DPA - Kadet PTD

syakinah adalah dari batch Bitarawangsa (2020). Untuk peringatan, situasi setiap batch adalah berbeza. Maka, jangan ambil pandangan dari satu batch je. Kalau mampu, cari jugak pandangan dari batch sebelum Bitarawangsa ni okay. Terima kasih semua💋


💞
Aku berpeluang merasai pengalaman temuduga untuk bergelar Kadet PTD hasil doa orang lain pada aku. Jadi, aku kongsikan pengalaman nyata dari pihak aku untuk perkongsian dengan yang berminat nak tahu. Tak tepat 100% sebab aku buat main buat je sepanjang masa. Jangan contohi aku, tapi amek view aku ni sebagai pengajaran untuk kalian. Buat persediaan rapi dan teliti ya!


📚🎓
Alhamdulillah, syakinah kini Kadet PTD 2020 yang bakal ditauliah menjadi PTD bulan Nov nanti.  Jadi aku akan tambah entri sikit demi sikit. Semoga tak ke laut sangat lah timing nya. 

[Nak jadi Kadet PTD, kena masuk DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA) anjuran INTAN. Maka, entri di bahagian ini adalah berkaitan dengan pengalaman menjadi kadet bagi DPA.]


📜
Alhamdulillah, title Kadet PTD 2020 sudah dilucutkan dari syakinah. 20 November adalah harinya! Syakinah dah grad dari DPA!


Terima kasih banyak kalian yang sudi bersama aku semenjak dulu dan bertahan baca entri merapu mahupun yang sedikit berilmiah dari aku. Semoga setiap dari kita bermanfaat kepada orang lain.

Be good, do good, stay good!

13 comments:

  1. Wahhh Kina.... Tahniah!!! Proud of you 🌹
    -Sani-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auchhh sani sudi baca blog kita. Terima kasih sistah. Lafyuuu. I also proud of you lah.

      Delete
  2. Salam kina, moga dipermudahkan segala urusan awak dalam kadet dan berjaya ditauliahkan sebagai pegawai PTD. Menarik your story flow on being a cadet. Doakan saya lulus temuduga next month dan terpilih dalam kalangan 400 calon kadet PTD 2021.. Keep up a good writing and share your valuable journey as a cadet. Take care sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun harap saya lulus interview dec nanti utk PTD. chaiyokkkkkk kawan

      Delete
    2. Hai warnawhite. All the best sis. Be yourself and be confident. Harapnya, entri-entri saya membantu anda membuat persiapan.


      Mudah-mudahan ya fazuaisa. Semoga dipermudahkan segala urusan anda.

      Delete
  3. Hai sister! Enjoy gila baca blog awak☺️

    ReplyDelete
  4. Hai, selalunya tunggu berapa lama keputusan temuduga nk keluar ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Yani!

      Masa batch saya, keputusan keluar selepas 30 hari dari tarikh terakhir sesi temuduga. Contoh; temuduga adalah dari 30hb November-10 Disember, keputusan temuduga dijangka keluar pada 10 Januari. Untuk yang kali ini, saya tidak tahu.

      Dalam tempoh tu, jangan lupa jawab soalan psikometrik ya.

      Delete
  5. Hai, selalunya tunggu berapa lama keputusan temuduga nk keluar ye?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kina. Kalau kita terpilih untuk join DPA ni, kita perlu buat apa-apa pembayaran tak? Macam yuran semua tu perlu dibayar tak? Kalau perlu, berapa semua jumlah bayaran yang dikenakan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Dini.

      Jika terpilih, kita akan diminta buat pembayaran yuran. Konsep dia macam kita sambung belajar. Kalau kat univ, kita perlu bayar yuran subjek, yuran kolej, duit buku dan sebagainya kan? Sama je dengan DPA ni.

      Dalam DPA ada yg kena bayar one-off dan ada yg kena bayar bulanan. Semua pembayaran yg one-off akan dimaklumkan dalam surat tawaran. Jumlah yg kena bayar ni berbeza setiap batch.

      Saya ada terangkan secara ringkas kat entri 'Persediaan ke DPA'.. mungkin awak boleh baca entri tu utk dapatkan gambaran.

      Delete
  7. Salam,

    Saya nak bertanya, macam mana kehidupan dalam DPA ni. Kalau sudah ada anak dan keluarga, macam mana nak uruskan? boleh keluar? Yang kedua, bagi placement ke kementerian masing2, ada juga ke dihantar ke negeri lain selain putrajaya? yang ketiga, apa perbezaan atau cabaran jika calon kadet berminat dengan KLN? dengar kata ada assessment lain? terima kasih.

    ReplyDelete