Thursday, June 16, 2016

MGAC2016 : #UnexpectTheExpected

안녕하세요!!

Selamat berpuasa geng! Selamat menduduki peperiksaan. Selamat... hmmm selamat selamat hari raya, salam ucapkan untuk semua~ Walaweh, 11 hari puasa dah rupanya. Baru 2 paper habis digoreng. Hangus ke garing belakang kira sebab at least kita dah belajar masak jugak. Gituu.

Ohho, aku sejak awal bulan tak boleh move on dari satu pertandingan ni tau. Serius tak tipu. Masa dalam event tu aku bitau seorang marshall yang aku akan mengalami nightmare lepas habis pertandingan. Guess what? Sampai sekarang aku masih termimpi keadaan dan pressure yang aku dapat dalam event tu. Hahaha. But, of course lah pressure yang baik.

Aku nak memperkenalkan satu pertandingan yang super awesome ni. Mungkin korang dah tahu, tapi aku tetap nak beritahu jugak. MAYBANK GO AHEAD CHALLENGE (<--- Boleh tengok laman web dia). Maigadd, memang tak terjangkau dek minda kau betapa pressure nya kau dalam challenge begini. Aku pun tak expect cabaran dia melampau tau. Hahaha. Sebab tu lah #UnexpectTheExpected , nampak senang tapi unexpected langsung apa jadi lepas tu. O'cmon.

Offer yang tak mungkin kau pandang sebelah mata
MGAC ini kira pertandingan tahunan anjuran Maybank. Aku pun baru tahu benda ni wujud masa bulan awal April bila Team MGAC ni buat roadshow kat UM Sentral dan diorang nak bagi aku aiskrim percuma kalau aku mendaftar. Weh, aiskrim kot! Tak kan aku nak tolak rezeki... Aku isi je borang dia yang cantik tu dan hantar. Dan aku dapat aiskrim asam boi. The end.

Sebab aku ingat aku tak dapat join tau challenge ni. Yelah dari 38000 penyertaan (marshall tu yang kata), mustahillah kalau application kau boleh menyerlah lap lip lap lip macam tu. Marshall tu kira fasilitator untuk pertandingan ini dan yang bagusnya, marshall-marshall ni semua adalah hasil daripada peserta MGAC. Diorang dah kerja dengan Maybank seluruh dunia. Uishh, sebab tu aku nak ambil pengalaman jugak. Dan, taraaa!

My first mission selepas sebulan mendaftar
Aku ingat misi dia macam mana tau dan aku fikir mestilah senang bagai. Sekali lepas jawab online assessment dia, aku rasa otak aku bengkak dan bocor sana sini. Aku budak sastera, soalan dia bisnes habis. Aku dah tak harap apa dah...melangkaui kemampuan aku. Tapi, jauh terperosok di dalam sel darah merah yang keluar masuk hati aku ni, aku tetap berharap untuk terpilih ke campus level. Huhu.

Aku tak percaya aku lepas!
Mula-mula assesment dia agak senang lah guwa cakap lu. Ala-ala explorace. Mungkin nak bagi stamina dan oksigen yang cukup untuk sel-sel otak berhubung lepas ni. Huhu.

Misi yang mudah. Setakat upload kat social media.
Senang sangat kalau begini.
Masuk bahagian 2 dalam Campus Level, challenge dia bertukar menjadi ala-ala The Apprentice. Haa, part ni paling paling paling palingggggg pressure. Serius aku dah rasa bila kena marah dalam meeting room sebab bisnes proposal kau macam sampah, bila keputusan kau langsung tak menguntungkan syarikat. Perasaan sedih dan trauma sikit tu kekal sampai masa aku menaip entry ni. Teruk tak teruk pressure dia tu...bayangkanlah sendiri. Mungkin sebab aku memang tak pernah uruskan bisnes, ginilah jadinya.

My great team 4 : UM + UIA
Aku cadangkan semua orang untuk masuk challenge MGAC ni. Rasai sendiri perasa yang disediakan dalam cabaran ini. Walaupun prestasi aku agak hampeh dalam part The Apprentice tu, aku still nak pergi ke National Level. Nak weh, siapa tak nak.

Unhide Your Might by UnexpectTheExpected
Malangnya rezeki aku tidak di situ. Hmmmm.. Sedih yang mula-mula tak kisah tapi lepas tu nangis diam-diam dalam bilik air. Hahaha.

The Candidates of UM Campus Level
Tapi, aku memang dah pasang niat nak join lagi tahun depan. So, harapnya ada rezeki pulak tahun depan nak jadi Global Finalist. Amin!!
MGAC2016 really #UnexpectTheExpected meh !!
Dah.
Babai.
Selamat berbuka puasa.