Thursday, November 10, 2016

Minggu Hectic Kina!

안녕하새요!!

Lama nya aii tak hapdet entry! Puihhhh macam ada orang kesah pulak. Rindunya nak ada masa lapang melimpah ruah... sekarang niii, penuh jadual dengan pelbagai plan yang rasmi ataupun tidak. Sampai nak tidur pun start waktu tengah malam. Sedih aa camnii!

Lagi-lagi minggu ni, minggu 9 ni, banyak betul plannya dari IRSoc sendiri, dari fakulti ke, dari HEPA ke hmmmm .... Dalam banyak banyak event, guwa paling suka 2 events ni. Memang betul-betul guwa enjoy! Pementasan teater Plastik Hitam dan Observing the United States Presidential Election 2016.

Pementasan teater Plastik Hitam tu bukannya IRSoc yang handle pun. Kami cuma dijemput menonton. Tapi aku memang seronok lah.. sebab dah lama kan tak tengok teater. Kira memang release tension habis. Teater ni kerjasama antara INTEGRITI Malaysia dengan Kolej Tunku Bahiyah serta Pusat Kebudayaan UM.
Sebab dalam INTEGRITI ada senior IR, then kami dapat peluang menonton!
Aii dengan Dr Lenny Erwan, pengolah semula skrip Dewan Persidangan yang pernah aku jadi watak utamanya.
Siapa lagi aneh, si senior kah si junior?
IRSoc bersama Tan Sri Johan Jaafar, mantan pengerusi Media Prima
The Girls of Batch 1415
Event kedua: Observing the United States Presidential Election 2016 pada 9 November 206 (waktu Malaysia). Aku kira event ini paling grand dalam hidup aku. Diberi peluang untuk merasai kehangatan pemilihan POTUS walaupun berpisah hari dari Tanah US, satu pengalaman berharga. Seolah-olah aku berada di US sebab berita pasal election ni non-stop disiarkan masa di situ. Yelah, US Embassy yang handle. Event ni diadakan di JW Marriot KL. #USElectionKL siap ada mock election tau! Tentu-tentu aku tak lepaskan peluang nak undi ..srvftkl..

Sebelum mengundi, kita dengar dulu manifesto setiap parti kan?
Antara IRSoc yang dijemput ke event ini.
Dia ingat dia tinggi aku pilih dia kah?
Tapi sama tinggi pun tak semestinya aku pilih dia.
With eonni, chingu wa dongsaeng.
Terbang khas all the way from US!
Ask Uncle Sam babe!
Sebelum ke 2 events ini, aku busy dengan satu kursus yang makan masa aku 3 hari. Aku gigihkan hati untuk pergi walaupun kerja aku banyak sangkut. Nasib baik, overall bagus. Ada lah tragedi hampir sesat dalam hutan masa compass marching, tapi okay lahh still dapat balik even jadi kumpulan last. Berkursus di Puteri Resort, Ayer Keroh. Makanan dia sedap! HAHAHA.
3 hari beb 3 hari!
Bersama YDP Tasha dan NYDP Rayyan
Mewakili IRSoc :)
Kami rumet selama 3 hari 2 malam.
Ohh! Lepas tu ada Korea Festival di UM yang aku rasa not bad walaupun takde makanan Korea like sundubu jiggae, twigim or chamchi mayo. Bila ada movie screening, dapatlah jugak ubat rindu kat Korea dapat rasa Tteok (rice cakes), makanan tradisi bila ada perayaan.
The variety of tteok
Do Ah kata ini healthy tteok. Hahaha...
Hujung minggu nanti, 13/11 aku akan ada bengkel LI untuk persediaan nak pergi internship. Huwaaa! Aku dahlah homesick plus takde hati dah kat sini. Bila aku boleh balik beb?!! Aku dah rindu babyyy boy aku dengan rumah... sob sob.


Semoga aku diberi kekuatan untuk menghabiskan 5 lagi pembentangan yang setiap satunya masih belum jumpa rentak mula. Dengan proposal tesis yang belum jumpa titik akhir. Fuhhhh! Ini gila, Kina!!

Dah.
Babai.
Esok kelas tesis aku pukul 9. Tak tahu nak goreng apa....