Friday, May 9, 2014

INI MASA AKU

안녕하세요

20 Mac 2014.
Berdebar mak oii. Mau taknya, keputusan pekse keluar. Tapi, aku sebenarnya tak berdebar sangat ahh. Siap boleh pi keje dengan senyuman. Hahaha.

Hmm, sebelum aku dedahkan keputusan penuh aku untuk STPM 2013 ni, meh laa kita imbau kenangan lama dulu.

Ni keputusan penggal 1.


Pesen tak study, padan muka! Konon dah hebat sangat tu...gitu laa dia jadiknya. Dah gitu, tak nak ulang (repeat paper) Ekonomi pulak. Tapi tapi, ekonomi susah tau. Haah, susah sebab malas camtu ahh.

Ni keputusan penggal 2

Pengajian Am pulak ke laut. Tu yang tak leh tahan. Tapi, dah agak dah. Sebab, masa tu tak sempat siap jawab soalan T.T Graf pulak boleh lupa kata kunci dia, jadi bentuk dia kompem kompem laa ke laut. Mengulang la nampaknya...terpaksa gigih. Elok je ekonomi, paling senang taim ni. Berkat kena bebel dengan Mr Tee. Ngehngehngeh.

Ni keputusan penggal 3

Yang ni kan, aku memang rasa nak lompat bintang atas katil. Masa semak keputusan tu, aku baru bangun tidur. Gigih tidur awal sebab nak bangun tepat tepat pukul 12 semata. Hahaha. Bila dah semak, aku sambung tidur balik. Bangun esoknya, acah acah blur. Tapi, ibu kan...memang tak leh tipu laa. Alhamdulillah, merasa lah jugak 4 rata ni hasil doa ibu ayah, cikgu cikgu, kawan kawan. Pergi sekolah rasa sebak tengok cikgu menangis. Jujur cakap, taim ni, exam sangat senang. Soalan lancar je jawab. Dan sebenarnya, aku dah jangka keputusan ni.

Dengan PBS lagi, memang lah terasa budak u sangat kau jah. Berlambak kerja. Cikgu pun puas dah bebel dekat aku sebab rajin sangat siapkan kerja. Tu belum campur bebelan bila aku ajak Cikgu Faridah tengok Running Man sekali. Belum campur kena denda dengan Cikgu Din tulis ayat "saya berjanji...." Ahh, malu bila diingat. Kahkah. Tapi, doa tu yang berkat... Terima kasih ibu ayah, cikgu cikgu, geng cemerlang semua! I lappp u lahh!

Maka, inilah hasilnya keputusan akhir STPM aku:

Dengan keputusan PA 2 yang telah ditampal. Kalau lah Eko tu ditampal sekali....

Aku menangis tengok menatang ni. Tak mencapai target aku langsung. Aku baru berangan nak tunjuk kat mana mana yang pernah mengata tu yang budak bodoh ni boleh dapat 4 rata. Tapi, tulahh...niat dah tak betul kan, padan ahh muka! Papepun, ni lah hasil usaha aku yang telah tersedar dari kesilapan masa lalu.

Paling aku tacing, Papa Enal dengan Cikgu Salwah tepon aku untuk ucapkan tahniah. Waaa, rasa macam nak jerit jerit je. Akhirnya, aku boleh jadi manusia yang dibanggakan...mungkin untuk waktu itu.

Ni habuan aku selepas setahun setengah memendam rasa:

Alhamdulillah! Hasil doa semua.


Terima kasih kepada ibu ayah yang banyak mendoakan aku, menyokong aku selama aku berada dalam dunia kelam aku. Terima kasih kepada semua cikgu yang gigih mengajar aku yang banyak kerenah dan perangai yang menyetan, gigih nasihatkan aku itu ini. Terima kasih kepada kawan kawan 6 Cemerlang yang sabar layan perangai aku, tahan dengan mulut aku, gigih dengan ajet ajet aku. Hahaha. 

Terima kasih kepada haters (aku tak tahu nak guna ganti nama apa) yang banyak mulut mengata itu ini, yang merendah-rendahkan aku dan kawan kawan hanya sebab kami budak budak STPM. Mulut lu bikin kami kental bro! 

Guwa rasa macam bagi ucapan lepas menang AJL pulak.
Oke.
Babai.