

Aku guna banyak platform. MauKerja, indeed, Jobstreets, LinkedIn tapi aku betul-betul tak suka platform LinkedIn. Dia mendedahkan aku dengan ejen jualan langsung hmmmm. Malah, aku rajin hantar email terus ke syarikat-syarikat serta respon kepada iklan-iklan dalam sebaran mesej Whatsapp serta ig story. Aku jugak suka pergi karnival kerjaya - suka drop resume dan collect business card orang. HAHA. Bila dapat kad bisnes orang, hantar permohonan kerja kat email dalam kad tu. Keh!
 
2) Resume

Aku ada 2 jenis resume, yang funky catchy dengan yang formal professional. Selalunya yang funky catchy tu untuk aku guna masa pesta kerjaya. Percayalah, resume formal kalau korang bagi masa pesta kerjaya besar kemungkinan tidak dipandang. Aku adalah living testimoni untuk itu. Pada pandangan aku lah kan, mungkin dah ramai sangat yang drop resume, so mana-mana resume yang tak menyerlah tu tak sempat pun diaorang tengok.

Ni resume funky catchy aku. Poin dalamnya pun sekadar nak beritahu je.
Menggunakan resume jenis ini di pesta kerjaya, sudah beberapa interview yang dapat aku pergi berbanding guna resume jenis formal. Interview je sana sini, tapi tak dapat offer kerja pun. Hmmmm. Takpelah, pengalaman jugak tu.

Permohonan melalui direct email dan laman-laman web cari kerja, aku memang gunakan resume formal beserta dengan cover email. Aku tak buat cover letter sebab cover email aku adalah cover letter permohonan aku. Alhamdulillah ada juga dapat beberapa iv. Tawaran kerja yang aku dapat pun bermula dengan penghantaran resume jenis ini malah ada lagi satu result iv yang belum dapat, bulan 8 nanti dia umumkan, turut menggunakan resume jenis ini.
Ini yang formal dan lebih details.
Untuk yang macam tak faham amenda aku cakap, macam ni. Setiap kali ke iv, aku akan bawa dan tunjuk resume jenis formal. Yang jenis funky catchy tu hanya sesuai digunakan ketika pesta kerjaya sahaja. Dan tak jadi masalah pun kalau masa pesta kerjaya tu nak bagi resume formal macam ni. Ikut mana yang senang kau nak buat.

3) Kabel

Kau beruntung kalau kau dah ada kabel optik dasar laut. Takyah risau dah. Untuk mereka yang macam aku yang takde langsung cable tie apatah lagi kabel TNB, kita ada kabel paling padu guys. DOA. Kita mintak tolong mak ayah keluarga makcik pakcik kucing jiran doakan kita supaya dapat kerja yang terbaik untuk kita. Macam aku, kalau aku pi iv, seluruh keluarga besar aku tahu. HAHAHA dia punya kepoh pi iv tu, bukan sikit-sikit. 

Tapi, lama-lama fedap jugak. Asyik pi iv je, keputusan tak positif pun. Sampai satu tahap, aku pernah rasa aku pi iv, sekadar nak memenuhi jemputan company. Takde harap apa-apa. Jadi, kat sini perlunya doa dari orang lain. Doa supaya kita sentiasa bersemangat untuk berusaha dan mendapatkan apa yang kita nak.
________________________

Aku start kerja baru nanti 26 Mei. Tak cuti raya panjanglah agaknya. HAHA tapi alhamdulillah sekangkang kera je dari rumah, takdelah rasa dendang perantau sangat walau kena kerja petang raya. Doakan aku guys semoga tidak culas dengan tanggungjawab. Aku harap di bulan mulia ini, kita diberikan rezeki yang terbaik untuk kita meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.

Semoga yang sedang belajar terus istiqamah untuk menghabiskan study, sampai grad.
Semoga yang sedang mencari first job terus bergerak untuk mencari dan mendapat apa yang diimpikan.
Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.

Kejarlah akhirat, untuk kau dapatkan dunia dan akhirat. Itu yang paling baik.
Dah.
Babai.

Wednesday, January 16, 2019

SL1M TNB: Tempat tinggal

안녕하세요!

Apa khabar kalian semua, wahai silent reader chek? Harapnya semua sihat sejahtera. Gituuu acah acah dah femes kan. Kah!

Beberapa ketika ini, aku perhatikan blog aku mula mendapat pageview yang sedikit tinggi dan diperhatikan topik SL1M TNB menjadi tumpuan. Baru aku teringat yang Kumpulan 2 Fasa 5 akan memulakan program mereka hujung bulan Jan nanti. Dah nak dekat tu... Memandangkan aku ada letak sedikit maklumat mengenai program di ILSAS, harap boleh jadi rujukan kepada yang berkenaan.

Di ILSAS nanti dalam masa seminggu, tolak hari pertama program sebab petang baru dapat tahu tempat OJT maka tinggal lagi 6 hari, korang kena settle tempat tinggal, pengangkutan dan geng untuk urusan OJT korang. Penginapan di ILSAS hanya disediakan sampai hari terakhir program dan tambahan sehingga 5 hari sebelum korang dihalau, eh dihalau macam keras sangat, dipaksa keluar dari ILSAS. Malah 5 hari ekstra stay tu korang kena bayar RM 100 kalau tak silap dan tertakluk kepada kekosongan. Hanya yang dapat OJT di ILSAS sahaja dibenarkan stay di ILSAS, yang tempat OJT tak sampai seribu langkah dari ILSAS (macam aku) apatah lagi yang 100km dari ILSAS, semua kena cari tempat stay lain.

Oleh yang demikian, aku nak promote satu servis baek punya iaitu agen hartanah, agen yang bersedia membantu korang mencari rumah/bilik sewa dalam masa singkat. Agen ni nama Dieya. Ya Allah, punyalah bagus aku tak payah risau kalut cari bilik sebab dahlah masa suntuk pack dengan program, aku tak biasa dengan tempat tu, plus aku takde transport sendiri kalau cari tempat tinggal jauhhhhhh dari tempat OJT.

Aku usha Mudah.com, ibilik semua, tapi aku selagi tak dapat tengok rumahnya depan mata, aku trauma. Sekarang banyak tipu kan? Di tambah pula dengan aku sejenis yang manja (baca: malas).

Aku mengadu dengan makcik aku, pastu makcik aku sembang dengan sepupu aku, kemudian sepupu aku suruh Dieya carikan tempat tinggal aku. Haa macam tu laa sejarah perhubungan aku dengan Dieya. Kah!

InsyaAllah, Dieya akan tolong carikan rumah secepatnya berdasarkan kehendak korang plus, Dieya perempuan, jadi dia lebih consider banyak benda untuk keselamatan customer dia. Urusan dengan Dieya senang, berurusan dalam WhatsApp dan in case kau macam takut Dieya terlupa ke apa, kau keep je mesej, tapi jangan over. Dieya pun manusia hokeh! Nak lagi best, kau boleh je pergi tengok rumah/bilik tu sama dengan Dieya. Tak jadi masalah.

So anda anda yang dapat SL1M TNB luar ILSAS, ni nombor [DIEYA +601133398328] untuk korang hubungi sekiranya korang memerlukan khidmat Dieya. Tanya saje sebanyaknya kat Dieya untuk elak sebarang salah faham ketika berurusan. Apa yang boleh aku katakan, servis Dieya sangat bagus, cepat dan mesra pelanggan serta paling penting, mesra poket. HAHAHA. Okay Dhia, akak done promote Dhia! Hewhew.

Okay.
Babai.
All the best semua. Keep fighting and never give up!