Wednesday, December 28, 2016

PENGAJIAN ANTARABANGSA DAN STRATEGIK (II)

안녕하세요!
 
Wohooo, segmen coretan bersama mak kini kembali, nyah! *bunyi efek tepuk tangan* Bila nak study tu lahhh idea nak meluahkan itu bagaikan air terjun tak berhenti-henti memaksa diri ini untuk membuat entri baru. Puihhhhh!!! Padahal, memang dasar pemalas nak study.

Memandangkan aku bakal menduduki peperiksaan Sem 1 Tahun 3 (maigaddd, terasa tua sangat dah), rasa macam tak adil pulak kalau aku tak buat review pasal subjek Tahun 2 aku. Haa, gituu! *berharap agar ada bakal junior yang tercari-cari blog ni nanti untuk rujukan* macam subjek Tahun 1 aku.

Disebabkan aku tiada di Malaysia pada Sem 1 Tahun 2 (aku berada di sini), aku cerita pasal subjek Sem 2 Tahun 2 dulu. Kemudian, baru subjek Sem 1 yang aku ambil pada usia Tahun 3 ini. Okeh? Tapi subjek sem 1 tu macam kena cerita taim nak exam sem depan je ...

AUEA 2103: REGIONALISME BANDINGAN

Dr Bala yang super friendly ajar subjek ni. Serius aku cakap, aku paling enjoy amek subjek ni… sampaikan assigntment dia aku dah siap awal-awal even aku belum present lagi. Hehehe.

Keseluruhannya, belajar pasal badan regionalisme yang ada di setiap rantau dan lebih berfokus kepada ekonomi macam MERCOSUR, SAARC malah ASEAN serta EU. Tapi biasalah, bila dah banyak banyak nama macam gini, aku banyak kali gak mabuk tak bertempat. Haram betul! Bila tah nak serius… 

Bila dah belajar pasal setiap regionalisme tu, baru kita buat perbandingan. Mana yang lebih bagus dan efisien? Mana yang lebih menyeluruh pelaksanaannya? Haa gituu lah…

AUEA 2104: UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Kehkeh! Aku tak sangka weh aku boleh amek law. Aigoo yaa!! Seminggu sekali je padahal jumpa law ni, tapi dia punya penangan mabuk tuuuu sampai waktu exam bhaiii terasa.

Puan Wan Sharina Ramlah yang ajar. Ni bukan salah lecturer yang mengajar, tapi aku asal masuk kelas nii je kan… macam lepas telan ubat tidur satu kontena! MashaAllah ngantukkkk~ Kira ni asas pasal undang-undang antarabangsa je, ada analisis case study untuk lebih faham. Pasal perebutan wilayah, kewarganegaraan, hak-hak ekslusif macam tuuu… Sambungan subjek ni Undang-undang Laut Antarabangsa yang memang aku tak kan ambil. Huhuuuu!


Nampak tu banyak perjanjian? Mataiiii!
AUEA 2105: TEORI HUBUNGAN ANTARABANGSA II

Subjek ni diajar oleh Prof Dato’ Mohamad Abu Bakar, the legend of IR Department. Nak kenal Prof Dato’ ni, hampa search kat internet… memang ada. Seorang Prof Dato’ yang amat subjektif pemikiran dan gaya bahasanya, kadang kala buat aku jadi seperti kapal tanpa nakhodanya. Mana taknya, metafora dan hiperbola yang Prof Dato’ gunakan memerlukan pemahaman yang tinggi.

Sebagai contoh; fungsionalisme adalah fungsi yang melahirkan fungsi. And I was like, whatttt? Tapi lepas tu faham lah. Cuma masalahnya, bila aku nak zahirkan atas kertas jawapan, dia jadi hmmmmmmm pffttttt apa pun tak boleh pasrah dengan keadaan.

Tapi Prof Dato’ dah takde lagi kat jabatan. Sedihnya. Patutnya Teori Hubungan Antarabangsa I yang aku ambil sem ni, Prof Dato’ yang ajar… tapi, dah takde niii, ganti Dr Roy.

Kembalikan Dato’ Kami <-- nama group WhatsApp budak batch bawah aku. HAHAHA, korang ingat aku tak tahu?

AUEA 2311: DASAR LUAR NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

Dr Arina Khoo yang ajar subjek ni. Dr Arina memang cool, so subjek ni agak senang untuk aku faham walaupun di permulaannya aku lost gila babiii teruk. Nasib jumpa jugak jalan sebenar lepas lost tu. Setiap negara kat Asia Tenggara ni ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, jadinya masing-masing ada dasar luar sendiri untuk pastikan kelangsungannya dalam arena antarabangsa. Itu yang kita analisis macam mana dasar-dasar luar ini memberi kaitan antara satu sama lain.

Aku target A untuk subjek ni!
AUEA 3310: DASAR LUAR MALAYSIA

Subjek ni pun Prof Dato’ yang ajar. Hmmm, dah dapat gambaran kan macam mana cara kami belajar? Jangan tanya aku, aku dah hanyut di lautan tidak bertepian. Nasib tak karam je… Berfokus pada zaman Bapa Kemerdekaan hingga ke zaman Bapa Pemodenan, kita analisis lah dasar luar Malaysia tetapi lebih kepada perbandingan dasar luar zaman TAR dengan Tun M. Dan, kami beruntung sebab kami dapat buku-buku percuma hasil tulisan Prof Dato’ untuk lebih faham pasal ni. Alamakk, aku lupa pulak tajuknya! Tapi, aku dah habis baca tauu…

Maka keseluruhannya, aku kutip B campur-campur untuk kertas-kertas IR masa sem 2 Tahun 2 ni. Aduhaiiii… kau jangan gelak, makan kaki kang! [Hmmm tu lah, lost je memanjang, padan ah!!] 

Cuma subjek teater je aku dapat A solid. Nampak tak betapa padunya aku berlakon? HAHAHA.

Babai.
Aku nak study Major Power Dr Bala.


Update: Sudi-sudikanlah follow Road to PTD kina kat sini. Semoga dengan berkat doa kalian, aku dapat grad dengan jayanya.

Thursday, November 10, 2016

Minggu Hectic Kina!

안녕하새요!!

Lama nya aii tak hapdet entry! Puihhhh macam ada orang kesah pulak. Rindunya nak ada masa lapang melimpah ruah... sekarang niii, penuh jadual dengan pelbagai plan yang rasmi ataupun tidak. Sampai nak tidur pun start waktu tengah malam. Sedih aa camnii!

Lagi-lagi minggu ni, minggu 9 ni, banyak betul plannya dari IRSoc sendiri, dari fakulti ke, dari HEPA ke hmmmm .... Dalam banyak banyak event, guwa paling suka 2 events ni. Memang betul-betul guwa enjoy! Pementasan teater Plastik Hitam dan Observing the United States Presidential Election 2016.

Pementasan teater Plastik Hitam tu bukannya IRSoc yang handle pun. Kami cuma dijemput menonton. Tapi aku memang seronok lah.. sebab dah lama kan tak tengok teater. Kira memang release tension habis. Teater ni kerjasama antara INTEGRITI Malaysia dengan Kolej Tunku Bahiyah serta Pusat Kebudayaan UM.
Sebab dalam INTEGRITI ada senior IR, then kami dapat peluang menonton!
Aii dengan Dr Lenny Erwan, pengolah semula skrip Dewan Persidangan yang pernah aku jadi watak utamanya.
Siapa lagi aneh, si senior kah si junior?
IRSoc bersama Tan Sri Johan Jaafar, mantan pengerusi Media Prima
The Girls of Batch 1415
Event kedua: Observing the United States Presidential Election 2016 pada 9 November 206 (waktu Malaysia). Aku kira event ini paling grand dalam hidup aku. Diberi peluang untuk merasai kehangatan pemilihan POTUS walaupun berpisah hari dari Tanah US, satu pengalaman berharga. Seolah-olah aku berada di US sebab berita pasal election ni non-stop disiarkan masa di situ. Yelah, US Embassy yang handle. Event ni diadakan di JW Marriot KL. #USElectionKL siap ada mock election tau! Tentu-tentu aku tak lepaskan peluang nak undi ..srvftkl..

Sebelum mengundi, kita dengar dulu manifesto setiap parti kan?
Antara IRSoc yang dijemput ke event ini.
Dia ingat dia tinggi aku pilih dia kah?
Tapi sama tinggi pun tak semestinya aku pilih dia.
With eonni, chingu wa dongsaeng.
Terbang khas all the way from US!
Ask Uncle Sam babe!
Sebelum ke 2 events ini, aku busy dengan satu kursus yang makan masa aku 3 hari. Aku gigihkan hati untuk pergi walaupun kerja aku banyak sangkut. Nasib baik, overall bagus. Ada lah tragedi hampir sesat dalam hutan masa compass marching, tapi okay lahh still dapat balik even jadi kumpulan last. Berkursus di Puteri Resort, Ayer Keroh. Makanan dia sedap! HAHAHA.
3 hari beb 3 hari!
Bersama YDP Tasha dan NYDP Rayyan
Mewakili IRSoc :)
Kami rumet selama 3 hari 2 malam.
Ohh! Lepas tu ada Korea Festival di UM yang aku rasa not bad walaupun takde makanan Korea like sundubu jiggae, twigim or chamchi mayo. Bila ada movie screening, dapatlah jugak ubat rindu kat Korea dapat rasa Tteok (rice cakes), makanan tradisi bila ada perayaan.
The variety of tteok
Do Ah kata ini healthy tteok. Hahaha...
Hujung minggu nanti, 13/11 aku akan ada bengkel LI untuk persediaan nak pergi internship. Huwaaa! Aku dahlah homesick plus takde hati dah kat sini. Bila aku boleh balik beb?!! Aku dah rindu babyyy boy aku dengan rumah... sob sob.


Semoga aku diberi kekuatan untuk menghabiskan 5 lagi pembentangan yang setiap satunya masih belum jumpa rentak mula. Dengan proposal tesis yang belum jumpa titik akhir. Fuhhhh! Ini gila, Kina!!

Dah.
Babai.
Esok kelas tesis aku pukul 9. Tak tahu nak goreng apa....

Monday, September 12, 2016

WELCOME , NEW SEMESTER !!

안녕하새요!! 

Selamat memulakan semester baru dengan azam yang baru ye kawan-kawan! Rasa macam baru semalam terkial-kial login e-registration for undergraduate UM buat pertama kalinya nak daftar subjek yang entah apa-apa sendiri. Selama ni, jadual kelas dah siap tersedia. 

Tanpa sedar, rupanya sudah 5 semester aku melalui minggu add and drop tu. Wah jinjaa, guwa dah third year!! Tapi rasanya not matured enough to do a thesis ni...

Dah mula buat proposal untuk tesis ye gais. Jangan tanya aku nak merapu apa... Yang penting, aku buat kajian alam sekitar aku. Huhu.

Wohooo! Terlambat atau tidak, aku tetap nak ucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar lepasan STPM yang berjaya mendapat tempat di IPTA. Yang tak berjaya, jangan risau. Ilmu bukan hanya di IPTA. banyak tempat lain untuk kalian menuntut ilmu.

Dan kepada yang dapat masuk UM, double tahniah. Yang dapat offer Pengajian Antarabangsa dan Strategik (no matrik berkod AEU), wohooo triple tahniah! Anda telah memilih untuk melangkah ke laluan yang sukar dalam degree anda. Tapi jangan risau, kesukaran itu akan buatkan degree anda worth untuk masa depan anda, insyaALLAH. Pandai-pandailah guna peluang yang ada.

So, junior-junior jabatan yang teringin nak tengok muka guwa secara depan-depan (puihhhhh!!!), guwa ada je kat jabatan 4 hari seminggu. Ohh tapi awal-awal guwa pesan, perangai guwa tak sama dengan apa yang mungkin korang bayangkan guwa melalui tulisan guwa.

Dannnnnnnn, saya meminta maaf terhadap individu-individu yang pm saya melalui messenger, serius nak tahu pasal IR tapi malangnya saya tak reply, atau saya reply selepas 3 dekad... i'm really sorry. During semester break, i rarely check my messenger. Saya terlepas pandang mesej anda.

Mula-mula guwa daftar masuk di KK Kinabalu
Haaa, Hari Interaksi IR hampir tiba. Mungkin kita boleh berjumpa masa tu? HAHAHA... Enjoy your univ life, freshies! Enjoy on your own way.

Dah.
Babai.
Guwa nak edit kertas kerja Hari Interaksi. (Ingat, nama guwa KINA) Siapa tak datang i-day aku tak kawan!

Sunday, September 4, 2016

LEGOLAND : TEMPAT KEGILAAN (2)

안녕하새요!!

Wahh, jangan tanya aku macam mana gilanya aku dekat sini gaiss. Gila dia lagi teruk dari gila di Seoul Land, Korea dan Lotte World, Korea. Sebab apa? Sebab aku naik semua rides dalam Legoland ni!

Gambar ehsan Google. Aku nak amek gambo kat sini, tapi hujan !!
Aku cadangkan kalau korang really nak enjoy yourself laa kan, pergi masa hari biasa. Dijamin Legoland itu seperti Legoland anda! HAHAHA. Tapi, adik aku tak suka pergi Legoland taim lenggang macam ni. Mentang-mentang dia dah pergi 4 kali semua penuh orang, suka hati menghancurkan perasaan teruja aku tengok theme park ni lapang tanpa manusia yang ramai. Ciss!

Masa tu tiket dapat promo (tapi macam tak promo sebab masih berharga Rm135/orang), jadi plan lah Cousin's Day Out. Kahkah! Plan macam ramai tau, sekali yang pergi cuma 4 ketul je. Okay laa daripada takde kan? Hahaha. Kitorang pergi 1 Sept 2016, hari  Khamis, haa memang lapang trang tang tang laa cerita dia. Sepupu-sepupu aku yang dah kerja tu gigih mintak cuti masing-masing (sebab terpaksa kot), adik aku cuti sekolah sendiri, semata nak layan ke-craving-an aku nak masuk Legoland. Terharu~
Aku pergi bersama mereka yang nampaknya berani ... daripada aku!
Nampaknya aku memang sejenis manusia yang takut tinggi tanpa aku sedar sehingga aku pergi Lotte World dulu. Aku serius cakap aku tak bukak mata langsung hokeh sepanjang naik Project X, Dino Islands, Bapak Dragon, Anak Dragon tu semuaa... Aku seriau. Sampai pecah bibir aku kemam masa naik tu. Dan hasilnya, semua gambar aku yang dirakam kamera tu, hodoh nauzubillah! Boleh dapat award dah kalau ada. Nasib baik tak beli gambar yang dia rakam tu, kalau tak dah boleh buat billboard buat halau nyamuk.

Hang boleh laa senyum lagi, kina. Tunggu hang kat atas tu!
The most erotic ride...
Lepas naik Project X, hujan turun. Aku bersyukur gila sebab maknanya semua rides tutup dan aku terlepas dari ketakutan naik menatang tu. Tapi, mengenangkan RM135 hang bayar just nak lepak bodoh camtu, hmmmm berharap jugaklah hujan berhenti.

Padan muka hampa tak dapat naik "Anak Dragon" tu sebab hujan.
Rumah ride "Anak Dragon". Sebab ride dia pendek, aku panggil anak.
Dah hujan tu, kitorang terpaksalah mencari tempat berteduh. Apalagi, tengok wayang 4D laa gaiss! Kenapa 4D? Hang basah betul-betul bila ada scene masuk air, hang kena laser betul-betul bila ada scene tembak-tembak laser. Semuanya real laa. Cerita budak budak kaa apa kaa, tak kisahlah. Yang penting dapat kill the time. Nak dekat 25 minit jugaklah wayang 4D ni...

Tengok sendiri lah baru rasa 4D nya
Taim ni dah nak start kena tembak.
Habis cerita, hujan tak berhenti gais. Tak berhenti.... Jadi apa kita buat? Kita masuk rumah lego dan main lego. Buat rumah lah, buat kereta lah... Terasa kreatif jugaklah otak yang dah lama tinggalkan pensel warna ni.

Rumah "Anak Dragon" yang masih tutup sebab cuaca tak hensem sangat.
Haa ni 2 orang pemaju perumahan yang cuba membina model rumah mesra poket. Ahakss!
Kepala singa pun cantik beb!
Tak lama lepas tu, hujan pun berhenti dan rides berfungsi semula. Dan aku......... hmmmmm, mengenang nasib sendiri. Dari "Anak Dragon" ke "Bapak Dragon" aku naik tau. "Bapak Dragon" ni panjang sikit dan lagi...membunuh? Boleh ke? Diorang naik 2 kali, aku sekali je sambil maki. Memang taklah pergi USS, naik ni je pun dah macam apa.
Kaya betul "Bapak Dragon" ni...
Depan istana "Bapak Dragon".

Yang menatang diorang ajak naik tu, ni tau!!
At least, i did it once!
Semata mereka nak membalas keberanian aku naik "Bapak Dragon", diorang layan aku naik bot kecik kat kolam yang selayaknya untuk kanak-kanak tapi aku kisah apa. Yang penting, aku bahagia! HAHAHA.
Lepas tu, naik yang macam Menara Taming Sari tu, even ada yang gayat. Oooo, naik rides tu semua okay, naik menara tu gayat!
Naik bot macam ni pun aku dah bahagia, apalagi kalau kau bawak aku naik cruise? Keh!

Memang kecik je kolamnya. Memang untuk kanak-kanak. Tapi aku tak tenggelam, kira okay kan?
Memang terbaik mereka layankan aku. HAHAHA nasib....
Kitorang masuk park pukul 11.30 pagi, kitorang keluar pukul 4 petang. Memang puas hati! Kalau tak puas hati jugak tak tahu lah.
Eleh, posing...
Hiasan lego di Miniland sempena Hari Merdeka
Ni semua lego tau!
Aii dah pi Singapura...
...dah sampai Brunei,
dan dah jejak India dah pun. Miniland kan? Hikss...
Keluar dari park, kitorang pi Kilang Bateri, JB. Oh man, kalau hang betul-betul lapar then decide nak singgah makan kat sini, sila lah berfikir sehabisnya. Sebab apa? Sebab boleh kenyang masa pilih nak makan apa. Banyak!

At least mengikut trend, kiranya aku pernah lah pergi Kilang Bateri kan? So far bagi aku makanan dia still affordable dan portion dia kira worth dengan duit yang kau bayar. Tapi, ada kedai yang rasa makanan dia, hmmm not bad tapi boleh diperbaiki lagi. Untuk Chicken Chop (RM 5.50) dan Char Kuew Tiaw Udang (RM 6) yang aku makan, both aku bagi 3 bintang daripada 5 lah. Tapi untuk Mee Rebus Gear Box yang sepupu aku makan, aku rasa worth gila. Sebab aku tak makan pun, tapi aroma dia yang pekat tu tetap sampai kat aku. #KomenAcahAcahChef   KAHKAH!

Gambar makanan takde. Sebab aku rasa masing-masing dah kelaparan dan kepenatan seharian kat dalam park. Memang taklah nak makan dalam park tu nyahhh oiii. Dan, mungkin sebab kitorang pun bukan jenis yang amek gambo makanan sebelum makan. Bukan tak nak menunjuk tapi tak tahan tengok makanan tu meronta mintak masuk mulut. HAHAHA.

Habis makan, kitorang merempuh jem 2 jam sebelum sampai rumah. The end.

Semoga engkorang bawak aku masa nak pi USS nanti. Tak kira!
Dah.
Babai.

Tuesday, July 12, 2016

SHOUT BIRTHDAY TO HER!!

생일 축하합니다,
생일 축하합니다,
사랑하는 Roze 씨,
생일 축하합니다!
 
May ALLAH bless you forever, my friend! Keep fighting and cheer up, baby!!

Trum trumm trummmm... Dah genap usia seorang budak yang muda bulan daripada aku, tapi kadang-kadang jadi kakak aku. HAHAHA. Berapa umur dia? Haa, mestilah sebaya dengan aku. Aii tak main lah kawan atas umur. Nanti aii terasa tua cepat... Puihhhh!

The first chingu in UM, Roze!
Roze ni kira kawan baik aku kat kolej. Sebab kitaorang lain fac... Dia lah yang dok ngadap aku punya perangai yang tak berapa serupa siap ni. Marah? Dia memang selalu marah aku. Sob sob. Jaranglah perbualan kitorang takde yang tak marah. HAHAHA. Tapi itulah yang mengeratkan kitorang. Sama sama join projek kolej, lepas tu maki sesama bila something goes wrong.

Aku nak cerita pasal baik dia ni, banyak. Tak terhitung. Memang first sem aku kat UM, memang dia jelah yang ngadap aku. Sebab aku lone ranger... Dan semestinya lah aku ngadap dia jugak. Baru fair and square. HAHAHA.

Sebenarnya birthday dia lepas dah. 9 Julai. Tengok sekarang hari apa? Ishhh! Nak kata lupa tu tak jugaklah... aku ingat cuma aku terlepas pandang hari nya. Sebab terpenat kerja. Sorry~ Lepas ni, aku akan set reminder super power sempena birthday kau je, Roze!

Di waktu semua dapat peluang melaram. Dinner MAK!!
Aku tahu kau hebat orangnya. Sebab tu, banyak ujian yang kau kena hadap. So, keep fighting! Jangan sesekali mengalah.
Ni masa balik lepas pi PC Fair kat KLCC. Aku beli fon baru sama dengan dia. Chuitttt kan?
Join Nasyid, beb! Tapi masa ni first year, muka semua kembang.
 
Aku sayang kau kerana ALLAH. Muahhhh !!!