Sunday, November 1, 2015

BUKCHON HANOK VILLAGE

안녕하세요!!

Aku baru teringat yang aku tertinggal satu entri sebenarnya. Memandangkan aku baru lepas jatuh cinta dengan My Highness Crown Prince Lee Gak, aku rasa teruja nak tulis entri ni. Hewhew. Laa, jangan nak kencing aku laa engkorang tak kenal siapa gerangan yang aku cakapkan ni. Oke oke, engkorang peminat K-drama kan? Mesti tengok Rooftop Prince. Ohh iollss sungguh jatuh cinta dengan putera mahkota yang kacak ganteng tu.

Siap buat wallpaper selama 3 hari gambar pakwe ni. Kehkeh.
Maka, entri kali ini ada kena mengena dengan zaman lama tu laa. Entah bila ek kami pi Bukchon Hanok Village semata sebab nak pakai hanbok. Haa, taim Hangul Day! Hangul Day, hari rasmi untuk meraikan kewujudan tulisan korea yang diinovasikan oleh King Sejong The Great.  

Sesat tau nak pi sini. Aigooo... besar sungguh kalau namanya Bukchon ni. Termasuklah kawasan istana. Ohh disebabkan taim tu, aku belum jatuh cinta dengan Putera Mahkota ni lagi, jadi, takde nya aku nak masuk kawasan istana ni. Tapi, sekarang ni rasa macam ohmaiii... aku harus pergi istana nanti.

Gigih cari mana tempat nak pakai hanbok dekat Bukchon Hanok Village ni. Dan....

Taraa... beta meninjau kawasan tempat tinggal rakyat dengan bahagia.
Guwa pakai hanbok hat permaisuri punya. Nampak tinggi sikit kedudukannya. Hehehe.
Kawasan sekeliling dia memang dah pesen rumah rakyat zaman Josean semua. Memang sesuai laa nak feeling feeling zaman dahulu kala ni. Lagi lagi aku dapat pakai hanbok yang peten permaisuri punya, memang terasa kebangsawanan nya aku ni. Takdelah aku jeles dengan adik aku yang puteri kat rumah tu. Hehehe. 

Bukti kami dah pakai hanbok.
Permaisuri bersama teman sepermainannya.
Tapi, aku jenis yang tak suka bergambar sangat...jadi hanya ini sahaja gambar yang aku ada. Tambah tambah lagi taim tu, agak sejuk walaupun tak sesejuk sekarang yang waktu malamnya bersuhu 0 darjah celcius, tangan tetap tak boleh nak keluar dari poket. Sejuk siap dengan angin lagi. Huuu...


Jadi, lepas mereka siap berselcam, kami nak pi cari makan. Gigih cari tempat makan halal. Rasa teruja pulak bila tengok ada restoran Malaysia kat kawasan tu. Maka, kami seronok nak ke sana. Tapi, jalan punya jalan, siap naik bas bagai... pffttt, hampa! Restoran tu sudah setahun bertukar status kepada restoran Morocco. Sedih nya!!

Terpaksa kami lupakan impian kami nak makan makanan Malaysia. Jadi, kami order lah makanan Morocco. Mahal bak hanggg... Setelah di-convert ke ringgit, pehhh! Tak pernah aku makan semahal ni tau. RM80 untuk Beriyani Kambing, sama harga dengan Beriyani Ayam. Sob sob...

Dua pasta, Beriyani Ayam dan Beriyani Kambing.
Beriyani Kambing yang berharga RM 80. Nasib baik sedap dan banyak.
Maka, perjalanan hari tersebut tidak begitu menyeronokkan memandangkan poket bocor terlalu besar. Huwaaa...balik Malaysia merempat mana laa ni nanti.

Permaisuri Comel Yang Gagah.
Dah.
Babai.
Aku nak pi cari tempat utnuk menetap nanti.