Thursday, June 8, 2017

TESIS YANG SELESAI: MISI MENCARI TEMPAT JILID YANG BEST

안녕하세요!
Holla ! 

Lama betul tak menaip. Harap semuanya baik baik sahaja. Wah pejam celik pejam celik... pling! final exam datang lagi. Final exam sem 6. Next sem is sem 7 dan itu bermakna adalah sem akhir. Waaaa (T..T) tacing nyaaa! Terasa dah tua, dah kena cari duit sendiri, dah kena cari jodoh.

Dua minggu lepas baru siap tesis. Yeayyy! Selepas setahun membina semangat dan kemahuan untuk meneruskan penulisan tesis tu, akhirnya Alhamdulillah. "Keberkesanan Usaha ASEAN Untuk Menangani Fenomena Jerebu" sudah berjaya dilangsaikan.

Belanja lahh sikit muka depan tesis kita. Keh!
Nak cari tempat print dan jilid tesis paling padu dan efisien?
+ Silalah ke kawasan belakang UPM, kawasan Flat Ikan gelar budak-budak UPM. Area UM belum ada dengar lagi tempat yang best. So far, ke Flat Ikan ni laa ramai budak UM pergi jilid. Rasanya femes dah tempat jilid ni.

Kat situ memanglah sangat murah dan buat perasaan teruja kau melompat-lompat tak tentu hala sebab dia setelkan semua penjilidan tesis kau depan mata (kalau kau sanggup tunggu tercongok kat situ laa). Half of my classmate yang setelkan tesis sem ni pun jilid kat situ. So kitorang berlumba-lumbalah siapa siap jilid dulu. Oke, ni tipu.
 

Tak tahu kat mana Flat Ikan?
+ Boleh search Lot Two Resources. Sebaris Lot Two Resources tu, memang kawasan kedai printing dan jilid tesis. Tinggal pilih je nak guna perkhidmatan kedai yang mana. Macam guwa, tak setelkan kat Lot Two tu. Guwa pilih kedai yang sebelah kanan kedai makan cina. 

Print sehelai berwarna dia kira dalam 20sen-80sen. Kalau hitam putih tak ingat pulak berapa, tapi masih murah. Hard cover dia cas RM12 kalau amek hari yang sama, RM10 kalau amek hari esok nya. RM15 untuk jilid yang kau print sendiri.

Buku yang sempat dicetak sendiri sebelum dakwat pencetak habis.

Total cost?
+ Ni paling seronok aku nak cerita. RM65 untuk 4 buah tesis (3 buku print sendiri, tinggal pasang hard cover laa maknanya + satu buku print kat kedai tu). Hey, RM65 murah tauuuu! Tersangat murah beserta dengan kualiti jilid yang best sebab dia jahit, bukan gam. Aku bajetkan dalam RM150 untuk jilid tesis tapi Alhamdulillah, dapat murah, yang belen tu masuk poket buat jajan lah. Hahahaha.

Kawan yang saing pergi jilid dan print kat kedai tu, ada yang 3 buku RM70, 4 buku RM80. Still murah of course! Tapi kalau untuk budak UM yang macam kitorang ni, pi laa satu kete sekali. Jimat sikit kos minyak, boleh tong-tong kan. Tak pun naik uber grab 3 4 orang, RM15 sorang pergi balik.

Penghargaan yang guwa segan nak upload kat ig dan fb, tapi tidak kat sini. Huhu!
Tulis tesis ni satu pengalaman yang patut dirasai sekali seumur hidup buat mereka yang berpeluang jejak kaki di universiti. Kerana di saat kau buat tesis lah kau akan percaya dengan kemampuan kau untuk hadap tekanan dia (sebab buat kerja last minute. Bluerggg!), tahap endurance diri kau lepas penat-penat kau bersengkang mata buat tapi masihhh ada yang tak kena dengan tesis kau, mana kau nak setel esaimen dan group work lagi, nak hadap perangai orang lagi. Pengalaman tu sangat berharga. Mungkin juga boleh bagi bayangan kalau kau nak sambung master nanti macam mana.

Sebagai bukti guwa dah setel tesis, nah terimalah; sekeping gambar buat semangat di masa hadapan. Kah!

Memang sejenis manusia yang gigih panjat benda ni sebelum submit tesis tu
Sebagai ganjaran untuk diri sendiri, guwa booking tiket pi Krabi. Sorang. Tahun depan. Hahaha.

Oke.
Babai.
Untuk mereka yang dah kena buat tesis selepas guwa ni, aja aja fighting! Hal su isso!

Doakan aku dapat teruskan segala impian aku ya.