Sunday, December 2, 2018

SL1M TNB FASA 5

안녕하세요!

Hi guys! Apa khabar semua? *guwa tahu guwa ramai silent reader kehkeh!

Harini genap seminggu aku meninggalkan kampung halaman untuk memulakan hidup baru. Puihhhh! Aku buat status gini, ada yang ingat aku nak kahwin. HAHAHA.

Aku join Skim Latihan 1Malaysia atau nama glamournya SL1M walaupun aku tak berapa slim di bawah TNB. Terkejut aku bila check email masa 29 Oktober, aku ditawarkan program ni, padahal masa tu nak tidur maghrib dah (aku rehat kerja 6pm-7pm), terus tak boleh tidur sedangkan mengantuk gila-gila. Eksited kau! 

Ye lah aku ingatkan aku langsung tidak layak langsung nak dapat kerja baru even SL1M yang banyak company aku pergi masa Karnival SL1M kat MAEPS Serdang bulan 3 haritu. Sekadar menyebut nama: CIMB, Maybank, TH, Malaysia Airport Berhad, Kidzania dan pastinya TNB, hampir kesemua booth aku pergi tinjau dan drop resume. Alhamdulillah dapat TNB.

Maka, 26 Nov 2018, jadilah aku secara rasmi pelatih SL1M TNB Fasa 5 Kumpulan 1. 03 Disember 2018, aku akan melapor diri di TNB Research Sdn. Bhd. Selama seminggu aku menjalani latihan di TNB ILSAS Bangi. Tapi, aku bawak barang macam orang dah taknak balik rumah. HAHAHA.

So selama seminggu tu, memang diajar macam macam skill untuk upgrade diri sendiri. Cuma sediakan mental dan fizikal je tapi serius kau bukan pergi kursus PASKAL PASKAU Komando tu semua. Benda simple je cerita dia tapi memandangkan aku dah tinggalkan zaman stay up stail burn the midnight oil tu hampir setahun, maka susah jugaklah nak memotivasikan diri sendiri tu.

Task paling mencabar yang dilalui, dapat tajuk pukul 2.30 petang, pukul 8.00 pagi keesokkan harinya kau kena bentang depan panel korporat dalam interview presentation. Hahahaha, kau cakap senang nok? Kau ingat dia bagi tajuk sekolah rendah ke? Dengan dalam tempoh yang diberikan tu, kau wajib attend kelas macam biasa dan panel yang dengar kau punya presentation tu adalah company yang mencari calon untuk di-hire. Tak ke seriau nok? Cuma untungnya buat berkumpulan so tak terasa sangat lah dia punya berat tu.

Kemudian, after a week passed, then your time to lapor diri coming lah. Aku takut jugak lah nak menunggu esok, nak melapor diri semua tu. Dengan tempat tinggal yang rushing cari pastu tak familiar lagi. Alahaiiii, mencabar tau tak! Lebih mencabar dari kau pergi jalan Thailand tu. HAHAHA

So untuk yang macam ragu ragu sayang, janganlah ragu sangat. Benda semua boleh settle. Kau nak apply SL1M tapi kawan-kawan kau taknak apply, ehh kau apply je laa. Macam aku ni haa, sorang je nok. When I said alone, I mean ALONE. Dekat tempat baru tu karang, kau carilah kawan baru. Kan senang tuuu.. Koh!

Kawan bilik aku kat ILSAS, orang Kedah. Jodoh aku kuatlah dengan orang Kedah. I love Kedahan, eh tiber! Sani Ekpress nama dia. Lagi sorang, Anis, si Honeypeanut, orang Perak. Teammates presentation aku, Syira orang Semenyih, Syila, Syu & Mun yang aku tak ingat diorang orang mana, tapi yang penting datang dari negeri berbeza dengan aku. Elok je aku berkawan dengan orang-orang baru ni, lagilah bila kawan baru tu berada di dalam situasi dan keadaan yang hampir sama dengan kau tu, lagilah sekufu. Gituuuu.

Tapi terpulang pada diri, aku tak kisah pergi mana, walaupun realitinya aku mula-mula hujan lebat bila dapat tahu aku dapat Kajang, while sebenarnya aku nak Bangsar atau PJ. Aku nak upgrade diri. Mudah-mudahan ada rezeki dapatlah aku jadi staff permanent. Amin.
_

Mungkin akan ada Kumpulan 2, Kumpulan 3, Kumpulan 4 Fasa 5 atau Fasa 6 ke 7 SL1M TNB yang mencari-cari keperluan masa latihan kat ILSAS nanti, ni aku senaraikan apa yang perlu dibawa ya.

  1. Baju formal (baju kurung, kameja &suit/blazer) yang mencukupi. 5 helai untuk latihan kat ILSAS + ekstra helai lagi untuk on job training kat stesen-stesen TNB nanti. Macam aku tak balik pun lepas latihan, aku bawak terus 10 helai baju untuk OJT.
  2. Kasut formal & tak formal. Malam tak rigid sangat, aku tibai kasut tak formal belah malamnya.
  3. Baju tidur/ Baju riadah tapi aku punya batch ni padat waktunya so tiada riadah.
  4. Hanger & iron. Silalah bawak iron untuk elak kau berebut dengan manusia satu blok sebab ILSAS takde sediakan iron.
  5. Tuala, sabun mandi, pencuci muka, berus gigi semua tu.
  6. Laptop & extensionnya. Ini nyawa nok NYAWA! Takde benda ni boleh kemurungan kau tau.
  7. Fail sijil dan buku nota serta pen untuk kau mengarut time bosan dalam kelas.

Nampaknya ini sahaja yang aku bawak untuk hadapi hidup baru. Takpe, tak cukup nanti nanti boleh tambah kan?
_

Okay guys.
Babai dulu.
Aku nak qada' tidur yang berlalu haritu.
Wish me luck untuk OJT & kina dapat jadi staff permanent TNB. Amin.

Update: Check it out kalau nak tahu macam mana kina dapat tempat tinggal untuk OJT sebab korang tahu kan kina ni mengada!

Tuesday, November 20, 2018

PERJALANAN BAJET: HATYAI

안녕하세요!!
 
[ Aku kena tukar gaya aku bercerita pasal trip jalan-jalan aku. Pasalnya tak jumpa hujung langsung. Dulu try nak cerita jalan-jalan pi Melaka, 2 bahagian je tp 1 je wujud. Nak cerita pi Krabi, alahaiii plan nak pecahkan pada 4 bahagian, ended up 2 bahagian pun tak siap lagi. Makanya, kali ni, aku akan sumbat sepenuhnya cerita 3 hari 2 malam dalam 1 entri. Setel! ]

3 HARI 2 MALAM KE HATYAI, THAILAND

Tarikh: 03-05 NOVEMBER 2018
Jenis Perjalanan: Perjalanan Darat (menggunakan bas, teksi & keretapi)
Style Perjalanan: Kendong beg belakang je
Ahli Trip: 3 orang
Nota : Waktu Thailand lambat sejam, tapi waktu solat sama dengan Malaysia. Cth, pukul 5 pagi waktu Thailand, dah masuk subuh sama kat Malaysia yg dah pukul 6 pagi.


MALAM 02 NOVEMBER 2018; 8.00 pm

Selepas sebulan penat aku usha tiket train ETS, pasal kengkononnya nak mulakan perjalanan dari KL Sentral. Tapi, lepas kira bajet BP-TBS (RM25) + TBS-KL Sentral (RM6.50) + KL Sentral-Padang Besar (RM72), aku terpaksa setuju naik bas BP-Bukit Kayu Hitam pasalnya ngam ngam tiket ETS habis masa aku nak book.

Aku ambil servis bas Cepat Ekspress dari Batu Pahat Terminal. Tapi, aku tidak recommended pun servis bas ni. Tak tak, bas dia cantik, bersih tapi takde bantal atau selimut macam ada beberapa bas sediakan. Cumanya somehow, aku rasa tertipu dengan perkhidmatan mereka. Aku book tiket itu sebab aku nampak offer mereka terus ke BKH (btw, aku booked via easybook). Rupanya tidak guys, TIDAK! Alhamdulillah sehari sebelum pergi aku gigih call kaunter tiket kat BKH nun sana, mereka kata bas hanya sampai CHANGLOON. What the heckkk is this? Grrrr!
Aku tak tipu guys tiket aku memang tulis aku akan terus ke BKH
Dahlah masa tu berhenti kat RnR Gurun untuk berhenti solat subuh, siap dia suruh tukar bas. TUKAR. Bas yang aku naik tu Bas A, sampai RnR Gurun aku kena naik Bas B yang menghala ke Changloon. Then, apa function tulis kat tiket yang aku book tu sampai BKH? Stress tau tak! [Bapak aku gelak je bila aku kata aku naik Cepat. Bapak aku kata, memang 'cepat' gilakk laa.] Tapi tepat 8 malam memang bas gerak.
Cepat Ekspress ni dia berhenti setiap bandar utama dalam Semenanjung Malaysia belah barat ni. Sebab tu lah, aku faham maksud 'cepat' bapak aku. Nak lagi haru, pukul 9 pagi 03 November tu pun guwa masih dalam bas. Pukul 9.10 am tu barulah aku sampai Stesen Bas Changloon.

Terubat sikit marah bila pakcik bas belanja kuih sarapan. Mana taknya, tinggal 5 orang dalam bas.

03 NOVEMBER 2018

Sampai sahaja di Stesen Bas Changloon, aku terus ke kaunter teksi. (Aku dah usha dalam tempoh sehari tu, kaunter teksi dalam kawasan stesen bas.) Nego dengan pakcik teksi. Awal-awal dia kata RM25 boleh sampai Imigresen Thai (TI). Aku desak tanya betul-betul ke sampai situ. Then, pakcik tu macam slow talk balik eh dia kata sampai depan Imigresen Malaysia (MI) je. Aku nego harga pakcik tu deal harga RM20 walhal kalau naik grab boleh dapat RM10. Takpelah, kami consider sedekah je kat pakcik Hasan tu sebab pakcik nya baik, peramah dan buatkan kita rasa tak bersalah pun spend duit bayar lebih.

TEKSI DI CHANGLOON
PAK HASSAN (017-5396235) 
Teksi atau grab akan berhenti lebih kurang 500m sebelum kita cop passport. And yeah, saya dan geng berjalan kaki sejauh itu. Cop di MI sangat cepat, beratur tak panjang. Tapi kalau naik kereta atau bas, phiuuuu puanjangggg toh beratur nya. Dan selepas cop di MI, kami berjalan tegak je ke TI lagi 1 km. Memang menyahut seruan kerajaan 10000 langkah sehari. Sebelum sampai TI, akan jumpa bangunan The Duty Free Zon Complex di sebelah kiri jalan. Amek white card dekat sorang kakak siam kat pintu pagar keluar dari kompleks tu. Should be free white card tu, tapi kakak tu nak isi, cas RM2. Hmmmm...
Masa kakak tu isikan kad tu, dia tanya sama ada nak naik teksi tak, terusssss sampai hotel. Setelah fikir masa depan, kami on. Padahal dah rasa macam wahhhh, duit terbang lagi sob sob. Tapi, alhamdulillah kereta cantik dan selesa, maka tak terasa sangat nak keluarkan duit bayar 'yuran kebodohan' masa tu.
TAXI VAN SERVICE (DUTY FREE ZONE-HATYAI)
PAKCIK PIAK (Thai: 089-9783153 / Malay: 0066-899783153)

Depan TI, pakcik suruh turun cop passport. Dia kata dia tunggu depan pagar. Dekat TI, ru-a-meyyyy orangnya tapi taklah terlalu lama menunggu. Dan please take note, tak payah dah nak selit selit tips dalam passport tu. Sila masuk Thailand tanpa rasuah. HAHAHA. Lepas 15 minit dalam TI, selesai urusan cop passport, terus keluar cari pakcik. Pakcik lambai-lambai kat kitorang dengan bahagia dan perjalanan kami bermula.

We survived until here!
Makan masa 1 jam jugak nak ke Hatyai. Sepanjang perjalanan, cuaca mendung. Jadinya, syahdu je rasa sampai nak tertidur. Di tambah pulak dengan pakcik sesat cari hotel kitorang, pukul 12.30 waktu Thai aku sampai hotel.
https://booking.com/s/77_2/lyanas08
Hostel ni walaupun dia dorm style, sangat selesa dan bersih. Pekerja dia sangat friendly dan bertolak ansur. Paling penting, hostel ni, muslim friendly; ada surau dan makanan halal. Air sejuk dan kopi adalah percuma. Deposit 100baht. Best nya, dia tak terlalu jauh dari pusat tumpuan dan berada dalam walking distance je. Lepas check in, solat jamak zohor-asar sambil plan balik bilik terus malam je nanti, dan plan cari sim kad dulu sebelum makan. Simkad banyak dijual di kawasan Lee Garden Plaza. Tawaran harganya hampir sama; 200baht untuk unlimited internet / 300baht untuk unlimited internet dan panggilan. Memandangkan nak internet untuk book grab je, 200baht dah memadai bagi kami.
Lepas dah jumpa simkad, kami nak pi makan. Dah kebuluq teruk pasalnya last makan nasi pukul 2 petang dan sarapan pun tak berat. Kami pergi ke tempat yang maha femes tu, KAI TOD DECHA, jalan kaki. Hostel ni dekat jugak dengan Salma Restaurant, penuh jugak dengan orang Melayu tp dengar cerita tak berapa sedap dan mahal. Jadi kami tak pergi. Seperti dijangka, ramai orang bhai. Siap beratur panjang. Tapi rezeki kami bertiga, kami terus dapat meja. Cuma bila nak order alahaiiii, nak dekat 10 min duduk pun, takde yg datang ambil order kami. Tapi, magiknya pulak sampai makan cepat. Rupanya kami ambil nasi pulut guys, nasi pulut! HAHAHA. Kami nak nasi putih T..T Dah tak semena-mena makan ayam goreng dengan pulut berkuahkan tomyam. Nasib baik, ayam goreng dia besar. Bagi aku, takdelah sedap gilaa, cuma sedap je. Maafin guwe...

Ala carte: Sticky rice with 2 pcs fried chicken - 65baht
Tomyam ayam - 150baht
Teh Ais Buih-buih melimpah - 30baht
Sebagai alternatif, belakang KTD ni ada Restoran Kelantan, halal punya. Ramai jugak orang Melayu macam kat KTD tapi takdelah nak makan tu sampai beratur panjang. So KTD ni kalau kau tak kisah beratur masa tengah lapar, bolehlah pergi.

Siap makan, kami gerak ke Lee Garden Plaza semula, nak pergi tengok IDEA MARKET. Modern Market. Barangan semua homemade. Kawasan Idea Market ni sangatlah instagram-worthy. Colorful dan nice. Kalau nak beli souvenir kat sini pun boleh. Harga sama dengan kat night market luar Lee Garden Plaza. Tapi, ada jugak yg mahal pasalnya homemade semua kan? Tenaga yang digunakan tu lebih sikit. I faham ...

Cantik kan dye shirt ni? Tp tak beli pun.
Deretan kedai pun hipstur guys. Sesuai untuk yang instafemes nak tepek gambar. Kah!
Barang hat comel-comel semua ada.
Ni tandanya apa kawan-kawan? Sekadar posing untuk sekeping gambar.
Cantik tau kawasan Idea Market ni. Penat i tipu orang sebelah tuuuu...
Pukul 4 petang, terus plan ke ASEAN NIGHT BAZAR. Bazar ni 2 tingkat dan sangat luas. So, korang haruslah punya tenaga yang banyak untuk menjelajah setiap pelosok bazar ni. Aku tak jumpa tempat makan halal kat sini sebab kami dah kenyang makan di KTD so tak tahulah kat sini sebenarnya ada ke tidak makanan halal. Plus, aku terjumpa kawasan makanan yang jual habi kat situ. So, memanglah aku tak mencari makanan.
Banyak gila casing smartphones.
Tapi, smartphone yang latest je guys. Adik aku cari casamsung keluar zaman 2016 dah takde. Huhu.
Tumbler cantik cantik sis. 250baht je.
Haa! Baru aku ingat. Ada kedai makanan di tingkat atas. Banyak. Tapi, like i said, aku tak tahu halal ke tidak. Aku tak check.
Pemandangan dari atas.
Mek yg sudi layan plan gila aku nak pi Hatyai.
Baju tshirt, blouse, beg tangan, seluar, casing handphone, beg backpack, you named it guys, semua ada! Fuhhh penat namati berjalan. Pastikan bawak duit yang banyak kalau hampa nak shopping sakan. Harga di sini dikira murah dan boleh tawar menawar sampai puas hati.

Pukul 7pm, kami kembali semula ke LEE GARDEN PLAZA. Ada night market tepi Lee Garden Plaza. Maknanya apa, shopping lagi guysssss! Tapi, night market ni meriah pada Sabtu malam Ahad je. Ahad malam Isnin dah sepi. Hahaha.

Sesak gila bhaiii jalannya. Setakat berlaga bontot memang tak boleh elaklah. Stress aku!
100baht-200baht je you alls. tak tertarik ke?
Again, acah acah membeli.
Duit takde masa depan kat sini guys. Tak dapat diselamatkan.
Rasa menyesal pulak tak beli haiwan ni sekor. Comel doh!
Hat viral tu. 20baht-29baht je hokehh. Dalam 7e.
Teruja laa tengok Nescafe peket comel gini. aku amek Nescafe Americano satu sebab macam tak pernah jumpa kat BP. 20baht saje.
Korang kat Thailand tu jangan lupa masuk 7E dia tau! Heaven sebab murah. Tak macam Malaysia. Masa aku kat Korea pun sama, aku suka masuk kedai-kedai set gini, sampaikan aku jadi pengunjung tegar G25. Best tauuu!

04 NOVEMBER 2018

Seawal 4.30 pagi kami dah bangun. Ya Allah, kalau kat Malaysia macam ni kan bagus! Makanya, 6.30 pagi, kami dah book grab car. Nak mengejar tempat duduk kat DIMSUM CHABURA.
Nama pun dimsum kan, so menu utama dia dimsum lah. Harga bermula 15baht. Besaq sikit 20baht. Nasi goreng belacan, pattaya, kampung semua tu ada jugak kat kedai ni. Harga berbeza. Tapi kami memang nak makan dimsum ja, so dimsum saja laa.
Hat ni baru sikit guys!


Nah, tu diaaa. Memacam bhai.

Saja nak tunjuk kebolehan guwa pakai chopstick. Keh!
Nah, tudia sis ni makan setinggi itu.


Baru pukul 7.30 hokeh guys. Orang dah seramai ini. Dalam tu full house. Maknanya apa? Keluar awal lah!

Lepas sarapan, kami mahu ke KIM YONG MARKET. Nak cari food souvenir sebab keychains are too mainstream. Puihhhh! Tak beli jugak.
Dalam bangunan ni, banyak jugaklah kedainya.
Kalau tanya aku, perlu ke pergi sini, I definitely said no. Hahahaah. Pasarnya sama je vibe dia dengan pasar pagi kat Malaysia tu, malah lagi sibuk pasar Isnin Khamis kat tempat aku. Cuma, ye lahh, nak tengok tempat orang kan. Dan bonusnya, harga nya masih murah daripada Malaysia. Sebab tu, ramainya Malaysian kat sana. Wahhh, aku dah rasa macam kat Kelantan je.

Ada jual kain batik, kacang pistachio, gajus, udang kering, ikan bilis, buah-buahan, petai, habi basah, habi kering bagai. Memang tak lari mana lah pusing tang situ sini, dia tetaplah pasar awam. So, bersedialah nak jumpa lecak dan saat-saat kena hon dengan motor.

Sekadar pasar pagi guys.

Dari KYM, kami dah mati kutu nak pergi mana. Kami buang Samila Beach dan Songkhla Mosque dari list sebab jauh. Check tambang masa tu dalam 572baht dari KYM ke Samila Beach dan memakan masa hampir 1jam. Kami rasa masa akan terbuang di jalan untuk pergi balik kalau gerak ke Samila Beach. Tapi, sebenarnya okay je kalau korang nak pergi. Maknanya masa korang akan jadi pack dan takde buang masa. 

Sebab kitorang buang Samila Beach & Songkhla Mosque, kitorang gerak ke CENTRAL FESTIVAL MALL dan melepak di sana hampir 4 jam! 4 jam guys, walaupun mall tu besar dabak, dia tetap bukan di Malaysia dan bukan stail kami menanggok kat shopping mall. Kami mereput di sana.

Central Festival Hatyai ni salah satu rangkaian CF Thailand. So memang besar, multi-cultural theme, multi-activities there. Banyak tempat hiburan dalam tuuu tp macam aku cakap, mall bukan jiwa kami. Jiwa kami makanan! Gimme foodddddd!!!

Level bawah ada macam food bazaar tu. Tapi, I'm glad to inform you, habi dia jual sebelah sebelah dengan makanan halal. So I is cannot, hampir termuntah.

Ada surau yang selesa macam kat Mid Valley Megamall, di level 2. Food court pulak stail macam kat TBS, cashless tapi bayar pakai kad topup. Kad tu kita boleh claim baki. Boleh topup kalau tak cukup. Ada makanan halal, harga standard mall laa. 50-200 baht. Ada ice skating rink hokehhh, tapi kami tak pi tengok. Dan sekarang aku rasa menyesal. Patutnya cuba je laa ekkk? Entah-entah murah macam kat Korea, masa tu RM4.00 je weyyy sejam. (Tak caya, boleh tengok sini)

Nampak laa half Hatyai dari food court CF ni
ada bakat bawak watak keluar dengan orang lain, sayang orang lain. Keh!

Arcade yg ada dalam setiap mall tu. 10baht untuk 1 token.
Selepas bahagia tidur kat mall orang, kita geraklah ke KHLONG HAE FLOATING MARKET. Jauh jugak Central Festival ke floating market ni. Sempat lagi aku tidur dengan selesa. Kereta mazda bhaiiiii...

Sampai je sana, kena cultural shock kejap. Manusia dan anjing sama ramai. Tapi bagusnya, anjing dia baik. Tak kacau orang. Atau sebenarnya dia dah penat tengok manusia sampai dah tak terlayan. Aku tak takut dengan anjing tapi sekali dia gunggg, memang cabut lari jugak lah.

Takde can nak rasa kiri kanan kosong. Dapat view gini pun dah kira okay.

My primary school's friend. Mok cun ohho sorry, i dont have friend with that name. Her name is Junny.
Typical picture of floating market. Biarlah, kita pun nak buat koleksi.
Aku pun tak perasan kenapa minah ni photo bomb kat situ. Kalau laki tu, takpelah jugak. ahakss!

Ada jeli dalam kelapa tu. Tak beli pun, dia gagal menggoda aku.
Tembikar hat femes-femes tu. 30baht, tembikar boleh bawak balik.
Twister potato macam kat pasar Malaysia tu.

Udang & sotong yang mahal. Ciput je weyyy. 40baht sekor. Sakit hati ini mengenangkannya.
Floating market ni ada 2 bahagian, atas dan bawah. Yang bawah td tu tempat makan makan semua, yang dalam sampan tu. Bahagian atas, shopping lagi guysssss!! Ada jugak jual makanan tp buanyaknya jual baju I love Hatyai tu. Tak boleh tawar menawar langsung, tak tahu laa dekut ke apa. Dah beli banyak pun harga fixed cenggitu je.
 
Plan nak ke Khlong Hae Seafood Buffet pun kami keluarkan dari list. Sebab rasa agak kenyang dan penat. Seafood buffet tu untung kalau kau pergi dengan perut kosong, yeahhh typical kina kalau buffet kena makan kenyang-kenyang. Ye lah, 300baht je sorang tapi boleh makan banyak. Bila dah balik Malaysia, baru sedar sebenarnya sama je dengan harga steamboat dekat Malaysia. Kat tempat aku baru RM25 makan sampai kenyang.

Tak jadi nak pi makan buffet, plan seterusnya nak ke Wine Village. WV ni berbangunan macam gaya Barat. Kalau orang BP, aku katakan macam kat Old Street. Memang malam je cantik tempat tu. 

Dari FM ke WV ni tambang dalam 176baht tolak promo kod, dalam 126baht. Di sinilah kami hampir bergaduh dengan driver grab car dalam apps grab tu. Dia paksa kami batalkan booking sebab dia kata kitorang kena tunggu 1 jam 30 min while dia sebenarnya ada je 10 min jarak dari kami, bila tengok maps pun takdelah jammed teruk jalan tu. Kalau taknak cakaplah taknak. Tahulah kitorang pakai promo code. Bila aku suruh dia cancel sendiri, dia kata tak boleh. Aku katalah aku tak reti cancel sebab aku tak pernah cancelkan driver or actually ada dan aku dah lupa. Dah lah driver tu desak desak lalu mesej siap, memang kelaut laa tak jumpa butang cancel tu. Finally, jumpa butang tu, terus aku ngadu domba kat Grab. Tak tahu laa dia take note ke tidak aku punya aduan tu.

Book kali kedua pun sama. Tp dia sejenis yang bercakap sopan, so tak terasa sangat. And suprise what, aku faham doh driver tu cakap dengan aku dalam Bahasa Thailand walaupun sikit! HAHAHAA. Aku pun balas eh kejap dalam Melayu, pastu English, paling tak tahan aku ter, ter okay, termaki dalam bahasa Korea. Geram aku! Kalau nak naik dengan dia, dia suruh cancelkan trip ke WV yang berharga 126baht itu dan amek offer dia 199baht. Kalau taknak cancel, tunggu driver lain. Alasan, aku pin floating market tu salah tempat. Macam mana boleh salah tempat, aku tak usik pin apa pun kat apps tu? Haihhh. 

Setelah berfikir panjang yang WV tu sekadar gitu, malah members semua orang BP dah tengok Old Street camne, so, aku bagi pihak mereka, decide balik hostel laa terus. Hmmmm...
 05 NOVEMBER 2018

Pukul 6 pagi, kami dah check out hostel. Berjalan kaki 4 minit ke Stesen Keretapi Hatyai. Keluar awal ingat orang ramai sangat dan perlu beratur panjang. Rupanya tak guys, takkkk! Seminit beratur dah dapat beli tiket keretapi lama yang disebut-sebut tu. Yeayyy!
Until we meet again, Hatyai. Tapi for me, takpelah, gonna be first and last kot. Hahaha.

Ni laa jenis train lama tu...
Ada gaya backpacker tegar kan?
Bye, balik leklok!
Sejam jugak perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar. Nak lepas TI serta MI tak lama mana, 15 minit lepas turun dari keretapi, dah beli tiket keretapi sangkut-sangkut nak ke Butterworth. Oh plannya, balik ni naik keretapi sangkut-sangkut sampai KL Sentral sebab ETS habis bhai.
2jam perjalanan nak ke Butterworth ni. Sampai terlempai-lempai leher ni tido dalam train.
Sampai Butterworth, kena naik bas. Sebab tiket train sangkut-sangkut habis (?), aku pun tak faham kenapa officer kaunter tiket tu cakap habis. Aku tak tanya pasal ETS pun. Mungkin officer tu maksud kan yang takde train waktu tu. So, decide naik bas ke BP, tapi takde pulak. Haihhhh, makanya, naik bas sampai ke TBS.
Perjalanan diteruskan ke Ayer Hitam. Wah perjalanan yang melampaui 12 jam!
Tepat jam 11.30 malam, perjalanan merentasi 8 negeri dari utara ke barat ke selatan telah tamat dengan rasmi. Semoga ada rezeki plan yang lain.

Jumlah hangus rentung adalah RM424.05 tanpa shopping. Dan, aku memang takde shopping langsung. Hadiah untuk diri sendiri pun takde. Dah balik rumah, baru rasa menyesal. Kah!

Perjalanan yang aku label sebagai meraikan #kcKonvo ini tidak akan terlaksana tanpa sokongan ibu ayah, Junny dan kawan-kawan tempat kerja yg sudi ganti jadual aku. Macehhh semua. Jumpa lagi!

Dah. 
Babai.

Kredit gambar yg dah siap berkapsyen itu: Junny Aida. Thank you babyyyy. Muahhhh!