Saturday, August 8, 2020

DPA - Tatacara Pemakaian Kadet

Entri kali ini akan memberi bayangan kepada kalian semua mengenai tatacara pemakaian kadet DPA. Mungkin ada minor perubahan pada setiap batch, tapi keseluruhannya hampir sama setiap batch. Tatacara pemakaian ini adalah penting untuk dipatuhi bagi membiasakan diri kita berpakaian mengikut kehendak dalam sektor awam.

Dalam DPA ni aku ada 5 jenis pakaian yang perlu digunakan. Jadi aku akan cerita satu-satu supaya kalian boleh prepare better later.

Baju kurung

Setiap hari, baju inilah yang aku sarung. Baju kurung ni menjadi pakaian rasmi dalam majoriti hari-hari aku dalam DPA. Dikenali sebagai PO. So kalau dengar pakai PO, haa cepat-cepatlah sarung baju kurung. Jenis baju kurung yang dibenarkan adalah baju kurung biasa dan baju kurung moden tanpa elemen fesyen yang keterlaluan, ketat dan sendat. 

Sebulan pertama aku masuk DPA, jujur aku bilang aku rimas pakai baju kurung ni. Seumur hidup aku, hanya hari raya sahaja aku pakai baju kurung. Jadi boleh kira dengan jari berapa hari je aku sarung baju kurung, plus berapa helai jee baju aku ada. Zaman universiti jugak UM tak wajibkan pemakaian baju kurung, maka baju seharian aku adalah tshirt kolej dan jeans sebelum berubah dari blouse dan jeans dengan berkasut Converse.

Tapi lepas sebulan, yas aku happy pakai baju kurung sebab aku takyah fikir banyak nak mix and match outfit aku. Dah lengkap satu set baju dengan kain. Dalam seminggu, 3 hari kita akan berbaju kurung: Isnin, Rabu dan Jumaat.

Baju batik

Baju batik ni mesti batik Malaysia. Bukan batik Indonesia. Kena pastikan betul-betul supaya tak membazir beli baju. Nak tahu beza batik Malaysia dengan batik Indonesia?

Batik Malaysia hanya gunakan corak flora sahaja. Corak fauna seperti unggas dan serangga je digunakan. Tak pernahlah aku nampak batik Malaysia ada corak shark dekat batik. Tapi batik Indonesia macam-macam corak ada. Dan nak lagi senang, korang terus je cari kain dekat Kamdar, Jakel dan Nagoya sebab diorang memang confirm-confirm ada seleksi batik Malaysia. Cuma kalau nak beli yang RTW online, kena pastikan betul tu batik Malaysia.

Baju batik ni kita pakai hari Khamis.

Lounge Suit

Ni paling best laa aku rasa. Hahaha. Aku suka sangat pakai lounge suit ni tapi dia memang panas sebab kain tebal. Dan lounge suit ni, mahal. Jadi pastikan tak tersalah jenis atau design. Lounge suit ni harga permulaan dia RM299. Dekat kampung halaman aku, satu set lounge suit cecah RM799 hmmm. 

Dalam kalangan kadet 2020, awal-awal kami banyak dengar nama Winor. Bukan sebab murah ke apa, sebab kami masa tu blur gila nak tempah kat mana. Bila sorang usha, orang lain pun usha. Harga Winor RM399 - RM 550 ikut jenis kain. Oh lupa nak beritahu, cari yang custom made tau supaya ngam-ngam soi kat badan kita. Tu pun salah satu faktor yang menyebabkan lounge suit mahal harganya.

Ada jugak yang share kat Putrajaya, ada tailor amek satu set lounge suit ni RM299. Memang range harga dia gitu kan. Untuk perempuan, lounge suit hanya dipakai pada hari perhimpunan sahaja. Lelaki akan pakai lounge suit pada setiap hari kecuali hari Jumaat.

Baju Korporat

Baju korporat ni tertakluk kepada pengurusan setiap batch. Macam Bitarawangsa, disebabkan PKP,  masuk bulan keenam baru wujud baju korporat ni. Tapi aku ada baca senior batch lain, sejak awal lagi dah ada baju korporat. So, ikut nasiblah baju korporat ni siap bila.

Bila dah ada baju korporat ni, kuranglah sikit sarung PO. Baju korporat pakai hari Rabu.

Baju Sukan

Jangan nak gelak. Ni dah jadi baju rasmi tau sebab setiap hari ada PT, selang seli awal pagi dan petang. Haaa masaklah kome. Awal-awal masuk DPA, takde baju sukan seragam lagi. So, sarung je laa baju hitam seluar hitam. Dah ada baju sukan rasmi 2 pasang, so rotate je laa baju sukan tu ikut arahan. Baju hitam seluar hitam tu dah boleh simpan elok-elok dalam bagasi.

--

So dah nampak kan tatacara pemakaian yang perlu digunakan dalam DPA ni? Harapnya korang plan betul-betul sebab ia melibatkan bajet yang besar. 

Okay.

Babai.


Do good, be good, stay good.

Patuhi SOP tau!

Saturday, August 1, 2020

DPA - Kekuatan Dalaman

안녕하세요!


Ni kira sambungan dari entri sebelumnya tau. Seperti diberitahu, aku nak cerita pasal support sistem dalam DPA ni. Supaya korang dapat bayangan yang korang tak bersendirian pun dalam DPA.


Batch aku ni, Bitarawangsa. Paling special Bitarawangsa ni sebab 2020. Ececeh macam takde kaitan ekk.. Hahaha. Batch aku ni jugak 'cuti paling lama di rumah' - 3 bulan woo pasal PKP. Walaupun bukanlah cuti, tapi duduk rumah tu rare banget untuk kadet ya. Bitarawangsa ada 404 ahli dan dibahagikan kepada 5 sidang. Sidang ni macam homeroom lah - makan minum, aktiviti semua bersama. Salah dan silap apatah lagi.


Bukti, guwa ahli Bitarawangsa yang sah. Hewhew.

Dalam satu sidang ada 8+ orang. Sidang ni akan dapat tahu dalam minggu ketiga lepas daftar. Tapi, aku tak tahu tau atas kriteria apa sidang ni ditentukan. Ada yang bilang ikut personaliti dalam ujian personaliti. Biarlah, aku tak kisah pun. Aku diletakkan dalam Sidang 4. Sidang yang paling havoc, chill, muda tapi sentiasa humble. Orang kata, orang yang kata tau, Sidang 4 ni kreatif dan playful. So yeah, aku enjoy ada dalam sidang aku ni. Kena dengan jiwa. Gituuu...


Sidang ni perlu ada nama sendiri nanti. Ada ketua sidang dan penolong ketua sidang serta ahli jawatankuasa lain yang akan sentiasa berubah setiap bulan. Jadinya, setiap bulan kita dapat merasai pengalaman bekerja dengan ketua yang berbeza. Seperti dipersetujui, Sidang 4 ini dikenali dengan nama Lasykar. Jadi aku akan bersama Lasykar sampai hujung DPA nanti serta bakal mengimbau memori kami sampai ke pencen nanti. Aku pernah jadi Biro Kesenian dan Kreativiti di bawah ketua yang best.

Logo keahlian sidang paling cool.


Bukti aku pernah berada dalam bahagian pentadiran sidang.

Dalam Lasykar itu sendiri, kami dibahagikan lagi kepada 8 kumpulan kecil. Ada 10-11 orang satu kumpulan dinamakan sebagai Cool Squad (CS). Aku masuk CS paling bongsu, CS8 diketuai oleh balong yang paling muda dalam kalangan abang kak long lain. Kira tujuan CS ini diwujudkan adalah untuk memudahkan penyampaian maklumat. Jadinya, Biro bulan Februari memainkan peranan yang cukup kritikal untuk mencairkan ais dalam kalangan ahli Lasykar sebab kami dahlah tak kenal langsung setiap orang tapi kami terpaksa deal dengan setiap orang.


Tapi lama-kelamaan, CS ni buat kami jadi erat sesama sendiri. Dah kira jadi keluarga dalam DPA tapi tak mainlah guna label 'keluarga'. Guna squad baru rawrrrr! Dalam CS ni laa kita nak meroyan, support each other dan berkongsi makanan. Makanan tu paling penting, teras kebahagiaan hokeh.


Nak bikin kita jadi lebih kuat, setiap ahli akan dapat buddy dari sidang yang sama. Aku bertuah buddy aku baik dan penyayang orangnya. Sebab tu, dia layak jadi Biro Kebajikan & Kaunseling Mei 2020. Kiut je anak dia. Taknaklah puji dia, nanti dia riak hahaha. So nak bercerita apa pun, pergilah aku ke buddy aku ni. Aku banyak main laa macam biasa. Memang terpaksa redo laa si buddy aku ni.


Seperti aku pernah bilang, DPA ni panjang perjalanannya dan tidak boleh tipu yang perjalanannya memenatkan. Jadi memang perlu ada sokongan orang sekeliling terutamanya dari orang yang ada dalam circle tu sendiri supaya mudah faham keadaan kita. 


Macam aku, aku bukan manusia yang super friendly. Aku memang ambil masa nak cipta persahabatan. Senang cerita, kalau tengok muka harian aku, jaranglah orang kata aku crazy friendly sejak azali. Orang mesti ingat aku sombong. Jadi, dengan adanya buddy, CS8 dan Lasykarians, aku ada rasa enjoy di celah-celah kesibukan dunia itu.


Lasykar tidak akan pernah lengkap ejaannya tanpa 'A". Begitu juga kita. Perjalanan kita ini ditakdirkan untuk kita lengkapi bersama. Terima kasih kalian.

Yang boleh aku rumuskan di sini, kekuatan dalaman itu bukan perlunya dari diri setiap individu sahaja. Tapi ada yang datang dari dalam kelompok itu sendiri. Rasa kekitaan yang wujud itu bakal melahirkan rasa kebersamaan yang membawa kepada kefahaman yang selari antara satu sama lain. Macam tengah jawab esei dasar pulak pfftt...


Okay.

Babai.


Do good, be good, stay good.

Patuhi SOP tau!