Sunday, December 29, 2019

Puzzle 1; Perjalanan Membuka Cerita

안녕하세요!

Aku benar-benar memohon maaf atas kehilangan aku di saat kalian bertanya itu ini pada aku. Ya, nak dekat 5 bulan aku tak jengah langsung blog ini. Aku sedikit busy catch up dengan pace hidup sendiri. Keh!

Aku harap semua yang bertanya baik-baik sahaja dan sentiasa dipermudah Tuhan segala urusannya.

---

Entri kali ini, aku nak cerita pasal satu kepingan kecil pizza puzzle yang berlaku dalam hidup aku. It's about rejecting the dream that I had worked for. Cerita dia begini...

Aku dapat offer kerja jadi tour guide bulan 8 haritu. Dari syarikat Muslim Malaysia yang based in Korea. Rasa macam amazed kejap betul ke angan-angan aku nak stay Korea akan tercapai. Sebab kalau aku terima, aku akan bermastautin di sana dan akan berkahwin dengan oppa Korea. Okay, yang berkahwin dengan oppa Korea tu aku tipu, takde langsung masuk dalam verbal offer. Gaji yang ditawarkan lagi berganda besar dari gaji sekarang, penginapan pun sedang elok untuk single soul macam aku. Tapi, aku tolak gaiss.

Walhal, 3 tahun kebelakangan ni, aku betul-betul cari peluang untuk bekerja as a tour guide, secara spesifiknya untuk menetap di Korea. Tahun ni dan tahun lepas, aku bersungguh mohon biasiswa ke Korea. Tapi, gagal. Patah hati aku bukan main-main. Sebab aku betul-betul berusaha nak ke Korea sampai satu masa aku ada sedikit meroyan mengenangkan saat-saat kat sana. Konon fedap dengan Malaysia. Puih perangai! Padahal acah nak bawak diri. Hmmmm. Kalau ikutnya, bulan 9 haritu aku start kursus dan terbang ke sana.

Aku tolak. Sebab aku dah rasa sayang kerja dengan tempat sekarang. Mungkin sebab aku mula percaya dengan leader aku? Yang macam Bos Fahmi selalu bilang tu. Aku tak tahu yang mana satu. Cuma yang yakinnya aku tolak offer aku dapat tu, sebab aku ada rasa yang aku perlu sama sama berusaha untuk bangunkan syarikat tu walaupun aku slow macam syiput. Aku nak tengok aku lakukan penambahbaikan untuk job scope aku dan task aku.

Aku tahu reason aku tak kuat. Tapi aku paling rindu ni!
Paling koman, aku ada laa benda yang boleh dibanggakan secara peribadi nanti. Plus, aku tak berminat sudah untuk mulakan lembaran baru. Susah hokeh! Aku nak buka hati sepenuhnya kat tempat sekarang ni pun ambil masa sebulan penuh. Pastu baru rasa dis is mai destinehhhh. 

Aku tak tahu apa rentetan yang akan aku dapat hasil keputusan aku.
Cuma aku yakin, takdir aku tidak tulis Korea sebagai latar tempat untuk aku.
Cerita aku berlandaskan Malaysia bersama malaikat-malaikat dunia aku.
Dan aku tahu, aku tak perlukan valid reason untuk percaya dengan apa yang dah ditakdirkan untuk aku.

-

Kalian, 

Aku tahu dalam keghairahan semua untuk capai matlamat sendiri,
Kita terbelah antara diri dan hati,
Terperangkap dalam ekspektasi dan takdir diri,
Di celah perbandingan yang dikhabarkan realiti,
Walau kita sedar yang dilihat bukan semudah menganyam mimpi,
Buat kita persoal Tuhan begitu begini,
Sedang aturan sebenar telah DIA coretkan mula lagi,
Jauh lebih baik jauh lebih teliti,
Dari plan kita yang hanya berpaksikan tuntutan duniawi.

Selamat percaya kalian.
Aturan Tuhan berganda lebih berbaloi dari kemahuan.