Wednesday, September 9, 2020

DPA - Gelanggang Menongkah Waktu

Tahniah kepada yang berjaya melayakkan diri ke peringkat berikutnya dalam pengumuman SPA semalam. Nampaknya terkawal sungguh ya jumlah calon yang layak ke PAC. Tengok macam takde UKJK, phewww beruntung banget anda. Tapi kalau ada UKJK, all the best! 

(Baca pengalaman PAC aku di sini dan di sini)

Entri kali ini berkisar tentang pertanyaan di ruang komen dan dari Pn Nadia yang mesej saya di Messenger iaitu berkenaan dengan tempoh masa seharian di INTAN. Kita Kadet DPA akan tinggal sepenuh masa di INTAN Bukit Kiara (IBK) / Jalan Elmu (IJE) dan sepenuh masa tertakluk dengan peraturan INTAN. Semua kadet perlu sentiasa peka dan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan di INTAN tanpa sebarang pengecualian kecuali atas sebab-sebab tertentu. Wow seperti MC buat pengumuman gitu. Eh tibber!

Nah, saja nak tayang keaktifan aku di situ. Keh!

Sebab itu, ada dalam satu entri tu aku ada bilang waktu kadet sangat padat. Jadual asal kadet seawal jam 6.30 am. Meh aku senaraikan secara poin untuk kita mudah nampak. Tapi, selepas PKP, jadual ini berubah mengikut keperluan.

  • 6.30 am - 7.00 am = PT pagi
  • 7.01 am - 8.00 am = Sarapan pagi
  • 8.30 am - 01.00 pm = Kelas
  • 01.01 pm - 2.30 pm = Makan tengah hari dan solat zuhur
  • 2.31 pm - 04.30 pm = Kelas petang
  • 04.31 pm - 05.30 pm = Urus diri dan solat asar
  • 05.31 pm - 06.30 pm = PT petang
  • 06.31 pm - 08.00 pm = Urus diri, makan malam dan solat maghrib
  • 08.00 pm - 10.30 / 11.00 pm = Aktiviti tambahan
  • Aktiviti secara rasmi tamat jam 11.00 pm. Tapi, jangan lupa tugasan dan laporan yang perlu diselesaikan itu. Jangan nak taichi sangat ya! 

Nampak tak betapa padatnya jadual kadet ni? Kami tak sempat pun nak hidup bersenang-lenang. Macam aku misalnya, adalah seorang kaki tidur yang perlu ambil nap pada waktu tengah hari untuk recharge tenaga. Kalau rujuk pada jadual di atas, kelihatannya banyak kan waktu rehat tengah hari di situ? Tapi jangan lah anda terpedaya, kerana anda bisa merana sekiranya terlalu ikut jadual berkenaan.

Sibuk pun sempat jugak melaram menjiwai watak petani bergaya. Menang busana terbaik tau ni! Hahaha.

Di sinilah kemahiran kita teruji. PTD perlulah fleksibel dan pandai sesuaikan diri. Kita kena bijak kawan-kawan, kita yang buat dia. Nak power nap, suaikan sampai jadi. Nak telefon keluarga, janganlah waktu kelas. Macam aku bilang juga, aku call keluarga aku setiap pagi masa pergi kelas. Keluarga aku faham jaa.

Hey you takde anak, boleh lah cakap macam tu. Chill korang. Kita yang suaikan dia, kita yang tentukan. Kawan sidang aku punya anak yang masih menyusu lagi, boleh saja beliau suaikan waktu pam susu, telefon anak dan join aktiviti serta duduk di INTAN. Jangan risau, segalanya boleh diselesaikan dengan perbincangan. Yang paling penting, sentiasa update dengan pihak di luar INTAN itu sebaiknya, jelaskan pada mereka dengan telus serta minta juga sokongan dan dorongan mereka. Kita yang di dalam INTAN ini sememangnya sibuk dengan tugasan harian.

Sudahlah sibuk, ni tenaga kita ni, kemampuan kita mesti akan teruji. Koyak, rabak, jahit balik adalah istilah biasa yang akan singgah ke cuping telinga kita ni. DPA ni lah gelanggang awal kita berlatih sebelum kita masuk ke dalam medan sebenar. DPA ni jugalah yang akan ajar kita, kita ni macam punya lebih dari 24 jam sehari dan lebih 7 hari seminggu. Penat, siapa kata tak penat? Koyak, siapa je yang mampu positif memanjang?

Cuma, kita kena ingat sampai bila kita nak layan penat kita tu? Terlebih layan tak ke manalah kerja kita. Kita juga akan terlebih penat nak hadap kerja bertimbun. Maka begitulah keadaannya kehidupan seorang kadet selama 10 bulan. Pejam celik pejam celik, macam tak percaya aku dah nak habis. Tinggal 71 hari lagi jeee.

So, yeahhh... itulah dia kisah entri kita pada kali ini.

-

Selamat membuat persiapan mental dan fizikal kalian yang layak.

Kerana, DPA ini satu perjalanan yang perlukan persinggahan. Bukan untuk berhenti tetapi untuk meredakan diri.

Okay.

Babai.


Do good, be good, stay good.

Patuhi SOP tau!