Saturday, February 22, 2020

Praktikal: Cubaan Menempuh Realiti

안녕하세요!

Hai korang. Apa khabar anda di sana? Haa gitu... Maaflah, jadual aku sangat pack untuk 10 bulan mendatang. Jadinya, aku memang akan lambat reply mesej atau worst case, tak balas lansung sebab terlupa. Maaf maaf. Aku perasan messenger aku mula aktif balik, sebab ada yang bertanya pasal tempat intern. So, entri kali ini akan berfokus tentang intern. Nampak tajuk acah semacam kan? Hahaha Tapi awal ekk korang intern?

Tempat intern aku dulu paling sempoi laa senang cerita. Gaya macam pernah intern 10 kali pulak kan. Bos baik, kawan kerja supportive, tempat kerja best. Memang rezeki.

Ada yang bertanya tempat intern yang sesuai, ye lah sebab kos IR ni agak susah sikit orang nak paham. Even aku yang dah grad ni pun aku akan beritahu orang yang IR ni belajar pasal hubungan negara. Jadi celah mana nak intern kan? But worries not, sebenarnya kita fleksibel je nak intern private ke kerajaan. Sebab kita ada skill masing-masing yang boleh digunakan untuk tarik perhatian majikan. Betul kan? 

So aku nak tolong kalian yang masih bingung nak mohon intern di mana, guna teknik yang aku baru belajar kat kursus ni. Sebelum tu, aku nak jelaskan, entri ni takde list tempat-tempat intern available, hanya teknik untuk sediakan list tempat intern yang sesuai dengan kita. Aku ajar korang guna teknik Lotus Blossom Technique untuk come out dengan possible internship placement. Teknik ni macam bunga teratai sebab dia berkembang-kembang dengan faktor berkaitan. Cuba tengok gambar kat bawah ni.
Gambaran Lotus Blossom Technique.
sumber: https://andyeklund.com/brainstorm-technique-lotus-blossom
Bila kita sebut pasal tempat intern, banyak yang kita fikir kan? Lokasi lah, kena dengan minat ke tak, ada kaitan dengan course ke apa. Inilah sebenarnya poin yang kita boleh masukkan dalam Lotus Blossom Technique ni macam contoh kat bawah. Setiap poin utama tu perlu ada sekurangnya 5 possible factors untuk kita nilai sebelum kita dapatkan solusi.
Ni kemungkinan yang berkaitan bila kita sebut pasal Internship Placement. Maaf, bahasa rojak.
Lepas tu, poin yang kita dah senaraikan tadi, kita dapatkan another factors at least 5 untuk kita tengok. Paling banyak boleh bagi 8 poin. Contoh aku bagi ni pasal kaitan dengan course. Aku senaraikan lagi 5 faktor yang berkaitan dengan course ni.

Kaitan dengan course: Ada orang yang memang nak intern dalam bidang dia, ada yang tidak. Banyak kena consider kalau nak keluar dari bidang belajar kita. Salah satunya, adakah universiti membenarkan? Ni kena ingatlah, kang sia-sia je kita intern kat tempat tu ended up univ tak bagi. Tak kan nak repeat intern kan?
Setiap satu poin dari yang induk tu perlu dikembangkan untuk cari solusi terbaik.
Kemudian, korang teruskan dengan poin minat, kewangan tu semua. Senaraikan apa yang mungkin berkaitan. Sebab bila kita dah nampak dan dapat agak kemungkinan tu, senanglah kita nak fokuskan haluan kita. Di setiap poin tu nanti, korang akan dapat penjelasan yang bersesuaian dengan kondisi korang dan bolehlah korang mohon tempat intern yang bertepatan dengan keadaan korang.

Tapi, jujur aku cakap, masa aku mohon tempat intern dulu, aku takde buat semua ni. Teknik ni pun aku tak tahu wujud. Aku mohon mana yang kosong. Lagipun plan aku banyak lari. Jadi walaupun aku dapat RTM masa tu seperti yang aku minat, aku ditakdirkan ke JKDM. Still, aku okay je sebab paling tidak aku dah cuba mohon ikut apa yang aku nak. Iye dok?

Cuma aku nak pesan, mana-mana tempat yang kita dapat tu, kita kena bersyukur dan berusaha sehabis baik sebab bukan senang sesuatu organisasi nak terima kita. Banyak yang diaorang adjust semata untuk bagi kita peluang belajar. Tak kiralah jawatan tu banyak kerja ke, takde kerja, ada elaun atau langsung takde, sokay gais. Ni semua peluang untuk kita belajar, untuk kita asah skill kita yang sedia ada.

Aku tahu sekarang susah nak cari peluang kerja yang bersesuaian dengan course kita. Jadi aku harap dengan medium internship ni, korang akan dapat gambaran realiti tentang dunia kerja dan lebih menghargai apa yang kita ada.

Okay korang? Aku doakan semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Do good, be good, stay good.
Babai.