Saturday, February 27, 2016

Langkawi: Pulau Yang Aku Tinggalkan Jiwa

안녕하세요 ! 

Sempena cuti CNY, suku daripada Yusoff Legacy merancang untuk pergi bercuti. Belum mampu nak paksa semua pergi. Kehkeh. Jadi, setelah difikir-fikir untung ruginya, ke Langkawi lah kami ber-sebelas. Nampak cliche kan, tapi kami teruja menghitung hari. Dengan aku, sejak dari bulan November di Korea dok usha tiket train ke Langkawi sebab nak buat stail backpacker dan nak timba pengalaman baru bila guna mode pengangkutan lain. Tapi nak tertulisnya Yusoff Legacy akan pergi bercuti bersama, Alhamdulillah kami turut serta dalam trip anjuran tempat asal lahirnya Yusoff Legacy. 

Biasalah tempat tempat utama di Langkawi mesti wajib dilawati kan. Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Skycab Langkawi dan Kilim Geoforest Park telah kami lawati. 
Pemandangan dari puncak Gunung Mat Chincang
Mana entah dapat keberanian nak naik kereta kabel sampai puncak.
Rasa berbaloi pulak tengok kecantikan alam dan awan dari atas.
Ni gigih ni berdiri walau terketar-ketar di hujung jambatan kaca semata nak ambil gambar.
Di mana aku mula merindui negara jodoh secara melebih
Sungai Kilim
Menyelusuri sungai dengan feeling yang bercampur. Kononnya.
Kali kedua ke sini. Pertama sebelum menjadi artis, kedua selepas menjadi artis. Kahkah.
Kata anak sedara, benda ni pun nak diambil gambar. Oke foinne!
Ini lah dia budak yang berkata tu. Gigit kang!
Haa, kali ni perjalanan aku ke Langkawi mendapat jemputan khas dari pemilik perusahaan utama kristal di Langkawi, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. Perusahaan ini dimiliki oleh seorang anak Johor yang merantau untuk membina empayar kristal bertaraf antarabangsa di seberang pulau. Kilangnya berada dalam kawasan Kompleks Kraf Langkawi dan terbuka untuk kunjungan umum. Percayalah, di sini bos nya sendiri yang akan menerangkan proses pembuatan kristal malah kalau anda bertuah, anda akan disajikan dengan sentuhan kreatif ukiran kristal daripada En Kamarul Faizy sendiri. Kalau nak beli kristal pulak, ada showroom. Boleh pilih, bayar dan bawa pulang. Senang. Dah lah rambang mata. Hahaha. 

Faizy Crystal pernah mendapat tempahan dari Istana Johor untuk menghasilkan kristal berbentuk Masjid Sultan Abu Bakar untuk dihadiahkan kepada Perdana Menteri kita yang ke berapa entah. Setakat hadiah-hadiah kristal berbentuk kapal terbang ke kapal laut ke untuk acara dwi-tahunan LIMA, Faizy Crystal memang in-charge tang tu. Memang terbaik dan cantik dia punya produk tu. 
Antara hasil kristal dari syarikat beliau. Ni dipamerkan dekat Skycab Langkawi.
Demo pembuatan produk kristal : Stage 1 (mencairkan pasir khas)
Demo pembuatan produk kristal : Stage 2 (membentuk pasir khas peringkat awal)
Bila bos sendiri tunjuk bakat.
Sebenarnya, En Faizy ni kawan sekolah ibu. Baik sungguh lah orangnya. Tak sombong langsung. Merendah diri sentiasa. Keluarganya apatah lagi. Lembut je cakapnya masing-masing. Jauh beza dengan aku yang memang kasar ni. Kahkah tetiba. Sebelum balik, kami dapat produk kristal mini sorang satu. Tapi, ibu dah bagi dekat orang lain. Sedih gila aku! 

Konklusinya, percutian kali ni membolehkan aku reset minda sebelum balik menghadap tugasan kat UM yang telah menanti untuk dilaksanakan. Ahh, harunya cuti yang singkat...

Jika diminta pilih antara kenangan dan kenyataan, aku pilih kenangan.
Sebab aku tahu sekurang-kurangnya kenangan pernah membahagiakan.
Dua tiga hari ni, aku semacam punya semangat yang lain maciamm sikit. Tak tahu kenapa, tapi memang rasa bersemangat nak skor dalam setiap paper yang aku ambil sem ni. Mungkin sebab semangat yang dibawa balik dari negara jodoh haritu masih ada kan. Hahaha. Tu yang over semangat . Harap dia berkekalan selamanya. 

Oke.
Babai.

Monday, February 15, 2016

Post-SEP of Kina

안녕하세요 !

Semenjak balik dari tempat orang ni, aku tersangatlah sibuk. Ke rumah makcik itu lah, melawat pakcik ini lah. Kadang-kadang keluar masuk rumah dengan ibu (baca: berjalan), dengan harapan paling tidak aku dapat ganti balik masa sebulan aku yang terbuang dengan memisang di negara orang haritu. Lepas tu, memang pajak laa lepas isyak pengsan sampai ke subuh. Kahkah. 

Bila dok jumpa makcik, kakak dan sesiapa yang tahu aku ke Korea haritu, soalan yang ditanya hampir sama. Dan, kadang-kadang aku boleh agak diorang nak tanya apa. Masalahnya, jawapan aku tak statik – kejap ke kiri, kejap ke kanan. Nanti diorang ingat aku tipu pulak. Padahal semuanya tetap pengalaman yang aku lalui.

Secara rawaknya, inilah Semenanjung Korea. Dalam kelas Park Hwee Rhak, segala punca pergaduhan mereka berdua aku pelajari
Pertanyaan yang lebih kurang sama sahaja topiknya – Korea best ke tidak, makan apa je kat Korea, macam mana dengan masyarakat Korea dan paling utama, pandai cakap Korea ke tak. Aigoo, susah woo nak jawab. Benda ni subjektif jawapannya, bergantung kepada penanya soalan. Kalau penanya tu tak rapat sangat, aku cakap je Korea tersangatlah best. Tapi, kalau penanya tu makcik aku ke geng aku ke, aku cakap yang sejujurnya iaitu Malaysia lagi best. Kohkoh. Syaitonnya aku! 

Bagi aku secara jujurnya, yang namanya Korea tu aku hanya merindui dia punya musim sejuk dan anginnya yang menggigit, yang membolehkan kau nampak flawless sepanjang masa dan kelihatan fashionista atau hijabista di insta dan fb. Kadang-kadang kau boleh nampak kurus secara mendadak bila menggayakan baju sejuk. Hahaha. Malaysia memang Allah anugerahkan panas dan lembap sepanjang tahun, maka pengalaman ke negara 4 musim ini memberi satu cerita indah baru dalam hidup aku.
Ada jugak aku rindukan street food dia yang memang senang nak jumpa seperti tteokbokki (띢볶이), twigim (퇴김) atau goreng-gorengan terutamanya kaki sotong (오징어) dan paling utama adalah odeng (오뎅/오먹) atau fishcakes! Sedapnya lahaiii. Lagi-lagi bila jalan-jalan masa musim sejuk. Akan banyak imu atau ahjussi yang meniaga di jalanan jual makanan-makanan ini. Dapat hirup seteguk sup odeng, subhanAllah! Memang terus segar badan sampai rasa nak buat lompat bintang tengah-tengah sejuk tu. Setakat aku kat Korea, aku makan jenis makanan ni tanpa was-was sebab aku nampak depan mata aku diorang goreng atau masak macam mana, pakai minyak apa. Kadang-kadang imu dan ahjussi pun akan beritahu kita sendiri benda tu boleh makan ke tak. So far, aku yakin dengan apa yang aku makan ni. Cuma tang ramyun, mula-mula tu aku bedal lah jugak mana-mana yang berperasa makanan laut atau jjambong (짬뽕), tapi lama-lama, aku jadi was-was sendiri dan akhirnya aku berhenti makan ramyun dia yang super kenyang, besar dan jimat tu. Sampai aku balik Malaysia haritu pun, aku tak sentuh langsung ramyun walaupun aku ada teringin sikit nak makan. Huhu.
Tteokbokki. Ini yang paling simple sebab street food. Kalau nak mewah lagi siap cheese, boleh pergi ke Sindang Tteokbokki Town.
Twigim yang murah. Macam dalam gambar ni - ada sotong, udang, jejari ketam, cili goreng. Fuhh! Sedap woo.
Odeng ni lah paling sedap dan cool. Kahkah. Boleh hirup sup dia lagi. Tapi aku selalu makan yang jenis berlipat-lipat tu.
Waktu paling seronok bagi aku di Korea adalah apabila nak bersolat di tempat awam. Macam buat jenayah, makin dilarang, makin seronok dibuat. Ye lah, kat Korea mana ada surau ke masjid untuk kita bersolat degan aman. Siap tourist guide yang berbaju merah di Dongdaemun kata, kalau nak solat kena pergi Itaewon sebab kat situ je ada masjid. Hang ingat dekat ka Dongdaemun dengan Itaewon? Setengah jam jugak naik subway, belum campur waktu mendaki bukit lagi. Maka, konklusinya, kami solat je di mana-mana yang kami rasa bersih dan tertutup. Tapi, taim nak solat ni syaiton nir-rojim memang banyak. Boleh pulak tempat yang kami aimed memang takde orang lalu-lalang, tertutup dan paling nyata, pak gad tak kan check kawasan tu, bila tengah solat mula lah ke hulu ke hilir pak gad dengan walkie-talkie dia yang tak reti senyap macam kita ni tengah pasang bom berjemaah pulak. Ada sekali tu, siap dua tiga orang standby kat area kami solat. Lama-lama bila kami dah adapt dengan budaya kat Korea ni, kami mintak izin secara baik dengan pihak-pihak berkenaan di kawasan tersebut untuk bersolat. Mintak masa 5 minit sahaja seorang. Cukuplah untuk solat secara aman. Jangan pulak siap berwitir. Tapi, memang seronoklah bersolat dalam keadaan macam ni. Mencabar sungguh.

Apa kau rasa kitorang tak pernah solat depan bangunan ni? 63 Building kot. Seronok solat kat sini sebab rasa nak beku! Kahkah.
Sedar tak sedar dah dua minggu aku tinggalkan Korea. Segala macam kawan-kawan throwback, siap ada tu buat drama dengan aku semata nak throwback saat-saat indah di sana. Tak guna betul! Aku ni walaupun rindu kat sana, belum sampai masa nak throwback teruk teruk. Tapi kalau dah mula, muntahlah engkorang tengok. Hahaha.
Oke.
Babai. 
Nak daftar subjek untuk sem baru ni. Semangat!

Tuesday, February 2, 2016

MEMBAJA CINTA BERSAMA SAYANG-s

안녕하세요 !

Pemandangan yang mengalukan kepulangan aku. Kehkeh.
Memandangkan aku mempunyai cuti yang tak lama mana, 3 minggu je dari tarikh aku touch down Malaysia selepas balik dari berbulan madu di Korea, aku kena menggunakan waktu ini untuk jumpa sesiapa yang harus aku jumpa dan sesiapa yang patut aku taburkan cinta. Kahkah. Tu pasal tajuk entri pun meremang masa aku taip.

Untuk itu, aku dah peruntukan satu hari untuk aku melepak di bilik guru Tingkatan 6AC di SEMESTI. Yang ni, kira agenda paling wajib aku selepas melepak dengan keluarga. Kerana, tanpa doa dan restu mereka, aku seratus peratus yakin yang aku tak kan mampu rasa apa yang telah aku lalui ini. Dengan sokongan dan dorongan mereka lah, aku mampu tersedar dari tidur panjang aku yang nyata nya mampu membunuh impian aku dulu.

This is one of my sumber doa.
Bila jumpa cikgu cikgu ni, aku di-throwback-kan dengan perangai aku dalam kelas dulu. Aku yang ngadap Running Man tak sudah dalam kelas BM acah acah stuck gila tak mampu buat PBS BM, siap ajak Cikgu Faridah tengok sekali. Aku yang bajet gangster tepi tingkap yang ada supporter dari geng tepi tingkap, yang memang orang dalam kelas tak kan berani bersuara kalau kitorang dah bersuara. Aku yang tertidur dalam kelas ikut suka hati aku macam aku sorang je penat. Aku yang ada banyak nama panggilan sebab karakter aku yang berbagai sampai cikgu pun tahu. Hahaha. Kalau difikirkan logik, mustahil budak tu senang senang jadi orang melainkan dia mendapat restu dan doa dari guru gurunya. Doa ibu bapanya memang tidak boleh dinafikan lah.

Sebab tu aku cakap, aku lebih sayangkan SEMESTI dari SESEGA walaupun aku pernah berbangga jadi SESEGArian selama 5 tahun tanpa berbelah bahagi. Dulu, aku tak pandang pun SEMESTI macam sekarang ni. Tapi kini, aku dengan sepenuh hatinya rela bersusah payah untuk PraUniversiti SEMESTI – aku nak junior junior aku nanti rasa apa yang aku nikmati ni. Mungkin bukan dari mulut aku sendiri, dari tulisan aku ataupun dari senior senior lejen sekolah, aku nak diorang tahu yang Tingkatan 6 ni banyak membuka jalan untuk manusia macam aku. Pedulikan cakap orang, kita harung sendiri hidup kita ni. Ah, syahdunya hidup! 

Lepas tu, aku cuba luangkan masa untuk berjumpa dengan kawan kawan rapat yang selalu ada dalam cerita hidup aku sepanjang Tingkatan 6 ni. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk melakukannya. Sebelum balik ke Malaysia, aku dah kautim punya baik dengan Acong, mintak dia belanja cendol. Tak kira! Sebab aku tengok salji haritu, aku terus teringin nak makan cendol. Kahkah. Hari ketiga aku sampai Malaysia, terus dia belanja sungguh aku makan cendol kat Batu Pahat sambil ditemani Jemek. Semoga murah rezeki kau, Acong.

Acong dan Jemek. Kawan sejak sogame (sekolah agama)
Kemudian, plan nak melepak dengan Sunny and The Manager. Oh, yang ni kira supporter paling kuat aku. Sebelum penjenamaan semula berlaku, diorang ni (termasuk akulah, tanpa kehadiran Taufiq) dikenali dengan nama Geng Tepi Tingkap hasil panggilan Cikgu Ann. Ni lah gengnya yang mampu buat kelas tu macam kelas bapak sendiri. Habis zaman sekolah, kitorang rekrut ahli baru yang mana Taufiq menjadi “Manager” kami. Memang kadang kadang kami panggil Taufiq pun “Manager”. Hahaha. 

Sunny and The Manager. Kahkah. Glamer nama!
Birthday girl!
Meraikan Manager, si bongsu dalam bulan yang paling tua.
Turut meraikan eonni kami. Kak Ah.
Sungguh, kerana aku di zaman sekolah adalah seorang pelajar yang ada macam ragamnya terutamanya pada zaman hampir gelap aku di Tingkatan 6, aku dikelilingi manusia manusia yang sentiasa menutup kelemahan aku, yang tolong kambus segala kesilapan aku, yang tolong padamkan semua kesedihan aku dan paling utama, selalu melengkapi setiap kekurangan aku. Aku sayangkan manusia manusia ini. Aku kalau mampu dan diizinkan Tuhan, mahu hari tua aku masih kekal bersama mereka seperti mana aku mahukan ibu ayah dan The SM aku ada dengan aku setiap masa. Aku nak semua tahu, mereka inilah yang pernah mewarnai hidup aku dengan warna yang pelbagai saiz dan corak. Haaa, aku tacing laa camni! Tapi, tacing tu sesuai digunakan kalau kita gaduh dengan kawan kan? Habis aku nak cakap apa? Hahaha. 

Untuk seminggu dua ini, aku rasa menyampah dengan diri sendiri. Sebab demand yang Malaysia panas lah apa lah. Sampai terpaksa mandi banyak kali sebab nak sejukkan badan. Tak reti bersyukur langsung! Kat Korea haritu menyalak bebel cakap sejuk sangat, kat Malaysia pulak menyalak kata panas nak mati. Kau kan sebenarnya nak apa eh manusia?

Oke. 
Babai.
Aku masih belajar nak tahan cuaca panas kat tempat sendiri secepatnya ni. Memang menyampah kau dengar. Aku lagi rasa nak tampar diri sendiri bila fikir.