Saturday, October 10, 2020

Kadet PTD: Modul Ketenteraman Awam (Polis)

안녕하세요!

Sihat ka tu? Harap semuanya dilindungi dari segala keburukan dan kecelakaan. Semoga kita semua bebas covid selama-lamanya. Kepada yang berjaya ke PAC, tahniah dan all the best. Buat sehabis baik dan pastikan be humble. Fly higher as you can but stay grounded as you should. Semoga ada rezeki buat kalian.

Aku baru saja balik bercuti dari Cheras dan Ulu Kinta. Sembang, cuti lah sangat ekk! Sebenarnya aku baru sahaja menamatkan Modul Ketenteraman Awam (Polis) aku selama 2 minggu; seminggu kat Maktab PDRM Cheras dan seminggu lagi di Pusat Latihan Polis Gerakan Am Ulu Kinta. Tapi takde laa baru mana pun sebab modul tu berlangsung dari 21 September-02 Oktober 2020. Cuma balik dari polis tu, aku ke modul luar yang lain. Maka, sekarang ni aku sibuk dan kepenatan sebab ulang-alik KL-Bentong-KL setiap hari untuk INTRADE.

Habis INTRADE nanti, aku bakal ke Lumut dan Kuala Kubu Baru untuk modul luar menarik yang lain. Yeay! Berpeluang menyertai modul polis buatkan minda aku terbuka luas. Sejujurnya, ini kali pertama aku berkenalan rapat dengan polis. Pakcik aku polis, tapi masih belum berjaya bukak hati aku untuk kenal polis. Aku lebih kepada askar mungkin sebab pengaruh adik-adik aku yang PKBM tu. Jadinya, modul kali ini aku cuba bukak mata untuk faham pasal organisasi polis. Pasal tu lah ya aku tak tidur dalam dewan kuliah masa modul polis. Ajaib kan?

Sebelum masuk ke kelas, ini adalah tugasan pertama saya. Memasang aksesori uniform. Luka jari-jari tahu tak? Nasib baik saya kacak, maka saya steady jaa.

Di maktab, aku banyak belajar benda baru. Aku baru tahu tentang struktur organisasi polis, pecahan jabatan dan tanggungjawab masing-masing serta tugasan sebenar seorang anggota polis. Selama ini, kita mungkin fikir tugas polis ni kawal jalan tangkap penjenayah jaa. Ke aku sorang yang fikir gitu? Sebenarnya tugas anggota polis adalah menjaga ketenteraman awam, jadi mana-mana yang dilihat berpotensi mewujudkan kekalutan dalam masyarakat, polis ambil tindakan. Besar peranan polis di Malaysia ini.

Banyak sesi kuliah di maktab yang betul-betul menarik minat aku untuk kekal fokus, berkenaan ancaman Cybersecurity, keganasan dan trend jenayah narkotik. Kalau aku tak masuk maktab, aku tak tahu secara terus apa yang berlaku. Setakat baca di akhbar atau google, tak sama dengan kau mendengar terus apa yang berlaku sebenarnya.

Nak tunjuk bukti je, telapak tangan siap bengkak sebab banyak kali push up untuk menembak. Dah lama cuti push up, member terkejut lah. So sekarang dah okay sikit nak push up.

Di maktab juga aku berpeluang menembak. Ya, menembak lagi! Kali ni, aku berdebar lain maciam sebab banyak peluru nak kena hadap. Ehh, sama je kan dengan OPN? Tapi entah, serius weyyy peluh jantan betina anak beranak dorang semua keluar masa aku nak menembak. Walter P99 rasa best betul untuk digunakan. Mungkin sebab kat sini, aku berpeluang berkenalan rapat dengan Walter P99. Rasa puas betul dapat belek dan pegang dia secara berterusan.

Hasil bidikan 20 butir peluru secara sebelah dan dua belah tangan. Konsisten tapi tidak tepat. Muchhhh better than OPN. Tapi masih kecewa sebab tak seperti yang aku jangkakan. 
(So i'm not into shoot-to-kill yah, just to give you the scars is my forte. Kah!)

Berpindah ke PL PGA Ulu Kinta, i'm dying peeps. Aku tersilap jangka hierarki modul luar tu. Aku letak tentera dalam senarai aku yang paling atas, kemudian OBS, baru polis dan bomba. Aku buat begini sebab aku nak twist diri aku, pasal selama ni selalu dengar latihan tentera paling susah. So bila dah pi tentera, aku ingat aku bisa menarik nafas lega untuk selamanya. Rupanya PGA bagi plot twist kat aku. PGA kini menghuni senarai paling atas dalam senarai hierarki kesukaran modul luar aku.

Aku merasakan PGA berganda lagi mencabar dari OPN. Malah, PGA ni para military weyyyy. Aku macam biasa tetap berbekalkan 'semangat ada tapi kekuatan tiada' seperti di OPN. Tapi itulah, di PGA kalau kekuatan tiada, kau tidak berguna. Hmmm. Lagi satu, sebab aku takut gila dengan pacat. Like crazily i'm scared of that thing! Sampai ke sudah aku tak bisa lawan rasa tu. Dekat PGA ni, kelas kau banyak on-job-training. Contohnya macam kelas ikhtiar hidup, mestilah buat kat kawasan tepi-tepi hutan tu. So, yeahhhhhh...

Sesi membina perangkap haiwan yang menjalar.

Tapi ada satu benda aku paling suka kat PGA ni. Kelas dia sangat menarik dan mudah untuk aku faham. Mungkin sebab saiz kelas tu kecil dan tenaga pengajar yang sangat berpengetahuan. Dan lepas kelas tu, terus praktikal. Best tu! Senang tangkaplah ilmu-ilmu dia tu.

Cuma kat PGA ni jugalah, kata-kata Stap Nizam dulu terbukti iaitu "Aku tahu kau. Kau ni nampak je keras tapi kau cepat mental." Sebab macam yang aku beritahu, aku ni semangat ada tapi kekuatan takde. Bila tiba waktu latihan jasmani, aku fedap dengan diri aku. Badan aku refused apa yang otak aku suruh buat weyyy. Otak aku suruh maintain lari ya, kaki aku siap nak kejang masa lari. Apoo ehhh! Tak membina betul. So bila keadaan begini berlaku, aku rasa down lah. Hmmm.

Walaupun member ni 260 kali koyak ditambah dengan lututnya yang berlubang sebab tergolek tengah laman, dia tetap berbangga sendiri dengan kemampuan dirinya mengharungi tempoh di PGA. Padan muka siapa suruh salah judge!

Sepanjang tempoh modul polis terutamanya PGA, aku dapat banyak ilmu baru. Semua ini berguna untuk aku menjadi seorang pegawai awam yang mengutamakan negara. Dalam modul luar yang aku pergi, aku dapat rasakan semangat patriotisme aku meningkat. Aku kini lebih belajar untuk menghargai apa yang aku ada dan lebih menghormati orang lain. Nanti-nanti kalau aku lupa daratan, tulisan ini akan menjadi bukti untuk sedarkan aku yang aku selamanya dididik dengan pelbagai kesenangan hinggakan perlu diasuh dalam kem tentera dan polis.

Tapi tu lah, ada hikmah rupanya aku tak layak masuk badan beruniform. Semangat ada tapi kekuatan takde memang tak berguna okayyyy. Kahkah.

 
Syakinah and Fairol Eiddi signed off forever. Goodbye memories!
-

Terima kasih kepada penyelaras di Maktab PDRM, Tuan Saufi dan En Izuan atas segala pemantauan dan juga sesi peneman di PGA, untuk sesi-sesi kuliah yang sangat menarik sepanjang di maktab. Untuk jurulatih menembak, En Hasbullah dan team, terima kasih atas kesudian memberi saya peluang bermesra dengan Walter P99 sehingga puas.

Terima kasih juga kepada Tuan Mior dan team untuk sesi di PGA, sesi kelas teori yang dijalankan sangat membuka mata saya. Untuk jurulatih jasmani, terima kasih atas sokongan dan dorongan setiap pagi agar saya sentiasa bersemangat walaupun hakikatnya semangat saja tak cukup. 

Terima kasih atas segala perjuangan kalian, wira negara. Terima kasih sebab rela menggalas tanggungjawab melindungi negara ini dengan senjata. Moga syurga dan pahala buat kalian.

-
Okay babai.

Do good, be good, stay good.
Patuhi SOP okay!

Esok aku mahu menyambung tugasan sebagai pemudah cara rakyat di Bentong. Wish me well!