Sunday, December 27, 2020

Sekilas DPA

Okay, memandangkan aku dah janji nak buat entri berkenaan dengan keadaan semasa DPA, maka entri ini adalah berkenaan dengan fasa pembelajaran semasa DPA. Harapnya dapat memberi gambaran kepada mereka yang tertanya-tanya, apa yang kita buat dalam DPA ni.

1) Kita belajar apa dalam DPA ni sampai 10 bulan?

Aku selalu cakap dengan member terdekat, anggaplah ketiadaan aku 10 bulan ni macam aku masuk rekrut askar. Cuma bezanya, aku masih boleh dihubungi dan adakala dapat balik kampung. So askar buat apa lama-lama training dalam kem? Diorang dilatih selayaknya dengan kemahiran untuk berperang, ikhtiar hidup dan sebagainya. Macam tu jugaklah konsep DPA ni. Mereka nak train bakal PTD ni dengan segala keperluan asas supaya takde lah membongak je masuk jawatan nanti. 

Dalam DPA tu, kita akan belajar banyak modul akademik. Setiap modul mengambil masa 2 minggu dan di hujung 2 minggu tu ada penilaian. Exam lah senang kata. Exam ni bentuk dia pelbagai bergantung kepada pemilik modul. Ada subjektif, objektif, esei dan projek akhir.

Kemudian, dalam 10 bulan ni jugak, kita akan ada modul bukan akademik iaitu Modul Operasi Pertahanan Nasional (OPN) atau Tentera, Modul Ketenteraman Awam atau Polis, Modul Bomba dan Penyelamat atau Bomba dan Modul Outbound School (OBS). Macam Bitarawangsa, di celah-celah modul akademik tu lah adanya modul bukan akademik. Aku suka macam ni. At least takdelah lunyai sangat kita dilanyak dengan modul-modul tu. Balik INTAN, walaupun nak kena masuk kelas balik, sekurang-kurangnya ada masa untuk rehat.

Batch Lantera cerita, diorang pulak modul bukan akademik ni adalah selepas modul akademik. Maksudnya, diorang pulun kelas dan exam sampai habis, lepas tu baru ke modul luar. Rabak woo, sebab habis satu modul, ke modul luar lain. Mental lagi sakit... Ni sebab 2 orang senior di office aku yang masuk air adalah Lantera, jadinya aku ambil contoh Lantera laa. Dan aku tak jumpa batch lain. Huhu.


2) Tapi, ingat ke semua yang kita belajar tu nanti bila masuk kerja?

Sejujurnya aku tak ingat sangat pun. Huhu. Tapi, aku bersyukur dapat peluang masuk DPA ni, sebab walau tak ingat sangat pun details apa yang dibelajar (pasal aku rasa aku cuma punya short term memories), aku masih ingat sikit-sikit ilmu tu dan ada lah benda untuk dirujuk. Memanglah orang kata, tak tahu tu tanya. Cuma, kalau semua benda pasal kerja kita dalam ofis tu kita nak tanya, pegawai dan staf lain mestilah rasa bosan nak jawab. Maka, nota dan apa yang kita belajar dalam DPA ni lah, yang akan turut membantu kita. 

Aku bukan nak cakap kita tak perlu bertanya. Tanya. Tanyalah sebanyaknya. Aku pun bertanya jugak dengan semua orang dalam ofis tu. Cuma, akan ada waktu yang kita nak lebih faham sendiri. Jadi, kita akan selak nota dalam kelas, baca fail lama dan riki-riki dokumen lepas untuk nampak perjalanan kerja kita macam mana.

Nanti bila masuk kerja, tak semua benda kita guna. Kan ada 8 bidang utama PTD, nanti kita masuk satu bidang je. Maka, ilmu yang berkenaan je lah kita aplikasikan. DPA tu, adalah medium untuk kau serap je semua ilmu yang dibagi dan enjoy phase sebelum kau masuk kerja.


3) Ada syarat untuk lulus exam?

Eh, mestilah ada. Barulah thrill. Syarat utama adalah kehadiran kelas mesti 80% bagi setiap modul baru layak menduduki peperiksaan dan mestilah mencapai sekurang-kurangnya minimum B+ 65% dalam setiap modul. Dapat kurang dari B+? Failed lah. Keperluan markah ini berubah ikut tahun, maka, waspada sendiri lah ya.

Jangan risau. Exam senang je. Belajar 2 minggu, lepas tu exam. Fresh lagi kan? Mesti senang je nak hadap exam tu. Tapi tu lah, konon senang. Aku kantoi jugak 2 subjek. Ya, saya gagal exam. Sobsob. Dan, aku bertuah sangat sebab tenaga pengajar beri peluang untuk repeat paper. Kalau tidak, mau bulan April lagi aku dah kena kemas barang dan keluar asrama. Sebab kalau tak lulus exam ni, boleh kena terminate dari DPA dan kau perlu bayar kontrak biasiswa persekutuan yang kau sign dan matikan setem masa nak masuk DPA ni.

Korang dah nampak kan bayangan macam mana DPA ni sebenarnya? Aku boleh katakan dia adalah survival reality show. Hahaha, nanti sesiapa yang berpeluang masuk DPA akan faham jua.


4) Ada ke yang tak lepas DPA ini?

Ada. Sebab perjalanan kita atas dunia ni kan tak sama takdirnya. Tibber! Ada kadet yang tak berjaya ke garisan penamat atas masalah kesihatan, masalah peribadi dan sebagainya. Siapa kata 307 hari tu sekejap? Ia adalah tempoh yang menguji kekuatan fizikal dan ketahanan mental. Maka, macam-macam boleh jadi. Yang ada masalah kesihatan, atas budi bicara dan pertimbangan selayaknya dari urusetia, kadet diminta untuk tangguh pengajian ke tahun berikutnya. Semuanya perlukan perbincangan rapi.

Ada mereka yang mempunyai sebab-sebab kesihatan ni, cedera semasa menyertai modul luar dan aktiviti fizikal. Jadi korang pandai-pandailah jaga diri dan buat persiapan fizikal sebaiknya untuk masuk DPA ni. Kita nak masuk dan keluar sama-sama dengan rakan satu batch. Kalau tangguh sebab kecederaan, dah kita kena mula blend in balik dengan batch baru. So, take care okayyy!

 

5) Batch Bitarawangsa belajar macam mana masa zaman Covid ni?

Kita DPA ni ikut perkembangan teknologi. Dengan Covid gini, ODL laa jawabnya. Jadual kita sama je dengan jadual dalam INTAN tu. 08:20 pagi - 05:00 petang. Bezanya, cuma takde PT wajib je. Dah PKP kan, kena dok elok-elok je lah dalam rumah. Tu yang bila masuk INTAN balik, aku bawak double chin. Padahal masuk modul tentera aku dapat berat yang aku impikan. Kah!

Tapi, ODL ni sakit sangat. Mental fizikal. Susah tau dah tua-tua ni nak dok tegak depan kamera dan fokus pandang skrin. Kamera pulak wajib on sepanjang kelas. Fuhh! Depan kamera, tak kan kau nak makan beria kan? Masih jugak kena cover. Power spek aku pun seronok je bertambah bahana hadap skrin tidak berhenti. 

Konklusinya, ODL ke kelas fizikal ke sama je sibuknya. Bagi aku, ODL extra penat. Jadi, aku punya harapan semoga batch 2021 dan akan datang tidak perlu hadap ODL ni. Duduk je lah dalam INTAN elok-elok dan tak payah fikir nak masak apa masa lunch break. Huhu.

-

Rasanya, itu jelah yang boleh aku fikirkan untuk berikan kalian sekilas makluman dengan apa yang namanya DPA ini. Sekiranya kalian ada sebarang pertanyaan, boleh lah komen di bawah atau email sahaja di syakinahmahfoz@gmail.com ya. Dengan adanya pertanyaan korang, bolehlah aku tambah di entri ini nanti. 

Okay.
Take care.
Patuhi SOP tau!

Be good, do good, stay good.

Wednesday, December 23, 2020

Persediaan ke DPA

Hai korang! Terima kasih atas ucapan dan kesudian kalian membaca tulisan dalam blog ini. Dah sebulan rupanya aku posting. Macam tak percaya gitu...

Nampaknya beberapa hari ini aku dihujani soalan-soalan berkaitan dengan persediaan masuk DPA, yuran lah, etika pemakaian dan semua yang berkenaan. Maka, di celah-celah LLB nak tune kan diri dengan kerja ni, aku bercadang untuk membuat entri baru berkaitan dengan persediaan ke DPA. Tapi, ingat tau, ini pengalaman yang aku lalui, bukannya benda yang digunapakai sejak azali. Setiap batch akan berbeza gerak kerjanya. 

Kita mulakan dengan fasa persediaan ke DPA okay.

1) Banyak ke perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk masuk DPA dan masa dalam DPA?

Konsep masuk DPA ni macam korang masuk tempat belajar. Maka, ada yuran yang perlu dibayar masa mendaftarkan diri. Batch aku, kena bayar RM440 tunai masa mendaftar. Jumlah ni meliputi baju sukan, tanda nama dan kos-kos lain. Yuran ni akan dinyatakan dalam surat tawaran nanti. Maka, sempat korang prepare kewangan korang untuk bayar yuran ni. Jumlah ini adalah one-off.

Sepanjang DPA pula, korang akan dapat elaun. Dan dari elaun tu, kita akan dikehendaki untuk membayar duit penginapan sebanyak RM200, dan perlu jangkakan bayaran baju istiadat RM150, yuran MPP RM35 serta yuran sidang RM5. Bayaran selain asrama ni hasil perbincangan korang dengan MPP nanti, maka berbeza setiap batch. Ini adalah bayaran bulanan.

Maka, rancanglah perbelanjaan korang elok-elok. Janganlah grab manjang... hewhew


2) Saya kena prepare apa untuk masuk DPA? 

Sorry tau korang. Aku mungkin bikin korang konpius bila baca entri aku yang aku lebih kepada mempersiapkan mental berbanding fizikal untuk masuk DPA ni. Sebenarnya, aku juga persiapkan fizikal aku. Kan aku bilang aku bukan atlet. Kalau tak sedia apa-apa, tu namanya memang aku saja laa tu buang tebiat.

DPA ni lasak nokkkk! Setiap hari ada physical training (PT) dalam DPA-pagi dan petang. Boleh terkejut lemak-lemak kita ni kalau terus lenjan. So sebelum masuk DPA ni aku lebih kepada bina ketahanan badan dulu macam buat tekan tubi, jumping jacks dan yang seangkatan dengannya. Lari 2.4km tu ada buat jugak tapi aku memang tak minat lari, so larian ni bukan fokus utama aktiviti aku. Tapi, aku cadangkan korang train je diri korang 2.4km/15 minit ni. Pass larian ni, senang hidup korang.

Bila fizikal kita dah biasa, walaupun takde lah senang mana nak hadap PT, at least kita taklah cedera masa PT wajib tu. Kalau cedera, boleh kena buang tau. Okay, bukanlah buang. Tangguh pengajian. Goal prepare fizikal kat sini adalah nak bagi badan kita tak terkejut sangat. Ikut kemampuan dan keperluan masing-masing.


3) Boleh ke saya daftar lambat sebab yelah, saya kena bagi notis dekat company. Kalau tak, saya kena bayar ganti rugi.

Malangnya tidak boleh. Dia macam konsep take it or leave it. Gitu. Batch saya pun ada jugak kena ganti rugi sebab tak cukup tempoh notis. Kesian dengar tapi nak buat macam mana. Tapi, apa-apa pun korang tanya lah masa taklimat nanti untuk lebih kepastian dan kesahihan okay?


4) Pakaian pulak banyak mana kita nak sediakan ni sis?

Hahaha baik korang jangan tanya aku. Aku ni sejenis simple dan tak kisah sangat. So aku bawak baju kurung aku 10 helai je dengan sepasang lounge suit. Sungguh! Bila dah ada baju korporat, kurang dah sehari pakai baju kurung. Pakaian ni ikut korang lah nak bawak banyak mana. Yang penting cukup untuk kegunaan harian tu.

Kalau lelaki lagi senang. Baju kemeja putih lengan panjang setiap hari, tie je tukar-tukar warna. Fuhhh, aku jeles betul dengan lelaki kalau tang ini. Takyah nak fikir nak mix and match warna baju dan tudung. Warna tie tu boleh je warna biru, merah, coklat gelap. Jangan taram hot pink, kuning silau dan oren benderang pulak.

Khamis kan kena pakai batik. Ni paling penting, lelaki ke perempuan kena pastikan korang beli batik Malaysia, bukan batik Indonesia. Yang lelaki pun, kena pastikan pilih kemeja batik Malaysia lengan panjang, bukan batik yang viral tu. Kalau salah beli, jenuh laa nak keluarkan duit beli baju baru.

Jenis-jenis pakaian yang digunakan dalam DPA ni, korang boleh usha kat entri yang ni.


5) Apalagi yang perlu dibawak ke INTAN sis?

Selain bawak diri, aku memang nak pesan, bawak semangat lebih. Macam hambar kan? Hewhew. Jangan risau lah. Kalau dah sampai INTAN nanti, tiba-tiba rasa tak cukup barang, kita boleh tambah. Akan ada hujung minggu yang kita dapat pelepasan bermalam, itu pun kalau semua orang behave dan bertamadun lah. Panda mart dan grab delivery pun ada. So, jangan risau sangat. Semuanya akan cukup seiring waktu nanti. Hahaha. Dan ajaibnya, hari nak keluar asrama tu, beg siap beranak hmmmm... punyalah rasa tak cukup masa hari daftar tu.

Sedikit tips, kalau dapat INTAN Jalan Elmu, tak payahlah bawak barang banyak sebab ruang almari dia secoet jeee. Kalau INTAN Bukit Kiara at least ada ruang lebih jugak. 


6) Sis, bila taklimat DPA ni?

Uishhh jangan cemas. Aku pun tak tahu tarikh sebenar dia. Cuma masa aku dulu, tak silap aku dalam masa 14 hari dari tarikh keluar keputusan. Better korang datang lah masa taklimat ni. Tanya dan fahamkan apa-apa yang perlu.

Inilah peluang kita untuk memahami segala aspek yang akan mengubah hidup kita ni. Dari sinilah kau akan buat pertimbangan, wajar atau tidak kau kena bayar ganti rugi berhenti kerja swasta dan masuk kadet, berbaloi ke nak lepaskan gaji 4-5 ribu kau untuk elaun yang tak sampai separuh tu. Tak faham kau boleh terus tanya. Masa taklimat tu, ada wakil dari INTAN dan JPA untuk menjawab segala persoalan kau.


7) Lepas mendaftar, aktiviti kita terus bermula ke?

Benar sekali. Dari planters order (PO), kita akan digesa untuk menyarung baju PT. Masa batch aku, baju PT rasmi belum dapat lagi. Maka, sarunglah baju hitam, seluar hitam, tudung hitam serta kasut sukan. Ni nanti urusetia akan maklumkan baju warna apa yg akan digunakan. Semua kena seragam dan patuh okay!

All for one, one for all adalah mantra yang perlu diingat sepanjang 10 bulan dalam DPA. Sorang buat hal, semua dapat habuan. Sorang menyenangkan hati, semua dapat tempias. Untuk keselesaan diri, korang daftar awal, dapat rehat awal. Waktu pendaftaran jam 09:00 pagi -11:00 pagi, aku siap mendaftar jam 09:45 kalau tak silap. Dapat je bilik, aku angkut barang dan bammm, aku terus terdampar di atas katil. Aku kan orang jauh, penat bergerak tau. Lepas tu, alert laa, jam berapa nak berkumpul semua.

Dan, sejak hari pendaftaran tu jugak aku dah mula bawak laptop. Masa pergi GI tu, aku simpan je laa laptop dalam bagasi yang berkunci untuk keselamatan. Aku ni jauh kalau nak ulang-alik kalau tak bawak laptop terus. 

Haa, untuk yang nak buat persediaan GI pulak, boleh usha entri yang ni. Untuk kemudahan korang, korang pack siap-siap beg yang berbeza untuk ke GI dan yang kegunaan harian dalam DPA. Boleh nampak apa yang kurang sejak kat rumah dan takde laa penat sangat nak unpack dan repack barang untuk ke GI tu. Ke GI tu, aku bawak beg 30L je dan satu beg ikea untuk isi kasut dan baju basah. Alhamdulillah cukup je untuk 3H2M, siap ada balance baju bersih. Hewhew.

-

Phewww, kelihatannya macam panjang pulak nak sambung ke fasa semasa DPA dalam satu entri. Maka, entri ini nampaknya berfokus kepada persediaan ke DPA je lah. Entri seterusnya akan membawa anda ke fasa semasa DPA.

All the best korang yang dapat panggilan temuduga tu! Semoga ada rezeki untuk kalian.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, boleh email aku di syakinahmahfoz@gmail.com. Aku akan jawab ikut pengalaman aku lah. Bukan jawapan tepat dari orang yang menguruskan cadetship ni tau. Tapi, aku mintak maaf awal-awal, aku akan lambat respon sebab sekarang aku dalam fasa nak biasakan diri dengan kerja, so aku sedikit sibuk nak fahamkan gerak kerja aku tu. Yeah...

Okay.
Take care.
Patuhi SOP tau!

Be good, do good, stay good.

Friday, November 20, 2020

DPA: It's a Wrap!

Hari ini seperti hari raya buat semua kadet. Hari ini pintu-pintu bilik terbuka luas seawal jam 6 pagi. Papan-papan seterika dah macam kaunter pertanyaan, berderet orang tunggu nak guna. Suara riuh rendah di ruang koridor benar-benar menyentuh hati sebab semua orang sepakat bergembira sekali hari ni. Malah ada yang dah lengkap berpakaian jam 6 pagi lagi.

Hari ini hari penamat penantian. Hari ini hari penentuan. Hari ini hari perpisahan. Malah, hari ini hari permulaan. Macam-macam rasa ada. Tak sabar, gembira, teruja, takut dan sedih masing-masing berlumba nak penuhi hati. Tu yang hari ni aku rasa aku pang-alang. Sekejap gembira, sekejap lagi rasa sayu. Parah!

Nak menunggu angka ni jadi 0, ya Allah, lamanya!

Tapi sungguh weyy, rasa macam pagi raya. Dia punya vibe tu lain maciam. Penantian 307 hari akhirnya menemui noktah. Kalau diimbau saat 19 Januari 2020, hari pertama tu lagi aku dah mulakan countdown tracker aku. Masuk minggu kedua, aku dah rasa tak tentu hala. Sedangkan masa tu, perjalanan baru je nak mula. Dasar syakinah! Tapi lama-lama kita dah pandai adjust masa, kita chill jugak. Maka, bila tibanya hari ini, rasa syahdu memang merata-rata. 

Syahdu sebab manusia yang sering kata nak menghentikan langkah ini telah habiskan tempoh persediaan yang ditetapkan. Syahdu sebab manusia yang asyik tak yakin dengan diri sendiri ini telah menamatkan perjalanan yang diperlukan. Syahdu sebab tak dapat tidur, makan dan membebel dengan teman seperjuangan lagi. Ahh sungguh, rasa ini mengharukan!

Nampak kan drama nya aku dalam hidup?
Terma '82 masuk, 82 keluar' adalah satu terma keramat untuk dikenang buat semua Lasykarians. Satu-satunya sidang yang menang pertempuran di medan perang DPA: menjadi sidang yang ahlinya masih cukup kekuatan sampai akhir. Sidang yang dikenali kerana namanya <Lasykar> yang bermaksud mereka yang dilatih untuk menghadapi peperangan. Love-hate betul perjalanan dengan mereka ini. Mesti diorang rasa gitu jugak dengan aku. Kah!
Selamat bertugas Lasykarians. "82 masuk, 82 keluar." Semoga 82 sampai pencen.
Alhamdulillah perjalanan DPA aku sudah tamat. Aku kini secara sah boleh dikenali sebagai batch Bitarawangsa atau Tan Sri Adib kata tadi, "Batch Covid". Perjalanan sebenar aku sudah bermula. Aku ingat aku dapat MOTAC atau KKMM. Tapi secara bercandanya aku katakan pada Pn Ell, penyelia tumpangan aku masa SPP di MOTAC haritu; "KSU taknak kami nampaknya ni...". Keh!

Berdebar tau dapat email dari bos besar.
Aku dapat Jabatan Perdana Menteri. Tiada rasa kecewa atau apa. Cuma berdebar nak uruskan urusan lapor diri, nak angkut barang pindah rumah. Sedih jugak sebab crush tak tahu aku crush kat dia. Pffttt!

So yeah, Alhamdulillah syakinah sudah dilucutkan jawatan kadet DPA 2020! Akhirnya weyyyy... 20 November tarikh penamat perjalanan DPA aku. 23 November 2020 permulaannya servis aku. Terima kasih kalian yang setia membaca perjalanan simple aku dalam DPA ni. Terima kasih juga sebab sudi membaca apa yang aku coretkan dalam blog ini.

Aku mohon doa kalian untuk terus doakan aku agar dapat berkhidmat dengan cemerlang dan penuh integriti. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan Tuhan.

Dah.
Babai.

Do good, be good, stay good. 

Tuesday, November 17, 2020

DPA: Lambaian Garisan Penamat

안녕하세요!

Aku sedang menghitung hari. Dengan perasaan yang bercampur-baur: gembira, teruja dan takut nak mulakan cerita baru dalam hidup. Sampai tak sempat aku nak update entri pasal modul Outrec dan modul Bomba aku. Dahlah aku tak pergi Lumut dan Kuala Kubu Bharu pun. sob sob. Ni hari-hari terakhir ni, aktiviti tak henti dari jam 8.00 pagi sampai 10.30 malam, setiap hari. Orang di luar ingat aku buat-buat hilangkan diri lah apa lah, padahal dah tunggang-langgang hidup aku ni nak tune kan dengan masa yang ditetapkan.

Antara bukti pernah LLB di minggu sintesis.

Ni jelas sedikit. Menjadi moderator untuk sesi bersama TS Arpah. Debo tauuu!

Perjalanan 10 bulan aku bakal berakhir dalam masa beberapa hari lagi. Perjalanan yang dilihat mustahil dan sangat menduga ini bakal tamat sebelum ia menghamparkan cabaran sebenar perjalanan yang super panjang. 10 bulan yang berlalu ini sangat meletihkan emosi dan mental tapi dalam masa yang sama, menyeronokkan. Tak tahu untuk digambarkan bagaimana, cuma boleh aku simpulkan yang ini adalah sebuah momen pahit-manis atau love-hate relationship lah senang kata.

Fasa 10 bulan ini fasa yang mencabar bukan sahaja untuk yang melaluinya malah, di pihak yang menyokong terutamanya bagi mereka yang berkeluarga. Tinggal anak, isteri dan suami bukanlah satu perkara mudah. Perlukan pertimbangan rapi dan persefahaman dari kedua-dua belah pihak. Yang tinggalkan ibu bapa di kampung juga perlukan hati yang kuat dan tabah. Kerana terpaksa 'lari' dari tanggungjawab melayani ibu bapa secara nyata. Fasa ini adalah fasa yang memerlukan persefahaman dan kepercayaan yang tinggi di samping sokongan padu masing-masing.

Aku tak mahu bakal kadet masuk dalam DPA ni jangkakan benda yang indah dan glamour. No such thing! Jika ada yang mahu merasakan sedemikian, fikirlah balik. DPA bukan tempatnya. DPA adalah medan untuk kau dilunyai secara fizikal apabila modul luar tiba, dihempas emosi yang bergelora dengan pelbagai momen tak indah, dilambung rasa gembira bila berjaya mencipta memori bersama. Sekali lagi aku ingatkan, DPA bukan tempat meraih glamour kerana bakal bergelar PTD. Masuk DPA jangan sesekali dambakan kebahagiaan berterusan. Jangkakanlah weekend kena beku, STS datang menjengah. Kah!

Tapi, dalam DPA ni lah kau dapat asah bakat kau, keluarkan kemahiran kau. Kalau kau mahir atau minat multimedia, kau jadilah sekreteriat multimedia. Kau minat sukan, join sekreteriat sukan. Boleh buat event sukan. Macam aku suka jadi MC, aku kawtim dengan pengarah event-event berkaitan. DPA ini macam yang aku pernah kata, medan pembelajaran sebelum masuk kerja secara rasmi. 

Tak memasal jadi atlet Lasykar. Seumur hidup, pertama kali main bola tampar dan menang gangsa. Hewhew!

Bukti gangsa saya. Yeayyy!
-

Kepada yang bakal ke sesi temuduga pengambilan kadet 2021, buat yang terbaik. Bersedia sepenuhnya dengan pengetahuan, mental dan ketenangan yang tinggi. Enjoy the moments you have masa temuduga tu. Jangan gelabah sangat okay? Be yourself but don't over confident.

Enjoy the journey too. Nak masuk DPA pun panjang waktu menunggunya, apatah lagi dalam DPA tu sendiri. Maka, layan je lah momen-momen yang mendatang tu ya.

-

Semoga syakinah berjaya menghabiskan baki-baki hari dalam DPA dengan jayanya walaupun sudah beberapa kali badan yang tua ini menghantar signal untuk mengalah.

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Semoga entri-entri dalam blog ini bermanfaat buat yang memerlukan.

Do good, be good, stay good.

Dah.

Babai.

Saturday, October 10, 2020

Kadet PTD: Modul Ketenteraman Awam (Polis)

안녕하세요!

Sihat ka tu? Harap semuanya dilindungi dari segala keburukan dan kecelakaan. Semoga kita semua bebas covid selama-lamanya. Kepada yang berjaya ke PAC, tahniah dan all the best. Buat sehabis baik dan pastikan be humble. Fly higher as you can but stay grounded as you should. Semoga ada rezeki buat kalian.

Aku baru saja balik bercuti dari Cheras dan Ulu Kinta. Sembang, cuti lah sangat ekk! Sebenarnya aku baru sahaja menamatkan Modul Ketenteraman Awam (Polis) aku selama 2 minggu; seminggu kat Maktab PDRM Cheras dan seminggu lagi di Pusat Latihan Polis Gerakan Am Ulu Kinta. Tapi takde laa baru mana pun sebab modul tu berlangsung dari 21 September-02 Oktober 2020. Cuma balik dari polis tu, aku ke modul luar yang lain. Maka, sekarang ni aku sibuk dan kepenatan sebab ulang-alik KL-Bentong-KL setiap hari untuk INTRADE.

Habis INTRADE nanti, aku bakal ke Lumut dan Kuala Kubu Baru untuk modul luar menarik yang lain. Yeay! Berpeluang menyertai modul polis buatkan minda aku terbuka luas. Sejujurnya, ini kali pertama aku berkenalan rapat dengan polis. Pakcik aku polis, tapi masih belum berjaya bukak hati aku untuk kenal polis. Aku lebih kepada askar mungkin sebab pengaruh adik-adik aku yang PKBM tu. Jadinya, modul kali ini aku cuba bukak mata untuk faham pasal organisasi polis. Pasal tu lah ya aku tak tidur dalam dewan kuliah masa modul polis. Ajaib kan?

Sebelum masuk ke kelas, ini adalah tugasan pertama saya. Memasang aksesori uniform. Luka jari-jari tahu tak? Nasib baik saya kacak, maka saya steady jaa.

Di maktab, aku banyak belajar benda baru. Aku baru tahu tentang struktur organisasi polis, pecahan jabatan dan tanggungjawab masing-masing serta tugasan sebenar seorang anggota polis. Selama ini, kita mungkin fikir tugas polis ni kawal jalan tangkap penjenayah jaa. Ke aku sorang yang fikir gitu? Sebenarnya tugas anggota polis adalah menjaga ketenteraman awam, jadi mana-mana yang dilihat berpotensi mewujudkan kekalutan dalam masyarakat, polis ambil tindakan. Besar peranan polis di Malaysia ini.

Banyak sesi kuliah di maktab yang betul-betul menarik minat aku untuk kekal fokus, berkenaan ancaman Cybersecurity, keganasan dan trend jenayah narkotik. Kalau aku tak masuk maktab, aku tak tahu secara terus apa yang berlaku. Setakat baca di akhbar atau google, tak sama dengan kau mendengar terus apa yang berlaku sebenarnya.

Nak tunjuk bukti je, telapak tangan siap bengkak sebab banyak kali push up untuk menembak. Dah lama cuti push up, member terkejut lah. So sekarang dah okay sikit nak push up.

Di maktab juga aku berpeluang menembak. Ya, menembak lagi! Kali ni, aku berdebar lain maciam sebab banyak peluru nak kena hadap. Ehh, sama je kan dengan OPN? Tapi entah, serius weyyy peluh jantan betina anak beranak dorang semua keluar masa aku nak menembak. Walter P99 rasa best betul untuk digunakan. Mungkin sebab kat sini, aku berpeluang berkenalan rapat dengan Walter P99. Rasa puas betul dapat belek dan pegang dia secara berterusan.

Hasil bidikan 20 butir peluru secara sebelah dan dua belah tangan. Konsisten tapi tidak tepat. Muchhhh better than OPN. Tapi masih kecewa sebab tak seperti yang aku jangkakan. 
(So i'm not into shoot-to-kill yah, just to give you the scars is my forte. Kah!)

Berpindah ke PL PGA Ulu Kinta, i'm dying peeps. Aku tersilap jangka hierarki modul luar tu. Aku letak tentera dalam senarai aku yang paling atas, kemudian OBS, baru polis dan bomba. Aku buat begini sebab aku nak twist diri aku, pasal selama ni selalu dengar latihan tentera paling susah. So bila dah pi tentera, aku ingat aku bisa menarik nafas lega untuk selamanya. Rupanya PGA bagi plot twist kat aku. PGA kini menghuni senarai paling atas dalam senarai hierarki kesukaran modul luar aku.

Aku merasakan PGA berganda lagi mencabar dari OPN. Malah, PGA ni para military weyyyy. Aku macam biasa tetap berbekalkan 'semangat ada tapi kekuatan tiada' seperti di OPN. Tapi itulah, di PGA kalau kekuatan tiada, kau tidak berguna. Hmmm. Lagi satu, sebab aku takut gila dengan pacat. Like crazily i'm scared of that thing! Sampai ke sudah aku tak bisa lawan rasa tu. Dekat PGA ni, kelas kau banyak on-job-training. Contohnya macam kelas ikhtiar hidup, mestilah buat kat kawasan tepi-tepi hutan tu. So, yeahhhhhh...

Sesi membina perangkap haiwan yang menjalar.

Tapi ada satu benda aku paling suka kat PGA ni. Kelas dia sangat menarik dan mudah untuk aku faham. Mungkin sebab saiz kelas tu kecil dan tenaga pengajar yang sangat berpengetahuan. Dan lepas kelas tu, terus praktikal. Best tu! Senang tangkaplah ilmu-ilmu dia tu.

Cuma kat PGA ni jugalah, kata-kata Stap Nizam dulu terbukti iaitu "Aku tahu kau. Kau ni nampak je keras tapi kau cepat mental." Sebab macam yang aku beritahu, aku ni semangat ada tapi kekuatan takde. Bila tiba waktu latihan jasmani, aku fedap dengan diri aku. Badan aku refused apa yang otak aku suruh buat weyyy. Otak aku suruh maintain lari ya, kaki aku siap nak kejang masa lari. Apoo ehhh! Tak membina betul. So bila keadaan begini berlaku, aku rasa down lah. Hmmm.

Walaupun member ni 260 kali koyak ditambah dengan lututnya yang berlubang sebab tergolek tengah laman, dia tetap berbangga sendiri dengan kemampuan dirinya mengharungi tempoh di PGA. Padan muka siapa suruh salah judge!

Sepanjang tempoh modul polis terutamanya PGA, aku dapat banyak ilmu baru. Semua ini berguna untuk aku menjadi seorang pegawai awam yang mengutamakan negara. Dalam modul luar yang aku pergi, aku dapat rasakan semangat patriotisme aku meningkat. Aku kini lebih belajar untuk menghargai apa yang aku ada dan lebih menghormati orang lain. Nanti-nanti kalau aku lupa daratan, tulisan ini akan menjadi bukti untuk sedarkan aku yang aku selamanya dididik dengan pelbagai kesenangan hinggakan perlu diasuh dalam kem tentera dan polis.

Tapi tu lah, ada hikmah rupanya aku tak layak masuk badan beruniform. Semangat ada tapi kekuatan takde memang tak berguna okayyyy. Kahkah.

 
Syakinah and Fairol Eiddi signed off forever. Goodbye memories!
-

Terima kasih kepada penyelaras di Maktab PDRM, Tuan Saufi dan En Izuan atas segala pemantauan dan juga sesi peneman di PGA, untuk sesi-sesi kuliah yang sangat menarik sepanjang di maktab. Untuk jurulatih menembak, En Hasbullah dan team, terima kasih atas kesudian memberi saya peluang bermesra dengan Walter P99 sehingga puas.

Terima kasih juga kepada Tuan Mior dan team untuk sesi di PGA, sesi kelas teori yang dijalankan sangat membuka mata saya. Untuk jurulatih jasmani, terima kasih atas sokongan dan dorongan setiap pagi agar saya sentiasa bersemangat walaupun hakikatnya semangat saja tak cukup. 

Terima kasih atas segala perjuangan kalian, wira negara. Terima kasih sebab rela menggalas tanggungjawab melindungi negara ini dengan senjata. Moga syurga dan pahala buat kalian.

-
Okay babai.

Do good, be good, stay good.
Patuhi SOP okay!

Esok aku mahu menyambung tugasan sebagai pemudah cara rakyat di Bentong. Wish me well!

Wednesday, September 9, 2020

DPA - Gelanggang Menongkah Waktu

Tahniah kepada yang berjaya melayakkan diri ke peringkat berikutnya dalam pengumuman SPA semalam. Nampaknya terkawal sungguh ya jumlah calon yang layak ke PAC. Tengok macam takde UKJK, phewww beruntung banget anda. Tapi kalau ada UKJK, all the best! 

(Baca pengalaman PAC aku di sini dan di sini)

Entri kali ini berkisar tentang pertanyaan di ruang komen dan dari Pn Nadia yang mesej saya di Messenger iaitu berkenaan dengan tempoh masa seharian di INTAN. Kita Kadet DPA akan tinggal sepenuh masa di INTAN Bukit Kiara (IBK) / Jalan Elmu (IJE) dan sepenuh masa tertakluk dengan peraturan INTAN. Semua kadet perlu sentiasa peka dan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan di INTAN tanpa sebarang pengecualian kecuali atas sebab-sebab tertentu. Wow seperti MC buat pengumuman gitu. Eh tibber!

Nah, saja nak tayang keaktifan aku di situ. Keh!

Sebab itu, ada dalam satu entri tu aku ada bilang waktu kadet sangat padat. Jadual asal kadet seawal jam 6.30 am. Meh aku senaraikan secara poin untuk kita mudah nampak. Tapi, selepas PKP, jadual ini berubah mengikut keperluan.

  • 6.30 am - 7.00 am = PT pagi
  • 7.01 am - 8.00 am = Sarapan pagi
  • 8.30 am - 01.00 pm = Kelas
  • 01.01 pm - 2.30 pm = Makan tengah hari dan solat zuhur
  • 2.31 pm - 04.30 pm = Kelas petang
  • 04.31 pm - 05.30 pm = Urus diri dan solat asar
  • 05.31 pm - 06.30 pm = PT petang
  • 06.31 pm - 08.00 pm = Urus diri, makan malam dan solat maghrib
  • 08.00 pm - 10.30 / 11.00 pm = Aktiviti tambahan
  • Aktiviti secara rasmi tamat jam 11.00 pm. Tapi, jangan lupa tugasan dan laporan yang perlu diselesaikan itu. Jangan nak taichi sangat ya! 

Nampak tak betapa padatnya jadual kadet ni? Kami tak sempat pun nak hidup bersenang-lenang. Macam aku misalnya, adalah seorang kaki tidur yang perlu ambil nap pada waktu tengah hari untuk recharge tenaga. Kalau rujuk pada jadual di atas, kelihatannya banyak kan waktu rehat tengah hari di situ? Tapi jangan lah anda terpedaya, kerana anda bisa merana sekiranya terlalu ikut jadual berkenaan.

Sibuk pun sempat jugak melaram menjiwai watak petani bergaya. Menang busana terbaik tau ni! Hahaha.

Di sinilah kemahiran kita teruji. PTD perlulah fleksibel dan pandai sesuaikan diri. Kita kena bijak kawan-kawan, kita yang buat dia. Nak power nap, suaikan sampai jadi. Nak telefon keluarga, janganlah waktu kelas. Macam aku bilang juga, aku call keluarga aku setiap pagi masa pergi kelas. Keluarga aku faham jaa.

Hey you takde anak, boleh lah cakap macam tu. Chill korang. Kita yang suaikan dia, kita yang tentukan. Kawan sidang aku punya anak yang masih menyusu lagi, boleh saja beliau suaikan waktu pam susu, telefon anak dan join aktiviti serta duduk di INTAN. Jangan risau, segalanya boleh diselesaikan dengan perbincangan. Yang paling penting, sentiasa update dengan pihak di luar INTAN itu sebaiknya, jelaskan pada mereka dengan telus serta minta juga sokongan dan dorongan mereka. Kita yang di dalam INTAN ini sememangnya sibuk dengan tugasan harian.

Sudahlah sibuk, ni tenaga kita ni, kemampuan kita mesti akan teruji. Koyak, rabak, jahit balik adalah istilah biasa yang akan singgah ke cuping telinga kita ni. DPA ni lah gelanggang awal kita berlatih sebelum kita masuk ke dalam medan sebenar. DPA ni jugalah yang akan ajar kita, kita ni macam punya lebih dari 24 jam sehari dan lebih 7 hari seminggu. Penat, siapa kata tak penat? Koyak, siapa je yang mampu positif memanjang?

Cuma, kita kena ingat sampai bila kita nak layan penat kita tu? Terlebih layan tak ke manalah kerja kita. Kita juga akan terlebih penat nak hadap kerja bertimbun. Maka begitulah keadaannya kehidupan seorang kadet selama 10 bulan. Pejam celik pejam celik, macam tak percaya aku dah nak habis. Tinggal 71 hari lagi jeee.

So, yeahhh... itulah dia kisah entri kita pada kali ini.

-

Selamat membuat persiapan mental dan fizikal kalian yang layak.

Kerana, DPA ini satu perjalanan yang perlukan persinggahan. Bukan untuk berhenti tetapi untuk meredakan diri.

Okay.

Babai.


Do good, be good, stay good.

Patuhi SOP tau!

Saturday, August 8, 2020

DPA - Tatacara Pemakaian Kadet

Entri kali ini akan memberi bayangan kepada kalian semua mengenai tatacara pemakaian kadet DPA. Mungkin ada minor perubahan pada setiap batch, tapi keseluruhannya hampir sama setiap batch. Tatacara pemakaian ini adalah penting untuk dipatuhi bagi membiasakan diri kita berpakaian mengikut kehendak dalam sektor awam.

Dalam DPA ni aku ada 5 jenis pakaian yang perlu digunakan. Jadi aku akan cerita satu-satu supaya kalian boleh prepare better later.

Baju kurung

Setiap hari, baju inilah yang aku sarung. Baju kurung ni menjadi pakaian rasmi dalam majoriti hari-hari aku dalam DPA. Dikenali sebagai PO. So kalau dengar pakai PO, haa cepat-cepatlah sarung baju kurung. Jenis baju kurung yang dibenarkan adalah baju kurung biasa dan baju kurung moden tanpa elemen fesyen yang keterlaluan, ketat dan sendat. 

Sebulan pertama aku masuk DPA, jujur aku bilang aku rimas pakai baju kurung ni. Seumur hidup aku, hanya hari raya sahaja aku pakai baju kurung. Jadi boleh kira dengan jari berapa hari je aku sarung baju kurung, plus berapa helai jee baju aku ada. Zaman universiti jugak UM tak wajibkan pemakaian baju kurung, maka baju seharian aku adalah tshirt kolej dan jeans sebelum berubah dari blouse dan jeans dengan berkasut Converse.

Tapi lepas sebulan, yas aku happy pakai baju kurung sebab aku takyah fikir banyak nak mix and match outfit aku. Dah lengkap satu set baju dengan kain. Dalam seminggu, 3 hari kita akan berbaju kurung: Isnin, Rabu dan Jumaat.

Baju batik

Baju batik ni mesti batik Malaysia. Bukan batik Indonesia. Kena pastikan betul-betul supaya tak membazir beli baju. Nak tahu beza batik Malaysia dengan batik Indonesia?

Batik Malaysia hanya gunakan corak flora sahaja. Corak fauna seperti unggas dan serangga je digunakan. Tak pernahlah aku nampak batik Malaysia ada corak shark dekat batik. Tapi batik Indonesia macam-macam corak ada. Dan nak lagi senang, korang terus je cari kain dekat Kamdar, Jakel dan Nagoya sebab diorang memang confirm-confirm ada seleksi batik Malaysia. Cuma kalau nak beli yang RTW online, kena pastikan betul tu batik Malaysia.

Baju batik ni kita pakai hari Khamis.

Lounge Suit

Ni paling best laa aku rasa. Hahaha. Aku suka sangat pakai lounge suit ni tapi dia memang panas sebab kain tebal. Dan lounge suit ni, mahal. Jadi pastikan tak tersalah jenis atau design. Lounge suit ni harga permulaan dia RM299. Dekat kampung halaman aku, satu set lounge suit cecah RM799 hmmm. 

Dalam kalangan kadet 2020, awal-awal kami banyak dengar nama Winor. Bukan sebab murah ke apa, sebab kami masa tu blur gila nak tempah kat mana. Bila sorang usha, orang lain pun usha. Harga Winor RM399 - RM 550 ikut jenis kain. Oh lupa nak beritahu, cari yang custom made tau supaya ngam-ngam soi kat badan kita. Tu pun salah satu faktor yang menyebabkan lounge suit mahal harganya.

Ada jugak yang share kat Putrajaya, ada tailor amek satu set lounge suit ni RM299. Memang range harga dia gitu kan. Untuk perempuan, lounge suit hanya dipakai pada hari perhimpunan sahaja. Lelaki akan pakai lounge suit pada setiap hari kecuali hari Jumaat.

Baju Korporat

Baju korporat ni tertakluk kepada pengurusan setiap batch. Macam Bitarawangsa, disebabkan PKP,  masuk bulan keenam baru wujud baju korporat ni. Tapi aku ada baca senior batch lain, sejak awal lagi dah ada baju korporat. So, ikut nasiblah baju korporat ni siap bila.

Bila dah ada baju korporat ni, kuranglah sikit sarung PO. Baju korporat pakai hari Rabu.

Baju Sukan

Jangan nak gelak. Ni dah jadi baju rasmi tau sebab setiap hari ada PT, selang seli awal pagi dan petang. Haaa masaklah kome. Awal-awal masuk DPA, takde baju sukan seragam lagi. So, sarung je laa baju hitam seluar hitam. Dah ada baju sukan rasmi 2 pasang, so rotate je laa baju sukan tu ikut arahan. Baju hitam seluar hitam tu dah boleh simpan elok-elok dalam bagasi.

--

So dah nampak kan tatacara pemakaian yang perlu digunakan dalam DPA ni? Harapnya korang plan betul-betul sebab ia melibatkan bajet yang besar. 

Okay.

Babai.


Do good, be good, stay good.

Patuhi SOP tau!

Saturday, August 1, 2020

DPA - Kekuatan Dalaman

안녕하세요!


Ni kira sambungan dari entri sebelumnya tau. Seperti diberitahu, aku nak cerita pasal support sistem dalam DPA ni. Supaya korang dapat bayangan yang korang tak bersendirian pun dalam DPA.


Batch aku ni, Bitarawangsa. Paling special Bitarawangsa ni sebab 2020. Ececeh macam takde kaitan ekk.. Hahaha. Batch aku ni jugak 'cuti paling lama di rumah' - 3 bulan woo pasal PKP. Walaupun bukanlah cuti, tapi duduk rumah tu rare banget untuk kadet ya. Bitarawangsa ada 404 ahli dan dibahagikan kepada 5 sidang. Sidang ni macam homeroom lah - makan minum, aktiviti semua bersama. Salah dan silap apatah lagi.


Bukti, guwa ahli Bitarawangsa yang sah. Hewhew.

Dalam satu sidang ada 8+ orang. Sidang ni akan dapat tahu dalam minggu ketiga lepas daftar. Tapi, aku tak tahu tau atas kriteria apa sidang ni ditentukan. Ada yang bilang ikut personaliti dalam ujian personaliti. Biarlah, aku tak kisah pun. Aku diletakkan dalam Sidang 4. Sidang yang paling havoc, chill, muda tapi sentiasa humble. Orang kata, orang yang kata tau, Sidang 4 ni kreatif dan playful. So yeah, aku enjoy ada dalam sidang aku ni. Kena dengan jiwa. Gituuu...


Sidang ni perlu ada nama sendiri nanti. Ada ketua sidang dan penolong ketua sidang serta ahli jawatankuasa lain yang akan sentiasa berubah setiap bulan. Jadinya, setiap bulan kita dapat merasai pengalaman bekerja dengan ketua yang berbeza. Seperti dipersetujui, Sidang 4 ini dikenali dengan nama Lasykar. Jadi aku akan bersama Lasykar sampai hujung DPA nanti serta bakal mengimbau memori kami sampai ke pencen nanti. Aku pernah jadi Biro Kesenian dan Kreativiti di bawah ketua yang best.

Logo keahlian sidang paling cool.


Bukti aku pernah berada dalam bahagian pentadiran sidang.

Dalam Lasykar itu sendiri, kami dibahagikan lagi kepada 8 kumpulan kecil. Ada 10-11 orang satu kumpulan dinamakan sebagai Cool Squad (CS). Aku masuk CS paling bongsu, CS8 diketuai oleh balong yang paling muda dalam kalangan abang kak long lain. Kira tujuan CS ini diwujudkan adalah untuk memudahkan penyampaian maklumat. Jadinya, Biro bulan Februari memainkan peranan yang cukup kritikal untuk mencairkan ais dalam kalangan ahli Lasykar sebab kami dahlah tak kenal langsung setiap orang tapi kami terpaksa deal dengan setiap orang.


Tapi lama-kelamaan, CS ni buat kami jadi erat sesama sendiri. Dah kira jadi keluarga dalam DPA tapi tak mainlah guna label 'keluarga'. Guna squad baru rawrrrr! Dalam CS ni laa kita nak meroyan, support each other dan berkongsi makanan. Makanan tu paling penting, teras kebahagiaan hokeh.


Nak bikin kita jadi lebih kuat, setiap ahli akan dapat buddy dari sidang yang sama. Aku bertuah buddy aku baik dan penyayang orangnya. Sebab tu, dia layak jadi Biro Kebajikan & Kaunseling Mei 2020. Kiut je anak dia. Taknaklah puji dia, nanti dia riak hahaha. So nak bercerita apa pun, pergilah aku ke buddy aku ni. Aku banyak main laa macam biasa. Memang terpaksa redo laa si buddy aku ni.


Seperti aku pernah bilang, DPA ni panjang perjalanannya dan tidak boleh tipu yang perjalanannya memenatkan. Jadi memang perlu ada sokongan orang sekeliling terutamanya dari orang yang ada dalam circle tu sendiri supaya mudah faham keadaan kita. 


Macam aku, aku bukan manusia yang super friendly. Aku memang ambil masa nak cipta persahabatan. Senang cerita, kalau tengok muka harian aku, jaranglah orang kata aku crazy friendly sejak azali. Orang mesti ingat aku sombong. Jadi, dengan adanya buddy, CS8 dan Lasykarians, aku ada rasa enjoy di celah-celah kesibukan dunia itu.


Lasykar tidak akan pernah lengkap ejaannya tanpa 'A". Begitu juga kita. Perjalanan kita ini ditakdirkan untuk kita lengkapi bersama. Terima kasih kalian.

Yang boleh aku rumuskan di sini, kekuatan dalaman itu bukan perlunya dari diri setiap individu sahaja. Tapi ada yang datang dari dalam kelompok itu sendiri. Rasa kekitaan yang wujud itu bakal melahirkan rasa kebersamaan yang membawa kepada kefahaman yang selari antara satu sama lain. Macam tengah jawab esei dasar pulak pfftt...


Okay.

Babai.


Do good, be good, stay good.

Patuhi SOP tau!

Thursday, July 30, 2020

DPA - Tak Kenal Maka Tak Cinta

안녕하세요!


Aku berniat haritu. Andai aku lulus paper core aku, aku nak buat entri pasal DPA. Nampak macam apo niat gitu, lulus paper je kot, buat entri je pun. Hewhew. I don’t care, i nak cerita jugak hahaha. Jadinya, entri ni, akan ada banyak part sambungan. Sebab aku nak cerita lebih dalam lagi apa yang dilalui dalam DPA ni memandangkan permohonan PTD M41 telah ditutup 27 Julai 2020 haritu. Biar yang memohon ni dapat bayangan apa yang bakal dilalui. Jom mula!


(Mungkin nak baca perjalanan dari online exam sampai ke IV, boleh ke sini)


Lepas lulus IV nanti, kita akan ditawarkan untuk mengikuti Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) selama 10 bulan di INTAN Bukit Kiara/Jalan Elmu. Tak boleh pilih kampus mana pun, ikut je apa diorang tetapkan senang takyah serabut.


Ni first time pakai court shoes begini, semestinya kaki aku terkejut dengan pemaksaan ini.

Orang tanya aku, aku buat apa sekarang. Aku pulak jenis tak reti nak bagi jawapan mudah. Jadinya, kesudah aku jawab aku tengah belajar. Sebab ikut logik aku, aku bukan kerja cuma waktu je ikut waktu kerja. Nak cakap latihan, nanti jadi lagi panjang perbualan tu sebab ada pulak ingat aku rekrut polis atau askar. I rasa diperli nok, badan gebeh-gebeh gini kok rekrut askar. Kah!



Kenangan masa nak pergi GI. Terus guna nama glamer. Kah!

Passport untuk minggu suai kenal.

Sebenarnya DPA ni, macam satu platform latihan untuk persediaan bekerja dan latihan ni berfokus untuk mempersiapkan kau menjadi seorang PTD. Untuk senang faham, kita ambil contoh rekrut askar ya. Askar kena masuk training 6 bulan kan, dalam tu belajar laa segala berkaitan. Habis kursus 6 bulan, taraaa kau keluar sebagai seorang askar.


Haa, sama lah dengan DPA ni. 10 bulan belajar itu ini untuk bentuk kau jadi PTD. Tapi, orang awam jarang dengar pasal DPA. Yang orang tahu, tahu-tahu dah jadi PTD. Tu DPA ni macam rare sikit pada pendengaran orang.


Secara amnya, dalam DPA ada 2 jenis modul: modul akademik dan modul bukan akademik. Tempoh masa setiap modul ni 2 minggu. So dalam 2 minggu setiap modul akademik tu, ada tugasan individu, tugasan berkumpulan termasuklah pembentangan dan paling utama, ada exam. Nampak sama macam zaman univ kan? Haa sama la tu.


Okay, siapa tahu 8 bidang tugas PTD? Ehem, meh sini noona kabo.

  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi;

  2. Pengurusan Kewangan;

  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara;

  4. Pengurusan Teknologi Maklumat;

  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur

  6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/ Perbandaran/ Tanah/ Daerah/ Tempatan

  7. Pengurusan Ekonomi; dan

  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.


Maka, dalam DPA, 8 bidang tugas ni akan kita pelajari dalam modul akademik berkaitan untuk jadikan kita ni PTD serba tahu. Sebab skop kerja PTD kan luas, jadi eloklah kalau banyak ilmu. Kemudian, ada lah tambahan modul-modul lain. Tempoh 10 bulan yang dilalui ni memang penuh dengan proses serap ilmu je. Memang rasa berguna je masa-masa yang ada. Gitu.


Modul bukan akademik ni laa yang boleh dianggap highlight of the program. Ke aku je yang terlebih teruja ni? Dalam modul bukan akademik ni, ada modul bomba, askar, polis dan Outbound School. Seronok kan? Bila lagi nak rasa semua benda ni. At least dah rasa sekali seumur hidup. Wehuu.


Jadi, masing-masing dah nampak gambaran ya, apa itu DPA. DPA ni panjang tau perjalanannya. Secara jujurnya, sangat memenatkan. Tapi, bila ada sokongan orang sekeliling, taklah rasa penat sangat. Entri berikutnya, aku akan cerita pasal ‘support system’ dalam DPA ni okay.


Ada nak tanya apa-apa? Tinggalkan soalan di komen ya atau boleh je PM di fb messenger, nanti aku respon.


Okay.

Babai.


Do good, be good, stay good.

Patuhi SOP tau!

Sunday, March 15, 2020

Kadet PTD: OPN Tentera

안녕하세요!

Hai gaiss! I baru balik 'sunbathing' kat PD. Wow, cannot say more, Malaysia is so hotttt yah!! Pheww!

020320 - 130320, sidang aku dijadualkan untuk menghadiri Modul Operasi Pertahanan Negara (Tentera) di PD. Tentera darat gaiss! Mesti korang pernah dengar dalam 3 cabang tentera di Malaysia, latihan tentera darat paling taf. Kan! Aku pun pernah dengar.

Aku punya inner talk yang menakutkan bila fikir pasal tentera. Perkataan tentera tu sendiri dah tunjukkan sifat keras dan tegas. Jadi, bila mengenangkan yang aku akan masuk tentera, inner self aku bergaduh sesama sendiri. Pelik ekk?

Aku sedar diri yang aku ni semangat je ada, tapi kekuatan semua ke laut dalam. Fizikal tak fit siap sakit lutut haihhh, mental pulak separuh ready. Apalagi yang perlu aku expect selain dimaki di kem askar nanti? Jujur cakap, aku expect yang negatif je kat kem.

Tapi sebaliknya yang berlaku, aku enjoy every moments kat dalam kem dengan bahagia. Member platun membina, jurulatih platun aku sangat baik hati, PTI platun pun Allahuuu elok je ajar cong. Semua yang baik-baik je aku rasa sepanjang kem ni. Cuma mustahillah bahagia manjang kan? Aku 2 kali jugak koyakkkkk di sana. Kehkeh!

Siapa sangka cuma 2 kali je member ni koyak? Aku sendiri sangka 24 kali dia akan koyak!
Physical Training (PT)

PT ni setiap hari; pagi, tengahari dan petang mesti ada. So bersedialah untuk kurus dengan cemerlang. Psttt tapi aku tambah berat aku rasa. Pftttt... Pagi lepas subuh kau berhunggah pre-support lah, push up lah, sit up, 4 gerakan, PT jump semua ada okay. Yang takde tu cuma kekuatan je. Dah penat gitu gini kena lari. Fuhhh, menduga. Tengahari sebelum makan, kena lari 3 round dewan makan. Aku biasalah kuat wayang, 2 round je mampu. Petang pulak ulang balik rutin sebelum subuh tu. So memang sepatutnya cergas laa kau rasa. Tapi aku rasa bateri aku kong, masuk kelas mesti caj balik.


Circuit Training

Event ni gila kelakar. Kau dah lah baru je nak adapt dengan jadual rutin, ye laa baru 2 hari sampai. Pastu penat gila sebab PT petang, malamnya bila sampai tempat yang disebut tu baru tahu ada pertandingan. Nama je training, tapi battle antara platun. Disebabkan sebelum ni Biro Kecergasan sidang aku dah buat circuit training ni, takdelah terkejut sangat badan aku. Cuma, macam aku bilang, aku tak fit lagi. So aku over penat dan lutut serta ankle aku sakit gila. Tapi, aku tak masuk light duty sebab aku rasa aku masih boleh push myself.

Platun aku dapat tempat kedua. Good job guys!


Road Relay: Cheetah Challenge

Aku tak dapat join. Seperti aku kata, aku ada semangat tapi takde kekuatan. Ini perlawanan antara platun. Aku tak boleh pentingkan diri walaupun aku memang nak cuba join. Disebabkan itu, aku katakan pada jurulatih platun untuk jadikan aku simpanan/ pilihan terakhir platun. Biar yang lebih berkemampuan join. Pada hari pertandingan, aku jadi team supporter; supply air dan suara. Kah! Tak tahu nak terangkan macam mana, tapi aku macam nak nangis bila tengok diorang sampai kat checkpoint yang aku tunggu, bila diorang cecah garisan penamat. Aku bangga dengan setiap ahli platun aku. They truly deserved that 1st runner up placement again because of their efforts!


Pandu Arah

Ini tidak boleh kata tidak, aku kena join. Bagi aku, ini tidak perlukan kekuatan berlebihan. Berbekalkan semangat, aku galas beg yang mengandungi first aid kit, 3 liter air dan 1 set ration dengan penuh kacaknya untuk menempuh laluan hutan onak duri dan tidak rata. Jarak perjalanan tak jauh mana, 1.8km sahaja tapi weyy sumpah rasa nak tercabut kaki ni. Bahu pulak dah terasa nak terlerai. Dan aku tacing lagi. Sepanjang perjalanan, aku tak habis respect pada askar di medan perang. Kekuatan dan kemampuan mereka bergerak dalam hutan dan menggalas bebanan ration untuk bekalan sehingga 14 hari ni tidak boleh disangkal lagi. Semoga Tuhan membalas segala kebaikan dan pengorbanan mereka dengan rezeki dan kasih sayangNya.

We were so consistent okay! We still entitled as 1st runner up. Yeayyy!!


Menembak

Siapa nak bagi kau peluang handle Glock dan M4 secara percuma? Jawapannya OPN DPA ni. Ini peluang pertama yang paling aku hargai sebab sebelum ni aku pernah usha nak menembak kat Johor. Tapi aku pokai so harapan tu terkubur. Bila dapat peluang begini, aku enjoy. Jangan risau, jurulatih akan bagi penerangan awal dan cara-cara nak guna menatang ni. Kau dengar je betul-betul, insyaAllah tak jadi masalah dah pastu.

Bukti aku tekun mendengar penerangan cara-cara nak handle senjata.
Platun aku power tang menembak ni. Kitorang pungut 835 mata sedangkan platun lain 629, 643 dan 657 mat je. Padu kan? So jangan main-main dengan aku dan member platun aku, kitorang tak shoot to kill pun, masih boleh mencederakan tau. Hahaha. So kalini merasa lah johan pertandingan menembak. Power kan power kan!

Jaga-jaga, selalunya tembakan I tersasar ke pintu hati.

Ilmu Medan Perang

Dalam modul ni, kami diajar isyarat-isyarat yang tentera gunakan dalam medan, cara nak bina khemah, cara survival. So lepas kami pandu arah tu, kami masuk ke hutan untuk IMP ni. Di sini kemahiran aku terasah sepenuhnya. Bukan kemahiran bertukang ya, kemahiran tidur tanpa batas. Dia punya penat lepas pandu arah tu tak hilang lagi, tambah pulak nak hadap menembak, pheww... masa details lain tengah amek turn menembak, masa tu lah kita lelap mata. Nah, for me, it's a bedtime!

Gunakan masa sebaiknya. Well, waktu tanpa amali adalah waktu tidur bagi askar.
Tapi, masa nak bina khemah tu semua, kita buatlah betul-betul. Contohnya, ngendeng kayu yang jurulatih prepare untuk khemah dia sendiri, janji nak masakkan meggi kat member lelaki supaya mereka semangat nak buatkan khemah aku dan bawak bertenang masa hujan lebat sebelum sama-sama cabut lari bila khemah jadi kolam renang. Tu semua pengalaman tau!


Lawatan & Perkongsian Ilmu

Sepatutnya ikut jadual, kami akan buat lawatan ke MARWILA TLDM kat Lumut dan singgah Kuantan. Tapi disebabkan COVID-19, MINDEF dah keluarkan memo dan kami hanya lepas hingga ke TUDM Subang. Aku kecewa tapi siapa aku untuk tunjukkan kekecewaan itu. Ececehhh tahik! 

Kami turut ke Malaysian Peacekeeping Centre depan kem tu je untuk sesi perkongsian ilmu dengan tentera yang pernah berkhidmat bawah UN. Satu perkongsian menarik yang bagi aku mungkin tak terlalu relevan dengan keadaan dunia masa kini. Tapi, masih satu usaha yang patut dihargai.

Kesimpulannya, aku sangat-sangat beruntung dapat join OPN Tentera ni dan aku bersyukur yang aku pergi ke kem ini dengan minda yang terbuka walaupun inner self aku ajak aku mengarut. Tiada 'akhirnya' kalau kita tak memulakannya. Di sini aku sedar yang aku direzekikan jadi Kadet PTD, bukan kadet tentera, yang akhirnya aku tetap dapat join latihan ketenteraan ni.

Latihan yang aku label sebagai 1/20 daripada latihan sebenar ni pun badan aku dah separuh menolak. memang Tuhan tahu aku tak mampu nak hadap lagi 19 pecahan tu. Percaturan yang melangkaui pemikiran seorang hamba walau sebelum ni meroyan macam apa.

-

Untuk member Platun 3, anda semua terbaik dan banyak bantu sesama kita sepanjang terkurung dalam kem. Perkara ni yang paling utama sampai kita mampu jadi team yang konsisten dan walau dinafikan peluang, kita tetap chill.

Untuk jurulatih Platun 3, terima kasih sebab selalu push diri ni dan member lain untuk beyond our limits. Kami dah selalu selesa jadi agak susah nak terima apa yang nampak susah. 

Untuk seluruh jawatankuasa Siri 2/2020, terima kasih sebab bagi peluang pada kami untuk belajar di kem, dedahkan kami dengan cara kerja Kementerian Pertahanan. Semoga dengan berkat tunjuk ajar ni, kami mampu pulangkan semula jasa kalian melalui cara kerja kami nanti. Terima kasih jugak atas pengorbanan kalian menjaga negara ini daripada musuh walaupun ada yang pertikaikan tugas kalian. Terima kasih kerana sentiasa kelihatan smart dalam uniform.

Semoga dengan lencana yang aku rembat dari stap ni, aku akan sentiasa ingat yang aku sebenarnya boleh je hadap.
Aku akan ingat apa yg stap kata; "Aku tahu kau. Kau ni nampak je keras, tapi kau cepat mental."
Okay stap, no more!!
Okay babai.
Esok aku nak ke kelas Research Methodology dan paling utama nak rehat. Sebab sejak 130320 ni rangka ayat, 150320 baru siap 1 entri penuh.

Do good, be good, stay good.